Você está na página 1de 7

4.

0 SISTEM SOSIAL MASYARAKAT FEUDAL

Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, secara umumnya


masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan
bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan
yang memerintah dan golongan yang diperintah. Dimana golongan yang
memerintah diri daripada sultan, kerabat diraja, pembesar, bangsawan dan para
ulama. Manakala, golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang
merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi
bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang
tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah.

Sultan atau raja merupakan golongan yang memerintah yang terletak di


hierarki teratas dan merupakan pemerintah tertinggi di sesebuah negeri. Beliau
bertanggungjawab mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para
pembesar. Sultan juga, mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan
pemerintahan. Ia bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara
keamanan dan memajukan negeri. Selain itu, berkuasa mutlak terhadap rakyat
jelata melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Kuasa sultan dikukuhkan lagi dengan
konsep daulat dan derhaka seterusnya memperkukuhkan kuasa seseorang raja. 1
Sultan juga akan menjalin hubungan luar untuk memastikan dan memjamin
sesebuah negeri tadbirannya. Di samping itu, sultan mempunyai keistimewaan
tertentu. Sebagai contoh, warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk
sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor
diraja, alat kebesaran seperti kendi.

Selepas sultan, kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Mempunyai
gelaran raja, tengku dan wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung,
sultan jika tiada putera. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar
daerah atau pemerintah jajahan takluk Mempunyai keistimewaan sama seperti
raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. Menggunakan bahasa dalam dan
payung kuning.

1 Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.254
Golongan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan ialah
golongan pembesar bangsawan. 2 Terdiri daripada para pembesar dan kaum
kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah atau pentadbir.
Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang
diberi hak untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan
kekuatan sendiritanpa sokongan sultan. Memegang jawatan seumur hidup dan
mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Berkuasa penuh dalam
kawasan pegangannya. Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan
kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. Menjaga keamanan dan
memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan
ekonomi. Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah
mereka. Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan
serah. Contoh Membina istana.

Seterusnya ialah golongan ulama, dimana golongan merupakan berketurunan


Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama. 3 Berkedudukan
istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional. Sebagai contoh jawatan mufti, kadi Penasihat sultan dalam hal ehwal
agama dan hukum syarak.

Antara golongan yang diperintah ialah rakyat biasa, rakyat asing dan golongan
hamba. Rakyat biasa merupakan rakyat biasa yang bermastautin tetap dan
menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan.
Mereka juga menjalankan aktiviti ekonomi iaitu menjalankan kegiatan bertani,
berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. 4 Tiada
dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja
demi kepentingan raja. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai
pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-
royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian

2 Ibid, hlm 255

3 N.J Ryan, 1963, The Making of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University
Press, hlm127

4Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.255
dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan
lebih teratur dan berjaya. Manakala rakyat asing ialah merupakan orang bukan
Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal
sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan
mereka selesai. Rakyat asing ini terdiri daripada pedagang, perantau dan
mubaligh.

Selain rakyat, golongan hamba juga merupakan golongan yang diperintah.


Dimana ia terdiri daripada tiga golongan iaitu hamba abdi, hamba berhutang dan
bamba raja. Hamba raja merupakan hamba yang tinggi kedudukan sebagai
hamba dimana dia boleh dilepaskan atas kerelaan raja. Hamba berhutang pula
ialah hamba yang telah berhutang dan akan berkhidmat dengan tuan yang
dihutangkan. Manakala, hamba abdi pula terdiri daripada tawanan perang,
hamba serah, hamba hulur dan sebagainya. Antara peranan hamba ialah
menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam
masyarakat serta menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan.

6.0 SISTEM SOSIAL ALA BARAT

Kemasukan dan penjajahan British di Tanah Melayu telah meruntuhkan


sistem feudal di Tanah Melayu itu sendiri dan telah menggantikan kepada
sistem mereka sendiri tanpa menghiraukan kebajikan masyarakat di Tanah
Melayu terutamanya kaum Melayu. Dimana kemasukan penjajahan British
telah menwujudkan masyarakat majmuk di Malaysia yang kita boleh lihat
sehingga kini peninggalannya. Kemasukan golongan imigran dari China
dan India menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu. Kemasukan imigran ini telah menambahkan populasi dan bilangan
penduduk di Tanah Melayu semakin tinggi. Kesan kemasukan ini telah
memperlihatkan sistem sosial ala barat di Tanah Melayu telah mendapat
tempat sehingga kini (Malaysia).

Kedatangan pihak British secara langsung telah meruntuhkann sistem


sosial dari segi pendidikan.5 Dimana mereka telah menwujudkan sistem
pendidikan yang dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular. Menurut
kamus dewan edisi keempat, sistem pendidikan venakular ialah sistem
pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing

5 Abdullah. 2006, Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.26
sebagai bahasa pengantar. Sebelum penjajahan British, sistem pendidikan
di Tanah Melayu bersifat tidak formal dimana pelajar hanya diajar
membaca, mengira dan menulis. Selain itu, pendidikan agama iaitu belajar
al-Quran dan mengaji juga dijalankan di masjid atau dipondok yang diajar
oleh golongan yang layak untuk mengajar anak-anak mereka. Namum,
setelah kedatangan pihak British, sistem tradisional telah diruntuhkan oleh
pihak british dengan menggantikan dengan sistem pendidikan melalui dua
bentuk. Iaitu pendidikan Melayu untuk kaum melayu dan pendidikan
Inggeris untuk golongan bangsawan.

Kemasukan imigran dari China telah menwujudkan sistem pendidikan


vernacular cina wujud. Sekolah cina pertama dimulakan di Melaka pada
tahun 1815 oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan Mubaligh London.
Pengajaran bahasa Cina dibuka oleh individu Cina, persatuan Cina daerah,
persatuan suku kaum dan jabatan pentadbir. Individu dan persatuan-
persatuan tersebut memberikan derma bulanan. Dalam hal pembinaan
sekolah Cina, pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu campur tangan,
malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan sekolah Cina.
Kurikulum sekolah berbentuk klasik lama. Murid-murid juga mempelajari
kaligrafi (tulisan tangan yang cantik) dan kira-kira. Biasanya rumah
digunakan sebagai sekolah. sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan
kewangan dari negera China dan guru-guru juga dibawa dari Negara
6
China.

Di samping itu, penjajahan barat juga telah menwujudkan sistem


pendidikan vernacular bagi orang India. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina
di estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah. Kebanyakan pekerja bertutur
bahasa Tamil dan dengan itu, sekolah yang dibuka die stet menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantarnya. Pentadbiran Inggeris
mewajibkan tuan punya estet untuk menyediakan sekolah Tamil. Ini juga
merupakan dorongan bagi pekerja-pekerja India dating ke Negara ini.
Selain daripada majikan, sekolah Tamil juga dibina oleh mubaligh Kristian
dan individu-individu yang berkemampuan. Pendidikan di sekolah Tamil
juga terhad kepada peringkat dasar atau sekolah rendah. Kurikulum serta

6 Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm, 267
gurunya didatangkan dari India. sekolah Tamil hanya bertujuan
untukmembasmi buta huruf di kalangan kanak-kanak estet. Oleh hal yang
demikian, dasar pemerintahan Inggeris terhadap sekolah Tamil terus
menambahkan lagi jurang pendidikan antara tiga kaum utama di Negara
kita iaitu Melayu, Cina dan India.

Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris terdiri daripada dua jenis,


iaitu free school, yang mendapat bantuan daripada kerajaan, dan sekolah
Inggeris separa bantuan, yang dimulakan oleh badan mubaligh Kristian
dengan bantuan kewangan daripada kerajaan. Free school dinamai
sedemikian bukan kerana tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana ia
terbuka kepada murid dari semua bangsa tanpa mengira kaum dan taraf
sosioekonomi.7 Hanya sebilangan kecil sahaja anak-anak Melayu yang
dapat memasuki sekolah dasar Inggeris kerana terlebih umur dan juga
kerana sekolah Inggeris terletak di Bandar. Lantaran itu, ramai murid Cina
dan India berpeluang ke sekolah Inggeris. Lagipun, sekolah Melayu hanya
menyediakan pendidikan dasar, manakala sekolah Inggeris dan Cina telah
mula menyediakan pendidikan menengah.

Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan


sekolah Inggeris disengajakan oleh pentadbiran Inggeris untuk
meneruskan dasar mentadbir secara pecah dan perintah. Dengan dasar
tersebut, anak-anak Melayu dikekalkan di desa, manakal yang bukan
Melayu ditadbir secara berasingan. Situasi seperti ini mewujudkan
berbagai-bagai kesulitan dari segi sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat
berbagai-bagai bantahan daripada kaum bukan Melayu apabila cubaan
dibuat untuk menyatukan semua sekolah vernacular iaitu Melayu, Cina
dan India.

7.0 KESIMPULAN
Secara tuntusnya, kedatangan dan penjajahan pihak British ke Tanah
Melayu telah meruntuhkan secara keseluruhan pendidik feudal di Tanah
Melayu khususnya dalam aspek sosial dan ekonomi di Tanah Melayu.
Dimana sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak penjajah telah

7 Zawahir Mohd Daud. 1993. Malaysia93. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan


Penerangan Malaysia. Hlm, 9
menruntuhkan sistem yang sedia ada yang dibuat oleh golongan sultan
dan penbesar pada masa dahulu. Kedatangan pihak British ke Tanah
Melayu hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu mereka. Hal ini
kerana, semua sistem yang diperkenalkan hanya memihak kepada mereka
dan mereka sengaja mengaburi segala sistem yang dibuat untuk
kepentingan mereka. Hal ini didorong dengan perkembangan pesat yang
berlaku akibat revolusi perindustrian di Eropah dan keinginan British
memonopoli kesemua hasil kekayaan bumi di Tanah melayu sehingga
mendorong kemasukan imigran dari luar.

RUJUKAN

Zawahir Mohd Daud. 1993. Malaysia93. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan

Penerangan Malaysia.

Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdullah. 2006, Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan, Kuala Lumpur:


Dewan

Bahasa dan Pustaka

N.J Ryan, 1963, The Making of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University
Press,

Você também pode gostar