Você está na página 1de 8

Cerita 1

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang
tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang
pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah
peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......


Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api.
Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana
sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari
kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah
uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari


tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana
kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut
disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu
turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia
si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta
merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah
kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan
sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama
kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi
si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan
kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran
suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap
hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas
hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.
Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu
juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia
tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut
dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah


budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku.
Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu
merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-
dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu
memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu
dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal
itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki
itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas
itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di
sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku
untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..."
kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku
tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa
penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka
berdua menangis kegembiraan.
ANAK ITIK YANG HODOH

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram


enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur
itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta
berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar
menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia
melompat ke dalam air dan anak itik juga turut
bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya
berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak


iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak
itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan
dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh
sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih


tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang
itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating ke
tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu
dari sini! Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar
dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar
dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal
di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur?
Tidak, kata itik itu.
Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing.
Tidak, kata itik itu.

Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata ayam


dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba
dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam
bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar
menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat
sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di
udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan
berleher panjang.
Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung
itu, ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati
terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya
pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat
berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu
bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia
terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak
itik itu pun melarikan diri dari ladang.

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang


berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal
di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia
terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih.
Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia
terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di
dalam air. Alangkah cantiknya burung itu, fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang
berenang berhampiran.

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak


seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan
kami.
Apa? Aku seekor angsa?
Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-
burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia
menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia
tidak lagi sunyi.
Ratu Lebah Yang Tamak

Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal
Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah
kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-
lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-
lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari.

Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan
kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5
ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik
menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang
madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di
sana pasti terdapat lebih banyak madu.

Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang
banyak.

Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!


Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu.
Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi
madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan
seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor
lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang
penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka
tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya
mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas
yang masih terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.

5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka
dan segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut
kamu penuh.

Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk
terbang nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.

Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan
mahu menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu
Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua
tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh : Ainismaira

Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

Você também pode gostar