Você está na página 1de 3

Guru Permulaan (novice)

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama


hampir 5 hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana
akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perasaan seperti berasa
tidak sabar-sabar untuk bergelar guru dan menerima ucapan Selamat pagi,Cikgu.
Detik bersejarah itu merupakan pengalaman pertama bagi anda setelah tamatnya
status guru pelatih atau murid di IPG. Pada ketika itu anda bukan lagi guru pelatih,
sebaliknya telah bergelar sebagai guru seperti mana rakan-rakan guru yang lain.
Pada peringkat awal penempatan ini anda akan dikategorikan sebagai guru
permulaan. Jika sebelum ini anda dipanggil murid, maka tugas kini sudah berubah,
anda perlu pula mengajardan menjadi pengajar.

Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang
dihasilkan oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu
adalah mengenai kualiti guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa
tidak puas hati telah didedahkan melalui media massa. Guru sibuk mengajar tetapi
pembelajaran tidak berlaku. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan tidak
memuaskan di samping gejala sosial remaja yang berleluasa semuanya diletakkan
pada pihak guru. Guru dikatakan tidak cekap. Ini memberi imej yang kurang baik
kepada institut perguruan sebagai institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih
yang cemerlang di institut perguruan tidak pula cemerlang di sekolah.

Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak


inovatif, tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka
dikatakan tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut
perguruan di dalam situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh
menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati sertan menggunakannya di dalam
pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang
punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar.

Dalam hal ini, pihak sekolah sudah tentu beranggapan bahawa institut perguruan
kurang berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang lengkap. Sebenarnya
memang diakui bahawa kualiti guru lepasan institut perguruan belum mencapai
tahap sebagaimana yang diharapkan oleh pihak sekolah. Persoalannya, selepas
menamatkan latihan di institut perguruan dengan mengikuti jadual yang padat bagi
mata pelajaran teras, elektif, kokurikulum dan penyuburan diri, bolehkah mereka
menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh itu dengan berkesan
di sekolah? Mereka memang telah dilatih dengan sempurna, tetapi kebolehan
mereka untuk mengaplikasikan dalam konteks sebenar menjadi isu yang
diperkatakan sekarang.

Perubahan peranan daripada seorang guru pelatih kepada guru permulaan


merupakan satu pengalaman yang penuh dengan cabaran. Ini kerana guru
permulaan menghadapi suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan.
Seringkali guru permulaan terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah seperti
kejutan realiti, penyusuaian diri kepada persekitaran sekolah dan masalah berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru anda harus pandai memainkan
peranan sebagai guru permulaan dalam usaha untuk membentuk sikap dan amalan
ke arah perkembangan yang positif demi program latihan dalam perkhidmatan.
Pihak sekolah pula harus memainkan peranan untuk menbantu guru permulaan
memperlengkapkan kemahiran profesional guru permulaan yang telah diberikan
oleh institut perguruan. Ini kerana ada aspek tertentu yang tidak dapat disampaikan
melalui kurikulum perguruan di institut perguruan tetapi lebih sesuai disampaikan
di peringkat sekolah.

Pada peringkat awal penempatan, mungkin anda akan mendengar pelbagai taklimat
demi taklimat yang akan diberikan oleh pihak institusi masing-masing termasuk
pihak pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
serta pihak pentadbiran sekolah kepada guru-guru permulaan ini tentang tugas,
tanggungjawab serta tindakan masing-masing sebagai warga pendidik ke arah
mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang ditempatkan, seharusnya banyak
lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek pengurusan mahu pun aspek
pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini banyak bergantung
kepada keperibadian anda.

Kejayaan anda sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan anda ke
arah membentuk sikap diri sebagai seorang guru, khususnya seperti yang telah
didedahkan kepada anda semasa mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) oleh
institut masing-masing. Anda sepatutnya menyedari dan mengetahui bahawa
semasa mengikuti BIG, anda sebenarnya sedang mengikuti satu program yang
bertujuan untuk menyediakan anda sebagai bakal guru yang akhirnya ke arah
melahirkan anda sebagai guru yang profesional . Perubahan sikap yang dinyatakan
semasa anda mengikuti BIG haruslah diterjemahkan dalam konteks sebenar, bukan
retorik semata-mata semasa mengikuti program berkenaan.

Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang
profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran
bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang
tugas. Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran,
pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan
dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru yang
sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru permulaan, anda
seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta bertindak
secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.

Kerjaya guru sebagai pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya
kreatif memang dicari-cari ibu bapa,murid dan masyarakat. Sebagai guru permulaan,
sudah pasti masyarakat menjangkakan bahawa anda sebagai orang baharu dalam
bidang keguruan ini mempunyai pelbagai idea dan daya kreatif yang tinggi kerana
baharu sahaja didedahkan dengan pelbagai inovasi dari pihak pensyarah. Kalu
dilihat pula perkataan guru ia tidaklah begitu glamour jika dibandingkan dengan
pekerjaan lain, contohnya peguam, pengurus, doktor dan seumpamanya. Manakala
pengamatan atau persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula turut
membayangkan tentang ruang cuti,masa kerja yang terhad dan bidang tugas yang
mudah serta terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti Guru ibarat lilin
membakar diri untuk menerangkan (mencahayakan) orang lain. Memang begitulah
nasib seorang guru. Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair
terkenal lagi tersohor, Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap
seorang guru:
Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru
tetapi sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas
dan tanggungjawab sebenar-benarnya terletak kepada kemahiran mendidik anak-
anak walau setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang
guru atau pendidik tidak memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia,
maka perkataan seperti pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar
tadi tak seronok akan keluar dari murid atau penuntut-penuntut yang mungkin
memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti atau tidak ada
standard.

Você também pode gostar