Você está na página 1de 2

1. Apakah yang anda faham tentang konsep akauntabiliti?

Konsep akauntabiliti ialah satu cara untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai

sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan

penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan

justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terrhadap sesuatu keputusan yang telah

diambil. Akauntabiliti juga memberi maksud kewajipan menjalankan tugas yang

dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang atau peraturan

2. Apakah kaitan antara pentaksiran dan akauntabiliti?

Disebabkan sistem peperiksaan Negara kita dahulu yang bertumpu kepada peperiksaan

dan kurang menilai proses pembelajaran murid, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang

lebih holistik dan fleksibel diperkenalkan. Peranan guru dalam Pentaksiran Sekolah ialah

menjadi pemudahcara dalam proses pembelajaran, membuat pemerhatian tentang tingkah

laku murid dalam pembelajaran, mendapat maklumat dan memberi maklum balas tentang

pembelajaran murid serta membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan

maklumat yang diperoleh. Disebabkan guru diberi autonomi dalam pentaksiran, maka

akauntabiliti berkait rapat dengan pentaksiran.

3. Apakah yang dikritik oleh Prof. Goldstein?


Terdapat beberapa perkara yang dikritik oleh Profesor Harvey Goldstein. Kritikan ini

dibuat berdasarkan sebuah laman web yang digunakan di Australia iaitu laman web

MySchool. Profesor Goldstein menyatakan dalam membuat perbandingan prestasi sesebuah

sekolah, perkara penting yang harus diambilkira adalah jumlah murid dalam sesebuah

sekolah. Profesor Goldstein turut mengkritik mengenai keberkesanan sistem yang digunakan

oleh sekolah-sekolah di Australia untuk membandingkan data melalui ujian Literasi dan
Numerasi (NAPLAN) yang dilakukan setiap tahun. Pendekatan ini dibuat adalah untuk

mengenal pasti satu set pembolehubah yang terbaik bagi meramalkan prestasi pelajar pada

ujian NAPLAN yang menggabungkan kemahiran membaca dan numerasi, dan kemudian

menggunakan data ini untuk mencipta indeks bagi kumpulan sekolah sama . Profesor

Goldstein menyatakan bahawa pendekatan menimbulkan masalah kerana ini bermaksud jika

ia adalah peramal yang baik, maka sekolah yang sama adalah mereka yang mempunyai skor

min sama, jadi sekolah hanya dibandingkan dengan sekolah yang sama prestasinya. Profesor

Goldstein turut mengkritik formula ramalan yang menggabungkan maklumat latar belakang

ibu bapa, pekerjaan dan pendidikan bagi menilai dan membandingkan prestasi murid dalam

sesebuah sekolah.
4. Adakah terdapat isu yang sama berlaku dalam konteks pentaksiran dan akauntabiliti di

Malaysia?

PBS merupakan satu bentuk amalan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,

diperiksa, direkod dan dilapor secara terancang oleh guru dan pihak sekolah. Pentaksiran ini

perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sehubungan itu,

amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru diharap dapat memberikan maklumat yang

tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. ketidaksediaan

guru dalam pelaksanaan PBS juga menimbulkan pelbagai isu seperti isu kesahan,

kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran, pemantauan dan penyetaraan. Hasil kajian Tan

(2010), mendapati guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada pelajar. Arahan

ini secara tidak langsung mendorong pengurusan PBS ke arah sekadar mengisi keperluan

markah, khasnya dalam memberi gred yang baik kepada pelajar.

Você também pode gostar