Você está na página 1de 29

1 980508075609

1.0 PENGENALAN

Ekonomi merupakan faktor utama untuk membentuk dan memajukan Negara.


Menurut kamus pelajar ekonomi bermaksud ilmu asas tentang pengeluaran,
pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah kewangan
yang bersangkutan denganya. Bukan itu sahaja, ekonomi juga terdiri dalam pelbagai
bidang seperti perniagaan, perdagangan, secara francais dan lain-lain lagi. Terdapat
juga sektor-sektor lain yang membantu untuk memajukan ekonomi negara kita seperti
perkhidmatan, perkilangan, perlombongan, pertanian dan lain lain lagi.

Perniagaan dalam talian merupakan sebuah perniagaan cara baharu bagi


memudahkan pelanggan untuk membeli barangan tempatan mahupun barangan luar
negara. Perniagaan ini menggunakan Internet sebagai medium untuk berhubung
dengan pelanggannya. Perniagaan dalam talian tidak memerlukan tapak perniagaan
seperti perniagaan konvensional sebaliknya menggunakan laman media sosial seperti
Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain bagi mempromosikan barangan
perniagaan yang ingin dijual oleh mereka.

Perkara ini amat memudahkan pembeli yang ingin membeli barangan yang tiada
dipasaran Malaysia kerana dengan adanya perniagaan dalam talian ini akan
memudahkan mereka untuk mencari barang tersebut kerana pasaran perniagaan
dalam talian amat luas kerana penggunaan media sosial. Perkara yang membezakan
perniagaan dalam talian dan konvensional hanya cara perniagaan yang dilakukan
sahaja. Perniagaan konvensional memerlukan tapak atau kedai untuk memulakan
perniagaan akan tetapi perniagaan dalam talian tidak memerlukan tapak atau kedai
mereka hanya memerlukan laman media social untuk melakukan perniagaan.
Malahan, perniagaan dalam talian tidak membataskan budaya, bangsa, negara,
sempadan, masa, dan jarak untuk melakukan perniagaan ini.
2 980508075609

Pelajar tingkatan 6 ialah pelajar yang telah tamat pengajian menengah rendah dan
telah menduduki peperiksaan SPM dan boleh meneruskan pengajian ke tahap
pergajian tinggi. Pengajian tingkatan 6 mengambil masa 2 tahun iaitu Tingkatan 6
Bawah dan Atas. Pelajar yang layak untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 6 akan
menerima surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat dua jurusan di
tingkatan 6 iaitu aliran sains dan kemanusian. Keputusan SPM akan menentukan
aliran yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6. Pelajar tingkatan 6 akan melalui 3
penggal dan setiap penggal akan terdapat peperiksaan STPM diakhir bulan penggal
tersebut dan hanya penggal 1 dan 2 sahaja dibenarkan untuk mengambil kertas
ulangan jika terdapat mana-mana pelajar yang gagal dalam salah satu mata pelajaran
yang diambil oleh mereka. Kerja Kursus juga perlu dilaksanakan di Tingkatan 6
kerana akan menyumbang peratusan yang akan mempengaruhi keputusan
keseluruhan STPM. Kerja khusus haruslah dilaksanakan dengan sebaiknya agar ia
dapat membantu meningkat markah peperiksaan STPM .

Nilai dan etika semasa melakukan perniagaan dalam talian perlulah ada sama dengan
perniagaan konvensional iaitu perlu ada nilai amanah dan jujur semasa berniaga. Ini
kerana bagi memastikan pelanggan tidak mempunyai rasa takut untuk membeli
kerana kita bersikap amanah dan jujur semasa melakukan perniagaan. Selain
itu,perniaga juga perlulah bersopan santun dalam penulisan kata semasa bertutur
dengan pelanggan walaupun hanya di laman sosial agar pelanggan tidak merasa sakit
hati semasa melakukan pembelian dengan barangan yang ingin dijual oleh peniaga.
3 980508075609

Namun, perniagaan dalam talian juga terdapat permasalahanya juga seperti berlaku
penipuan semasa melakukan penjualan. sebagai contoh setelah pelanggan membayar
wang kepada barang yang hendak dibelinya penjual tersebut akan menukar nama
ataupun menyekat akaun pembeli tersebut agar mereka tidak dapat mencari akaun
tersebut bagi meneruskan penipuan mereka. Perkara ini kerap berlaku tidak kira
dinegara mana pun penipuan penjualan perniagaan dalam talian pihak berkuasa harus
memandang tinggi terhadap perkara ini kerana ramai pembeli yang telah terpedaya
oleh penjual seperti ini. Perkara kedua yang sering berlaku didalam perniagaan dalam
talian pula pembeli ditipu dengan penghantaran barangan lain yang dibelinya.
Sebagai contoh, setelah membayar wang penjual akan menghantar barangan lain
yang dibeli oleh pelanggan oleh sebab pelanggan ditipu dengan risalah yang di muat
naik ke dalam media sosial.

Rasional kajian untuk kajian ini ialah untuk melihat perbandingan pembelian dalam
talian dan juga peniagaan konvensional dikalangan pelajar tingkatan 6 SMK Seri
Balik Pulau seperti minat dan jenis barangan yang selalu dibeli diantara pembelian
dalam talian dan peniagaan konvensional. Kajian pengkaji yang kedua pula, ialah
untuk melihat pembelian secara manakah yang diminati oleh pelajar tingkatan 6
diantara pembelian dalam talian dan konvensional dan mengapa pembelian tersebut
lebih diminati mereka. Kaedah kajian dijalani dengan cara temubual,mencari sumber
internet dan lain-lain. Kajian ini amat penting untuk melihat pembelian secara mana
yang amat diminati pelajar dan pengguna pada masa sekarang.
4 980508075609

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini.

1. Untuk mengkaji perbandingan antara pembelian dalam talian dengan pembelian


konvensional dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Balik Pulau,Pulau Pinang.

2. Mengenalpasti faktor -faktor yang menyebabkan perniagaan dalam talian lebih


diminati oleh pelajar tingkatan 6 di sekolah menengah kebangsaan Seri Balik Pulau
dan perbandingan di antara pembelian dalam talian dan perniagaan konvensional .
5 980508075609

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Daerah Balik Pulau

Sumber : www.googlemaps.com

Lokasi kajian telah dilakukan di kawasan daerah Balik Pulau iaitu di Pulau Pinang.
Balik Pulau merupakan daerah yang terletak di daerah barat daya Pulau Pinang. Balik
Pulau amat terkenal dengan durian dan buah pala yang ditanam oleh peladang melayu
dan cina. Durian di Balik Pulau amat terkenal sehingga pelancong sanggup datang ke
Balik Pulau semata-mata untuk merasai Durian di Balik Pulau. Balik Pulau juga
diberi gelaran The Village Behind The Island yang bermaksud namanya di dalam
bahasa Inggeris.
6 980508075609

Foto 1 : Papan tanda Balik Pulau

Sumber : Kajian lapangan tahun 2017

Balik Pulau terletak di daerah Barat Daya Pulau Pinang. Pekan ini pada mulanya
terpencil dan lambat membangun tetapi sekarang merupakan kawasan yang amat
termaju di kawasan barat dan terkenal bagi para pelancong dan sedang membangun
dengan kawasan kediaman dan juga dari segi ekonomi seperti pertanian, perikanan ,
pertenakan dan lain-lain. Balik Pulau juga terkenal dengan pantainya yang cantik
seperti pantai Malindo dan Pasir Panjang. Terdapat beberapa buah kampung yang
terdapat di Balik Pulau Seperti Kongsi, Sungai Burong, Kampung Perlis, Kampung
Terang,Kampung Genting , Permatang Pasir, Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa
dan lain-lain.
7 980508075609

Lokasi Kajian yang dikaji oleh pengkaji ialah di SMK Seri Balik Pulau yang terletak
di Jalan Sungai Nipah. SMK Seri Balik Pulau telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965
dengan menumpang di SK Genting dan telah dirasmikan oleh YAB Tun Hj Abdul
Razak Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan telah dirasmikan pada
tarikh 17 April 1969. Pelajarnya terdiri dari pelajar menengah rendah, pelajar
menengah atas dan juga pelajar tingkatan 6. Hampir lebih 1000 pelajar yang terdapat
meneruskan pelajarannya di SMK Seri Balik Pulau dan terdapat 9 buah kelas di SMK
Seri Balik Pulau. Terdapat 2 sesi pembelajaran di SMK Seri Balik Pulau iaitu Sesi
Pagi dan Sesi Petang. Hal ini kerana, Kelasnya yang amat sedikit menyusahkan
pelajarnya untuk melakukan pembelajaran oleh itu pihak sekolah telah melakukan
dua Sesi iaitu iaitu bagi sesi pagi ialah dari tingkatan 3 hingga tingkatan 6 dan
manakala sesi petang hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja

Foto 2 : Gerbang SMK Seri Balik Pulau

Sumber: Kajian Lapangan 2017


8 980508075609

Tujuan kajian di buat / di SMK seri Balik Pulau kerana Pengkaji merupakan pelajar
tingkatan 6 di Sekolah tersebut dan ini amat memudahkan pengkaji untuk melakukan
penkajian disini kerana merupakan pelajar di sana . Selain itu, lokasi ini dipilih juga
oleh pengkaji yang mudah untuk mendapatkan responden kerana terdiri daripada
rakan-rakan pengkaji dan merupakan juga pelajar yang meneruskan pengajian di
tingkatan 6.
9 980508075609

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk menghubungkaitkan
persoalan kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian iaitu kaedah persampelan
rawak mudah telah digunakan dalam menjalankan kajian ini kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah lanjut, tepat, mudah serta relevan dengan objektif
kajian. Kaedah ini mengunakan borang soal selidik yang berfokuskan pada bilangan
responden yang telah ditetapkan.

4.1 PERSAMPELAN

Kajian ini mengunakan persampelan probaliti iaitu persampelan yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu populasi dengan menjawab objektif yang
disediakan oleh pengkaji. Kajian ini telah berfokuskan kepada pelajar tingkatan 6
SMK Seri Balik Pulau yang selalu melakukan pembelian secara dalam talian dan
juga pelajar yang menggunakan pembelian secara konvensional. Kajian ini telah
memilih 30 orang responden untuk menjawab soalan ini, iaitu responden terdiri dari
rakan pengkaji yang meneruskan pengajian di tingkatan 6. Pemilihan responden ialah
berdasarkan kesudian mereka untuk menjawab soal selidik.

Terdapat beberapa kriteria yang diambil semasa menjalankan proses pemilihan iaitu
responden merupakan pelajar tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau dan pernah membeli
mengunakkan pembelian secara dalam talian dan juga turut membeli secara
konvensional.
1 980508075609
0

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah penggunaan kaji soal
selidik dan tembual. Soalan soal selidik telah dibentuk untuk mengetahui
perbandingan pembelian secara manakah yang diminati oleh pelajar tingkatan 6
diantara pembelian dalam talian ataupun pembelian secara konvensional.

4.2.1 DATA SEKUNDER

Data sekunder merupakan sumber yang terdiri daripada bahan yang dikaji melalui
pembacaan bahan bertulis. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah,
dicetak, dan disebarkan kepada umum. [Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1].
Data sekunder kajian ini diperoleh dari bahan bacaan seperti kerata akhbar , majalah
dan jurnal laman sosial.

4.2.2 DATA PRIMER

Data primer merupakan sumber yang belum diolah dan dicetak. Sumber-sumber ini
bersifat asli dan belum diolah. Data primer kajian ini diperoleh melalui kaedah soal
selidik yang dilakukan dengan pelajar-pelajar Prauniversiti SMK Seri Balik Pulau.
Selain itu , Kaedah temubual juga turut dilakukan keatas beberapa pelajar tingkatan
6.
1 980508075609
1

a] Borang soal selidik

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung
terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui
strategi mereka untuk membuat bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian dengan
tajuk yang dilakukan oleh pengkaji. Kaedah ini adalah kaedah paling popular yang
digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini
perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah
ditetapkan. Hal ini untuk memastikan agar soalan tidak menyimpang jauh dari
objektif kajian. Bahasa yang digunakan haruslah bahasa yang mudah dan senang
difahami oleh semua golongan responden.

4.3 Teknik Penganalisaan Data

Dalam Kajian ini, data yang di analisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk
peratusan. Data dianalisiskan melalui data primer yang dikaji melalui borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada 30 responden yang dikenalpastikan. Seterusnya
data akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk graf, carta, dan juga jadual.
Penjelasan dan huraian akan juga ditulis agar persembahan data akan menjadi lebih
jelas dan mudah difahami.
1 980508075609
2

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bahagian dapatan kajian ini akan membincangkan tentang analisis data dan akan
memaparkan tentang hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang
soal selidik yang telah di isi oleh responden yang terdiri dari pelajar Prauniversiti,
kalangan pelajar serta kakitangan SMK Seri Balik Pulau. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada pelajar tingkatan 6 di SMK Seri Balik Pulau. Data yang telah
dimasukkan telah dikemaskini bagi mendapatkan statistik peratusan, taburan
kekerapan, dan purata pelajar.

5.1 Demografi Responden

Terdapat 30 responden yang terdiri daripada pelajar Prauniversiti di SMK Seri Balik
Pulau yang telah dipilih untuk menjawab soalan-soalan soal selidik. Latar belakang
responden telah dianalisiskan dari segi umur, jantina, bangsa, dan dipersembahkan
dalam bentuk rajah.
1 980508075609
3

Jantina 5.1.1

Rajah 1 di atas menunjukkan jantina responden

Sumber: Borang Soal Selidik

Berdasarkan rajah di atas , Menunjukkan terdapat 70 % iaitu 21 orang daripada 30


orang responden yang terdiri daripada perempuan. Data menunjukkan pelajar
perempuan lebih ramai melakukan pembelian dalam talian. Hal ini demikian kerana,
pelajar perempuan lebih gemar membeli barangan berbanding pelajar lelaki.

Manakala, selebihnya iaitu 30 % ataupun 9 responden terdiri daripada golongan


pelajar lelaki. Golongan pelajar lelaki kurang berminat dalam aktiviti pembelian
dalam talian adalah disebabkan mereka tidak mempunyai banyak barangan yang
mahu dibeli berbanding pelajar perempuan yang amat gemar membeli barangan
baharu tidak mengira membeli menggunakan pembelian dalam talian ataupun
pembelian secara konvensional. Manakala pelajar lelaki hanya gemar menggunakan
pembelian dalam talian hanya untuk barangan tertentu sahaja.
1 980508075609
4

Agama 5.1.2

Rajah 3 menunjukkan Agama responden

Sumber: Borang Soal Selidik

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan terdapat 83 % iaitu 25 orang responden yang


beragama Islam yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang merupakan
pelajar tingkatan 6 . Manakala, 17 % iaitu 5 orang responden yang terdiri daripada
pelajar tingkatan 6 yang beragama Buddha. Hal ini demikian kerana pengkaji telah
memberikan borang soal selidik kepada rakan rakan yang berada di dalam kelas
secara rawak.
1 980508075609
5

5.1.3 Bangsa

Rajah 4 menunjukkan Bangsa responden

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan rajah yang terdapat di atas , data menunjukkan 25 orang daripada 30


responden merupakan bangsa Melayu dengan peratus 83 %. Hal ini demikian kerana
pengkaji telah memberikan borang soal selidik kepada rakan sekelas yang hampir
kesemuanya merupakan bangsa Melayu. Manakala responden selebihnya merupakan
bangsa Cina yang terdiri daripada 5 orang sahaja yang dipilih yang terdiri dari
kalangan pelajar dan juga rakan kepada pengkaji.
1 980508075609
6

5.2 Perbandingan diantara pembelian dalam talian dan pembelian secara


konvensional di kalangan pelajar tingkatan 6

Graf 1 : Perbandingan di antara pembelian dalam talian dan pembelian secara dalam
talian dan secara konvensional di kalangan pelajar tingkatan 6

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan bar kompaun di atas , terdapat empat perbandingan tentang pembelian


dalam talian dan pembelian secara konvensional di kalangan pelajar tingkatan 6 di
SMK Seri Balik Pulau. Seramai 8 orang dari 30 iaitu 26 % responden tidak pasti
sama ada membeli barangan dalam talian lebih murah berbanding dengan perniagaan
konvensional manakala 8 iaitu 26 % orang responden bersetuju dengan perkara
tersebut dan juga 14 orang responden iaitu 46 % sangat setuju tentang membeli
pembelian dalam talian lebih murah berbanding perniagaan konvensional.
1 980508075609
7

Selain itu, bagi penyataan membeli barangan konvensional lebih murah berbanding
perniagaan dalam talian pula telah mendapati hanya 2 orang responden iaitu 6 %
tidak pasti dengan perkara tersebut dan seramai 14 orang responden iaitu 46 % setuju
dengan membeli barangan konvensional lebih murah berbanding perniagaan dalam
talian dan 14 orang responden juga iaitu 46 % turut sangat bersetuju dengan
melakukan pembelian secara konvensional lebih murah. Hal ini disebabkan pembeli
boleh membuat tawar menawar dengan penjual yang menyebabkan mereka bersetuju
dengan perkara tersebut.

Seterusnya, 5 orang responden iaitu 16 % tidak pasti tentang kualiti barangan


membeli pembelian dalam talian lebih baik berbanding secara konvensional
manakala 10 orang responden iaitu 33 % bersetuju tentang membeli secara talian
kualitinya lebih baik . Manakala, 15 orang responden iaitu 50 % sangat bersetuju
tentang membeli barangan dalam talian kualitinya lebih baik berbanding secara
konvensional.

Di Samping itu , 5 orang responden iaitu 16 % tidak pasti tentang kualiti barangan
konvensional lebih baik berbanding kualiti barangan dibeli secara dalam talian.
Manakala, 16 orang responden iaitu 53 % setuju tentang kualiti barangan pembelian
secara konvensional lebih baik berbanding membeli secara dalam talian. Hanya 9
orang iaitu 30 % sahaja responden yang sangat bersetuju bahawa kualiti barangan
konvensional lebih baik berbanding membeli secara dalam talian.
1 980508075609
8

Graf 2 : Perbandingan di antara pembelian dalam talian dan pembelian secara


konvensional di kalangan pelajar tingkatan 6

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan bar kompaun yang ditunjukkan diatas didapati bahawa hanya 6


responden iaitu 20 % sahaja dari 30 responden tidak pasti tentang perlu menunggu
masa yang lama jika membeli secara dalam talian. Manakala, 15 orang responden
iaitu 50 % setuju tentang pembeli perlu menunggu masa yang lama jika membeli
pembelian secara dalam talian dan 9 orang responden iaitu 30 % sangat bersetuju
tentang membeli secara dalam talian amat mengambil masa yang lama untuk
barangan tersebut sampai kepada pembeli.

Selain itu , 16 responden iaitu 53 % setuju tentang membeli secara konvensional


tidak perlu menunggu masa yang lama untuk barang tersebut sampai kepada pembeli
berbanding membeli secara dalam talian dan 14 orang responden iaitu 46 % pula
sangat bersetuju tentang perkara tersebut. Hampir kesemua 30 responden bersetuju
dan sangat bersetuju tentang membeli secara konvensional barangannya lebih cepat
sampai kepada pembeli berbanding membeli secara dalam talian. Hal ini disebabkan
1 980508075609
9

perniagaan konvensional adalah bersifat Cash and Carry atau bayar dan bawa
balik.

Seterusnya, 7 responden iaitu 23 % Tidak pasti tentang membeli barangan secara


dalam talian barangannya tidak seperti yang ditunjukkan dalam gambar manakala 8
orang responden iaitu 26 % bersetuju tentang barangan yang ditunjukkan dalam
gambar tidak seperti dalam gambar setelah barangan sampai kepada pembeli. 15
orang responden dari 30 responden iaitu 50 % pula amat bersetuju tentang barangan
yang ditunjukkan dalam gambar tidak seperti yang ditunjukkan oleh penjual . Ini
merupakan antara perkara menyebabkan berlakunya penipuan membeli secara dalam
talian dan telah meyusahkan pembeli lain untuk melakukan pembelian dalam talian
akibat perkara tersebut.

Di samping itu , Hanya 1 orang responden sahaja dari 30 orang responden iaitu 3 %
tidak pasti membeli barangan secara dalam talian lebih mudah berbanding membeli
secara konvensional manakala 12 orang responden iaitu 40 % setuju dengan membeli
barangan secara dalam talian setuju dengan perkara tersebut dan 17 orang responden
iaitu 56 % sangat bersetuju tentang membeli pembelian secara dalam talian lebih
mudah berbanding membeli secara konvensional. Hal ini dikatakan demikian kerana,
mungkin disebabkan membeli secara dalam talian lebih mudah kerana jika membeli
secara dalam talian pembeli tidak perlu mengisi borang sebagai tanda bersetujuan
untuk membeli dan penjual tidak banyak menanya soalan dan hanya menghantar
barangan tersebut selepas pembeli bank in wang ke akaun penjual barangan dalam
talian tersebut.
2 980508075609
0

Graf 3 : Perbandingan diantara membeli secara dalam talian dan membeli secara
konvensional di kalangan pelajar tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan graf kompaun di atas , pengkaji mendapati 2 responden iaitu 6 % sangat


tidak berstuju tentang membeli secara konvensional lebih mudah berbanding
membeli secar dalam talian manakala 3 orang responden iaitu 10 % tidak setuju
sahaja dengan pendapat tersebut. Hal ini mungkin disebabkan membeli barangan
secara konvensional amat menyusahkan disebabkan pembeli perlu mengisi borang
dan pelbagai perkara lagi untuk mendapat barangan tersebut. 13 orang responden
iaitu 43 % pula setuju dengan pendapat bahawa membeli secara konvensional lebih
mudah dan 12 orang responden iaitu 40 % sangat bersetuju dengan pendapat tersebut
bahawa membeli secara konvensional amat mudah berbanding membeli secara dalam
talian.

Selain itu juga , 4 orang responden iaitu 13 % tidak bersetuju tentang kepuas hatian
membelia secara dalam talian daripada 30 orang responden. 11 orang responden pula
iaitu 36 % setuju dengan pendapat membeli secara dalam talian lebih berpuas hati
berbanding membeli secara konvensional dan 15 orang responden iaitu 50 % sangat
bersetuju dengan pendapat membeli barangan dalam talian lebih berpuas hati
berbanding membeli secara konvensional.
2 980508075609
1

Seterusnya, 20 orang responden iaitu 66 % dari 30 orang responden setuju tentang


membeli secara konvensional lebih berpuas hati berbanding membeli secara dalam
talian dan 10 orang responden pula iaitu 33 % sangat bersetuju tentang pendapat
tersebut. Hal ini mungkin disebabkan, pembeli dapat melihat barangan tersebut
terlebih dahulu sebelum membeli barangan tersebut dengan membeli secara
konvensional berbanding membeli secara dalam talian yang barangannya hanya dapat
di lihat setelah barangan tersebut sampai ke tangan pembeli.
2 980508075609
2

5.3 Bahagian C : Faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan dalam talian lebih


diminati oleh pelajar tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau.

Graf 1 : Kekerapan pelajar tingkatan 6 membeli menggunakan pembelian dalam


talian.

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan graf kompaun di atas , Pengkaji telah mendapati bahawa pelajar


tingkatan 6 Jarang melakukan pembelian dalam talian dan hampir 20 orang
responden iaitu 66 % Jarang melakukan pembelian secara tersebut . 7 orang
responden dari 30 orang iaitu 23 % pula selalu melakukan pembelian dalam talian
setiap sebulan sekali mereka akan menggunakan pembelian dalam talian. Manakala ,
2 orang responden iaitu 6 % hanya menggunakan pembelian dalam talian selama
setahun satu kali sahaja mereka membeli secara dalam talian. Hal ini disebabkan
barangan yang hendak di beli oleh responden telah terdapat di sekitar kawasan tempat
tinggal atau di daerah responden menetap.
2 980508075609
3

Graf 2 : Perkara yang mempengerahui anda melakukan pembelian dalam talian .

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan graf kompaun yang terdapat di atas , Pengkaji mendapati hampir 23


orang responden dari 30 iaitu 76 % orang responden membeli pembelian di atas
dalam talian di sebabkan kemahuan diri sendiri. Selain itu , faktor kedua pula ada
disebabkan iklan yang ditawarkan di dalam pembelian dalam talian lebih menarik
minat pembeli untuk membeli barangan tersebut sebanyak 6 orang responden iaitu 20
%. Ketiga pula disebabkan pengaruh rakan yang memberitahu tentang laman sosial
ada penjual dalam talian yang menjual barang yang ingin dibeli lebih murah
berbanding membeli secara dalam talian adalah seramai 2 orang responden sahaja
iaitu 6 % . Akhir sekali , Seorang sahaja responden yang membeli perniagaan dalam
talian akibat pengaruh keluarga yang gemar membeli menggunakan pembelian secara
tersebut. Responden membeli barangan melalui perniagaan dalam talian adalah
disebabkan faktor keinginan diri sendiri untuk membeli barangan tersebut dan juga
iklan yang menarik perhatian responden untuk membeli barangan tersebut melalui
perniagaan dalam talian.
2 980508075609
4

Graf 3 : Barangan yang mempengaruhi pelajar tingkatan 6 untuk membeli


pembelian dalam talian .

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan graf kompaun tersebut , Hampir 23 responden iaitu 76 % menggunakan


pembelian dalam talian untuk membeli pakaian kerana lebih murah berbanding
membeli secara konvensional. Antara barangan yang dibeli adalah seperti tudung ,
topi , baju dan lain-lain . Kedua pula ialah barangan kecantikan seperti alat solet ,
pomade rambut , dan lain lain adalah sebanyak 8 orang responden 26% membeli
barangan akibat perkara tersebut. Manakala makanan adalah 3 orang responden 10 %
kerana mereka tertarik dengan gambar makanan yang ditunjukkan oleh penjual.
Akhir Sekali ialah membeli barangan elektronik adalah 3 orang responden dari 30
orang responden iaitu 10 %. Responden membeli barangan elektronik melalui
perniagaan dalam talian adalah disebabkan barangan tersebut tidak terdapat di
kawasan tempat tinggal responden dan juga barangan tersebut hanya boleh di dapati
melalui perniagaan dalam talian sahaja.
2 980508075609
5

Graf 4 : Laman media sosial yang digunakan untuk membeli pembelian dalam talian .

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan graf kompaun tersebut, Pengkaji telah didapati 24 orang responden telah
menggunakan pembelian secara dalam talian menggunakan Instagram . Kedua pula
adalah Facebook sebanyak 6 orang responden menggunakan pembelian dalam talian
menggunakan laman sosial tersebut dan Twitter dan Wechat mempunyai jumlah
responden yang sama menggunakan laman tersebut untuk membeli pembelian dalam
talian iaitu 3 orang responden sahaja. Responden melakukan perniagaan dalam talian
melalui media sosial tersebut adalah disebabkan penjual tidak akan menanyakan
banyak soalan dan had umur untuk melakukan pembelian secara dalam talian.
2 980508075609
6

Graf 5 : Tempoh masa yang diambil untuk barangan yang dibeli oleh anda sampai
kerumah menggunakan pembelian dalam talian .

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Dalam graf kompaun ini , Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat 18 orang
responden iaitu 60 % barangan yang dibeli dalam talian mengambil masa 3 hari
untuk sampai barangan tersebut. Manakala 9 orang responden iaitu 30 %
menandakan barangan dalam talian mereka mengambil masa seminggu untuk sampai
barangan tersebut kepada responden. Manakala 2 orang responden pula iaitu 6 %
menandakan barangan mereka mengambil masa 2 minggu untuk sampai ke rumah
dan 1 orang 3 % responden menandakan barangan yang dibeli mengambil masa 10
hari untuk barangan yang dibeli sampai ke tangan responden. Hal ini disebabkan
faktor penghantar yang mempunyai penghantaran barangan yang banyak seperti
syarikat POSLAJU telah menyebabkan barangan responden lambat sampai ke tangan
mereka.
2 980508075609
7

Graf 6 : Kekerapan wang yang anda gunakan untuk membeli barangan dalam talian .

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan graf diatas, seramai 26 orang responden iaitu 86 % membeli barangan


dalam talian mengunakkan jumlah wang sebanyak bawah RM 100. Hal ini mungkin
disebabkan pembeli risau jika ditipu oleh penjual jika ingin membeli barang yang
mahal. Kedua pula adalah responden yang menggunakan lebih RM 500 untuk
membeli barangan dalam talian adalah seramai 2 orang responden iaitu 6 %.
Responden ini mungkin menggunakan wang tersebut untuk membeli alatan
elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba , hardisk , dan lain- lain barangan
untuk membeli dalam talian. Manakala 2 orang responden juga iaitu 6 % tidak pernah
melebih RM 30 untuk membeli barangan dalam talian. Mereka mungkin membeli
barangan yang murah sahaja seperti makanan dan lain-lain yang sangat murah dan
berpatutan.
2 980508075609
8

Graf 7 : Kekerapan anda lebih gemar membeli barangan dalam talian berbanding
membeli secara konvensional .

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan graf bar kompaun diatas, 13 orang responden iaitu 43 % membeli


barangan dalam talian disebabkan barangan yang ingin dibeli tidak ada di kedai
konvensional. Hal ini kerana barang tersebut mungkin hanya ada di luar negara
sahaja dan hanya pembelian dalam talian sahaja yang dapat dilakukan untuk
membelinya. 13 orang responden iaitu 43 % juga turut berpendapat bahawa membeli
dalam talian lebih mudah yang telah menyebabkan faktor mereka meminati
pembelian secara tersebut. Manakala, sebanyak 7 orang responden iaitu 23 %
berpendapat bahawa barangan tersebut tidak dikeluarkan di kawasan tinggal anda
yang telah menyebabkan mereka membeli pembelian secara dalam talian dan 3 orang
responden iaitu 10 % menandakan barangan yang ingin dibeli hanya terdapat di
dalam talian sahaja yang telah menyebabkan mereka menggunakan pembelian secara
tersebut untuk membeli barangan tersebut.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


2 980508075609
9

Kajian ini bertujuan perbandingan antara pembelian dalam talian dengan pembelian
secara konvensional dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Seri Balik Pulau,
Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji faktor pelajar tingkatan 6
di SMK Seri Balik Pulau meminati pembelian dalam talian. Perniagaan dalam talian
amat memudahkan pembeli untuk membeli barangan pada masa sekarang. Teknologi
moden pada masa kini telah memudahkan pengguna untuk membeli barangan tanpa
perlu keluar untuk ke kedai konvensional dan hanya perlu melayari laman sosial
sahaja untuk membeli barangan keperluan dan kehendak pembeli.

Pengkaji telah menjalankan kajian ini terhadap 30 responden dan telah mendapati
bahawa responden menggunakan pembelian dalam talian adalah untuk membeli
pakaian iaitu hampir 23 responden iaitu 76 % menandakan mereka membeli pakaian
mengunakan pembelian dalam talian kerana barangan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana, tidak terdapat barangan tersebut di kawasan responden dan pakaian
yang di jual di dalam talian lebih murah berbanding konvensional.

Selain itu, secara kesuluruhannya 30 orang responden menggunakan pembelian


dalam talian kerana kemahuan diri sendiri. Hal ini di sebabkan teknologi yang
sekarang semakin moden telah memudahkan responden untuk membeli barangan
tanpa pelu ke pasar raya dan tempat lain-lain untuk membeli barangan dan mereka
hanya perlu melayari laman sosial sahaja untuk membeli barangan.

Você também pode gostar