Você está na página 1de 1

PENGENALAN

Apa Itu Emosi ? . Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia


adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling
halus. Emosi ini tergolong pada tiga komponen iaitu :

Perasaan dalaman tertentu Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti takut,
suka, duka, marah dan benci.

Corak rangsangan fisiologi Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan. Ia
berlaku pada setiap keadaan emosi seperti, merasa jantung berdebar apabila berada
dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas.

Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) Komponen ini merangkumi


gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan
dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala
apabila berada dalam keadaan sedih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga muka surat 335, Emosi didefinisikan
sebagai perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.
Contohnya; Masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan emosi yang kurang
sihat. Manakala perkataan beremosi pula bermaksud mempunyai emosi.

Berdasarkan sumber yang lain pula, emosi dikatakan berasal daripada


perkataan Latin Emover yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran.
Pada hari ini perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman
subjektif seseorang seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka,
gembira, tenang dan pelbagai lagi.

Emosi juga merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus


Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi
sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira,
benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya
emotional intelligence (1997), emosi merujuk

Você também pode gostar