Você está na página 1de 4

Apa itu NILAM

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah


masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban
ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan
diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita.
Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika
mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi
budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan
dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat
berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan
dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan
membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuanw dan
pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan
modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program
NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-
murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping
menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa
mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan
pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM
adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi
pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah
yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan
warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Demak Baru One Stop Centera dalah seiring dengan
matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah sebagaimana
objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM


a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti
berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Tahap Jauhari
Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan

pusat maklumat yang lain.


Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca


Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Demak Baru One Stop Center
adalah seperti berikut;
Bercerita
Membaca bersama
Bicara Buku
Meminjam buku
Memberi pinjaman buku
Ulasan Buku
Ulat Buku
Kamus Bergerak
Forum
Ceramah Buku
Ceramah
Jejak Buku
Khemah Membaca
Kuiz Pengetahuan
Radio Sekolah
Pameran Buku
Buku Skrap
SEMAI
Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)

Pengiktirafan Tahap Jauhari


Jumlah Bacaan Pengiktirafan

72-143 buah Gangsa

144-215 buah Perak

216- 287 buah Emas

288 ke atas NILAM

Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca


Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru
pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Demak Baru One
Stop Center adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.

Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa

200-299 Perak

300-399 Emas

400 ke atas NILAM

Você também pode gostar