Você está na página 1de 8

AJ20203 SEJARAH SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU (1900-1957)

NAMA PENSYARAH : MAT ZIN MAT KIB


HARI/MASA : SELASA / 1 2 pm
NO. SOALAN 3 : Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-20 telah
meruntuhkan sistem sosio-ekonomi masyarakat feudal dan menggantikannya
dengan sistem ekonomi dan sosial ala barat. Bincangkan.

NAMA NO. MATRIK


Nor Syamimi Syazwani Bt Mohd Amin BA15110409
Nurul Azirah Bt Mohd Arif BA15110531
1.0 PENGENALAN
Pada awalnya, kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu adalah
untuk menjalankan perdagangan dengan pedagang-pedagang yang
datang dari kebanyakan negara.
Walaubagaimanapun, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri
Melayu membuka peluang di mata pedagang asing untuk menjajah
Tanah Melayu pada ketika itu.
Oleh itu, British mula mencampurtangan di Tanah Melayu pada 11 ogos
1786 apabila Francis Light Berjaya menduduki Pulau Pinang.
Manakala, pada 16 Februari 1819 Stamford Raffles Berjaya menduduki
Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd
Rahman.
Kemudian, penguasaan British semakin berkuasa apabila pihak British
telah mencampuri urusan politik Tanah Melayu iaitu dengan
menggabungkan negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang dengan
dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
Selepas perjanjian Pangkor 1874, British telah memperkenalkan system
Residen.
Wujud tiga unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan
NNMTB.

2.0 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BRITISH


Kedudukan strategik
Melaka menjadi pusat entrepot yang menghubungkan perdagangan
dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur.
Hal ini demikian kerana Melaka terletak dipertengahan perjalanan
perdagangan antara pedagang-pedagang Barat, Arab dan India.
Melaka meruapakan pelabuhan yang terlindung daripada tiupan
angina monsoon barat daya dan angina monsoon timur laut.
Faktor Ekonomi
bermula dengan Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-
19 di Eropah.
Kekayaan hasil bumi yang dimiliki telah mendorong British untuk
memonopoli ekonomi Tanah Melayu (bijih timah, emas, bijih besi
arang batu).
Faktor Politik
perubahan politik dan dasar di Britain dimana mereka
melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialisme dalam
meluaskan kuasanya ke pelusuk dunia.
Kebimbangan campur tangan kuasa asing kerana kuasa barat lain
bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing.
Pada tahun 1870, kuasa-kuasa asing telah bersaing untuk
mendapatkan tanah jajahan untuk dijadikan pembekal kepada
bahan-bahan mentah.
Faktor sosial
berlaku penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara.
Penyebaran mereka ini bermatlamatkan 3G iaitu Gold, Gospel dan
Glory.

3.0 SISTEM EKONOMI MASYARAKAT FEUDAL

EKONOMI SARA DIRI

1) Pertanian
Masyarakat feudal menjalankan aktiviti pertanian seperti
tanaman berasaskan beras yang merupakan tanaman utama di
Tanah Melayu pada ketika itu.
Tertumpu di kawasan lembah sungai kerana memerlukan air
yang banyak untuk penanaman tersebut.
Penanaman padi huma @ padi bukit juga dilakukan dan ditanam
dikawasan tanah tinggi @ dilereng-lereng bukit kerana tidak
memerlukan air yang banyak.
Sistem pengairan seperti kincir air, terusan dan empangan telah
diperkenalkan pada abad ke19.
2) Mengutip hasil hutan.
mengutip hasil hutan seperti rotan, getah perca, buluh, kayu dan
damar dilakukan oleh masayarakat feudal sebelum kedatangan
pihak British.
Hasil yang diperolehi akan digunakan sendiri dan dijual sebagai
pertukaran untuk mendapatkan keperluan yang lain.
Perkembangan yang berlaku di pusat perdagangan di Kedah dan
Melaka menjadikan dan membolehkan hasil hutan dijual kepada
pedagang.
3) Penternakan
Aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, ayam dan itik juga
dilakukan oleh masayarakat feudal sebagai aktiviti sampingan
mereka.
Binatang yang diternak akan digunakan bagi membantu urusan
pekerjaan seperti membaja sawah serta menarik kayu.
4) Perikanan.
Perikanan merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap
dibahagian sungai, laut dan tasik.
Aktiviti ini biasanya dilakukan untuk tujuan salah diri bagi
memenuhi keperluan keluarga.
Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan maka aktiviti
pertukanran barangan akan dilakukan dengan penduduk yang
menghasilkan barangan lain seperti beras.

EKONOMI KOMERSIAL

1) Perlombongan Bijih timah


Sebelum kedatangan pihak British, aktiviti perlombongan bijih
timah dijalankan secara kecil-kecilan.
Aktiviti dilakukan bertujuan untuk sara diri.
Mereka menggunakan kaedah tradisional seperti mendulang.
2) Perdagangan
Lebihan barang pertanian akan mereka dagangkan secara sendiri
disamping untuk kegunaan mereka sendiri.
4.0 SISTEM SOSIAL MASYARAKAT FEUDAL
1) GOLONGAN MEMERINTAH
Sultan atau raja.
-Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan
menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai
kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .
-Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem
kehakiman negeri.
-Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding
dengan rakyat biasa.
-Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.

Pembesar
-Golongan yang mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam
masyarakat
-Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak
boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh
rakyat jelata.

-Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja


dan kerabat
bukan diraja Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar
kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap
kerajaan.

-Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan


memungut cukai di kwasan atau daerah masing-masing.

-Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti


menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil.

-Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat


terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.

2) GOLONGAN DIPERINTAH

Rakyat biasa
-merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri
tertentu .

-Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing


seperti

berniaga, menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya.


-Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang
mentadbir daerah.
Rakyat Asing.
-Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali
ke negeri asal mereka.
-Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri
serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.
Hamba
-Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur
masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba.
-Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga
kumpulan ,iaitu hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja.

5.0 SISTEM EKONOMI ALA BARAT


GALAKKAN KEMASUKAN IMIGRAN ASING
Orde ekonomi baharu dalam usaha kerajaan British menggalakkan
perluaan perusahaan perlombongan dan perladangan.
Kemasukan imigran asing yang terdiri daripada orang Cina dan
India dengan jumlah yang tinggi sehingga imigran asing
memonopoli sistem ekonomi di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran-imigran asing adalah disebabkan
perkembangan ekonomi di Tanah Melayu yang memerlukan kerahan
tenaga yang lebih disamping galakkan daripada pihak British.
PENGASINGAN DALAM ASPEK EKONOMI
1) Melayu.
Digalakkan terlibat dalam sector pertanian, pengkapan ikan,
memungut hasil hutan dan sebagainya.
Kaum ini leih tertumpu dikawasan pedalaman iaitu tiggal di
kampung atau desa.
2) Cina
Orang cina lebih giat menjalankan aktiviti jual beli iaitu terlibat
dalam sector perlombongan, pembuatan dan kewangan.
Mereka lebih tertumpu di kawasan Bandar perlombongan
seperti Kuala Lumpur, Lembah Kinta, Puchong dan lain lagi.
3) India
Bekerja di kawasan ladang getah dan terlibat dalam bidang
kerja raya seterusnya berkhdmat sebagai polis @ askar.
Tertumpu di kawasan ladang dan estet.
6.0 SISTEM SOSIAL ALA BARAT
KEWUJUDHAN MASYARAKAT MAJMUK
Kemasukan golongan imigran dari China dan India menyebabkan
kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran ini telah menambahkan populasi dan
bilangan penduduk di Tanah Melayu semakin tinggi.
Kesan kemasukan ini telah memperlihatkan sistem sosial ala
barat di Tanah Melayu telah mendapat tempat sehingga kini
(Malaysia).

PENGASINGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN


1) Melayu
Pihak British memperkenalkan 2 bentuk pendidikan bagi orang
melayu iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan
pelajaran Ingeris untuk golongan Bangsawan.
Mereka diajar berasaskan 3 kemahiran iaitu membawa, menulis
dan megira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan
perkebunan.
Pengajaran al-Quran tetap diteruskan di masjid sebagai
pendidikan tidak formal bagi orang melayu.
2) Cina
Sekolah Cina ditubuhkan dan dibiaya oleh pedagang dan
persatuan Cina di tanah Melayu.
Guru, buku teks, bahasa pengantar dan sistem pendidikan di
bawa dari Negara China sendiri.
Sistem pendidikan orang Cina tidak dikawal oleh pihak British.
3) India
Sekolah bagi kaum India adalah bermutu rendah. Hal ini
kerana, masalah kekurangan guru yang berkelayakan.
Guru mereka terdiri daripada Kangani, penyelia lading atau
buruh yang secara kebetulan tahu membaca.
Sekolah ini ditubuhkan di kawasan lading-ladang dengan
menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi @
Hindi.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah membawa
perubahan kepada beberapa aspek, terutamanya social dan ekonomi
Tanah Melayu. Perkembangan pesat yang berlaku akibat revolusi
perindustrian di Eropah dan keinginan British memonopoli kesemua hasil
kekayaan bumi di Tanah melayu sehingga mendorong kemasukan imigran
dari luar.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik.
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Barbara Watson & Leonard Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Macmillan.
Mohd Noor Alam. 1984. Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
N.J Ryan. 1963. The Making of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford
University
Press.

Shamsul Amri Baharuddin. 1968. From British to Bumiputeri Rule.


Singapura:

Institute of Southest Asian Studies.


Zawahir Mohd Daud. 1993. Malaysia93. Kuala Lumpur: Jabatan
Perkhidmatan
Penerangan Malaysia.

Você também pode gostar