Você está na página 1de 1

Antara Kebajikan dan Dosa

Hadith:

Daripada an-Nawas bin Saman RA katanya, aku bertanya kepada Rasulullah SAW
mengenai kebajikan dan dosa, lalu Baginda menjawab, Kebajikan itu ialah akhlak
yang mulia. Manakala dosa itu ialah perbuatan yang diragui dalam hati kamu dan
engkau tidak suka diketahui oleh orang lain.

Huraian Hadith:

Kebaikan atau kebajikan terdapat pada akhlak yang mulia kerana orang yang
memiliki akhlak yang mulia sentiasa terdorong melakukan perbuatan-perbuatan
yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji adalah perbuatan dosa.

Dalam merayakan Aidil Fitri yang mulia. Di samping memakai pakaian cantik dan
kemas serta bau-bauan, elok kita melapangkan dada memberi maaf kepada mereka
yang datang memohon maaf.

Begitu juga sebaliknya kita hendaklah memohon kemaafan dari insan lain apabila
berlaku salah silap dengan ikhlas hati dan bukannya sekadar melepaskan batuk di
tangga.

Bermaaf-maafan dan berkunjung dari rumah ke rumah juga sudah menjadi


kebiasaan dan tradisi hidup bermasyarakat masa ini. la tidaklah menyalahi syarak
bahkan sangat digalakkan sebagai tanda penghubung silaturahim sesama Islam.
Seelok-eloknya yang muda menziarahi yang tua, anak menziarahi ibu bapa
seterusnya aturan hidup dalam masyarakat Islam yang sebenar.

Namun harus diingat bahawa bermaaf-maafan menurut Islam tidaklah hanya


setahun sekali iaitu di hari raya sahaja. Islam mengajar umat manusia agar menjadi
insan yang suka bermaaf-maafan.

Jadi sikap bermaaf-maafan itu tidak hanya ditentukan oleh ruang waktu. Mudah-
mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang kembali kepada
kebenaran dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t, mendapat syafaat dari
Rasulullah s.a.w serta memperoleh kemenangan di atas kekuatan iman dan
ketaqwaan yang dimiliki.

Você também pode gostar