Você está na página 1de 4

Agama dalam pembentukkan

tamadun
Agama adalah teras kehidupan. Ia telah menyediakan satu garis panduan yang sangat
komprehensif dan efektif kepada setiap manusia dalam mengharungi kehidupan seharian.
Tiada satu agama pun didunia ini yang mengajak manusia melakukan kemusnahan. Semua
agama menyeru penganutnya agar melakukan perkara yang mulia. Keamanan, kesejahteraan,
perpaduan dan kemuliaan, semua itu merupakan secebis daripada nilai-nilai murni yang
ditekankan oleh semua agama. Agama merupakan asas dan memainkan peranan penting
dalam pembentukan tamadun jika peranan agama dinafikan dalam pembentukkan tamadun
maka berlakulah kemusnahan jati diri dan etuka moral masyarakat itu sendiri.

Tamadun india
Majoriti masyarakat tamadun india menganut agama atau menggunakan falsafah hinduisme
atau agama semulajadi. Agama ini tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi
agama yang bersifat pusat. Sebelum ini hinduisme juga dikenali sebagai Sanata Dharma
(peraturan kerohanian yang kekal abadi). Orang Hindu percaya kepada jelmaan Tuhan. Bagi
mereka, terdapat tiga dewa jelmaan Tuhan iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa
Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Orang Hindu juga percaya kepada hukum Karma dan
kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini bergantung kepada Karma atau kelakuan
seseorang semasa hidupnya. Matlamat mereka adalah untuk mencapai Nirvana atau Moksha.
Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke
dunia. Oleh itu, mereka perlulah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya
dapat menghindarkan diri daripada kelahiran semula
Tamadun Cina
Kelahiran sesebuah agama mempunyai hubungan yang amat raat dengan pemikiran atau
falsafah. Sesuatu bentuk agama akan diikuti dengan tindakan penyembahan atau pemujaan
bagi mengundang keselamatan dan menjauhi kecelakaanChina yang mementingkan
keharmonian manusia dengan alam dan tuhan.Konsep feng-shui atau angin air misalnya,
telah menyaksikan bahawa perlunya sebuah kehidupan harmoni dalam persekitaran
semulajadi yang akhirnya akan menghasilkan tuah dan kesihatan kepada rakyat menurut
kepercayaan masyarakat Cina. Humanisme dijadikan sebagai asas falsafah china dan
berlakunya ledakan pemikiran secara pest semasa pemerintahan Dinasti Chou. Falsafah
seperti Confuicianisme, Taoisme, Buddhisme menekeankan konsep humanisme atau
perimanusiaan di mana ajaran ini mendidik,memupuk manusia berkelakuan seperti manusia.

Tamadun Islam
Tamadun Islam itu bermaksud sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan
keredhaan Allah S.W.T melengkpi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran
dan al-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman dan harmoni dan mendapat
keampunan Ilahi. Konsep islam terbahagi kepada tiga Aqidah, Syariah, Akhlak. Aqidah ialah
kepercayaan terhadap benda-benda ghaib yang terikat kukuh dalam sanubari setiap mukmin
seperti yang telah diwajibkan oleh Allah S,W.T dan Rasulullah s.a.w. Syariah pula bermaksud
peraturan dan undang-undang yang diperundangkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang
melingkupi semua aspek kehidupan seperti ibadah, muamalah, kekeluargaan dan jenayah.
Akhlak pula bermaksud kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang. Ia merangkumi hubungan
dengn Allah seperti redha, syukur, warak dan sabar, hubungan sesama manusia seperti adil,
amanah, toleransi dan penyayang. Aqidah, syariah dan akhlak saling melengkapi antara satu
sama lain dan dengan berasaskan ketiga-tiga instrumen penting ini. Tamadun Islam dapat
berlansung dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah
Persamaan dari segi idea
intelektual atau agama(teologi)
dalam sesebuah tamadun
Setiap tamadun menggunakan agama sebagai garis panduan kehidupan. Walaupun
berbeza tamadun, para intelektual untuk sesebuah tamadun menyuarakan pendapat atau
idealogi yang sama dalam beberapa perkara seperti seorang pemerintah perlu berpegang
teguh pada agama yang dianuti dan menerapkan moraliti dalam sistem pemerintahan. Peranan
dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah yang
juga tertakluk pada garis panduan agama.

Agama untuk setiap tamadun menekankan konsep ketuhanan seperti agama islam,
kristian dan hinduisme percaya konsep monoteisme dan semua agama mempunyai doktrin
dan mengamalkan amalan tertentu seperti sambutan perayaan sekali setahun mengikut
kepercayaan masing-masing. Agama kristian dan islam mempunyai banyak persamaan seperti
konsep syurga, neraka, dan hari pembalasan. Manakala buddhisme dan hinduisme
mempercayai konsep kelahiran semula dan karma.

Perbezaan dari segi agama dalam


tamadun
Kristian dan islam percaya akan konsep monoteisme tuhan yang satu tetapi kedua-dua
mempunyai falsafah yag berbeza seperti islam mempercayai tuhan yang maha esa atau tuhan
yang satu manakala kristian percaya akan konsep trinity (the father, the son, the holy ghost).
Buddhisme dan hinduisme mempercayai akan konsep politeisme banyak tuhan dan percaya
akan reinkarnasi. Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta berbeza dengan buddha yang
menolak konsep tuhan yang satu tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia.
Bagi agama hindu pula mereka percaya pelbagai dewa seperti brahman, vishnu dan siva.
Rumusan

Jika dilihat semula perbezaan lebih mudah dicari berbanding persamaan kerana setiap
tamadun dibina atas unsur budaya dan agama yang berbeza-beza. Pekara yang membezakan
pembentukkan tamadun ini berpunca dari agama dengan fahaman masing-masing yang
mempunyai garis panduannya yg tersendiri. Adakah perbezaan agama dan budaya
menghalang setiap tamadun menjalin hubungan baik sesama sendiri? Semestinya, dengan
adanya sifat tolak ansur dan saling memahami, hubungan antara tamadun dapat kekal
harmoni. Namun begitu, perbezaan pendapat yang sering berlaku dalam memahami matlamat
dan dasar wujudnya sesebuah tamadun harus ditangani dengan berhati-hati untuk
mengelakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk. Oleh itu, kita sebagai manusia
yang berakal perlu menilai dan lihat perbezaan dan persamaan bukanlah penghalang utuk
hidup aman dan harmoni. Jika dibandingkan zaman kini dan zaman dahulu, kita perlu
bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan; negara aman dan harmoni. Banyak cabaran
yang perlu dihadapi oleh manusia dan setiap cabaran menguji tahap ketamadunan mereka.
Dan ingatlah, dalam masa yang sama manusia mengecapi kemajuan teknologi, kestabilan
ekonomi,politik dalam sekelip mata semua ini boleh dihancurkan oleh manusia itu sendiri.

Você também pode gostar