Você está na página 1de 9

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN (JKPP)


KEMAS PARLIMEN PARIT BUNTAR
BIL. 6/2016

Tarikh : 31hb. Oktober 2016 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Parit Buntar,
Pusat Bandar,
34200, Parit Buntar, Perak.

Pengerusi : Pn. Siti Nasriah binti Sharip


Penyelia Kanan Parlimen Parit Buntar

Kehadiran : 46 orang hadir -2 orang tidak hadir bersebab.


AGENDA MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN (JKPP)
KEMAS DUN SUNGAI BAKAP
BIL. 1/2017
Tarikh : 17 April 2017 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber KEMAS Tasek

Agenda Mesyuarat :

1. Bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah

2. Perutusan Pengerusi

3. Arahan Kementerian/Ibu Pejabat

4. Laporan Peruntukan/Perbelanjaan Mengurus/Pembangunan


Pengurusan Kewangan

5. Hari Potensi Kanak-kanak 2017 Parlimen Nibong Tebal


- Venue Latihan
- Jadual Latihan Berkala
- Makan Minum Kanak-kanak
- Acara Permainan

7. Hal-hal Lain
- Aktiviti Bowling Peringkat DUN Sg. Bakap

8. Penangguhan Mesyuarat.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEMAS
PENGURUSAN KEMAS PARLIMEN PARIT BUNTAR
BIL. 5/2016

Bil. Perkara Tindakan

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada yang Makluman
telah meninggal dunia. Pengerusi juga mengucapkan ucapan terima kasih
kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat hari ini bagi membincang beberapa perkara
bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan serta laporan-laporan yang perlu diambil tindakan bersama.

2 AMANAT TUAN PENGARAH KEMAS NEGERI PERAK

2.1 Dimaklumkan bahawa Program Penghayatan Islam (PPI) pada peringkat awal tahun perlu dimulakan PM Bina
dengan doa-doa hafazan dan disarankan seorang kanak-kanak perlu menghafaz 5 hingga ke 11 Insan
Doa Harian. Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa menggunakan format yang disediakan.

2.2 Mesyuarat dimaklumkan supaya menyemak potongan PERKESO. Masih terdapat Penyelia dan PM-PM Semua
belum dibuat pemotongan gaji bagi tujuan perlindungan, adalah penting memaklumkan kepada pihak Kakitangan
KEMAS Negeri Perak. Sila kemukakan payslip gaji bagi tujuan tersebut.

2.3 Penggerak GDW digalakkkan untuk mengadakan Mesyuarat/ terlibat bersama JKKK bermesyuarat Penggerak
sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Ini adalah bertujuan merapatkan hubungan dengan JKKK, GDW
mendapatkan isu-isu yang dibincangkan didalam mesyuarat dan mengambil tindakan segera dalam
menangani permasalahan.

2.4 Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan perlu menghantar Laporan Daftar Pemilih bagi Parlimen Semua
setiap bulan bagi tujuan rekod Unit Perhubungan Negeri. Kakitangan

2.5 Semua PM pelbagai jurusan perlu menghantar isu semasa mengikut PDM masing-masing. Terutama Semua
isu-isu yang melibatkan ahli-ahli politik yang beralih kepada pembangkang. Pendaftaran ahli-ahli baru Kakitangan
(merekrut), PM perlu peka dengan keadaan semasa.

2.6 Semua bangunan sewa Premis KEMAS perlu dibuat sebelum tarikh tamat tempoh perjanjian. PM
Permohonan penyambungan sewaan perlu dikemukakkan pada pihak KEMAS Negeri Pelbagai
6 bulan sebelum tamat tempoh. Jurusan

2.7 Surat arahan perlu dipatuhi sepenuhnya oleh semua Penyelia Pelbagai Jurusan dan Kakitangan Semua
terutama sekali yang telah diminitkan "Wajib Hadir". Ini adalah kerana arahan diturunkan daripada Penyelia dan
Bil. Perkara Tindakan

Tuan Pengarah Negeri dan bukan saja-saja untuk meletakkan perkataan tersebut. Surat tunjuk sebab Kakitangan
akan dikenakan kepada kakitangan yang gagal hadir. Pengecualian sekiranya mendapat
pertimbangan/kelulusan PKD. Sila maklum terus kepada PKD/PK jika ada sebab yang boleh
diterima dan tidak dapat dielakkan.

2.8 Sebarang tohmahan daripada pihak Pembangkang, jangan diedarkan, dijawab, dikomen, diviralkan dan Semua
tambahan lagi disokong. Sangat merbahaya kerana akan memberi kesan kepada pembaca. Penyelia dan
Tindakan Tatatertib akan dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang menyebarkan atau viral Kakitangan
fitnah yang tidak berasas dan membuka rahsia rasmi Kerajaan.

2.9 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Perjumpaan Gerak Kerja Sosial akan dilaksanakan setiap 3 bulan PKD/PK
sekali bagi membentangkan Laporan dan Perancangan Strategik KEMAS dalam menghadapi PRU14 dan Penyelia
yang akan datang kepada YBhg. Ketua UMNO Bahagian.Melaporkan pertambahan sokongan kepada DUN
Kerajaan dan juga isu-isu semasa.

2.10 Semua LO yang diterima perlu dimaklumkan kepada PKD dan PK bagi tujuan semakkan dan yang telah Penyelia
dan telah dibelanjakan. Pelbagai
Jurusan

2.11 Sebarang dokumentasi berkaitan dengan kewangan tidak dibenarkan masa sekali menggunakan Semua
"liquid paper"(pemadam pen) untuk ubahan/pembetulan yang menimbulkan keraguan (query). PM-PM

2.12 Semua Buku Rekod Servis perlu dikemaskini oleh semua Penyelia dan PM-PM sehingga tarikh terkini. Semua
Penyelia dan
Kakitangan

3 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat JKPP Bil. 4/2016 disahkan dengan pindaan. Minit telah
Disahkan oleh : Pn. Masitah binti Ahmad diemail
Disokong : Pn. Juhana binti Yeob ke KEMAS
Negeri
4 ARAHAN KEMENTERIAN / IBU PEJABAT

4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua kebenaran bercuti rehat hanya akan dibenarkan dengan Semua
kelulusan yang telah diminitkan oleh Penyelia Kanan dan Pegawai KEMAS Daerah. Permohonan Kakitangan
bercuti sila kemukakan kepada Penyelia Kanan. Cuti Emergency Live (EL) perlu maklum dan
kelulusan cuti tertakluk kepada PKD/PK.

5 LAPORAN PERUNTUKAN / PERBELANJAAN MENGURUS/


PEMBANGUNAN / PENGURUSAN KEWANGAN
Bil. Perkara Tindakan

5.1 Mohon LO yang telah dibelanjakan dikembalikan untuk tuntutan dan mengemukakan Laporan Program Semua
ke KEMAS Negeri. Penyelia

6 PERKARA BERBANGKIT

6.1 Buku Ringkasan Mengajar perlu dibuat sebelum proses pembelajaran bermula. PM
Masih terdapat PM Tabika tidak membuat Ringkasan Mengajar, Mengemaskini Akaun Kewangan dan Tabika
sebagainya. Perkara yang sama ditegur oleh pemantau namun masih ada yang mengulangi.

6.2 Dimaklumkan satu Kursus Gerak Kerja Berpasukan bagi Parlimen Parit Buntar akan diadakan pada PM Pelbagai
tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Jurusan/PPMS

6.3 Semua kakitangan KEMAS perlu ada hubungan baik dengan Ketua UMNO Bahagian dan semua Makluman
AJK Empat Peringkat.

6.4 PM perlu menjaga PDM masing-masing dari diceroboh oleh NGO Pembangkang. Hubungi penyelia. PM Pelbagai
KEMAS perlu membantu UMNO untuk kekal sebagai Kerajaan. Mesyuarat khas akan diadakan bagi Jurusan/PPMS
perancangan program suku tahun kedua.

7 LAPORAN UNIT / BAHAGIAN KEMAS DAERAH KERIAN

7.1 Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Parit Buntar - maklumat melalui "Whatsup KEMAS"

7.1.1 Dimaklumkan bahawa pendaftran Kanak-kanak bagi sessi 2017 dibuka sekarang. Makluman

7.1.2 Dimaklumkan bahawa Baikpulih Tabika Parit Tanjung Piandang, pihak Giat MARA akan Makluman
mengadakan lawatan ke tapak projek bagi tujuan penilaian speks kerja.

7.2 Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Titi Serong

7.2.1 Mesyuarat dipohon untuk mengemukakan semua isu-isu semasa kepada beliau untuk direkodkan dan Makluman
laporkan kepada pihak KEMAS Negeri.

7.3 Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Kuala Kurau

7.3.1 Memaklumkan aktiviti mencari daftar pengundi baru telah terberhenti kesan daripada PM Pelbagai
Notis pemberitahuaan Suruhanjaya Pilihanraya memaklumkan mengenai Gunapakai Senarai Jurusan/PPMS
Bil. Perkara Tindakan

Pemilih Sehingga September 2016. Mohon agar Penyelia dan PM-PM terus mencari
dan mendaftar seberapa ramai pemilih yang mencapai umur 21 tahun.

7.4 PM Khas (Pentadbiran)

7.4.1 Semua Cuti PM Tabika disahkan oleh PPS dan perlu mendapat kelulusan Penyelia Kanan. PM Pelbagai
Berkuatkuasa mulai bulan hadapan. Jurusan

7.4.2 Kepada yang berhasrat untuk membuat pelupusan boleh berbincang dan memaklumkan PM Pelbagai
kepada PM Khas dengan mengemukakan senarai peralatan yang hendak dilupuskan. Jurusan

8 PENGURUSAN ASET

8.1 Semua Premis KEMAS yang telah mendapat Kelulusan Pelupusan perlu melupuskan peralatan tersebut PM Pelbagai
dalam tempoh 2 minggu. Jurusan

9 KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN)

9.1 Mesyuarat belum mendapat apa-apa makluman baru daripada pihak Jabatan Kesihatan. Makluman

10 KOPERASI KEMAS PERAK

10.1 Tiada Makluman

9 HAL-HAL LAIN

Tiada Makluman

11 PENANGGUHAN

11.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli mesyuarat Semua Penyelia
pada hari ini . Beliau menyarankan agar mempertingkatkan lagi professional dalam dan PM-PM
melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Mesyuarat diteruskan dengan Perjumpaan Bersama
YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mat Ali, Ketua UMNO Bahagian Parlimen Parit Buntar.
Bil. Perkara Tindakan

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang dengan ucapan terima kasih dari pengerusi. Makluman

Mesyuarat JKPP Bil.6/2016 KEMAS Parlimen Parit Buntar


Disediakan oleh :

En. Shaiful Azim bin Mohamad Kusran


Penyelia DUN Titi Serong/MT Penyelia Bina Insan Parit Buntar

Disemak oleh :

Pn. Siti Nasriah binti Sharip


Penyelia Kanan KEMAS Parit Buntar

Você também pode gostar