Você está na página 1de 35

PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP

MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR


SEGAMAT

NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19 : 6 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS THESIS

TAJUK : PENGARUH GAYA KEPIMPINAN TERHADAP TAHAP MOTIVASI


KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR
SEGAMAT

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (4)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


SULIT
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

_________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : TN. HJ. HASSAN BIN HUSIN


LOT 32, LORONG 4,
PERKAMPUNGAN BATU SAWAR,
26170 KUANTAN,
PAHANG.

Tarikh : ____________________ Tarikh : ________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa.organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
i Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Daktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP
MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR
SEGAMAT

NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2013
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Tandatangan : .............................................................................
Nama Penyelia : TN. HJ. HASSAN BIN HUSIN
Tarikh : Mei 2013

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
i

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : ................................................................
Nama Penuh : NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN
Tarikh : MEI 2013
ii

DEDIKASI

Ditujukan khas dan teristimewa kepada :

Ayahanda, bonda serta keluarga tercinta yang banyak memberi sokongan


dan sentiasa mendoakan kejayaan anakanda.
Ayahanda Abdul Rahman Bin Tahar
dan
Bonda Masamah Binti Zulkifli

Semoga kita sentiasa diberkati Allah S.W.T di dunia dan akhirat


iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya


kajian ini dapat disempurnakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia saya Tuan Haji Hassan bin Husin yang sudi membantu, memberikan
tunjuk ajar dan tidak jemu membimbing sepanjang proses menyiapkan kajian ini.
Tanpa tunjuk ajar, bantuan dan bimbingan yang diberikan adalah mustahil bagi
kajian ini dapat disempurnakan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada keluarga terutama sekali


ayahanda dan bonda yang tercinta atas segala sokongan, pengorbanan dan dorongan
yang diberikan sepanjang mengikut pengajian program sarjana dan dalam proses
menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pensyarah yang telah
mencurahkan ilmu di sepanjang tempoh pengajian ini, serta rakan-rakan yang telah
memberikan kerjasama dan perkongsian ilmu berguna sepanjang kita bersama-sama
berjuang di lapangan ini.

Setinggi ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,


Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat serta pengetua-
pengetua di sekolah yang terlibat kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru
yang terlibat sebagai responden dan atas komitmen masa yang diberikan semasa
menjawab soal selidik kajian yang dikemukakan.

Semoga segala kerjasama serta bakti yang diberikan akan mendapat ganjaran
daripadaNya. Amin. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh gaya kepimpinan pengetua


terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor.
Kajian ini khusus untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan
antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan pensampelan rawak mudah. Alat ukur
Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur
gaya kepimpinan pengetua berdasarkan dimensi berstruktur dan dimensi bertimbang
rasa. Alat ukur Questionnaire Measure of Individual Difference in Achieving
Tendency (QMAT) pula digunakan untuk mengukur tahap motivasi kerja dalam
kalangan guru. Data diperolehi daripada kaedah soal selidik ini menggunakan skala
Likert Lima Mata. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang guru dari enam buah
sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat. Data diproses melibatkan
statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, nilai min, sisihan piawai dan
peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T,
ANOVA dan pekali kolerasi Pearson. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan
pengetua pada persepsi guru adalah tinggi bagi dimensi berstruktur dan sederhana
bagi dimensi bertimbang rasa. Manakala bagi tahap motivasi kerja dalam kalangan
guru pula menunjukkan berada pada tahap tinggi bagi motivasi positif. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara gaya kepimpinan pengetua dengan jantina,kaum dan status perkahwinan guru,
namun terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan
tempoh perkhidmatan guru. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara motivasi kerja dalam kalangan guru dengan jantina, tempoh
perkhidmatan dan status perkahwinan, namun begitu terdapat perbezaan signifikan
antara motivasi kerja dalam kalangan guru dengan kaum. Analisis hubungan pula
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang lemah antara gaya kepimpinan
pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru. Beberapa cadangan kajian
lanjutan turut dikemukan bagi penyelidikan pada masa hadapan.
v

ABSTRACT

The purpose of research is to determine the influence of leadership style on


work motivation of secondary school teachers in the urban zones of Segamat, Johor.
This study specifically to determine whether there is a significant relationship
between the leadership style of the principal with the level of work motivation
among the teachers. This research used a survey method and simple random
sampling. The measuring tool "Leader Behavior Description Questionnaire"
(LBDQ) is used to measure the dimensions of leadership style based on structured
and consideration dimension. The measuring tool "Questionnaire Measure of
Individual Difference in Achieving Tendency" (QMAT) was used to measure the
level of job motivation among the teachers. Data obtained from the questionnaire
method by using the five point Likert scale. The sample consists of 140 teachers
from six secondary schools in the zone Segamat town common. Data processing
involves the measurement of the frequency of descriptive statistics, the mean,
standard deviation and percentage. Data were also analyzed using inferential
statistical of the t-test, ANOVA and Pearson correlation coefficient. The study found
that leadership style is high on the teachers' perception of the structural dimension
and in medium level for the consideration dimension. While the level of motivation
among teachers work shows the high level of positive motivation. Based on a study
conducted found no significant difference between leadership style and gender, race
and marital status of teachers, but there are significant differences between the
leadership style of teacher tenure. The results also showed no significant difference
between work motivation among teachers with gender, length of service and marital
status, however there are significant differences between work motivation among
teachers and communities. Correlation analysis showed a weak significant
relationship between the leadership style of work motivation among teachers. Some
suggestions for future research are also presented for future research.
vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Gaya 10
1.9.2 Kepimpinan 10
1.9.3 Pengetua 12
1.9.4 Motivasi 13
1.9.5 Kerja 14
vii

1.9.6 Guru 15
1.10 Kerangka Konsep 16
1.11 Prosedur Kajian 17
1.12 Kesimpulan 18

BAB 2 SOROTAN PENULISAN


2.1 Pengenalan 19
2.2 Teori Berkaitan Gaya Kepimpinan 19
2.2.1 Gaya Kepimpinan Demokratik,
Autokratif dan Lepas Bebas
(Laizssez-Faire) 20
2.2.2 Gaya Kepimpinan McGregor 22
2.2.3 Teori Laluan Matlamat 23
2.2.4 Gaya Kepimpinan Dua Faktor 25
2.3 Teori Berkaitan Dengan Motivasi 28
2.3.1 Teori Keperluan Maslow 30
2.3.2 Teori Keperluan ERG 32
2.4 Kajian Lepas 33
2.4.1 Kajian Dalam Negara 34
2.4.2 Kajian Luar Negara 35
2.5 Kesimpulan 36

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Lokasi Kajian 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41
3.5 Instrumentasi Kajian 43
3.5.1 Taburan Item-item Soal Selidik Kajian 43
3.5.2 Bahagian A : Demografi Responden 44
3.5.3 Bahagian B : Soal Selidik Gaya Kepimpinan
Pengetua 44
viii

3.5.4 Bahagian C : Soal Selidik Tahap


Motivasi Kerja Guru 46
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 47
3.7 Analisis Data 49
3.8 Kajian Rintis 51
3.9 Kesimpulan 52

BAB 4 ANALISIS DATA


4.1 Pengenalan 53
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 54
4.2.1 Jantina 55
4.2.2 Umur 55
4.2.3 Status 56
4.2.4 Kaum 56
4.2.5 Tempoh Perkhidmatan Di Sekolah Terkini 57
4.2.6 Sesi Persekolahan 57
4.3 Analisis Dapatan Kajian 58
4.3.1 Dapatan Soalan Kajian 1 58
4.3.2 Dapatan Soalan Kajian 2 62
4.4 Pengujian Hipotesis 66
4.4.1 Hipotesis Pertama 68
4.4.2 Hipotesis Kedua 68
4.4.3 Hipotesis Ketiga 69
4.4.4 Hipotesis Keempat 69
4.4.5 Hipotesis Kelima 70
4.4.6 Hipotesis Keenam 70
4.4.7 Hipotesis Ketujuh 71
4.4.8 Hipotesis Kelapan 71
4.4.9 Hipotesis Kesembilan 72
4.5 Kesimpulan 73
ix

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan 75
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 78
5.3.1 Gaya Kepimpinan Dalam Kalangan
Pengetua Sekolah Menengah Harian Biasa 78
5.3.2 Tahap Motivasi Kerja Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Harian Biasa 81
5.3.3 Perbincangan Berdasarkan Hipotesis
Kajian 83
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.6 Penutup 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN A 94
x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Prosedur Kajian 17

3.1 Taburan Bilangan Guru-guru Sekolah Menengah


Di Zon Bandar Segamat 40

3.2 Jadual Krejcie, R.V. dan Morgan D.W 42

3.3 Jadual Taburan Item Dalam Soal Selidik 44

3.4 Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B (LBDQ) 45

3.5 Cara Pemarkahan Gaya Kepimpinan Pengetua 45

3.6 Jumlah Skor Untuk Penentuan Tahap Dimensi Gaya


Kepimpinan 46

3.7 Pengelasan Skala Lima Mata 47

3.8 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Oleh Kajian Lepas 49

3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Bagi Objektif Kajian 50

3.10 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Dapatan Kajian Rintis 52

4.1 Huraian Latar Belakang Responden Keseluruhan 54

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 55

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55

4.4 Taburan Responden Mengikut Status 56

4.5 Taburan Responden Mengikut Kaum 56

4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat


Di Sekolah Terkini 57

4.7 Taburan Responden Mengikut Sesi Persekolahan 57

4.8 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan


Pandangan Guru (Dimensi Berstruktur) 58
xi

4.9 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan


Pandangan Guru (Dimensi Bertimbang Rasa) 61

4.10 Perbezaan Nilai Min Bagi Gaya Kepimpinan Pengetua


Mengikut Dimensi Berstruktur dan Bertimbang Rasa 62

4.11 Analisis Tahap Motivasi Kerja Guru Bagi Motivasi


Positif 63

4.12 Analisis Tahap Motivasi Kerja Guru Bagi Motivasi


Negatif 66

4.13 Perbezaan Nilai Min Bagi Tahap Motivasi Kerja Guru


Untuk Motivasi Positif Dengan Motivasi Negatif 68

4.14 Garis Panduan Guilford 69

4.15 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Jantina 70

4.16 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Kaum 70

4.17 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tempoh


Perkhidmatan 71

4.18 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Status


Perkahwinan 71

4.19 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Jantina 72

4.20 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Kaum 72

4.21 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Tempoh


Perkhidmatan 73

4.22 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Status


Perkahwinan 73

4.23 Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan Pengetua


Dengan Motivasi Kerja Guru 74
xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep 17

2.1 Dua Dimensi Gaya Pemimpin Ohio State


Yang Menghasilkan Sukuan Gaya Kepimpinan 27

2.2 Piramid Keperluan Maslow 31


xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kajian

B Analisa Kajian

C Surat Pengesahan Status Pelajar 134

D Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian 135


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap organisasi mempunyai visi dan misi tersendiri dan setiap organisasi
mempunyai ketua yang bertindak selaku pentadbir dalam memacu dan memangkin
pasukannya untuk mencapai visi dan misi organisasi yang disasarkan. Seorang
pentadbir di sekolah seharusnya mempunyai halatuju dalam mencapai visi dan misi
yang telah ditetapkan melalui sebarang cara ataupun usaha yang dilakukan. Cabaran
utama sektor awam dan swasta ke arah pengisian dan pencapaian yang disasarkan
dalam visi dan misi organisasi ialah untuk memastikan segala perancangan jangka
pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamatnya. Ini amat
bergantung kepada keupayaan para pengurus untuk mengurus dan memimpin sumber
manusia yang terlibat sepanjang proses ini berlangsung. Ini kerana kejayaan
sesebuah organisasi pendidikan adalah bergantung kepada keupayaan dan kepintaran
seseorang pengurus mengendalikan pasukannya, serta kualiti sumber manusia yang
terdapat dalam organisasi tersebut dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan
segala perancangan yang dibuat.
2

Pada masa kini, sesebuah organisasi amat mementingkan kualiti kepimpinan


pengurusnya kerana kualiti kepimpinan pengurus menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi itu. Pengurus yang mempunyai gaya kepimpinan
yang efektif dan efisien mampu memacu organisasi di bawah pimpinannya mencapai
matlamat yang dikehendaki. Sebaliknya sesebuah organisasi itu akan gagal sekiranya
kepimpinan pengurusnya lemah. Oleh yang demikian, pada masa kini organisasi
meletakkan kebolehan kepimpinan adalah salah satu kriteria penting dalam proses
pemilihan pengurus dan eksekutifnya. Sesetengah organisasi juga menyediakan
program latihan kepimipinan yang bertujuan mengembang dan meningkatkan
kebolehan memimpin dalam kalangan pengurusnya. Dalam konteks dunia
pendidikan terutama di sekolah rendah dan menengah, kepimpinan pengurus yang
dimaksudkan ialah kepimpinan guru besar atau pengetua.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepemimpinan sekolah hari ini telah menjadi suatu profesion yang amat
mencabar bagi warga pendidik. Sebagai pemimpin yang dilantik secara formal
dalam organisasi di sekolah, pengetua seharusnya memainkan peranan selaku
pemimpin dan pengurus di sekolah. Ini bermaksud peranan pengetua bukan sahaja
setakat memastikan kesinambungan struktur dan sistem yang sedia ada malahan
sebagai seorang ketua, pengetua juga mampu menggerakkan orang bawahannya
untuk berubah supaya organisasi berkenaan akan lebih sensitif dan bergandingan
bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Wan Zahid (1994) telah


menekankan untuk merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara sejajar dengan
Wawasan 2020, pemimpin pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas, sahsiah dan akhlak yang baik, serta keberanian mencuba dan mengambil risiko.
Ini bermakna kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan tingkah laku
3

kepimpinan pengetua. Kerjasama daripada kakitangan yang bertanggungjawab amat


bergantung kepada interaksi positif antara pengetua dengan kakitangan sekolah. Ini
bertepatan dengan pendapat Aminudin (1990) yang mendapati bahawa hubungan
positif antara pengetua dengan guru-guru telah memberi impak yang besar kepada
prestasi, kepuasan kerja dan komitmen guru di sesebuah sekolah.

Sesetengah pengetua menjadi lebih kreatif, inovatif dan efektif dalam


mencapai matlamat yang disasarkan namun begitu ada juga sesetengahnya pula
terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan kesukaran sebelum mencapai matlamat
tersebut. Mengapa situasi sebegini boleh berlaku? Antara kunci utama kepada
persoalan ini ialah motivasi. Faktor motivasi mampu mendorong seseorang itu
bertingkah laku tertentu untuk mencapai matlamatnya. Secara umumnya dapat kita
lihat bahawa motivasi sering kali dihubung kaitkan dengan kecemerlangan prestasi
sama ada prestasi individu mahupun organisasi. Individu yang bermotivasi tinggi
mementingkan kecemerlangan prestasi sebaliknya individu yang bermotivasi rendah
kurang mementingkan kecemerlangan prestasi. Penetapan matlamat sekolah dan
gandingan motivasi yang mantap membolehkan sesebuah sekolah itu mencapai apa
sahaja matlamat yang disasarkan. Oleh yang demikian, pengetua selaku pengurus
dan pemimpin sekolah perlu memberikan perhatian kepada aspek motivasi dalam
kalangan guru kerana guru merupakan antara penggerak utama kepada kejayaan
sesebuah sekolah dan pelajarnya. Pengetua juga perlu memainkan peranan
memotivasikan guru atau membantu dan mengajar mereka untuk memotivasikan diri
sendiri.

Kepentingan motivasi boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu pekerja,


kepimpinan dan persekitaran kerja dalam memotivasikan para pekerja. Kepentingan
motivasi kepada pekerja boleh dilihat pada minat, sikap, keinginan, emosi dan
tingkah laku guru terhadap kepimpinan pengetua. Pekerja yang bermotivasi akan
berasa seronok dan puas terhadap kepimpinan pemimpinnya. Menurut Beck (1983),
mereka iaitu pekerja mempunyai semangat yang tinggi, mempamerkan kerjasama
yang erat dan ketaatan yang tinggi kepada organisasi. Jelas di sini membuktikan
apabila seseorang pengetua itu meningkatkan motivasi kerja dalam kalangan
4

gurunya, bukan hanya meningkatkan prestasi sekolah malahan turut mendapat


kerjasama yang baik, ketaatan serta mewujudkan perhubungan yang erat antara
pengetua dengan guru serta dalam kalangan guru dengan guru itu sendiri.

Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat sejauhmana pengaruh gaya


kepimpinan seseorang pengetua terhadap tahap motivasi kerja dalam kalangan guru
di sekolah menengah dan zon kajian ini adalah tertumpu pada sekolah-sekolah
menengah harian biasa di zon Bandar Segamat, Johor Darul Takzim. Ini adalah
susulan dari beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan kepuasan kerja dan
motivasi guru di daerah Segamat. Antaranya ialah kajian oleh Tey Shing Yee (2012)
yang bertajuk Kepimpinan Instruksional Pengetua Mempengaruhi Motivasi Guru di
Sekolah Menengah Daerah Segamat dan kajian oleh Julina bt Kamaludin (2012)
bertajuk Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan
Motivasi Guru Di Tiga Buah Sekolah Zon Labis Daerah Segamat begitu menarik
minat saya untuk menjalankan kajian berkenaan jenis kepimpinan pengetua yang
bagaimanakah mempengaruhi tahap motivasi kerja guru dan fokus responden saya
adalah guru-guru di sekolah menengah harian biasa di zon Bandar Segamat.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di atas dan menyedari bahawa


persoalan kepimpinan dan motivasi kerja merupakan persoalan penting dan
berhubung kait rapat antara satu sama lain serta isu ini perlu dilihat dari segi konsep
tanggungjawab bersama yang mempunyai implikasi besar kepada kejayaan sesebuah
organisasi pendidikan. Justeru itu kajian ini dibuat untuk melihat tahap motivasi
kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah yang berkait rapat dengan gaya
kepimpinan pengetua di zon bandar Segamat, Johor Darul Takzim. Walaupun
terdapat banyak faktor yang menentukan tahap motivasi kerja guru di sekolah,
namun kajian ini hanya menfokuskan kepada salah satu faktor yang penting iaitu
5

gaya kepimpinan pengetua. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap motivasi kerja guru
adakah mempunyai perkaitan yang kuat dengan faktor gaya kepimpinan pengetua di
sekolah dan gaya kepimpinan bagaimanakah yang disukai oleh guru-guru bagi
mewujudkan serta meningkatkan motivasi kerja mereka di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan melihat pengaruh gaya kepimpinan


pengetua terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar
Segamat. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenalpasti gaya kepimpinan (dimensi berstruktur atau bertimbang rasa)


yang diamalkan oleh pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat.

ii. Mengenalpasti tahap motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah
harian biasa di zon bandar Segamat.

iii. Mengenalpasti perbezaan antara gaya kepimpinan pengetua dengan demografi


guru (jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan).

iv. Mengenalpasti perbezaan antara motivasi kerja dengan demografi guru


(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan).

v. Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi


kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat.
6

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukan bagi kajian ini ialah:

i. Apakah gaya kepimpinan (dimensi berstruktur atau bertimbang rasa)


pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat?

ii. Apakah tahap motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian
biasa di zon bandar Segamat?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara gaya kepimpinan pengetua sekolah


menengah harian biasa di zon bandar Segamat dengan demografi guru
(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan)?

iv. Adakah terdapat perbezaan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah
menengah harian biasa di zon bandar Segamat dengan demografi guru
(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan)?

v. Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan


motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon
bandar Segamat?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis nol bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan


pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat
dengan jantina.
7

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan


pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat
dengan kaum.

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan


pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat
dengan tempoh perkhidmatan.

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan


pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat
dengan status perkahwinan.

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja


dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat dengan jantina.

Ho 6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja


dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat dengan kaum.

Ho 7 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja


dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat dengan tempoh perkhidmatan.

Ho 8 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja


dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar
Segamat dengan status perkahwinan.

Ho 9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan


pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah
menengah harian biasa di zon bandar Segamat.
8

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk menambah dan mengembangkan


lagi pengetahuan tentang gaya kepimpinan iaitu dimensi berstruktuk atau bertimbang
rasa yang sering diamalkan dalam kalangan pengetua dan hubung kait serta kesan
gaya kepimpinan tersebut terhadap tahap motivasi kerja guru yang terlibat di bawah
kepimpinan pengetua itu. Berdasarkan objektif kajian, adalah diharapkan kajian ini
dapat memberi maklumat kepada bakal guru serta guru-guru di sekolah untuk
melihat gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah masing-masing.
Ini kerana, setiap pengetua di sekolah mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza
antara satu dengan yang lain. Gaya kepimpinan seseorang pengetua itu selalunya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan sekolah itu sendiri, faktor
persekitaran, faktor guru, faktor pelajar dan faktor ibu bapa. Diharapkan juga
kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh pengetua di Zon Bandar Segamat yang ditunjukkan dalam proses
kepimpinan di sekolah mereka.

Di samping itu juga, kajian yang dilaksanakan ini diharapkan dapat


dijadikan sebagai rujukan oleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam usaha meningkatkan kualiti kursus-
kursus kepimpinan yang disampaikan kepada pengetua sekolah selain membantu
melihat sejauhmanakah gaya kepimpinan profesional yang diamalkan dalam
kalangan pengetua sekolah di daerah atau negeri tersebut. Para pensyarah Fakulti
Pendidikan di institut pengajian tinggi mahupun di institut perguruan juga boleh
menggunakan hasil kajian ini untuk meningkatkan kualiti sahsiah bakal guru-guru
terutama dari segi gaya kepimpinan yang akan diamalkan oleh bakal guru jika
mereka telah berada di sekolah kelak. Sebagaimana yang kita ketahui, pengetua
merupakan nadi penggerak yang utama dalam proses perkembangan sesuatu progam
atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Melalui kajian ini diharapkan dapat
menjadi panduan kepada pengetua itu sendiri dalam mengatur strategi yang berkesan
sebelum menjalankan sesuatu program atau aktiviti yang dapat meningkatkan lagi
9

mutu kerja yang cemerlang dalam kalangan warga sekolah di bawah


tanggungjawabnya.

Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat membantu penyelidik dalam


mengenal pasti gaya kepimpinan yang sesuai digunakan oleh pengetua di sekolah
bagi menguruskan hal ehwal sekolah dengan lebih berkesan, selain dapat
meningkatkan hubungan dan interaksi sosial antara pengetua dengan guru-guru, staf
sekolah serta hubungan yang baik antara pengetua dengan pelajar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di zon bandar Segamat, Johor dan melibatkan sekolah
menengah harian biasa sahaja iaitu sebanyak enam buah sekolah. Skop kajian hanya
meninjau gaya kepimpinan iaitu dimensi berstruktur atau bertimbang sara yang
diamalkan oleh pengetua di enam sekolah tersebut dan pengaruhnya terhadap tahap
motivasi kerja guru di sekolah berkenaan. Sampel kajian ialah guru-guru di enam
buah sekolah menengah harian biasa seramai orang dan dipilih secara rawak.
Kaedah yang digunakan ke atas responden ialah kaedah soal selidik.

1.9 Definisi Istilah

Definisi istilah menerangkan berkaitan perkataan-perkataan dan istilah


tertentu yang digunakan sepanjang kajian ini. Istilah penting yang akan digunakan
dalam kajian ini ialah gaya, kepimpinan, pengetua, motivasi, kerja dan guru.
10

1.9.1 Gaya

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), gaya ialah sikap, kesukaan,
ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Gaya juga merujuk
kepada cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu terutamanya yang menjadi
ciri sesuatu zaman atau seseorang. Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan
merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya.

Dalam kajian ini, gaya dilihat sebagai perlakuan, stail, cara atau orientasi
kepimpinan pengetua dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah ke arah
mencapai matlamat, visi dan misi sekolah.

1.9.2 Kepimpinan

Kepimpinan didefinisikan sebagai keupayaan memimpin (Kamus Dewan


Edisi Keempat, 2005). Manakala menurut Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis
tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka
sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang
memimpin. Hollander (1978), menyatakan bahawa kepimpinan adalah satu proses
menanamkan pengaruh antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin
mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan
daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang
bersifat dua arah dantujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Oleh
itu, kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin sahaja tetapi juga
memerlukan kerjasama daripada pengikut. Menurut Gordon (1955), kepimpinan
secara amnya ialah proses interaksi antara individu dengan kumpulan atau antara
individu dengan keseluruhan ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap orang yang
terlibat dalam proses interaksi itu memegang watak yang berbeza antara satu dengan
11

yang lain. Asas yang membezakannya ialah pengaruh. Pemimpin mempengaruhi


pengikutnya, manakala pengikut menuruti pengaruh pemimpin.

Hisham al-Talib (1992), mentakrifkan kepemimpinan sebagai satu proses


yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu jalan yang telah
ditentukan melalui dorongan yang tidak bermaksa. Hussein (1997), menyatakan
kepimpinan pengetua di sekolah merangkumi kepimpinan pengajaran dan
kepimpinan pendidikan. Koontz dan Wichrich (1991) dalam Mohamad Najib
(2004), mentakrifkan kepimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi
orang supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah
pencapaian matlamat kumpulan. Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin (2006),
menyatakan kepimpinan merupakan proses membentuk wawasan, menimbulkan
inspirasi ke arah komitmen yang lebih tinggi dan mengarah usaha sumber manusia
ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Menurut Jamaliah dan Norashimah (2005), kepimpinan adalah daya


mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup
memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam
konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditakrifkan sebagai daya
pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan
menggunakan sistem dan sumber yang diiktiraf oleh komuniti tersebut. Apabila
seseorang pemimpin memilih menggunakan sistem atau sumber lain daripada apa
yang telah diiktirafkan, maka pemimpin tersebut boleh dikatakan berisiko dalam
pengaruhnya terhadap pengikutnya.

Hasil daripada penelitian terhadap kebanyakan definisi konsep kepimpinan


terdapat beberapa perkara sepunya yang terkandung dalam definisi kepimpinan
tersebut (Razali, 1991). Antaranya ialah :
i. Satu fenomena yang berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua atau lebih
individu.
ii. Wujud dalam semua aktiviti yang tersusun dan sistematik.
12

iii. Secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan keseluruahn aktiviti
dalam organisasi.
iv. Mempunyai pertalian rapat dengan kuasa.
v. Mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat, menyusun, mengarah, dan
menyelaraskan usaha pengikut untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
vi. Satu proses mempengaruhi yang berlaku secara berterusan dan bukan hanya
dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau krisis.
vii. Gaya atau tingkah laku kepimpinan tertentu perlu sesuai dengan keadaan
tertentu.
viii. Keupayaan memujuk untuk mendorong pengikut berusaha mencapai
matlamat tertentu.
ix. Memberikan kepuasan kepada pengikut dan seterusnya menghasilkan prestasi
kerja yang cemerlang.

Sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi, pengetua perlu mempunyai


gaya kepimpinan yang mampu membawa warga sekolahnya ke arah mencapai
matlamat yang telah dibina. Kepimpinan pengetua yang berpengaruh akan
menjadikan warga sekolah melaksanakan bidang tugas masing-masing dengan penuh
berdedikasi.

Dalam kajian ini, kepimpinan pengetua yang dinilai ialah dari dimensi
berstruktur atau bertimbang rasa terhadap guru-guru dan staf yang berada di
bawahnya.

1.9.3 Pengetua

Kamus Dewan (2005), menyatakan pengetua bermaksud sebagai orang yang


mengetuai kepada satu jawatan dalam struktur organisasi sekolah menengah yang
13

merupakan ketua eksekutif dan pemimpin sekolah bagi menjalankan tugas mengurus,
memimpin dan mentadbir sekolah menengah.

Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat


sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.
Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik
oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah
dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Perseketuan, Kementerian
Pendidikan, 1993).

Dalam kajian ini, pengetua dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan
pentadbiran di sekolah-sekolah menengah Zon Bandar Segamat. Setiap pengetua
mempunyai cara yang tersendiri untuk menentukan hala tuju dan matlamat
sekolahnya. Cara dan gaya seseorang pengetua dalam mentadbir dan mengurus
sekolah berhubung secara terus dengan semua guru. Guru mempunyai pandangan
yang tersendiri tentang gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua di sekolah
masing-masing.

1.9.4 Motivasi

Motivasi menurut Ishak (2006) didefinisikan sebagai dorongan dalaman diri


seseorang untuk menggerakkan, menghidupkan dan mengekalkan tingkah lakunya ke
arah matlamat yang disasarkan. Jerald Greenberg dan Robert A. Baron (1995),
menyatakan motivasi adalah satu yang menghasilkan mengarah dan mengekalkan
tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. Menurut Andrzej Hucynski
dan David Buchanan (1991), motivasi merupakan satu proses pembuatan keputusan
bagi membolehkan seseorang individu memilih hasil yang dikehendaki dan
menentukan set tingkah laku yang bersesuaian untuk mencapainya.
14

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh ilmuwan terdahulu,


konsep definisi ini dapat diterangkan sebagai :
i. Terbit dari dalam diri seseorang sama ada dalam bentuk dorongan atau naluri.
ii. Berasakan kepada kehendak atau keperluan.
iii. Satu proses yang berlaku secara berterusan.
iv. Menyebabkan seseorang itu mengambil sesuatu tindakan.
v. Memberikan kekuatan atau tenaga untuk bertingkah laku tertentu bagi
menyempurnakan keperluan yang dikehendaki dalam jangka masa yang
panjang.

Dalam kajian ini, motivasi dilihat sebagai satu ransangan yang mendorong
dan mengekalkan minat guru di sekolah menengah Zon Bandar Segamat ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan oleh dirinya sendiri dalam kerjayanya serta
dalam masa yang sama memenuhi matlamat yang disasarkan oleh pihak sekolah.

1.9.5 Kerja

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kerja bermaksud usaha


(kegiatan, urusan) yang bertujuan menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan dan
sebagainya) sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kerja yang dimaksudkan oleh
pengkaji ialah skop bidang kegiatan guru dalam urusan pengajaran dan pembelajaran
serta urusan-urusan lain yang melibatkan guru selaku ahli penggerak dalam sesebuah
sekolah. Ia juga merangkumi penglibatan guru dalam aktiviti bukan akademik,
pengurusan pentadbiran dan pencapaian semasa sekolah.
15

1.9.6 Guru

Guru pula didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan
pengasuh (Kamus Dewan, 2005). Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,
pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setiausaha,
pekerja sosial dan lain-lain. Guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar
dalam menggunakan kebolehan mereka dan meneroka potensi diri pelajar.
Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain,
membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan
berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang
menjadi contoh kepada para pelajar.

Menurut Yahya Don (2005), guru atau pendidik adalah golongan yang
banyak memainkan peranan penting dalam melaksanakan kurikulum dan mendidik
sahsiah diri pelajar. Guru mesti memiliki kemahiran yang tinggi dalam kaedah
pengajaran, menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir
mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya
menjadi kaunselor yang baik kepada para pelajar. Guru yang berkesan perlu
menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa
mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa
depan.

Dalam konteks kajian ini, guru ialah guru-guru yang mengajar dan terlibat
secara langsung dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di sekolah
menengah Zon Bandar Segamat.
16

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep yang dibina ini adalah berdasarkan kepada objektif dan
persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam kajian ini. Jika dilihat pada kerangka
konsep ini, jelas menunjukkan bahawa pemboleh ubah tidak bersandar bagi kajian
ini ialah gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah menengah Zon
Bandar Segamat. Setiap pengetua akan dinilai gaya kepimpinannya oleh guru yang
bertindak selaku responden kajian, dan melalui gaya kepimpinan tersebut pengkaji
akan melihat adakah ia mempengaruhi tahap motivasi kerja dalam kalangan guru di
sekolah itu. Tahap motivasi kerja pula dikelaskan sebagai pemboleh ubah
bersandar. Terdapat juga pemboleh ubah kawalan yang ditetapkan dalam kajian ini
iaitu demografi yang merangkumi aspek kaum, jantina, tempoh perkhidmatan dan
status responden. Rajah 1.1 di bawah adalah kerangka konsep yang dicadangkan
oleh pengkaji.

Pembolehubah tidak bersandar

GAYA KEPIMPINAN
PENGETUA

MOTIVASI
KERJA GURU
(Pembolehubah
bersandar)

DEMOGRAFI :
1. KAUM
2. JANTINA
3. TEMPOH
PERKHIDMATAN
4. STATUS

Pembolehubah kawalan

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep


17

1.11 Prosedur Kajian

Prosedur kajian diwujudkan adalah sebagai garis panduan masa bagi pengkaji
bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalan lancar. Berikut adalah prosedur
kajian yang dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kajian.

Jadual 1.1 : Prosedur Kajian


Bil Prosedur Kerja Tarikh
1. Membina cadangan dan sorotan penulisan September hingga Oktober
2. Memohon kebenaran daripada pihak-pihak Oktober
tertentu untuk menjalankan kajian
3. Memohon kebenaran daripada Pejabat November
Pelajaran Daerah Segamat untuk menggunakan
responden (guru-guru) di sekolah menengah
harian biasa di Zon Bandar Segamat.
4. Mengubahsuai soal selidik untuk kajian rintis Disember
5. Mengedarkan soal selidik untuk kajian rintis Januari
6. Mengedarkan soal selidik kepada responden Januari hingga Februari
iaitu guru-guru di sekolah menengah harian
biasa di Zon Bandar Segamat
7. Mengumpul data Mac
8. Menganalisis data April
9. Membuat kesimpulan dan rumusan hasil kajian Mei
18

1.12 Kesimpulan

Kepimpinan dalam pendidikan merupakan komponen yang penting dalam


mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan. Kepentingan kepimpinan menjadi
keutamaan terutama dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia mengangkatkan
martabat pendidikan ke peringkat dunia selaras dengan matlamat Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia
yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia bagi menyedikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia
pada peringkat antarabangsa.

Kajian tentang gaya kepimpinan pengetua dan motivasi kerja dalam kalangan
guru merupakan langkah untuk memahami peranan gaya kepimpinan terhadap
motivasi kerja agar dapat memberikan maklumbalas demi kepentingan pengurusan
terutama di peringkat sekolah.

Você também pode gostar