Você está na página 1de 12

MEMBINA KEMAHIRAN KBAT DAN MENINGKATKAN MINAT DALAM KALANGAN MURID

DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ENAM TOPI PEMIKIRAN MELALUI AKTIVITI


GALLERY WALK TERHADAP SUBJEK SEJARAH TAHUN 6 BAGI TOPIK PERAYAAN
MASYARAKAT MALAYSIA

ANGELIN A/P ANTHONY DASS

EN.HAIRI BIN YAHYA

M5

angelin57@ymail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi tujuan mengkaji keberkesanan penggunaan teknik Enam Topi
Pemikiran melalui aktiviti Gallery Walk, bagi membina kemahiran KBAT dan meningkatkan minat murid
dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 6 dalam topik Perayaan Masyarakat Malaysia. Responden bagi kajian ini
melibatkan 6 orang murid dari kelas 6 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Siput (U). Reka
bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, soal
selidik, pemerhatian. Keputusan ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan statistik dekriptif manakala soal
selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus. Statistik dekriptif menunjukkan peningkatan markah
markah antara ujian pra dan pasca dari segi min peratus iaitu 14.9. Kajian dapat membuktikan bahawa dengan
menggunakan keenam-enam topi, dapat memaksimumkan keupayaan otak untuk berfikir dimana ia dapat
membantu murid fokus dan belajar secara mendalam dalam topik Perayaan Masyarakat Malaysia

Kata kunci : Teknik enam topi pemikiran, membina kemahiran KBAT, Aktiviti Gallery Walk, meningkatkan
minat.

ABSTRACT

The purpose of this action research was conducted for the purpose of assessing the effectiveness of the technique
through the Six Thinking Hats on 'Gallery Walk', to build HOT skills and to foster Year 6 students interest in the
topic of Festivals Society Malaysia in History subject. Respondents for this study involved 6 students from Year 6
Terbilang in Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Siput (U). The design of the study is qualitative and
quantitative. Data were collected through pre-test, post-test, questionnaire, and observation. Pre- and post-test
results were analyzed using descriptive statistics while questionnaires on perception survey were analyzed by
calculating the percent of students. Descriptive statistics showed an increase in scores between pre and post test
in min percent which was 14.9. Studies prove that the use of six hats at a time can maximize the thinking ability
of studentsbrain which helps students to focus and learn more deeply in topic of Festivals Society Malaysia.

Keywords : Six thinking hats technique, build skills HOTS, Activities 'Gallery Walk', increasing interest.
PENGENALAN

Kemahiran berfikir merupakan aspek yang amat penting dalam sistem pendidikan
negara. Kurikulam Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah direka dengan menggunakan
elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Murid mestilah mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik. Kemahiran berfikir secara mendalam amat
penting dalam menentukan hala tuju dalam kehidupan harian seseorang. Edward De Bono
telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap oleh kebanyakan pakar dalam
bidang kemahiran berfikir sebagai kaedah berfikir yang bersifat holistik dan kritis. Enam cara
ini dikenali sebagai kaedah 'Six Thinking Hats'. Dalam kaedah enam topi pemikiran
seseorang penganalisis atau pemikir disarankan agar berfikir menggunakan enam skema.
Enam skema ini dibezakan dan direpresentasikan menggunakan enam topi dengan warna
yang berbeza, iaitu topi putih, merah, kuning, hitam, hijau dan biru. Model pemikiran kritis
yang dicadangkan oleh Edward de Bono adalah berteraskan konsep berfikir secara
menyeluruh dan sejajar (Dudgeon 2001). Penyelidikan ini akan menggunakan Model
Kemahiran Berfikir Six Thinking Hats sepertimana yang dikemukakan oleh Edward De Bono
(1992) sebagai model pilihan untuk melatih kemahiran berfikir dalam kalangan murid.

FOKUS KAJIAN

Pemilihan Fokus Kajian

Setelah membuat refleksi terhadap PdP yang lepas, saya merumuskan bahawa masalah
utama yang ingin difokuskan ialah :
Murid-murid menghadapi kesukaran semasa menjawab soalan KBAT.
Murid-murid berasa sukar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dalam jangka
masa yang lama.
Murid-murid tidak dapat berfikir secara kritis bagi menjawab soalan KBAT.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Umum :
Tujuan utama kajian ini adalah untuk memastikan murid tahun 6 dapat menjawab soalan
struktur dan soalan esei yang berunsur KBAT.

Objektif Khusus :
(a) Membina kemahiran berfikir aras tinggi melalui teknik enam topi pemikiran yang
dicadangkan oleh Edward De Bono (1992).
(b) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah melalui aktiviti Gallery
Walk.

Soalan Kajian

1. Bagaimanakah kaedah enam topi pemikiran dapat meningkatkan tahap pemikiran


murid serta membantu murid untuk menjawab soalan KBAT?
2. Bagaimanakah aktiviti Gallery Walk menarik minat murid untuk belajar mata
pelajaran Sejarah?

PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada murid-murid tahun 6 Terbilang iaitu tiga orang murid lelaki
dan tiga orang murid perempuan.orang murid di Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai
Siput.
Jadual 3 : Maklumat kumpulan sasaran

Tahap Pemikiran
Bil Peserta Bangsa Jantina Kelas
Murid

1. Murid A India L 6 Terbilang Rendah

2. Murid B Melayu L 6 Terbilang Sederhana

3. Murid C Melayu L 6 Terbilang Rendah

4. Murid D Cina P 6 Terbilang Rendah

5. Murid E India P 6 Terbilang Sederhana

6. Murid F India P 6 Terbilang Rendah


TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Saya telah merancang PdP secara teratur dan melaksanakan seperti yang dirancang
iaitu selama sejam kepada peserta kajian iaitu seramai enam orang murid dari kelas 6
Terbilang. Bagi menarik perhatian murid telah menayangkan sebuah video yang berkaitan
dengan Sambutan Rumah Terbuka yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Di langkah satu, saya
telah mengalihkan maklumat atau teks yang terdapat dalam buku teks kepada persembahan
paparan slide bagi menggelakkan rasa bosan dan mencungkil minat untuk belajar. Di
langkah dua saya telah mengaplikasikan kaedah kajian yang sedang dikaji iaitu enam topi
pemikiran melalui aktiviti Gallery Walk kepada murid. Di sini murid telah belajar bagaimana
hendak menjawab soalan dari pelbagai aspek mengikut topi pemikiran. Langkah seterusnya
ialah langkah ketiga, dimana saya telah membuat sesi soal jawab dengan menggunakan
kaedah permainan. Kaedah ini membantu murid bagi mengekalkan mood untuk belajar.
Secara tidak langsung kongnitif murid telah diuji semasa membuat percubaan untuk
memasukkan bola ke dalam tray telur. Langkah yang terakhir adalah penutup. Di penutup
saya telah memberi lembaran kerja kepada murid bagi menguji keberkesanaan PdP yang
saya telah merancang.

Analisis Dokumen

Bagi mengetahui tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah, saya telah merujuk
pada markah peperiksaan pertengahan tahun. Daripada rujukan tersebut saya dapati
bahawa pencapaian murid tidak begitu cemerlang walaupun muridnya daripada kelas
pertama. Kebanyakkan murid mendapat markah yang rendah dan sederhana. Jika
dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain, murid-murid tersebut memperolehi
keputusan yang baik dan cemerlang. Secara tidak langsung saya dapat melihat tahap
penguasan murid terhadap matamuridan Sejarah.

Lembaran Kerja

Masalah murid-murid tidak dapat menjawab soalan struktur atau esei dapat dikesan sewaktu
saya menyemak buku latihan dan lembaran kerja yang diberi. Buktinya, ada segelintir murid
langsung tidak menyipkan kerja yang diberi dan murid yang menjawab soalan yang diberi
dengan salah. Apabila ditanya mereka berkata bahawa mereka tidak dapat memahami
kehendak soalan. Saya dapati masalah utama murid-murid 6 Terbilang adalah, tidak dapat
berfikir secara kritis dan meluas.

Pemerhatian

Kaedah yang ketiga saya gunakan untuk mengumpul data ialah kaedah pemerhatian. Saya
telah menggunakan borang pemerhatian sebagai instrumen sokongan dalam melaksanakan
kaedah pemerhatian ini. Selain itu, saya telah menggunakan cara pemerhatian tidak
berstruktur supaya dapat memerhatikan secara lebih menyeluruh. Melalui pemerhatian tidak
berstuktur, saya telah membuat pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang perlu diperhatikan
pada tahap-tahap yang tertentu tanpa terhad. Sepanjang sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan saya telah memerhatikan bahawa murid-murid 6 Terbilang aktif memberi
respon tetapi kurang mahir menjawab soalan KBAT.
Ujian

Saya telah menjalankan satu ujian digonastik ke atas murid-murid tahun 6 Terbilang. Dalam
ujian ini terdapat 4 soalan subjektif. Selepas kertas soalan disemak, saya mendapati bahawa
kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan sepenuhnya. Hal ini
kerana mereka belum lagi mencapai tahap pemikiran yang tinggi.

Tindakan

Bagi menjalani kajian tindakan ini, saya telah memilih Model Stephen Kemmis (1998). Model
ini membantu saya untuk mengenal pasti dan juga dapat mengatasi masalah murid 6
Terbilang.

Fasa 1 : Merancang

Dalam fasa pertama saya teleh membuat beberapa perancangan awal sebelum saya
mengaplikasikan kaedah saya kepada murid. Pertama sekali saya telah menentukan
objektif kajian saya. Selepas itu saya telah merancang rancangan pembelajaran hari
mengikut topik yang saya pilih. Seterusnya saya telah mencipta enam warna topi iaitu hitam,
putih, merah, hijau, kuning dan biru.

Fasa 2 : Bertindak

Setelah saya selesai menjalankan fasa pertama, saya telah mulakan fasa kedua iaitu
bertindak. Langkah ini dijalankan untuk melaksanakan tindakan yang telah dirancang. Saya
telah melaksanakan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas seperti yang
dirancang dan merakamkan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan dengan bantuan rakan
saya. Objektif pembelajaran dan pemudahcaraan adalah untuk melihat sama ada kumpulan
sasaran dapat berfikir secara kritis dengan menggunakan kaedah enam topi pemikiran
melalui aktiviti Gallery Walk.

Fasa 3 : Memerhati

Dalam fasa ini saya telah menonton video yang dirakam. Di sini saya telah menggunakan
empat jenis instrumen kajian iaitu soal selidik, senarai semak, temubual dan pemerhatian
untuk mengumpulkan data. Melalui instrumen ini saya dapat mengumpul data sebanyak
mungkin.
Fasa 4 : Mereflek

Pada fasa terakhir ini, saya telah membuat refleksi terhadap pelaksanaan tindakan bagi
mengenal pasti sama ada penggunaan enam topi pemikiran melalui aktiviti galery walk
dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Peringkat ini juga telah memberi peluang kepada
saya untuk mengenal pasti kebaikan dan kelemahan yang terdapat dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan yang telah dijalankan.

Kaedah Mengumpul Data

Penghasilan data terdiri daripada data triangulasi. Menurut Akhiar Pardi & Shamsina
Shamsuddin (2013), triangulasi adalah cara-cara untuk meningkatkan kesahan dapatan
kajian dengan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan mengumpul data. Tujuan
menggunakan data triangulasi adalah sebagai langkah untuk mengatasi kelemahan dan bias
terhadap data yang dikumpul dengan satu kaedah sahaja.

Cara Menganalisis Data

Pengkaji telah membuat penganalisisan data secara kuntitatif dengan menggunakan analisis
deskriptif. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan nilai min dan peratusan serta
membandingkan tahap pencapaian murid dalam aktiviti PdP.

DAPATAN KAJIAN

Ujian

Pengkaji telah menggunakan ujian sebagai instrumen bagi mencapai objektif membantu
murid bagi berfikir secara kritis menggunakan kaedah 6 topi berfikir yang dicadangkan oleh
Edward De Bono.

Soalan Kajian 1 : Bagaimanakah kaedah enam topi pemikiran dapat meningkatkan tahap
pemikiran murid serta membantu murid untuk menjawab soalan KBAT?
Jadual ini menunjukkan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Peserta Markah Peratus Markah Peratus Perbezaan


Ujian Pra Markah Ujian Markah Peratus
(%) Markah
(%) Pasca
(%)

1. Murid A 16/50 32% 34/50 68% + 34%

2. Murid B 22/50 44% 37/50 74% + 30%

3. Murid C 28/50 56% 40/50 80% + 24%

4. Murid D 26/50 52% 36/50 72% + 20%

5. Murid E 30/50 60% 46/50 92% + 32%

6. Murid F 20/50 40% 38/50 76% + 36%

Jadual di atas telah menunjukkan perbandingan gred pencapaian murid dalam ujian pra dan
ujian pasca. Murid-murid telah skor markah yang tinggi pada ujian pasca berbanding dengan
ujian pra. Daripada analisis data di atas, dapat dibuktikan bahawa kaedah penggunaan
enam topi pemikiran melalui aktiviti Gallery Walk sangat berkesan. Murid-murid dapat
menjawab soalan struktur dan esei yang berunsur KBAT serta menguasai topik yang diajar
iaitu Perayaan Masyarakat di Malaysia.

Jadual ini menunjukkan Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perkara Ujian Pra Ujian Pasca

Jumlah Markah 142 231

Min 23.6 38.5


Merujuk kepada jadual 8, Didapati min markah ujian telah meningkat daripada 23.6
kepada 38.5 iaitu sebanyak 14.9.

Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi mencapai objektif
meningkatkan minat dalam diri murid terhadap mata pelajaran Sejarah melalui aktiviti
Gallery Walk.

Soalan Kajian 2

Adakah aktiviti Gallery Walk menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran Sejarah?
Jadual ini menunjukkan Analisis Soal Selidik Terhadap Penggunaan Kaedah Enam Topi

Pemikiran Melalui Aktiviti Gallery Walk

Jum
Jum
Bil Pernyataan M1 M2 M3 M4 M5 M6 Tidak
Setuju
Setuju

Kaedah enam topi pemikiran


dapat membantu saya
1. mempelajari Sejarah dengan x
5 1
mudah
Kaedah enam topi pemikiran
2. membantu saya menjawab
6 0
soalan struktur
Kaedah enam topi pemikiran
3. membantu saya menjawab
6 0
soalan esei
Kaedah enam topi pemikiran
4. membantu saya untuk
6 0
berfikir secara kritis

Saya suka menggunakan


5. 6 0
kaedah ini
Kaedah enam topi pemikiran
dapat membantu saya untuk
6.
berfikir semula apa yang x
5 1
saya belajar hari ini
Aktiviti Gallery Walk
7. 6 0
menarik perhatian saya
Saya tidak berasa bosan
8. semasa menyertai Aktiviti
6 0
Gallery Walk
Saya rasa seronok semasa
9. menyertai Aktiviti Gallery
6 0
Walk
Saya menjadi aktitif semasa
10. menyertai Aktiviti Gallery
6 0
walk
Jadual di atas menunjukkan, telah jelas menunjukkan bahawa 90% murid telah setuju
dengan penggunaan kaedah enam topi pemikiran dapat meningkatkan tahap pemikiran
murid dan membantu untuk menjawab soalan struktur dan esei. Begitu juga dengan aktiviti
Gallery Walk. 90% murid setuju dengan keberkesanaan aktiviti tersebut. Aktiviti Gallery
Walk menarik perhatian murid dan membuat murid untuk menyertai diri dalam aktiviti PdP.

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, kaedah penggunaan enam topi pemikiran melalui aktiviti Gallery
Walk dapat meningkatkan tahap pemikiran murid serta membantu murid untuk menjawab
soalan struktur dan soalan esei yang berunsur KBAT serta memupuk minat murid untuk
belajar Sejarah. Hal ini telah dibuktikan melalui dapatan kajian bagi setiap instrumen yang
telah digunakan oleh pengkaji. Objektif kajian umum dan objektif kajian khusus telah dapat
dicapai dengan sepenuhnya. Daripada temua bual pengkaji dapat mengetahui pendapat
murid terhadap kaedah yang diaplikasikan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kaedah enam topi pemikiran ini boleh digunakan untuk topik-topik lain yang terdapat dalam
mata pelajaran Sejarah bagi tahun 4 hingga 6. Kaedah ini juga boleh digunakan bagi mata
pelajaran yang lain. Pada masa akan datang topi ini boleh dijual bagi tujuan komersial.
RUJUKAN

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2013), Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.

Buku Panduan Prasiswazah FSSK Sesi Akademik 2012-2013. Bangi: Penerbit GEMILANG.

Cavdar, G. & Doe, S. 2012. Learning through writing: teaching critical thinking skills in

writing assigments. PS: Political Science and Politics, Vol. 45 no. 2: 298- 306.

Cederblom, J. & Paulsen, D. 2011. Critical reasoning: understanding and criticizing

argterbilangents and theories, 6th edition. Belmont, CA: Wadsworth Publishing.

De Bono, E. 1985. Six thingking hat: an essential approach to business management.

Oxford: Little Brown.

De Bono, E. 1992. Six thingking hat for schools. Melbourne: Hawker Brownlow Pty Ltd.

Dudgeon, P. 2001. Breaking out of the box: The biography of Edward de Bono.

London:Headline.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1996). Pemikiran lateral Edward de Bono. Kuala Lumpuir:
Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd.

Halpern, D. F. 1997. Critical thingking across the curriculterbilang: a brief edition of

thought and knowledge. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaterbilang Associates, Inc.


Kamal, S. 2005. Evaluating the effectiveness of creativity training. Journal of

European Industrial Training, Vol. 29 no. 2: 102-111.

Kemmis. (1998). The action research planner. Australia: Deakin University Press.

Krippendorff, K. (2013). Content Analysis. London : Los Angeles : Sage.

Mohd.Majid. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mulnix, J. 2010. Educational philosophy and theory. Oxford: Blackwell Publishing.

Noriati 2009.Murid dan Alam belajar.Shah Alam.Oxford Fajar

Reason, P., Heron, J. & Bradbury, H. 2008. Handbook of action research. Second edition.

London: Sage.

Reason, P. & Heron, J. 1997. A participatory inquiry paradigm. Qualitative Inquiry, 3: 3.

Reynolds, M. 2011. Critical thinking and systems thinking: towards a critical literacy for

systems thinking in practice. Dlm. Horwath, Christopher & Forte, James (eds).

Critical thinking. New York: Nova Science Publishers.

Scriven, M. & Paul, R. 2008. Defining critical thinking, Foundation for critical thinking. Available at:

http://www.criticalthinking.org/about CT/defining CT.

Você também pode gostar