Você está na página 1de 8

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

2016/2017

KPT4033 - TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK

ADDIE Dalam Teknologi Pendidikan Dan Inovasi

PENSYARAH:

DR.MOHAMAD BIN HASSAN

NAMA : KHAIRUL KAMILA BINTI DOLL KAWAID

NO KP : 9201714-14-5116

NO MATRIK :L20161010142

1
ADDIE dalam teknologi pendidikan dan inovasi.

analysis

implement evaluate design

developmen
t

1. Pendahuluan
Model ADDIE ialah satu model pembelajaran menggunakan lima fasa atau
langkah mengaplikasi iaitu fasa pertama Analyse (analisis), Design (Reka
bentuk), Development (pembangunan), dan Impelementation (perlaksanaan) .
Model ADDIE ini diasaskan oleh ADDIE Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE
merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan kearah
pembinaan perisian dan bahan pengajaran pembelajaran berdasarkan keperluan.
Model ini merupakan antara model pengajaran yang menjadi asas kepada model
reka bentuk pengajaran yang lain. Model ini merupakan proses generik yang perlu
diubah suai sebelum ianya digunakan. Model ADDIE ini ialah satu perencanaan
pembelajaran yang effektif dan effiesyen serta prosesan bersifat interaktif dimana
hasil evaluasinya setiap fasa dapat membawa perkembangan pembelajaran ke fasa
sebelumya. Hasil akhir sesuatu fasa merupakan produk awal bagi fasa berikutnya.

2. ADDIE Model
2.1 . A(ANALISIS)

Dalam langkah ini,pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan,
soal selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangunan
perisian perlu mencari punca atau faktor yang menyebabkan timbul permasalahan. Dalam fasa
analisis ini,aspek persekitaran pembelajaran ,analisis terhadap pengguna dan objektif

2
pembelajaran analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti . Pembangunan
penilaian perlu mengikuti 5 fasa ADDIE di dalam setiap perkara. Kesemua analisi ini,dilakukan
bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi
keperluan pengguna yang sebenar. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:

i. Analisis terhadap pengguna


ii. Analisi terhadap persekitaran pembelajaran
iii. Kenalpasti matlamat pengajaran.

Dalam peringkat analisis ,beberapa peringkat akan dilakukan seperti analisis terhadap pengguna,
analisis terhadap persekitaran pembelajaran, menentukan matlamat pengajaran. Terdapat
beberapa soalan boleh diajukan semasa proses analisis iaitu:

a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?


b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c) Jenis-jenis halangan pembelajaran berlaku?
d) Bagaimana bentuk pilihan penyampaian pembelajaran?
e) Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek?

2.2 . D DESIGN( FASA REKA BENTUK)

Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan


pandangan keseluruhan mengenai rekabentuk,stuktur,pendekatan teori, jenis media dan teknologi
yang akan digunakan. Selain itu fasa ini melibatkan pemindahan maklumat dari fasa analisis
kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan . Kesemua maklumat
keperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka
bentuk perisian multimedia,perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian seperti menentikan
kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkan dalam fasa analisis,
menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan
perisian, menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah dicapai dan difahami, dan
menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi

3
pembelajaran yang telah dirancang. Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam
membangunkan pengajaran serta menggariskan bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa reka bentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan,
menjalani analisi pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian
dan menyusun atur pengajaran.

2.3. D DEVELOPMENT(PEMBANGUNAN)

Pembangunan melibatkan proses membangun atau menghasikan perisian dengan


menggunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu
dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah dibangunkan, berdasarkan reka bentuk yang
telah ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Selain itu, fasa ini melibatkan membina sistem sebenar
dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.
Seterusnya, pembangunan dibina berdasarkan fasa analisi dan reka bentuk. Tujuan fasa ini ialah
untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini
dibangunkan ,langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan
dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa reka bentuk akan menjadi input kapada fasa
pembangunan. Kerja-kerja pembangunan projek multimedia akan dilakukan mengikut
spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ianya konsisten dan
dapat beroperasi dengan berkesan.

2.4. I IMPLEMENTATION (PERLAKSANAAN)

Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah deisediakan akan digunakan atau
dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada
pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku.
Sekiranya berlaku kesilapan,pembaikan akan dilakukan sebelum ia degunakan kepada target
pengguna bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek dilkukan. Selain itu,
Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah di pindahkan
ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarang dan diuji. Proses kerja di fasa ini adalah seperti
berikut:

4
i. Membangunkan perisian
ii. Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii. Menguji kestabilan
iv. Pengubahsuaian dan membentuk perisain bagi membaiki dan meningkatkan lagi
kualiti perisian.

2.5. E EVALUATION (PENILAIAN)

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi
memastikan isi kandungan,grafik ,audio,video dan antara muka perisian yang dibangunkan
bersesuaian. Fasa ini menguji adakah objektif perisian ini bersesuaian atau tidak. Menurut
Cozby. P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,
penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian
formatif dan sumatif.

Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan


keberkesanannya. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan reka abentuk pengujian yang spesifik
shaja yang memerlukan maklum balas pengguna seperti isi kandungan,strategi dan elemen
multimedia melalui kaedah temu bual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif
biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

5
3. Perbezaan Model reka bentuk pengajaran ADDIE dan ASSURE yang sering digunakan
dalam menyediakan bahan pengajaran ,Yusuf Hashim (1998)

3.1

PERBEZAAN MODEL ADDIE MODEL ASSURE


PENGASAS Diperkenalkan oleh Rosset Diperkenalkan oloh Heinich
pada tahun1987 molanda,Rusell (1989)
DEFINISI Satu model reka bentuk Bertujuan menyediakan
pembelajaaran bersifat generic panduan merancang dan
iaitu mode. mengendalikan penagajaran
yang memerlukan penggunaan
media.
FOKUS Lima komponen utama yang Berskala kecil dan lebih
boleh digunakan untuk tertumpu kepada perancangan
merancang pengajaran yang pengajaran bilik darjah dan
sistematik boleh dijadikan panduan untuk
merancang penggunaan media
dalam pengajaran.
LANGKAH Model ADDIE mengandungi Model ASSURE mengandungi
5 langkah iaitu 6 langkah
i. Analyse (analisis), i. Analyse learner
ii. Design(Reka bentuk), ii. State objective
iii. Development iii. Select method
(pembangunan), iv. Utilize media and
iv. Impelementation material
(perlaksanaan) v. Require learner
v. Evalute (nilai) participation
vi. Evaluate and revise

6
4. .Penggunaan model ADDIE

Model ADDIE mempunyai kepentingan dan kelebihan,model ini adalah bersederhana dan
mudah dipelajari serta strukturnya yang sistematik di dalam penggunaan teknologi dan inovasi.

Model ADDIE ini saling berkaitan antara satu sama lain dan saling berkaitan dengan strukturnya
dari tahap pertama hingga tahap kelima. Cara mengaplikasikan model ini perlulah secara
sistematik, mengikut langkah-langkah. Model ini sangat sederhana dan mudah diikuti berbanding
model-model lain, selain itu model ini sangat mudah untuk dipelajari oleh pendidik

5. Penutup.

Melalui pengaplikasian model ADDIE ini pelajar dapat mengikut urutan peringkat dan gaya
pembelajaran lebih teratur dan tersusun.

7
Rujukan

dokumen.tips/dokumen kekuatan dan kelemahan model assure. (2015, oktober). Retrieved oct,2015,
from kekuatan dan kelemahan model assure.

Jannah, R. (2011). model ASSURE dan ADDIE. Retrieved from rohmatuljannah.blogspot:


rohmatuljannah.blogspot.my/2011

KONSEP ADDIE. (n.d.). Retrieved from konsep ADDIE Websiotes: ppgmyefolio.weebly.com/tajuk-1-


model ADDIE

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISL KEDUA PISMP.

Zuki, N. S. (n.d.). Teknologi pendidikan. Retrieved from cikgusyaida.wordpress:


http://cikgusyaida.wordpress.com

Você também pode gostar