Você está na página 1de 6

Pada asasnya sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada tiga kategori

utama iaitu:

1. Bahan rujukan
Seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber

2. Bahan pengajaran
Seperti alat bantu mengajar digunakan oleh guru semasa mengajar.
Contohnya carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam
pita, video, televisyen dan projector.

3. Bahan pembelajaran
Bahan yang digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran
seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan
komputer

Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan


pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita,
projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti
komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak.

Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat


dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah
demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu
mengajar seperti transparensi dan projektor.

Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat


dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri-
penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan
penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran yang lain.

Bahan-bahan pelajaran itu memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran


dan pelajaran. Guru boleh menggunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti
pengajarannya, dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep dengan cara
yang lebih berkesan. Murid-murid boleh menggunakan bahan pembelajarannya
untuk mempelajari konsep dan kemahirannya dengan cara yang lebih baik, seronok
dan bermakna.
Kepentingan Sumber Pengajaran Pembelajaran

Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, 75% daripada maklumat yang diperolehi


oleh manusia adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan
selebihnya melalui deria sentuh, rasa dan bau. Berdasarkan hasil kajian yang
dijalankan, deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria
manusia yang sangat penting untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian,
sumber pengajaran dan pembelajaran, khasnya alat pandang-dengar memainkan
peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
memperolehi pengetahuan dan menguasi kemahiran.

Kepentingan bahan pengajaran ini ialah:

1. Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat.

2. Meransangkan minat murid supaya menumpukan perhatian kepada


pelajaran.

3. Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya alat bantu


mengajar, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan
banyak perkataan yang boleh mendatangkan bosan kepada pelajar.

4. Dengan penggunaan alat bantu mengajar seperti carta-carta yang telah


disediakan dengan maklumat-maklumat penting, guru depat menjimatkan
masa pengajarannya, kerana guru tidak perlu lagi menulis maklumat-
maklumat tersebut di atas papan tulis.

Kriteria-kriteria Pemilihan Sumber Pengajaran-Pembelajaran

Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah
mematuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan
topik yang hendak diajarkan.

2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli
dan tersendiri.
3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau
boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep denganlebih
mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar. Murid-murid
pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal
dalam ingatan.

4. Rekabentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk


menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus
disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

5. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan
dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar
dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama
untuk menyediakannya.

6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz dan berat yang berat yang
sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar
yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian
guru atau penggunaan murid.

7. Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni


yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar
yang tidak sopan, misalnya model memakai baju yang menjolok mata atau
menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur negative seperti
berjudi dan merokok.

Cara-cara menggunakan sumber pengajaran-pembelajaran

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaiakn pengajarannya
dengan mudah, cepat , tepat dan menarik. Unutk mencapai tujuan ini, guru
haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan
menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan
menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang
sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa
menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara
penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai
hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa
bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan
kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan
guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya
pemikiran mereka.

2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid-murid untuk


menjalankan kerja praktis, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas
supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin
dan mengikut masa yang ditetapkan.

3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid-murid hanya pada ketika yang
perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid-murid
akan asyik menumpukan perhatian mereka kepada alat tersebut dan kurang
memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

4. Guru harus membimbing murid-murid membincangkan fakta-fakta penting


yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu haruslah diadakan
pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid-murid tentang hasil
penggunaan alat bantu mengajar tersebut dengan tujuan mengetahui
pencapaian objektif pembelajaran.

5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik
dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

6. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh digunakan bagi
menggantikan tempat guru. Penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai
dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai
objektif pelajaran yang ditentukan.
Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan
dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan
mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu
mengajar yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan
mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap
dan kurang berkesan.

Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut :

1. Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan


terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta
sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar.

2. Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan


hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti
kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut
objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.

3. Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang


mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk
set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan
pelajaran hendaklah dirancang.

4. Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah


diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia
bertujuan untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta
membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan
bahan pelajaran.

Langkah Pelaksanaan Pengajaran-Pembelajaran Berasaskan Bahan

Langkah 1 : a) Memilih bahan pengajaran yang sesuai


digunakan untuk aktiviti pengajaran
Pemilihan Bahan
pembelajaran.
b) Menentukan kesesuaian jenis bahan pelajaran
yang akan dapat diterima oleh pancaindera
murid.

c) Menentukan bagaimana murid menggunakan


bahan pelajaran untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran.

Langkah 2 : a) Menyusun bahan pelajaran mengikut peringkat


proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan Bahan
b) Menggunakan bahan pelajaran dengan cara
yang bermakna dan berkesan.

c) Mengaitkan bahan pelajaran dan kaedah


mengajar yang sesuai.

Langkah 3 : a) Menilai pencapaian murid yang menggunakan


bahan pelajaran.
Penilaian
b) Menilai pencapaian guru yang menggunakan
bahan pelajaran dalam pengajaran.

Você também pode gostar