Você está na página 1de 5

2.

Secara individu, anda dikehendaki mentadbir soalan yang telah anda bina itu
kepada sebuah kelas (minimum 20 orang murid) mengikut kesesuaian tahun
persekolahan mereka. Anda dikehendaki melaporkan perkara-perkara berikut:

a. Prosedur mentadbirkan ujian.


b. Masalah yang anda hadapi semasa mentadbirkan ujian.
c. Analisis data mentah dalam bentuk mod, median, min, sisihan piawai, skor
z dan skor T.
d. Interpretasi analisis data yang diperolehi daripada (c).
e. Laporan prestasi murid.

a) Prosedur mentadbirkan ujian


Pada hari pertama Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah berjumpa
dengan Penolong Kanan 1 SJK(C) Kim Sen untuk menjelaskan permintaan saya bagi
menghabiskan kerja kursus ini. Pada hari ketiga PBS, beliau telah mengatur 20 orang
murid yang berbeza tahap pembelajaran ke perpustakaan selepas waktu rehat untuk
menjalankan ujian TMK yang disediakan oleh saya. Sebelum memulakan ujian, saya
telah memberi arahan yang jelas kepada semua murid. Pada masa yang sama, guru
bertugas di perpustakaan turut meminta semua murid untuk menghabiskan ujian ini
dengan serius dan prihatin. Ujian tersebut dirancang akan mengambil masa 15 minit.
Apabila tamat ujian, saya telah meminta semua murid untuk berhenti menjawab dan
mengutip semua kertas.

b) Masalah yang anda hadapi semasa mentadbirkan ujian


Masalah yang saya hadapi ialah ketidaksamaan bahasa yang diguna. Hal ini
demikian kerana di SJK(C) Kim Sen, subjek TMK diajar dalam Bahasa Cina. Walau
bagaimanapun, saya telah mengatasi masalah ini dengan menjelaskan setiap soalan
dalam Bahasa Cina.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah ketidaksamaan skop pengajaran antara
bahan pembelajaran TMK BM dan BC. Saya telah menyedari masalah ini semasa saya
meminjam buku untuk menjemah soalan ujian tersebut. Dalam skop TMK BC, jenis-jenis
kabel tidak diajarkan manakala dalam skop TMK BM ada.

c) Analisis data mentah dalam bentuk mod, median, min, sisihan piawai, skor Z
dan skor T
Skor(%
Bil ) Skor-z Skor-y
M1 10 -1.93 30.67
M2 30 -0.90 40.98
M3 30 -0.90 40.98
M4 30 -0.90 40.98
M5 30 -0.90 40.98
M6 40 -0.39 46.13
M7 40 -0.39 46.13
M8 40 -0.39 46.13
M9 40 -0.39 46.13
M10 40 -0.39 46.13
M11 50 0.13 51.29
M12 50 0.13 51.29
M13 50 0.13 51.29
M14 50 0.13 51.29
M15 60 0.64 56.44
M16 60 0.64 56.44
M17 60 0.64 56.44
M18 70 1.16 61.60
M19 70 1.16 61.60
M20 100 2.71 77.06

Mod = 40

Median = 45

Min = 950/20
= 47.5

Sisihan Piawai = 19.4(Guna Excep-insert Function)

d) Interpretasi analisis data yang diperolehi daripada (c)

Daripada jadual di atas, mod adlah 40; median 45 dan min 47.5. Jika diwakili dengan
graf, taburan skor akan berbentuk agak normal kerana mod mempunyai nilai kurang
tetapi hampir sama dengan min.
Taburan Lengkung

Bilangan 3

0
0 20 40 60 80 100 120

Skor(%)

Nilai sisihan piawai 19.4 meunjukkan bahawa skor berbeza antara satu sama lain iaitu
taburan skor agak luas.

Skor yang berada di atas min merupakan skor z positif manakala skor di bawah min
mempunyai skor z negatif. Semakin tinggi skor, semokain tinggi nilai skor z dan skor t.
Contoh, pencapaian M10 (skor z=1.16. skor t=61.6 adalah lebih baik daripada M10 (skor
Z=-0.39, skor T=46.13)

e) Laporan prestasi murid.

Secara keseluruhan murid telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan


bilangan murid yang memperoleh skor yang agak setara dari segi pemarkahan. Hal ini
mungkin disebabkan soalan ujian selaras dengan DSKP TMK. Malahan, pencapaian
murid secara individu sangat berbeza dan ketara dengan skor paling rendah (20) dan
skor yang tertinggi (100).

Você também pode gostar