Você está na página 1de 3

Apa itu STEM ?

http://www.cikguhailmi.com/2015/04/apa-itu-stem.html

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering


dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar
pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam
bidang pembangunan teknologi.

Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang
melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai
contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang
STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi
membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.

Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak dapat
memenuhi kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi bilangan mahupun
kualiti kerja dalam bidang STEM.
Peningkatan bilangan pelajar perempuan ke kolej dan universiti juga kini jauh
menandingi bilangan pelajar lelaki. Dan, kurang daripada separuhnya adalah
berminat dengan bidang STEM. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana
perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda
berbanding bidang bukan STEM.

Dikatakan juga, pekerja dalam bidang STEM mempunyai kurang risiko untuk
pengangguran dan juga kebiasaannya mereka dibayar dengan gaji yang lebih
besar.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan?

Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang


berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi yang boleh dilakukan
adalah :

1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan

2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor


3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu

4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi

Você também pode gostar