Você está na página 1de 3

Aliran Kiri dalam Nasionalisme Melayu

Aliran kiri merupakan satu aliran yang penting dalam nasionalisme Melayu dan turut

mendapat perhatian sarjana daripada pelbagai disiplin termasuk sains politik (Firdaus

Abdullah), sosiologi (Rustam Sani dan Mohamed Salleh Lamry) serta sejarah (Abdul

Rahman Haji Ismail, Mahmud Embong dan Nik Annuar Nik Mahmud). Pada 1970-an

terdapat perdebatan tentang sumbangan pihak dan aliran kiri yang berada di luar UMNO

mahupun di luar kumpulan komunis walaupun sumbangan mereka ini kemudiannya diiktiraf.

Namun hal ini lebih merujuk kepada pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam, Burhanuddin

AI-Helmy dan Ishak Haji Muhammad yang kini diiktiraf sebagai nasionalis dalam naratif

sejarah kebangsaan mahupun pameran muzium berhubung nasionalisme selepas perang.

Lebih ramai lagi pemimpin PKMM terus terpinggir kecuali mereka yang memasuki UMNO.

Lebih rumit lagi ialah menilai kedudukan bekas-bekas anggota PKM (Parti Komunis Malaya)

seperti Rashid Maidin dan Abdullah CD yang kini mendapat perhatian pelbagai pihak yang

kurang selesa dengan sejarah rasmi.

Isu ini dirumitkan oleh tafsiran konsep kiri itu sendiri. Dato' Onn laafar dan rakan-rakannya

mengakui mereka sebagai golongan kanan ketika berkecimpung dalam UMNO antara 1946-

51. Namun dalam UMNO juga masih terdapat kelompok kiri yang dikaitkan dengan individu

tertentu. Istilah ini juga pernah dikaitkan dengan kumpulan radikal (dan anti-feudal) dalam

UMNO seperti yang wujud pada awal I 980-an dan 1990- \an ketika UMNO menghadapi isu

kekebalan raja-raja Melayu. Tun Abdul Razak Hussein, seorang yang berketurunan

bangsawan, pernah dianggap sebagai kiri ekoran keanggotaannya dalam Parti Buruh British

ketika menuntut di London lewat 1940-an. Bahkan dasar-dasar pembangunan beliau turut

menampakkan pengaruh sosialisme, selain penglibatan sosialis komited seperti James

Puthucheary dalam pembentukan tertentu dasar pembangunan negara termasuk dasar

ekonomi baru (DEB), yang bermatlamat antaranya, penguranga jurang kemiskinan antara
kaum sementara yang lain seperti Abdullah Majid berperanan sebagai penasihat. Pun begitu

beliau bertindak tegas terhadap komunis yang melancarkan perjuangan bersenjata sepanjang

menjadi menteri pertahanan Persekutuan Tanah Melayu selepas 1957. Isu kiri ini turut

menggemparkan negara pada lewat 1970-an apabila Abdullah Majid dan wartawan terkenal

Abdul Samad Ismail ditangkap atas tuduhan sebagai komunis ekoran perebutan kuasa yang

sengit dalam UMNO ketika itu.

Dalam pensejarahan nasionaIisme Melayu konsep kiri khasnya untuk lewat 1940- an dan

1950-an merujuk kepada kelompok yang bertentangan dengan parti utama Melayu iaitu

UMNO. Pada 1940-an kelompok utama yang bertentangan serta bersaing sengit dengan

UMNO ialah PKMM. PKMM ketika itu tidak bersifat dogmatik sementara bentuk

nasionalismenya tidak terbatas setakat ideologi yang lusteru itu kumpulan kiri boleh dipecah

kepada beberapa kategori seperti "extreme left" seperti anggota PKM, kiri yang komited

seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad yang juga pemah menerajui Parti

Rakyat Malaya, kiri Islam seperti yang dipelopori oleh BurhanuddinAI-Helmy yang pemah

memimpin PKMM dan kemudiannya PAS dan guru agama tersohor dari Gunung Semanggol

Ustaz Abu Bakar AI-Bakir yang mengetuai kumpulan Hizbul Muslimin. Satu lagi kumpulan

disebut kiri fana (transient left) yang merujuk kepada anggota PKMM, API dan AWAS yang

telah memasuki UMNO selepas 1948 apabila parti radikal Melayu ini ditekan British.

Terdapat beberapa nama terkenal dari kumpulan kiri fana seperti Abdul Ghaffar Baba yang

pemah menjadi anggota PKMM antara 1945-48 (termasuk ketika di MPSI antara 1946-48)

dan kemudiannya memasuki UMNO pad a 1951, Abdul Samad Idris yang pemah menjadi

anggota API di Negeri Sembilan, Ibrahim Fikri yang pemah menjadi anggota KMM dan

PKMM dan Aishah Ghani, yang pemah menganggotai PKMM. Mereka kemudiannya

menjadi pemimpin kanan dalam UMNO - Ghaffar sebagai timbalan presiden, Abdul Samad

Idris di peringkat Negeri Sembilan (dan peringkat pusat), Ibrahim Fikri di peringkat
Terengganu (dan pusat) dan Aishah sebagai ketua sayap wanitanya. Nama-nama yang kurang

dikenali termasuk Hamid Mahmud, Mustafa Yunos dan Rosdin Yaakob. Rosdin pemah

berkhidmat dengan Utusan Melayu di Kuala Lumpur dan pemah ditahandi bawah Undang-

Undang Darurat 1948. Ketiga-tiga tokoh pemah menjadi wakil rakyat selepas Merdeka.

Você também pode gostar