Você está na página 1de 27

PELAKSANAAN STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN

PROFESIONAL (PLC) DALAM KALANGAN GURU SMK SRI


KUKUP BERMULA PADA TAHUN 2015
Print PDF
15 November 2014 Daripada Pengetua SMK Sri Kukup mengucapkan salam sejahtera dan salam
1Malaysia kepada semua warga SMK Sri Kukup.

Diantara tujuan PLC adalah untuk mengunakan kemahiran dan pengetahuan guru sedia ada,
ditambahbaik dan diperbaharui. Ianya dapat membina hubungan yang berkualiti dalam kalangan guru.
Pelaksanaan PLC yang mantap memberi banyak faedah. Dalam penulisan ini, saya tidak memfokuskan
takrif dan faedah PLC kerana apabila pelaksanaannya berlaku, secara langsung akan merasai faedah
PLC kepada semua. Saya memfokuskan strategi PLC yang perlu dimulakan pada tahun 2015. Idea ini
sangat baharu dalam kalangan warga SMK Sri Kukup, walaupun ianya terlambat secara perbandingan
dengan sekolah-sekolah terkehadapan, namun masih sempat untuk diikuti.

Strategi PLC Belajar Secara Berjalan (Learning Walk) bermaksud Pengetua, Penolong Kanan dan Guru
Kanan Mata Pelajaran membentuk pemantauan secara berfokus dan bertema. Berjalan di sekeliling
sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan mengunakan protokol
atau fokus yang spesifik.
Strategi PLC Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional
Coaches) ialah secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra-
konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).
Sekolah akan menetapkan tempoh pelaksanaan peer coaching. Tempoh pelaksanaan adalah selepas
aktiviti pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Peer coaching hendaklah melibatkan semua
ahli panitia. Seorang guru yang mengajar perlu dipilih. Panitia dikehendaki memaklumkan hari dan masa
pelaksanaan peer coaching untuk tujuan pemantauan.
Strategi PLC Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study) ialah sekumpulan
guru usaha sama membina satu rancangan pengajaran, diikuti dengan pengajaran, memerhatikan
pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran. Panitia mata pelajaran
melaksanakan Teacher Sharing Sessions iaitu berbincang tentang dapatan daripada Peer Coaching. Isu
perbincangan berkisar kepada pedagogi guru, aktiviti pembelajaran kolaboratif (berkongsi idea) dan
koperatif (berkumpulan), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-Think dengan 8 peta pemikiran
menggunakan alat visual di sekolah pemikiran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Strategi PLC Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) ialah sekumpulan guru bertemu secara
kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik. Sekolah akan menyediakan platform menetapkan hari
dan jam untuk panitia mata pelajaran melaksanakan Teacher Sharing Sessions atau Lesson
Study membina RPH. RPH dibina oleh panitia dengan mengambil kira aktiviti pembelajaran kolaboratif
dan koperatif dan i-Think.
Instrumen yang digunakan ialah Instrumen Learning Walk Bilik Darjah Abad Ke-21, Instrumen Learning
Walk Teacher Sharing Sessions atau Lesson Study dan Instrumen Learning Walk Peer Coaching atau
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Data Learning Walk perlu dianalisis dan dinilai untuk tujuan

1
penambahbaikan. Saya menyeru semua warga SMK Sri Kukup menyahut cabaran PLC dengan fikiran
terbuka dan positif.
Ditulis oleh En Selamat bin Haji Mon [Pengetua SMK Sri Kukup]
http://srikukup.pontian.edu.my/mainsite/index.php/2014/11/pelaksanaan-strategi-komuniti-pembelajaran-
profesional-plc-dalam-kalangan-guru-smk-sri-kukup-bermula-pada-tahun-2015/

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional


Komuniti Pembelajaran Profesional
Sebahagian info diperoleh dari blog painestewart77

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib
melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh kerana
kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat
yang sepatutnya dirasai oleh para guru.

Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia
merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang
Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.

2
APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.

PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada

menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru


membina hubungan yang berkualiti

mempunyai program yang sangat berfokus

menggerakkan sumber-sumber sedia ada

berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC

memastikan pembelajaran murid

budaya kolaborasi

fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC

3
Kongsi kepimpinan

kongsi nilai dan visi

pembelajaran kolektif dan aplikasi

kongsi amalan peribadi

struktur

hubungan

STRATEGI PLC

PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan
sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

4
Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi

Lesson Study

Peer Coaching

Learning Walk

Teacher Sharing Session

Video Critique

Fail Penyelaras PLC Sekolah

Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah

1. Carta Organisasi

2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat

3. Perancangan Tahunan

4. Kitaran 1

- Pelaporan PLC setiap Panitia

5. Kitaran 2

- Pelaporan PLC setiap Panitia

6. Laporan PLC ke PPD

7. Lampiran

- Tool kit (Borang)

- Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah

5
Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.

Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN

Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC

Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC

Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak


khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.

Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-


Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson
Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?


Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk
topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-
topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber
rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan
ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku
berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang
mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan
berkongsi ilmu.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan

1. Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning
Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan
sebagai tiga jam LDP.

http://cikguesmandi.blogspot.my/2015/05/plc-komuniti-pembelajaran-
profesional.html

`PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)

1.0 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG PROGRAM `PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)

6
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan mempunyai empat sub bidang yang diberi
tumpuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS),
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.

Untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kualiti sekolah secara menyeluruh, semua
sekolah telah diberikan kedudukan melalui proses penyenaraian dan diberikan ranking.Sejumlah sekolah
dalam kategori berprestasi rendah telah diberikan sokongan dan dorongan untuk menambahbaikkan
aspek kekurangan. Guru dan pemimpin sekolah diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh
bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan
Institut Aminudin Baki (IAB).

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti
pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan
penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam
pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara
maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran
(lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar
antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif
(collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran
secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.

2.0 MATLAMAT

Modul ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk meningkatkan
prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru
yang cemerlang.

3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC

7
3.1 Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA.

3.2 Menzahirkan komitmen KPM menjayakan NKRA melalui perancangan dan tindakan khusus secara
menyeluruh yang bersepadu.

3.3 Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru.

3.4 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan
guru.

3.5 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

3.6 Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberi
bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain coaching partnership

3.7 Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin
instruksional.

3.8 Mempopularkan dan membudaya PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan
peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia

4.0 OBJEKTIF MODUL

4.1 Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana kursus.

4.2 Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah masing-

masing.

4.3 setiap tajuk kursus disediakan dengan aktiviti hands-on untuk memudahkan peserta kursus
menjalankan in-house training di sekolah selepas kursus nanti.

5.0 SOALAN-SOALAN LAZIM

5.1 APAKAH PLC?

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti
akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan

8
memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan
cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited danbekerja
secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin,
1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

Berjalan di sekeliling sekolah dan


memerhatikan pengajaran guru lain dan
Belajar Secara Berjalan(Learning aktiviti bilik darjah dengan menggunakan
Walks) protokol atau fokus yang spesifik.
Penswastaan
Amalan (De-
Privatization of
Practice) Bimbingan Rakan Sebaya Guru Secara sistematik memerhatikan
atau Pembimbing Instruksi pengajaran guru lain dengan menggunakan
kitaran pra konferens, pemerhatian dan
(Peer Coaching/ pasca-konferens (pre-conference,
observation, post-conference cycle).
Instructional Coaches)

Belajar menggunakan Rancangan Sekumpulan guru secara usaha sama


Pengajaran Harian membina satu rancangan pengajaran; diikuti
dengan pengajaran/memerhatikan
(Lesson Study) pengajaran, membuat penambahbaikan
semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru(Teacher Sekumpulan guru bertemu secara kerap


Sharing Sessions) untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

9
5.2 BAGAIMANA PEMANTAUAN PLC DIJALANKAN?

Pemantauan dan Bimbingan pelaksanaan aktiviti PLC akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh
pegawai PPD masing-masing dengan pelbagai pendekatan termasuk secara outsite in dan insite out.
Semua dapatan aktiviti akan dilaporkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri untuk
makluman dan tindakan lanjut

10
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`

KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0 Topik : PEER COACHING

2.0 OBJEKTIF:

Pada akhir sesi, peserta dapat:

1. Memahami tiga proses (pre-conference, observation dan post-conference ) dalam Model Lesson.

2. Mengenalpasti peranan coach dalam melaksanakan Model Lesson.

Masa Kandungan Strategi Bahan

8.30 9.30 pagi Konsep Peer Video Video


Coaching
Refleksi PC1: Nota video

Protokol Model Mini syarahan Slaid PP


Lesson
Demonstrasi PC2: Protokol

Kesimpulan slot Ticket to leave PC3: Ticket to leave

9.30 10.00 pagi Case study Aktiviti individu dan PC2: Protokol
kumpulan kecil

Kesimpulan slot Place mat PC4: Place mat

10.00 - 10.30 pagi Contoh P&P ringkas Video pedagogi

Kesimpulan slot Final Countdown PC5: Final


Countdown

11
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`

KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0 Topik : LESSON STUDY

2.0 OBJEKTIF:

Pada akhir sesi peserta dapat :

1. Memahami kerangka konsep dan proses Lesson Study

2. Merancang dan melaksanakan satu kitaran Lesson Study

3. Membuat refleksi amalan Lesson Study sebagai satu strategi PLC di sekolah.

3.0 Kandungan kursus

Pengenalan Lesson Study

Latar belakang Lesson Study

Perkembangan Lesson Study

Kitaran dan Proses Lesson Study

Manfaat/Faedah Lesson Study

Ciri-ciri LS sebagai satu strategi PLC

1. Budaya Kolaborasi

2. Amalan Reflektif

3. Inkuiri berterusan terhadap pengajaran

4. Pembangunan Profesional

12
5. Sokongan dan tanggungjawab bersama

6. Hubungan Rapat

7. Perkembangan profesional kendiri

Pengoperasian Bengkel LS

1. Perbincangan gol Lesson Study

2. Penyediaan Rancangan Mengajar

3. Pelaksanaan Pengajaran di sekolah

4. Refleksi pengajaran dalam Lesson Study

5. Fokus terhadap pembelajaran pelajar

Strategi Pelaksanaan LS

1. Using Discussion Protocols

2. Study Groups

3. Peer Coaching

4. Lesson Study

5. Teacher Sharing Sessions

6. Data Analysis

4.0 Kaedah Penyampaian

Mini Lecture

Video Lesson Study

Bengkel Perbincangan

Demonstrasi Pengajaran

Refleksi

13
5.0 Rujukan

Baba, T. (2007). Japanese Education and Lesson Study: An Overview. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara &
T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for
Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 2-7.

Chokshi, S., & Fernandez, C. (2004). Challenges to importing Japanese lesson study: Concerns,
misconceptions, and nuances. Phi Delta Kappan, 85(7), 520-525.

Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving Mathematics
Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Isoda, M. (2007). A Brief History of Mathematics Lesson Study in Japan. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara &
T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for
Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.

Lewis, C. (2002). Does Lesson Study have a future in the United States. Nagoya Journal of Education and
Human Development, (1), 1-23.

Lewis, C. (2005). How Do Teachers Learn During Lesson Study? In P. Wang-Iverson & M. Yoshida
(Eds.),Building Our Understanding of Lesson Study. Philadelphia: Research for Better Schools, 77-84.

Shimahara, N.K. (1998). The Japanese model of professional development: Teaching as craft. Teaching &
Teacher Education, 14(5), 451-462.

Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the Worlds Teachers for Improving
Education in the Classroom. NewYork: The Free Press.

KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`

KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0 Topik : LEARNING WALK

2.0 OBJEKTIF:

Pada akhir sesi peserta dapat :

1. memahami konsep PLC menerusi Learning Walks

2. merancang untuk melaksanakan Learning Walks di sekolah

14
3.0 Kandungan kursus dan kaedah penyampaian

1. Pengenalan kepada konsep Learning Walks

1.1 Mini Lecture

1.2 Soal-Jawab dan Perbincangan

2. Kaedah penggunaan Learning Walks Tool Kit

2.1 Kaedah TunjukCara

2.2 Aktiviti Hands-on

3. Perancangan bagi pelaksanaan Learning Walks di sekolah

3.1 Penyediaan Pelan Tindakan / Carta Gantt

4. Refleksi

4.1 Borang Soal-selidik

5. Perbincangan

4.0 Rujukan

knoxnetwork.wikispaces.com/file/view/Learning+Walks.pdf

tsssa.server288.com/wp.../McCuneLearningWalksPresentation11.ppt

Tempoh Kandungan Aktiviti P & P Bahan Pengajaran


Pengajaran
30 min Konsep shari Pillow Talk Bantal
ng sessions Peserta dibahagikan kepada Kertas Simulasi (Tool Kit: SS1)
beberapa kumpulan kecil (5 orang Anda diminta berkongsi SATU pengalaman sebagai s
per kumpulan) guru dengan ahli kumpulan anda.(5 min/seorang)
Sebiji bantal akan diletak di
tengah dan peserta diminta
mengambil bantal tersebut apabila
telah bersedia berkongsi
pengalaman dengan ahli kumpulan
satu pengalaman mereka sebagai
seorang guru.

15
Refleksi sesi Pillow Talk
Fasilitator merumuskan aktiviti
dengan mengaitan
konsep sharing sessions (perkong
sian guru) dalam sesi refleksi slot
Pillow Talk
Fasilitator memperjelaskan
Konsep sharing session

25 min Jenis-jenis Reflect and Jot-it-down Kertas A4


strategi sharing Fasilitator menerangkan jenis Buku Catatan peserta
sessions yang strategi sharing sessionsyang
digunakan guru boleh dilaksanakan oleh guru di
di sekolah sekolah bagi tujuan peningkatan
profesionalisme keguruan diri
peserta
Fasilitator meminta peserta
mencatat aspek yang menarik dari
slot pillow talk dalam journal
entry masing-masing
Tempoh Kandungan Aktiviti P & P Bahan Pengajaran
Pengajaran
25 min Jenis-jenis Gallery Walk Kertas Mahjong
strategi sharing Peserta diminta berbincang jenis Pen Marker
sessions yang startegi sharing sessions yang
digunakan guru boleh dilakukan di tempat mereka
di sekolah bertugas
Peserta menghasilkan
nota/catatan bagi tujuan gallery
walk dalam kertas mah-jong
Peserta akan memilih seorang
peserta dari kumpulan maisng-
masing bagi tujuan penerangan
semasa slotgallery
walk dilaksanakan .

Refleksi sesi Gallery Walk


Fasilitator berbincang secara
terbuka hasil dari sesi gallery walk
yang dijalaknkan di sekolah.

20 min Konsep Mini Lecturette Powerpoint Presentation (Tool Kit SS2)


sharing session Video ( Montview Elementary School)
yang boleh Fasilitator menayangkan clip Video Notes (Tool Kit: SS3)
dilakukan oleh video Montview dan meminta
guru peserat mencatat aspek sharing
Jenis-jenis session yang terdapat di dalam

16
sharing klip video tersebut.
sessions Fasilitator menerangkan
sebagai amalan konsep sharing session(perkongsi
guru an guru) menggunakan Power-
Point
Perkongsian guru juga akan
dilakukan bagi merealisasikan
konsep ini kepada peserta

20 min Faedah- Penggulungan Sesi


faedah Refleksi http://choo.fis.utoronto.ca/FIS/ResPub/ETRD/KM4T.p
perkongsian
guru http://www.educationworld.com/a_admin/admin/admin
Rumusan
konsep
perkongsian
guru

KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`

KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0 Topik : Sharing Sssion

2.0 OBJEKTIF:

Pada akhir sesi peserta dapat :

1. Menyatakan pelbagai strategi-strategi perkongsian guru

2. Menyatakan faedah-faedah perkongsian guru

KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`

KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

17
1.0 Topik : COACHING AND MENTORING

2.0 OBJEKTIF:

Pada akhir sesi peserta dapat :

1. memahami konsep PLC menerusi Coaching dan Mentoring

3.0 Kandungan kursus

1. Pengenalan kepada konsep Coaching and Mentoring

1.1 Mini Lecture

1.2 Soal-Jawab dan Perbincangan

2. Perbincangan dan perkongsian berkaitan peranan coach dan mentor melalui Case Study: Ms Nancy.

3. Penutup

3.1 Apa yang tidak patut dibuat seorang mentor( Video: What not to do in mentoring).

4.0 Rujukan

1. Praxis Paper 14: Mentoring and Coaching Copy-editedAS.doc in


www.intrac.org/data/files/resources/371/Praxis-Paper-14-Coaching-and-Mentoring-for-Leadership-
Development.pdf

2. P.Lord, M.Atkinson & H. Mitchell (2008) Mentoring and Coaching for Professionals. National
Foundation for Educational Research. Northern Office in
http://www.nfer.ac.uk/nfer/publications/MCM01/MCM01.pdf

3. New Teacher Induction Program(2006) Ministry of Education,


Ontarion,inhttp://www.edu.gov.on.ca/eng/teacher/mentorTraining.pdf

http://khairulzamriupsi.blogspot.my/2012/11/profesional-learning-communities-
plc.html Tuesday, 20 November 2012

18
Pengalaman PLC Peer Coaching di SMK Bawang Assan
Sabtu, Julai 26, 2014 Cikgu Hailmi, Hal Guru 1 comment

Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi pengalaman di SMK Bawang Assan. Dijemput
oleh pihak sekolah tersebut melalui seorang kenalan guru di sana bagi menyertai
program PLC, Professional Learning Communities. Strategi yang dipilih adalah Peer
Coaching, di mana seorang guru mengajar dan guru-guru lain memerhati dan berkongsi
pengetahuan.

Untuk pengetahuan, bagi strategi Peer Coaching ini ada 2 kaedah yang boleh digunakan.
Iaitu Kaedah 1 adalah guru mengajar (coachee), dan diperhatikan oleh guru Coach.
Guru coach boleh terdiri daripada Guru Pakar, Guru Cemerlang dan guru
berpengalaman. Manakala bagi Kaedah 2 pula, Coach mengajar, sambil diperhatikan
oleh guru-guru lain.

Terkejut juga bila dimaklumkan oleh pihak sekolah berkenaan, bahawa mereka akan
menggunakan Kaedah 2, di mana saya yang akan mengajar dan guru-guru Sains sekolah
tersebut akan memerhatikan saya. Macam kena observe la pulak. Lepas tu nak tambah lagi best,
kumpulan pelajar yang akan diajar adalah kumpulan pelajar kelas sederhana dan lemah! Ok.
Memang cabaran betoi.

Namun setelah berfikir panjang, serta melihat keadaan masa persediaan, maka saya beranikan
diri juga untuk menyahut 'cabaran' tersebut. Tidaklah saya katakan, saya ini hebat dalam bab
mengajar. Tapi saya terima sebab saya nak baiki diri saya sebagai guru yang lebih baik, nak
dapatkan pengalaman dan dalam masa yang sama, dapat memberi tunjuk ajar mana yang yang
terdaya kepada rakan guru di sekolah tersebut. Perkongsian sesama rakan guru.

19
Lagi pun saya tak nak jadi jenis guru yang hanya pandai memberi komen bila cikgu lain
mengajar. Tapi bila disuruh mengajar di depan, dia sendiri pun tak nak. Ala-ala nak test market
lah nih. Hu3

Macam biasa, confirm lah terdapat sedikit halangan dalam


cuba menjayakan program ini pada
awalnya dari pihak sekolah saya. Dasar MMI juga nampak ada memberi sedikit kekangan.
Namun dapat juga diselesaikan pada saat akhir dengan jayanya.

Ini kali kedua sebenarnya saya ke SMK Bawang Assan, selepas pada kali pertamanya pada tahun
2007. Hu3. Memang dah tak ingat jalan. Maka terpaksalah Cikgu Nurul Hanim yang mengiring
saya dari kawasan yang saya familiar hingga ke sekolah. Ini bukan demand atau berlagak diva
ok. Tapi sebab tak tau jalan.

Dah sebab lama tak pernah ke sana, baru lah saya sedar betapa jauhnya jarak dari sekolah saya
ke sekolah tersebut. Lebih kurang 1 jam lebih jugak perjalanan. Keadaan SMK Bawang Assan
yang agak tersorok masuk jalan kecil juga menyebabkan kalau saya pergi sorang, confirm salah
jalan. Owh ya. Sekolah ini juga termasuk dalam kategori sekolah luar bandar.

Saya tiba di sekolah berkenaan pada jam 11.30 pagi dan kelas yang patut saya ajar adalah pada
jam 12.10 tengahari. Maka sempat lah sikit masa saya meronda Bilik Guru, bertemu dengan
Pengetua SMK Bawang Assan, Encik Kandau, berbincang dengan rakan guru Sains di sana
untuk sesi ini dan membuat persiapan di makmal sebelum mula mengajar.

Secara jujur, walaupun dah 8 tahun mengajar, tapi masih ada perasaan berdebar-debar tu.
Takut tak dapat nak menyampaikan dengan baik seperti yang diharapkan oleh pihak penganjur.
Walaubagaimanapun, dengan persediaan yang saya dah buat, maka ada lah sket keyakinan.
Tapi selagi tak selesai, maka selagi tu lah rasa nervous tu menjelma.

20
Selesai loceng berbunyi, maka datang lah pelajar-pelajar ke makmal seperti yang dijanjikan.
Mereka terdiri daripada pelajar kelas 3B dan 3C, kumpulan sasaran kelas sederhana dan lemah.
Beberapa orang pelajar dari kelas 3A juga dimasukkan sekali bagi mencukupkan bilangan
peserta kepada 40 orang. Calon PT3 2014 bagi sekolah ini hanyalah lebih kurang dalam 50
orang saja. Sekolah tak ramai murid.

Kemudian datang pula beberapa orang guru Sains, termasuk Ketua Panitia Sains, Cikgu Yii dan
juga Ketua Bidang Sains, Cikgu Semri. 6 orang semuanya. Hu3.

Bagi mengurangkan sedikit rasa nervous saya dengan kehadiran guru-guru Sains tersebut, maka
saya cuba anggapkan hanya saya yang berada di makmal bersama pelajar-pelajar tersebut.
Macam berlakon ler. Pura-pura tak tau, pura-pura tak wujud.

Seterusnya maka bermula sesi pengajaran saya. Topik yang diberi oleh pihak penganjur adalah
ulangkaji Bab 6 Tingkatan 3, iaitu Tanah dan Sumber Mineralnya. Maka strategi yang saya
gunakan adalah berpusatkan pelajar, iaitu pembentangan secara berkumpulan.

Saya cuba ambil risiko dengan mencuba kaedah ini. Ini kerana harus diingatkan bahawa
kumpulan pelajar adalah terdiri daripada pelajar sederhana dan lemah. Kedua, saya difahamkan
juga pelajar-pelajar juga jarang didedahkan dengan konsep pembelajaran sebegini. Maka
percubaan ini harus dirancang dengan baik dan teliti. Kalau tak, lingkup sesi pdp saya nih.

Saya mulakan pdp saya dengan menunjukkan Batu Karang sebagai set induksi. Agak menarik
perhatian pelajar, sebab ada antara mereka yang buat pertama kalinya baru berkesempatan
untuk melihat sendiri Batu Karang tersebut secara live. Saya panggil mereka semua ke depan
dan saya biarkan mereka memegang dan menyentuh sendiri Batu Karang tersebut. Beberapa

21
soalan biasa, juga saya tanyakan sepanjang 5 minit bagi menimbulkan minat mereka kepada
pdp yang bakal berlangsung.

Oleh kerana ini adalah kali pertama mereka diajar oleh saya, maka dalam masa yang sama juga
sesi ini dapat membolehkan mereka merasa lebih selesa dengan saya di dalam kelas. Ala-ala sesi
suai kenal bersama Cikgu Hailmi.. ;)

Bagi membolehkan bilangan pelajar yang seimbang dalam kelas, maka saya bahagikan dulu
kepada kumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Kemudian pelajar lelaki dan perempuan
dibahagi samarata kepada 8 kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.

Setiap kumpulan diberikan 1 kertas mahjong, 3 pen marker, dan 1 set pensil warna. Juga
disediakan beberapa keping kertas A4 warna dan gam.

22
Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza, berdasarkan kepada subtopik dari Bab 6.
Pecahan adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : 6.1
Kumpulan 2 : 6.2
Kumpulan 3 : 6.3
Kumpulan 4 : 6. 4
Kumpulan 5 : 6.5
Kumpulan 6 : 6.2
Kumpulan 7 : 6.4
Kumpulan 8 : 6.5

Ada beberapa subtopik dengan huraian yang lebih panjang diberikan kepada 2 kumpulan. Ini
bertujuan bagi mewujudkan persaingan antara kumpulan tersebut dalam menyediakan bahan
yang terbaik semasa pembentangan nanti. Bagi subtopik pendek, maka saya berikan kepada 1
kumpulan sahaja.

Kemudian pelajar diberi masa 20 minit untuk menyiapkan bahan pembentangan tersebut. Saya
bergerak dari meja ke meja bagi membimbing setiap kumpulan secara individu. Ini juga bagi
membolehkan mereka untuk memberi hasil yang bertepatan seperti yang diharapkan bagi
setiap subtopik.

Keadaan makmal yang kurang kondusif juga agak memberi kesan kepada pelajar dan saya
sendiri. Panas. Berpeluh-peluh. Hanya 2 kipas yang dapat berfungsi dengan sempurna. Malah
saya difahamkan juga, inilah makmal terbaik daripada hanya 2 makmal yang ada di sekolah ini!
Kesian cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekolah nih.. Somebody please do something!

Saya terpaksa memberi masa tambahan kepada pelajar, disebabkan hampir kesemua kumpulan

23
belum dapat menyiapkan hasil mereka dengan baik. Permulaan mereka sangat mengambil
banyak masa. Mungkin masih berfikir di mana harus dimulakan. Namun pada saat akhir, kerja
yang dah bermula tu dapat diselesaikan dengan lebih baik.

30 minit akhir digunakan bagi sesi pembentangan. Setiap kumpulan ke depan dan
membentangkan hasil kerja mereka dalam masa lebih kurang 5 minit. Dalam masa yang sama
juga saya membantu mereka dalam menegaskan perkara-perkara penting yang patut mereka
tahu daripada sesuatu subtopik tersebut.

Oleh sebab delay masa pada sesi penyediaan bahan pembentangan, maka ada 2 kumpulan yang
tak sempat nak bentangkan hasil mereka. Malah sesi untuk penutupan dan refleksi juga tak
sempat saya nak adakan sebab masa dah tamat. Agak kecewa, tapi itu lah kemungkinan yang
boleh berlaku. Sekurang-kurangnya adalah pengajaran yang saya dapat daripada sesi kali ini.

24
Selesai sesi bersama pelajar, disambung pula dengan sesi bersama guru. Perbincangan dan sesi
soal jawab berkaitan dengan strategi yang saya laksanakan tadi. Sesi perbincangan berlangsung
dengan sangat baik. Perkongsian pengalaman dan perbincangan ilmiah membolehkan ilmu
baru diperolehi. Itu tujuan PLC.

Dalam masa yang sama juga saya kongsikan beberapa tips memohon Guru Cemerlang dengan
rakan guru di sini. Ada juga yang bertanyakan mengenai kelebihan menjadi Guru Cemerlang.
Yang itu, saya akan jawab dalam artikel khas nanti. Sempat juga saya kongsikan
beberapa inovasi yang telah saya hasilkan semasa sebelum bergelar Guru Cemerlang dan
selepas bergelar Guru Cemerlang.

Secara keseluruhannya saya rasakan sesi ini berlangsung dengan baik. Saya pun dah bersedia

25
dengan sebaik mungkin dan mengharapkan agar rakan-rakan guru di SMK Bawang Assan ini
memperolehi sedikit perkongsian ilmu daripada saya. Secara jujurnya saya sendiri juga sempat
belajar beberapa perkara daripada mereka. Jika ada kekurangan, maka saya mohon maaf yer.

Maka untuk itu saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih banyak kepada
pihak sekolah SMK Bawang Assan atas jemputan mereka bagi membolehkan saya berkongsi
ilmu. Terima kasih juga buat orang kuat program Peer Coaching ini, Cikgu Nurul Hanim dan
rakan-rakan guru Sains, serta Pengetua SMK Bawang Assan, Encik Kandau yang banyak
menyokong usaha-usaha sebegini. InshaAllah ada masa, nanti kita jumpa lagi.

Penyelaras Lesson Study : Cikgu Chai Pik Yee


Guru Pengajar : Cikgu Ling Hui Ming, Cikgu Lau Suk Lee
Guru Pakar : Cikgu Emily Wong (GC Sains), Cikgu Hailmi (GC Sains)

Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran


Cikgu Ling Hui Ming dan Cikgu Lau Suk Lee berbincang bagi menentukan gol pengajaran atau pun objektif
pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid dalam pdp.

Fasa 2 : Merancang Pengajaran


Kemudian mereka akan berbincang bagi menentukan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang sesuai atau
difikirkan memberikan impak maksimum kepada pdp dan murid. Kaedah yang sesuai juga dimasukkan hasil
daripada perbincangan dua orang guru ini.

Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran


Cikgu Ling Hui Ming dipilih untuk mengajar rancangan mengajar yang telah dibincangkan tadi. Manakala Cikgu Lau
Suk Lee berada di kelas bagi memerhatikan pengajaran tersebut bersama-sama Guru Pakar iaitu Cikgu Emily Wong
dan Cikgu Hailmi. Guru Pakar boleh terdiri daripada Guru Cemerlang atau pun guru yang berpengalaman.

26
Fasa 4 : Nilai / Reflek Pengajaran
Sesi perbincangan antara Guru Pengajar dan Guru Pakar dengan diperhatikan oleh Penyelaras, iaitu Cikgu Chai Pik
Yee bagi menilai atau memberi refleksi kepada pdp yang dijalankan. Perkara yang disentuh adalah keberkesanan
aktiviti / kaedah yang dirancangkan.

Fasa 5 : Ubahsuai Pengajaran


Jika didapati rancangan mengajar tadi tidak sesuai dan tidak mencapai objektif, maka rancangan mengajar tadi perlu
diubahsuai supaya dapat digunakan oleh guru lain atau pun digunakan pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, saya merasakan lesson study ini adalah sesuatu yang baik untuk memperbaiki atau pun
menambahkan profesionalisma guru ke arah yang lebih baik. Kerjasama dan kolaborasi guru yang sebegini mampu
menambah pengetahuan guru ke tahap yang lebih baik. Lain guru, lain caranya. Maka kita boleh kongsikan cara-cara
terbaik ini bagi memberikan hasil yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, beberapa kekangan lain mungkin perlu juga kita bagi perhatian. Kekangan seperti masa, waktu
mengajar, dasar mmi, bebanan tugas guru dan faktor lain mungkin menyebabkan perkara baik seperti ini akan
menyebabkan Lesson Study juga menjadi seperti dasar-dasar yang lain. Panas pada mulanya, suam-suam kuku pada
akhirnya.

27

Você também pode gostar