Você está na página 1de 9

Tugasan 1

i) Prosedur ujian audiometri nada tulen secara manual.

Pesakit yang diuji duduk tidak menghadapi


penguji. Ini untuk mengelakkan daripada pesakit
memberi respon berdasarkan pergerakan penguji.
Ujian dibuat di bilik kedap bunyi.

Pesakit memakai fon telinga dengan kedudukan


yang betul ( Merah: Kanan/ Biru: KIri)

Penguji memberitahu prosedur ujian di mana


pesakit dikehendaki menekan suis respon yang
diberikan sekiranya mereka mendengar bunyi.

Ujian dimulakan dengan menguji telinga kanan.


Frekuensi yang paling rendah digunakan dahulu
(125 Hz).

Penguji akan meningkatkan kekuatan frekuensi


pada kadar 10dB sehingga pesakit memberi
respon. Kemudian penguji akan menurunkan
kekuatan bunyi sebanyak 5dB sehingga penguji
dapat mendapat keputusan yang konsisten
berkenaan ambang pendengaran pesakit pada
frekuensi itu. Keputusan akan diplot pada
audiogram, dengan simbol bulat mewakili telinga
kanan.

Proses ini akan diulangi dengan frekuensi yang


berbeza (250 Hz, 500 Hz, 750 Hz, 1000 Hz, 1500
Hz, 2000 Hz, 3000 Hz, 4000 Hz, 6000 Hz, 8000 Hz).
Seterusnya telinga kiri akan diuji dengan proses
yang sama dan penguji akan menggunakan simbol
'X' semasa mengplot data di audiogram bagi
mewakili telinga kiri.

1
ii) Analisis audiogram.

Berdasarkan audiogram di atas, tahap pendengaran pesakit yang diuji berada pada
tahap yang normal pada frekuensi 125 Hz dan frekuensi yang tinggi (2000 Hz- 8000 Hz)
untuk kedua-dua belah telinga, Pesakit menunjukkan sensitiviti yang tinggi terhadap bunyi
pada frekuensi yang tinggi berbanding frekuensi yang rendah untuk kedua-dua belah telinga,
Namun begitu, pesakit menunjukkan masalah pendengaran yang ringan pada frekuensi 250
Hz - 1500 Hz). Masalah yang ditunjukkan hanya ringan kerana ambang pendengaran bagi
pesakit pada frekuensi - frekuensi ni terletak pada tahap 20 dB - 25 dB.

2
iii) Penjagaan Alat Bantu Dengar

Menggunakan stethoscope untuk memastikan alat


bantu dengar masih berfungsi.
Penyengar Melap alat bantu dengar dengan tisu untuk
mengelakkan daripada alat bantu dengar basah.
aan Alat Memberus alat bantu dengar untuk mengelakkan
kotoran.
Bantu Menggunakan wire loop untuk mencuci tiub
penerima.
Dengar Meletakkan alat bantu dengar di dalam dry kit
untuk menyerap lembapan ketika hendak tidur.

Mencabut acuan telinga terlebih dahulu sebelum


acuan telinga dicuci.
Penyengar Melnggunakan berus kecil dan air blower untuk
mencuci serumen-serumen yang mungkin terlekat
aan acuan di dalam rongga acuan telinga.
Mencuci acuan telinga sekali seminggu dengan

telinga meletakkan acuan telinga di dalam sabun anti


bakteria. Menggunakan air blower untuk
mengeluarkan lembapan di dalam rongga setelah
dibersihkan menggunakan sabun anti bakteria.

Penyengar Menggunakan penguji bateri untuk menguji

aan bateri kefungsian bateri.

3
Tugasan 3

1.0 Profil Murid

Murid yang dipilih untuk kajian, M adalah seorang murid yang berumur 10 tahun dan
berada dalam tahun 3. M telah diagnosis dengan masalah pendengaran yang sangat teruk,
pada tahap 95 dB bagi kedua-dua belah telinga. Menurut Clark (1981), masalah
pendengaran pada tahap ini ialah masalah kehilangan pendengaran sensorineural. Masalah
sensorineural iberlaku apabila berlaku kerosakan atau kecacatan pada bahagian dalam
telinga (koklea) ataupun pada saluran saraf auditori dari bahagian dalam telinga ke otak
( ASHA, n.d). Masalah sensorineural boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:

Jangkitan ibu ketika hamil (rubella)


Kecacatan/kerosakan pada bahagian dalam telinga (koklea, saraf auditori dan lain-
lain)
Genetik

M telah menerima implan koklea di telinga kanan ketika M berumur 4 tahun. Implan
koklea ialah sejenis alat elektronik yang kecil yang boleh membantu meransang saraf
auditori bagi individu yang mengalami masalah pendengaran sensorineural (National
Institute of Deafness and Communication Disorders, 2011) . Implan koklea ialah berbeza
daripada alat bantu dengar melalui fungsi di mana alat bantu dengar mengamplifikasi bunyi
yang diterima manakal implan koklea meransang secara terus saraf-saraf auditori. Kajian
menunjukkan bahawa implan koklea ialah sesuai untuk individu yang mempunyai masalah
pendengaran yang teruk dan sangat teruk kerana implan koklea dapat membantu kanak-
kanak dalam membantu perkembangan dari aspek pertuturan, bahasa dan sosial sekiranya
dibantu dengan terapi intensif (National Institute of Deafness and Communication Disorders,
2011). Oleh itu, dari segi aspek kesesuaian alat bantu dengar untuk M, implan koklea ialah
sangat sesuai kerana M menghadapi masalah pendengaran sensorineural yang sangat teruk

4
pada kedua-dua belah telinga.

Rajah 1: Implan Koklea M

2.0 Perkembangan pembelajaran murid.

Perkembangan pembelajaran murid boleh dibahagikan kepada 3 aspek; aspek


kognitif, aspek perkembangan motori dan aspek sosio emosi. Dari segi aspek kognitif,
berdasarkan keputusan akhir tahun M, dapat dilihat bahawa keputusan akademik M berada
pada tahap yang tidak memberangsangkan. M mendapat tempat terakhir dalam kelas, dan
kebanyakan gred yang telah dicapai oleh M ialah gred C. Keputusan M berada pada tahap
yang rendah berbanding rakan-rakannya, di mana markah keseluruhan M ialah pada 271,
jauh ketinggalan dengan markah keseluruhan rakan-rakannya yang lain. Ini ialah berbeza
dengan kajian yang telah menunjukkan bahawa prestasi akademik kanak-kanak yang
menerima implan koklea pada umur yang awal mempunyai perkembangan kognitif yang
baik disebabkan penerimaan input audio dari peringkat awal yang membantu
perkembangan kognitif (Wallace & Stein, 2007).

Kelemahan akademik M adalah disebabkan M tidak mahir dalam berbahasa isyarat


ataupun bertutur. Berdasarkan temu bual bersama guru dan pemerhatian yang dibuat, M
hanya berkomunikasi menggunakan isyarat-isyarat yang direka sendiri dan hanya mahir
dalam isyarat-isyarat asas untuk berkomunikasi. Kelemahan M dalam penguasaan bahasa
dapat dilihat dalam keputusan subjek Bahasa Melayu (42) dan Bahasa Inggeris (40).
Perkembangan bahasa memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan
kognitif seseoran individu. Vygotsky (1986) berpendapat bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak bergantung kepada interaksi sosialnya dengan persekitaran. Vygotsky
menggangap bahawa bahasa adalah alat kognitif yang paling penting dalam menyampaikan

5
maklumat antara individu dari satu generasi ke generasi yang lain. Perkembangan kognitif
kanak-kanak dibentuk melalui interaksi sosial dengan ahli keluarga, komuniti dan
masyarakat. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan berlaku pada tahap lebih tinggi
melalui interaksi sosial dengan orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak masalah
pendengaran yang tidak mahir berbahasa isyarat akan mengalami perkembangan kognitif
yang lewat disebabkan tidak berlakunya interaksi sosial di antara kedua-dua pihak. Guru
tidak mampu membimbing kanak-kanak ini kerana kanak-kanak tidak mampu untuk
memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru , dan membantutkan perkembangan
kognitif kanak-kanak masalah pendengaran. Oleh itu, perkembangan bahasa adalah sangat
penting dalam membantu perkembangan kognitif kanak-kanak masalah pendengaran.

Dari aspek perkembangan fizikal, berdasarkan pemerhatian M menunjukkan masalah


keseimbangan semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. M sukar dalam berdiri dan
meloncat dengan satu kaki berbanding rakan-rakannya yang lain. Hal ini ialah disebabkan
kanak-kanak masalah pendengaran teruk atau sangat teruk yang mempunyai kerosakan
pada sistem vestibular dan koklea mereka akan mempunyai masalah dalam keseimbangan
dan seterusnya menganggu perkembangan motor mereka (motor kasar dan motor halus)
(David & Wood, 1992). Sistem vestibular dan koklea bertanggungjawab dalam membantu
proses keseimbangan dan sistem postural dinamik dan statik seseorang individu, dan
sistem-sistem ini penting dalam melakukan aktiviti motor kasar (berlari) dan motor halus
(memegang pen) kerana aktiviti motor memerlukan kesimbangan untuk koordinasi
(Rine,2009). Kanak-kanak masalah pendengaran yang mempunyai kerosakan pada sistem
vestibular atau koklea akan mempunyai perkembangan motor yang lewat berbanding kanak-
kanak normal dan masalah dalam keseimbangan dan sistem postural . Kajian menunjukkan
kanak-kanak yang memakai koklea implan masih mempunyai masalah dari aspek ini kerana
penekanan intervensii hanya diberi kepada aspek persepsi bunyi dan penguasaan bahasa
dan aspek perkembangan motor dan keseimbangan kanak-kanak tidak diberi perhatian ( (De
Kegel, Maes, Van Waelvelde, & Dhooge, 2014) .Namun begitu dari segi aspek
perkembangan motor halus M, dia boleh memegang pensel dengan baik kerana
perkembangan motor halus tidak terlalu bergantung kepada maklumat daripada vestibular
( De Kegel et al, 2012).

6
Dari aspek perkembangan emosi, M sering cuba menarik perhatian guru dan rakan
sekeliling. M lebih cenderung untuk membuat aktiviti berdasarkan kehendak dirinya sendiri
dan cuba menarik perhatian dengan perbuatan yang bersifat fizikal seperti berlari-lari dan
bermain seperti filem aksi. Namun begitu, M aktif dan berkeyakinan diri di dalam kelas dan
sering untuk menjawab soalan yang diberi oleh guru semasa P&P walaupun jawapan yang
diberi tidak tepat. Ini adalahs selaras dengan kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang
mempunyai koklea implan mempunyai persepsi emos yang lebih positif kerana menerima
maklumat stimulus bunyi lalu dapat membezakan emosi-emosi berlainan seperti marah,
sedih dan lain-lain. (Stein, 2007) Ini ditunjukkan oleh M ketika sesi PdP di kelas ataupun
semasa bersosial bersama rakan-rakan di sekolah.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulanyya, implan koklea ialah bantuan alat pendengaran yang sesuai


berdasarkan tahap pendengaran M. Walaupun M menggunakan implan koklea, penggunaan
implan koklea tidak dapat banyak membantu M dari segi akademik disebabkan
perkembangan bahasa M yang lewat berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dari
segi aspek emosi, implan koklea membantu M dalam membina persepsi emosi yang positif
dan dari segi aspek perkembangan motor implan koklea tidak banyak membantu dalam
aspek ini. Oleh itu penekanan harus diberikan dalam aspek perkembangan bahasa dan
perkembangan motor kasar M untuk membantu perkembangan M secara menyeluruh.

7
Bibliograf

American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). (n.d). Types of Hearing Loss.


Retrieved from American Speech-Language-Hearing Association:
http://www.asha.org/public/hearing/disorders/types.htm

Clark, J. G. (1981). Uses and abuses of hearing loss classification. ASHA, 493-500.

David, A., & Wood, S. (1992). The epidemiology of childhood hearing impairment: factor
relevant to planning of services. Br J Audio, 40-52.

De Kegel, A., Maes, L., Baetens, T., et al. (2012). The influence of a vestibularlar dysfunction
on the motor development of hearing-impaired children. Laryngoscope, 28372843.

De Kegel, A., Maes, L., Van Waelvelde, H., & Dhooge, I. (2014). Examining the Impact of
Cochlear Implantation on the Early Gross Motor Development of Children With a
Hearing Loss. Ear Hear, 1-9.

National Institute of Deafness and Communication Disorders. (2011). Cochlear Implants.


Retrieved from National Institute of Deafness and Communication Disorders:
https://www.nidcd.nih.gov/staticresources/health/hearing/FactSheetCochlearImplant.p
df

8
Rine, R. M. (2009). Growing evidence for balance and vestibular problems in children.
Audiological Medicine, 138-142.

Stein, J. (2007). The social -emotional impact of cochlear implants on children. ETD
Collection for Pace University.

Vygotsky, L. S. (1986). Thoughts and Language. Cambridge: MIT Press.

Wallace, M. T., & Stein, B. E. (2007). Early experience determines how the senses will
interact. Journal of Neurophysiology, 921-926.

LAMPIRAN

Você também pode gostar