Você está na página 1de 3

1.

Sebelum pergi berkhemah :

i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak


sekolah, dan sebagainya.

ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam
sesuatu perkhemahan

iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan


cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.

iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan


tersebut.

v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas,


jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang,


cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.

vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

2. Khemah

Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau
lain-lain bahan yang boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah
merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda
tidak boleh berkhemah. Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa
digunakan untuk berkhemah.
2.1 Khemah A tanpa helaian terbang (single walled tent)
2.2 Khemah A berhelaian (Double walled tent)
2.3 Khemah pengembara (Explorer tent)
2.4 Khemah tiang Satu
2.5 Khemah berangka
2.6 Khemah Igloo, dan
2.7 Berbagai jenis khemah yang lain mengikut kehendak dan kemampuan anda.
Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.

a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan,
panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari
serangga.

b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti
pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai
ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah
yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah
yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan
menanggung risiko berbasah apabila hujan.

d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini
perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping
itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan
untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.

e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan
keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.

3.Peralatan Perkhemahan

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu
perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti
jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas
yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan
selesa:-
a. Khemah yang sesuai.
b. Bag galas
c. Dapur (gas atau minyak bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin
h. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Kotak pertolongan cemas.
k. Kotak ikhtiar hidup.
l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang/kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.

Você também pode gostar