Você está na página 1de 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : ANN TECK WEE

PROGRAM : PISMP MT SEM 8 AMB JUN 2013

NAMA SEKOLAH : SK API API

NAMA PROJEK / AKTIVITI : KECERIAAN SEKOLAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 22 FEBRUARI 2017

TEMPAT PELAKSANAAN : PAPAN KENYATAAN LALUAN KE PEJABAT


AM

OBJEKTIF :

Melalui projek yang dikendalikan, guru pelatih dapat menunjukkan komitmen


yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan intergriti dalam melaksanakan
tugas seperti berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah.
Guru pelatih dapat membimbing dan melatih para murid berinteraksi sesama
sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan dan mengendalikan mural
dinding. Melaui projek ini, ia dapat memberi latihan dan menyediakan pengalaman
bagi guru pelatih dan murid-murid dalam aspek pengurusan dalam penghiasan
papan kenyataan. Projek ini juga dapat memberi peluang kepada guru pelatih
merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah untuk
menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak
program pendidikan semasa.
Selain itu, cabaran guru masa kini telah meletakkan profesion keguruan
sebagai salah satu profesion utama dan penting dalam bidang pekerjaan di negara
ini. Oleh itu, guru pelatih boleh memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan
ciri-ciri inovasi dan kreativiti melalui penghiasan papan kenyataan dengan
menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
STRATEGI PELAKSANAAN :

Pada 15 FEB 2017 saya dan rakan saya telah membuat perbincangan
mengenai projek yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sebulan kami di sini.

Selepas mendapat kata sepakat, kami bercadang untuk menceriakan sudut


kenyataan sekolah. Tanpa melengahkan masa, kami mula menyediakan kertas kerja
projek untuk diberikan kepada Guru Besar bagi mendapatkan persetujuannya.
Selain itu, kami turut memaklumkan kepada guru besar bahawa kami memerlukan
sedikit bantuan dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan hiasan papan
kenyataan. Kami bersyukur kerana projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju
dengan kos perbelanjaan yang telah kami nyatakan dalam kertas kerja ini.

Seterusnya, guru pelatih telah merangka kertas kerja dan menghasilkan


kertas kerja sebelum memulakan projek. Setelah berbincang dengan Guru Besar,
guru pelatih telah menunjukkan kertas kerja kepada guru pembimbing iaitu Puan
Dayang untuk disemak.

Sudut papan kenyataan tersebut akhirnya berjaya disiapkan pada minggu


kedua internship. Sudut papan kenyataan yang dihasilkan itu begitu menarik minat
guru-guru dan murid. Setelah siap keseluruhan ruangan papan kenyataan tersebut,
kami telah membersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi saya, adalah
penting untuk membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada
masa akan datang.

Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, saya mendapatkan


pengesahan daripada guru besar . Setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan
guru besar, saya akan menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah
dijalankan.

Secara keseluruhannya, projek keceriaan papan kenyataan ini memberikan


banyak faedah kepada kami kerana kami dapat mengeluarkan idea dalam
menghasilkan sesuatu ruang papan kenyataan yang menarik. Akhir sekali, kami
berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan mengambil sedikit infomasi
berkaitan dengan sudut galeri sekolah yang dibuat itu.
REFLEKSI

Berdasarkan projek yang dijalankan, kami telah mengenalpasti beberapa kekuatan


dan kelemahan yang terdapat sepanjang kami terlibat dalam menyiapkan projek ini:

1)Kekuatan Projek / Aktiviti

Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan


projek ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang projek dijalankan, guru pembimbing memantau dan memberikan
cadangan kepada kami dalam proses penambahbaikan papan kenyataan.
Beberapa peralatan yang diperlukan telah sedia ada dan ini memudahkan
kerja saya.
Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah
memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya.

2) Kelemahan projek/aktiviti

Kekangan masa pada hari-hari tertentu telah menyebabkan kami terpaksa


menangguhkan kerja menghias papan kenyataan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai


usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-
masa akan datang. Antaranya ialah Terhadap kelemahan yang guru pelatih
menghadapi, guru pelatih harus membuat perancangan masa membuat projek yang
lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan
pada masa yang ditetapkan.
Di samping itu, pihak sekolah perlu menegaskan disiplin supaya murid-murid
menjaga harta benda sekolah. Langkah terbaik yang boleh pihak sekolah ambil ialah
mengajar murid-murid menjaga harta benda sekolah adalah tanggungjawab mereka.
Hai ini kerana mereka juga merupakan ahli sekolah.

KESIMPULAN
projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan tiada sebarang masalah.
Semua pihak yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja masing-
masing. Semoga projek sebegini dapat diteruskan supaya sama-sama menceriakan
tempat belajar iaitu sekolah.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.................................................. .......................................
(ANN TECK WEE) (PUAN SANTHAVALLI)
Guru Pelatih IPG Kampus Gaya Guru Mentor Internship

Disahkan Oleh :

..................................................
(EN.AG GHANI HJ AG BAKAR)
Guru Besar,
SK API API,
1.4 Mile Jln Tuaran,
Jlan Bukit Padang,Luyang,
88300 Kota Kinabalu.

Você também pode gostar