Você está na página 1de 8

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Tahap Penguasaan Tafsiran


1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai sel sebagai unit asas kehidupan.

1) Kelaskan organisma berikut kepada organisma unisel, organisma multisel


dan mikroorganisma. Tandakan (x) dalam ruang yang disediakan.

Organisma Unisel Multisel Mikroorganisma


Yis X X
Hidra X X
Kerbau X
Ameba X X
Sotong X
Mukor X X
Spirogira X X

2) Padankan sel berikut dengan fungsinya.

Jenis sel fungsi


Sel otot Membawa maklumat dalam badan
Sel saraf Melapisi permukaan badan
Sel epitelium Menghapuskan bakteria
Sel darah putih Membolehkan pergerakan

3) Maklumat berikut menunjukkan urutan organisasi sel pada haiwan

Sel tisu organ P sistem Q manusia

Apakah organ P dan sistem Q?

Organ P Sistem Q
A Ovum Pembiakan
B Jantung Peredaran darah
C Hati Respirasi
D Usus Besar Perkumuhan

4. Sel apakah yang akan memusnahkan bakteria yang memasuki badan?

A Sel peparu
B Sel saraf
C Sel darah merah
D Sel darah putih

Tahap Tafsiran

1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Penguasaan
2 Memahami sel sebagai unit asas kehidupan serta dapat
menjelaskan kefahaman tersebut.

Puteri dan Farhana berbincang mengenai penggunaan mikroskop


yang baru dijelaskan oleh Cikgu Wong di dalam makmal sains ketika
bermain buaian di kawasan taman. Mereka menyedari ada
persamaan antara cacing dan rumput yang mereka lihat di taman itu.

Soalan:

1) Apakah dua persamaan yang telah diperhatikan oleh mereka?


Kedua-dua adalah organisma hidup
Semua hidupan terdiri daripada sel.

2) Sekiranya sel cacing dan rumput diperhatikan di bawah


mikroskop, lukis dan labelkan struktur yang mungkin mereka
lihat.

3) Banding dan bezakan antara sel cacing dan sel rumput yang
dilihat di bawah mikroskop?

Persamaan
Mempunyai sel membran, nukleus, dan sitoplasma
Perbezaan
Sel haiwan Ciri Sel tumbuhan
Kecil Saiz Besar
Tidak tetap Bentuk sel Tetap
Tiada Dinding sel Terbina dari selulosa
Tiada kloroplas Ada
Tiada Vakuol Ada
Granul Bentuk simpanan makanan Granul kanji
glikogen

4) Terangkan kenapa terdapat perbezaan ini.


Tumbuhan membuat makanan sendiri melalui proses
fotosintesis. Proses ini berlaku di dalam kloroplas. Dinding sel
dan vakuol besar adalah penting dalam memberi sokongan
kepada sel dan tumbuhan.

2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Tahap Penguasaan Tafsiran


Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains
3 mengenai sel sebagai unit asas kehidupan untuk
melaksanakan tugasan mudah.

Robert, seorang botanis menambahkan karbon dioksida ke dalam udara di


dalam rumah hijau untuk mengkaji perkaitan peratus karbon dioksida dengan
kadar fotosintesis tumbuhan.

Apakah faedah Robert melakukan tindakan ini?

Jawapan:

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada
kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan
terkawal. Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang
lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu,
udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar
daripada bangunan ini.

Karbon dioksida merupakan salah satu bahan sumber utama dalam


menghasilkan glukosa (kanji) dalam proses fotosintesis. Apabila kepekatan
karbon dioksida ditambah di dalam rumah hijau, tumbuhan akan tumbuh subur
kerana mendapat sumber karbon dioksida yang berlebihan. Semakin banyak
karbon dioksida, semakin banyak hasil yang diperolehi.

3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Tahap Penguasaan Tafsiran


Menganalisis pengetahuan mengenai mengenai sel sebagai
4 unit asas kehidupan dalam konteks penyelesaian masalah
mengenai kejadian atau fenomena alam.

Soalan

Berdasarkan graf di atas, tentukan suhu di mana kadar fotosintesis berlaku pada tahap
optimum. Jelaskan mengapa.

Jawapan

35-370 C. Enzim bertindak balas paling aktif pada suhu tersebut. Suhu yang lebih
tinggi akan menyebabkan enzim dimusnahkan.

4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Tahap Penguasaan Tafsiran


Menilai pengetahuan mengenai sel sebagai unit asas
5 kehidupan dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

KANSER
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel
yang tidak normal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun
berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius
dan kematian.

Sel-sel kanser juga boleh menyerang tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak
boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa
yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari
daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun
perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain.
Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri
kita daripada kanser.

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis
yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain
adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium,
tulang, kanser kulit dan leukemia.

5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Graf menunjukkan kes kanser yang dihidapi oleh populasi lelaki dari tahun 1975
hingga 2003. Dengan menggunakan kefahaman anda mengenai pembentukan sel
kanser, ramalkan jumlah populasi penghidap kanser jantung dan bronkus pada tahun
2020 berdasarkan graf tersebut. Adakah jumlah populasi kes tersebut akan menurun
atau semakin meningkat? Jelaskan pendapat anda.

Jawapan:

Guru menggunakan penilaian profesional untuk menilai murid bagi tahap


penguasaan 5.

Menurun

1. teknologi dalam perubatan semakin berkembang

- Pembedahan menggunakan teknologi terkini yang boleh membuang sel kanser

- Ubat dan terapi yang boleh mengawal pertumbuhan kanser

- Dapat mengesan dan mendapat rawatan yang awal

2. kesedaran dalam gaya hidup sihat / langkah-langkah mencegah agen


penyebab kanser. Nyatakan contoh

- susu lembu; segelas susu mengandungi campuran 20 ubat penahan sakit


antibiotik dan hormon tumbuhan ia boleh membuat tubuh membuat mukus
(lendir) terutamanya di trek usus perut sel kanser memakan usus bertukar
kepada susu segar daripada ternakan yang menggunakan ubat penahan sakit

- sel kanser hidup subur dalam persekitaran berasid, makanan berasaskan


daging adalah berasid, daging mnegandungi ubat penahan sakit antibiotik dan
hormon tumbuhan dan parasit. Lebih baik makan ikan atau sedikit ayam

- garam halus- bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, dan
disukai oleh sel kanser, bertukarlah kepada garam bukit atau garam laut

- pengambilan gula kurangkan pengambilan gula untuk memutuskan bekalan


kanser, pemanis tirusn buakan alternatif baik, alternatif yang lebih baik ialah
daun stevia atau madu asli.

Meningkat
- Mengamalkan gaya hidup tidak sihat (merokok, pencemaran tidak terkawal)

Tahap Penguasaan Tafsiran

6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Merekabentuk persembahan pelbagai


6 media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatif
dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains mengenai sel sebagai unit asas kehidupan
dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan dengan mengambil kira nilai
sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Sel Stem dan Kepentingannya

Sel stem ialah sel utama di mana terbentuknya pelbagai tisu,


organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel
stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi
kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang
lain.

Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali
pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat
tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang
baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali
pusat merupakan sumber yang baik bagi sel stem. Darah tali pusat yang disimpan tiada
tarikh luput selagi teknik menyimpannya dilakukan dengan baik iaitu disimpan dalam
nitrogen cair dengan suhu beku 196c.

Kira-kira 20 tahun yang lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat
mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli
perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit anemia. Di
Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu)
melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit
talasemia yang didermakan oleh adiknya yang baru lahir. Begitu juga pada tahun 2005,
buat pertama kalinya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya melakukan
pemindahan sel stem darah daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan
persaudaraan dengan pesakit yang menderita penyakit leukemia.

Kini, penyelidikan tentang sel stem semakin giat dijalankan dan telah terbukti ia
mampu berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan. Oleh
itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel dan tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis
penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung,
kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), dan lumpuh saraf tunjang.

Memandangkan keistimewaan darah tali pusat ini, ibu bapa harus berhati-hati dengan
teknologi baru yang mula berkembang di Malaysia. Setiap darah tali pusat yang ingin
disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya agar tiada
unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Soalan:

7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 2

Bayangkan anda adalah salah seorang pasangan ibu bapa yang diberi pilihan
oleh doktor untuk menyimpan darah tali pusat bayi anda yang baru lahir untuk
kegunaan perubatan di masa akan datang. Adakah anda akan bersetuju
dengan cadangan tersebut? Terangkan mengapa anda bersetuju atau tidak
bersetuju.

Guru menggunakan penilaian profesional untuk menilai murid bagi tahap


penguasaan 6.

Você também pode gostar