Você está na página 1de 31

PLG 517-PENGAJIAN KURIKULUM

LAPORAN KAJIAN KUALITATIF :


KAJIAN PENERIMAAN INOVASI LATIHAN GURU MELALUI
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DI SEKOLAH

AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD SAFUAN B ARIFFIN S-PM0454/15

KHAIRUL ZAIDY B MANSOR S-PM0374/15

CHONG BOON KIONG S-PM0335/15

NOR SHAZRIL YUZAIRY B MD NOOR S-PM0336/15

ZAILI B MD SALLEH S-PM0502/15

NORHAYATI BT AHMAD S-PM0337/15

MASRIZA BT ABDUL RAHMAN S-PM0411/15

SITI ZALEHA BT OTHMAN S-PM0274/15

PROFESOR MADYA DR SHUKI B OSMAN


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MEI 2017
1.Latar belakang guru yang dikaji

GPA Pn Norhayati bt Ahmad merupakan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid di Sekolah Kebangsaan Convent, Butterworth. Beliau baru sahaja bertukar dari

SK Taman Senangan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum (ketika itu). Sebelum

dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan, beliau merupakan seorang guru

Matematik di SK Permatang Binjai. Namun kini beliau hanya mengajar mata pelajaran

Pendidikan Moral sahaja. Telah berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun.

G1- Pn Masriza bt Abdul Rahman merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Ara

Rendang, SPU, Pulau Pinang. Beliau mengajar mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris,

Rekabentuk Teknologi dan Teknologi Maklumat. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini

selama hamper 7 tahun. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Johor dan berpindah

ke SK Mutiara Perdana, Pulau Pinang. Kemudian, beliau berpindah ke SK Permatang

Binjai 7 tahun yang lalu.

G2- merupakan seorang guru di SK Permatang Binjai. Beliau mengajar mata pelajaran

Sains dan Bahasa Inggeris. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun dalam bidang

pendidikan. Sebelum ini, beliau berkhidmat di SK Batu Kawan, Seberang Perai

Selatan, Pulau Pinang.


2.Konteks Kajian

Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran professional dan

tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Dalam proses tersebut guru menyemak

semula, memperbaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan

terhadap tujuan pengajaran, mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal

pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran.

Hakikat bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kesan

perubahan yang signifikan ke atas pembelajaran pelajar memang tidak dapat disangkal.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dihasilkan oleh guru yang

berkualiti dan berkeyakinan tinggi mampu meningkatkan pembelajaran pelajar.

Kesannya akan lebih ketara apabila terdapat peningkatan pencapaian pelajar

terutamanya bagi mereka yang berlatar belakangkan sosioekonomi yang rendah

(Johnson, Kauffman, Liu & Donaldson, 2004).

Justeru itu, bagi membantu para guru mempertingkatkan pembangunan diri, kerajaan

telah memperkenalkan pelbagai bentuk latihan kepada guru sama ada latihan perguruan

mahupun kursus semasa. Latihan dan pembangunan sumber manusia adalah salah satu

aktiviti yang penting dalam sesebuah organisasi. Latihan dan pembangunan sumber

manusia telah digunakan dalam pelbagai aspek untuk membangunkan organisasi dan

individu (Zenger et al., 2002). Oleh kerana itu, organisasi swasta atau awam sering

memperuntukkan dana yang besar bagi perancangan dan perlaksanaan program latihan

dan pembangunan sumber manusia di dalam organisasi mereka. Ini menunjukkan

bahawa program pembangunan ini boleh memberi manfaat dan pulangan yang baik

kepada organisasi tersebut (Aniah Baharom, 2009).


Keperluan masa kini menyaksikan bahawa banyak organisasi telah melaksanakan

proses transformasi dalam bidang-bidang seperti pengeluaran, perkhidmatan dan lain-

lain termasuk dalam program pembangunan dan latihan. Justeru, jabatan pembangunan

sumber manusia perlu merangka program pembangunan dan latihan serta memikirkan

cara yang efektif dalam melaksanakan program berkenaan.

Di dalam modul dasar pendidikan kebangsaan (2012) menyatakan bahawa kerajaan

menyediakan latihan dalam perkhidmatan untuk setiap guru bagi meningkatkan tahap

profesionalisme guru secara berterusan ke arah guru berkualiti dan kekal berkualiti.

Menyediakan pelbagai insentif kepada guru untuk mengikuti program peningkatan

profesionalisme dan akademik.

Professional Learning Community merupakan satu bentuk inovasi latihan kepada guru

dan ia juga merupakan salah satu amalan penambahbaikan sekolah melalui

penstrukturan semula budaya sekolah. PLC juga merupakan satu proses yang berterusan

bagi membangunkan kepimpinan guru khususnya di samping pentadbir dan staf

sokongan sekolah yang lain. Malah, dalam sesetengah sorotan kajian, amalan PLC turut

melibatkan murid dan masyarakat setempat. Justeru, dengan penglibatan semua pihak

dalam amalan PLC, guru berupaya meningkatkan kapasiti kepimpinan mereka ketika

melaksanakan tugas. Ciri-ciri PLC bertujuan untuk menilai kemajuan dan keberkesanan

pelaksanaan amalan PLC di sesebuah organisasi seperti institusi sekolah.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji tahap penerimaan guru terhadap perlaksanaan

PLC di sekolah. Pengkaji akan menggunakan kaedah kajian kualitatif ke atas 3 orang

guru yang telah dikenalpasti. Pemilihan responden adalah berdasarkan hasil dapatan
daripada kajian kuantitatif yang telah dijalankan. Kajian kualitatif ini adalah untuk

mendapatkan pengukuhan dapatan daripada data kuantitatif yang telah dianalisis.

3.Soalan soalan utama temuduga.

(a) Adakah tuan mengetahui tentang perlaksanaan PLC di sekolah tuan?

(b) Berapa kali guru-guru melaksanakan PLC ni di sekolah tuan - tuan?

(c) Adakah guru guru melaksanakan PLC secara sukarela?

(d) Bagaimana tuan tuan dapati bahawa sikap sukarela cikgu cikgu di sekolah

tuan dapat membantu perlaksanaan PLC tersebut?

(e) Sejauh mana PLC ini memberi faedah di sekolah tuan?

(f) Bagaimana tuan tuan dapat kesan bahawa dengan adanya manfaat dari PLC

ni..ia akan mendorong cikgu cikgu untuk membuat PLC di sekolah?

(g) Adakah tuan tuan fikir PLC sesuai atau serasi untuk dilaksanakan di sekolah

tuan?

(h) Sejauh mana pula tuan tuan dapati keserasian atau kesesuaian tersebut dapat

mendorong cikgu cikgu di sekolah tuan melaksanakan PLC?

(i) Bagaimana hasil daripada perlaksanaan PLC ini dapat tuan tuan amati dan

sampaikan kepada orang lain?

(j) Sejauh mana hebahan secara komunikasi ini mendorong kita dalam

melaksanakan PLC di sekolah?

(k) Adakah semua bersetuju tentang perlaksanaan pLC di sekolah tuan?


(l) Adakah ini bermakna kita perlu cuba dulu PLC ni di sekolah?..maksud saya ada

tempoh percubaan untuk perlaksanaannya?

(m) Sejauh mana tuan tuan dapati tempoh percubaan ini dapat membantu guru

guru di sekolah tuan tuan menerima PLC ini sebagai satu inovasi?

(n) Adakah tuan tuan percaya PLC ini mudah dilaksanakan?

(o) Sifat mudah dilaksanakan ini adakah ia mendorong guru menerima PLC ini

sebagai satu inovasi atau menolak inovasi tersebut?

4 Tema hasil analisis

4.1 Tema adaptasi

4.2 tema kekerapan

4.3 tema kesukarelaan

4.4 tema faedah relatif

4.5 tema keserasian

4.6 tema kejelasan

4.7 tema keputusan

4.8 tema percubaan

4.9 tema kemudahan penggunaan


5.Transkrip temu bual

Maklumat / data Kod/ tema


Penemuramah Assalamualaikum......selamat sejahtera. Saya, Puan

Siti Zaleha bt Othman dari Universiti Sains

Malaysia. Sekarang ni saya sedang membuat

penyelidikan berkaitan penerimaan guru terhadap

inovasi latihan dalam perkhidmatan di

sekolah...Saya ada mengedarkan soal- selidik untuk

perkara ni dan saya juga nak dengarla jugak

pendapat tuan tuan berkaitan hal ni. Terlebih

dahulu..saya nak tanya sikit

latar belakang tuan tuan. Boleh...? Boleh bagitau

saya tuan tuan dari sekolah mana?..dan bidang

pengajaran tuan tuan...serta tempoh perkhidmatan

tuan..

G2 OO....boleh...takde masalah...Saya ................... dari

SK Permatang Binjai. Saya mengajaq Sains dan

Bahasa Inggeris. Pengalaman sebagai guru dalam

13 tahun.
G1 Boleh Puan Siti. Saya .................Saya dari

SK....................................Saya guru Pendidikan

Khas. Lama tak lama dah masuk 11 tahun la jadi

cikgu ni....Apa yang saya boleh bantu?


Penemuramah Terima kasih...(sambil tersenyum dan memandang

ke arah semua responden)

Responden C hanya tersenyum....mungkin beliau


pun bersetuju untuk ditemuramah pada hari ini..

Begini..tuan tuan ada tak mengetahui bahawa di

sekolah kita sekarang ada dilaksanakan satu bentuk

inovasi latihan dalam perkhidmatan kepada guru

guru?
G1 Kursus? Ikutla..kalau ada cikgu yang kena pi...balik

tu dia kena bagitau la kat cikgu cikgu lain....tapi

sat gi ada gak yang tak buat...bila tak buat..lupa

habih la..
G2 Ya..betui.Sekolah saya ada gak kursus ldp..tapi tak

selalu la....cikgu cikgu sibuk..tak sempat nak

ligan...
GPK Saya baru 3 tahun jadi GPK sekolah tu...mengajaq Adapsi inovasi

dah berbelas tahun dah...Pasal kursus ni...kalau di

sekolah saya PLC la...Guru Besaq memang suruh

buat..ada ja topic

topik nak bincang..


Penemuramah Ya..betul tu...PLC ..kursus dalaman..ldp...tu semua Adapsi inovasi

ada kaitan dengan inovasi...inovasi berbentuk

latihan..
G2 Saya ada jugak mengikuti PLC ni..ada PLC Adapsi inovasi

berkaitan subjek kita mengajar..share kaedah

pengajaran abad 21...PLC berkaitan info info

pendidikan terkini..macam macamla...


G1 Kalau di sekolah saya..contohnya sayala...PLC

tentang kelas abad 21.


GPK Di sekolah saya, panitia Sains dan Bahasa selalu

buat PLC ni..banyak cara..kaedah baru nak

mengajaq subjek ni...


Penemuramah Ya betul ...apa yang tuan tuan bagitau tadi

memang betul. Kalau begitu, saya terus ke soalan

pertama ye?

Begini... Kekerapan

Berapa kali guru-guru melaksanakan PLC ni di

sekolah tuan - tuan? Bagaimana dengan sekolah

cikgu?

Sekolah saya mengadakan PLC ikut keperluan...tak

berapa kerap jugakla...sebab PLC banyak kerja...sat kekerapan


G2
gi cikgu cikgu mai..x dengaq..depa buat keja

depa...
G1 Ya..sekolah saya pun mengadakan PLC ni mengikut kekerapan

keperluan. Guru Besar tak pernah meletakkan

berapa kali nak kena buat PLC. Selalunya GPK 1

dan Ketua Panitia akan berbincang sama ada nak

buat atau tidak...


GPK Kalau di sekolah saya, PLC ni memang dah ada kekerapan

dalam buku perancangan sekolah. Sebulan sekali,

itu paling minimum.


Penemuramah Kalau begitu, nampaknya cikgu cikgu di sekolah

tuan tuan melaksanakan PLC ni secara sukarela? kesukarelaan

Atau..ada arahan dari sesiapa?


Sebagai seorang ketua, Guru Besar saya merancang kesukarelaan

GPK setiap progam di sekolah dengan sistematik. Beliau

takut cikgu cikgu lupa..sebab tu beliau dah minta


GPK 1 masukkan dalam buku perancangan sekolah.

Tapi ...kalau tengok cikgu cikgu sekolah saya...ok

je...mereka suka untuk mengadakan PLC. Mungkin

sebab ia dah disusun tarikh dan masa..jadi cikgu

cikgu dah memang bersedia dari awal.


G1 Kalau cikgu cikgu di sekolah saya pulak, kami kesukarelaan

suka nak laksanakan PLC ni sebab boleh share

macam macam. Terutama Cikgu cikgu yang

seniortu....depa suka tanya macam macam....tapi

tu la...masa..banyak keja sekolah..balik

sekolah..tuition tahun 6 pulak...


G2 Samalah dengan sekolah saya....Ketua Panitia dah kesukarelaan

susun panitia mana yang buat PLC ..tak paksa

pun..tapi penting untuk semua...sat gi tak tau cerita

pulak...
Penemuramah Kalau begitu..bagaimana tuan tuan dapati bahawa kesukarelaan

sikap sukarela cikgu cikgu di sekolah tuan dapat

membantu perlaksanaan PLC tersebut?


G1 Macam saya kata tadi la....bila ada banyak perkara kesukarelaan

yang kita nak tau..kita jadi sanggup dok sama

sama...dengar apa orang nak bagitau kita..ajaq

kita....tak payah nak paksa pun tapi semua nak

belajaq...nak tau...tapi kadang kadangla...kalau tak

sibuk takpa...ni..kalau tengah kalut banyak

kerja..macam tak terbuat jugak...


G2 Ya betul...KP ( Ketua Panitia) dah bagitau...setakat

sorang dua yang macam tak berapa nak seronok bila

buat PLC tu biasala...tapi depa join juga bila suruh


mai join PLC...ikhlas tak ikhlas tu tak tau la....
G1 Di sekolah saya, saya tengok cikgu cikgu ok..depa kesukarelaan

suka ..depa pun nak join PLC..tak pernahla nak buat

surat protes ke..atau apa ke....sebab Pengetua dah

masukkan dalam buku program tahunan...dan itu

ialah masa untuk kita berkongsi maklumat..cikgu

cikgu ni kena update maklumat selalu....barulah

bagus..
Penemuramah Tahniah saya ucapkan kepada cikgu cikgu di

sekolah tuan....(sambil tersenyum)... Faedah relatif

Sejauh mana PLC ini memberi faedah di sekolah

tuan?

GPK Kalau di sekolah saya....apa yang saya dapat

lihat..bila PLC ni dilaksanakan, ia dapat memberi

input baru kepada cikgu- cikgu sekolah saya. Faedah relatif

Cikgu cikgu seperti segar dan bersemangat bila

ada perkara baru yang disampaikan.

Maklumla..cikgu cikgu sekolah saya ni ada yang

senior dan ada yang muda...jadi bila ada

perkongsian ilmu...depa sama- sama share

idea...barula ada kata sepakat....itu yang Pengetua

saya suka...
G1 Betul tu...PLC ni dapat berkongsi idea...bila ada Faedah relatif

perkara baru yang kami dapat dari Kementerian

ke..JPN ( Jabatan Pendidikan Negeri) atau PPD

(Pejabat Pelajaran Daerah).....kami akan share .Dulu


payah nak dapat info..nak kena pi kursus jauh-

jauh..la ni..kursus kat sekolah ja..


G2 Ha a...saya setuju. Perkongsian info ni bagus..sebab Faedah relatif

tu PLC ni bagus dilaksanakan di sekolah....dulu

kena pi kursus 3 atau 4 hari...kadang kadang

seminggu..baru balik bagitau kawan kat sekolah..la

ni sat ja..sehari boleh dapat banyak maklumat.


Penemuramah Nampaknya tuan tuan bersetuju bahawa PLC ni

memberi banyak manfaatnya....kalau begitu Faedah relatif

bagaimana tuan tuan dapat kesan bahawa dengan

adanya manfaat dari PLC ni..ia akan mendorong

cikgu cikgu untuk membuat PLC di sekolah?


G1 Kita boleh nampak Puan Siti.....bila sesuatu hasil itu

dilakukan...ada manfaatnya..kita tak payah suruh Faedah relatif

pun ..depa akan buat...Cuma kadang kadang nak

mula tu takde sapa..orang malas nak start..banyak

kerja..banyak nak kena uruskan..


GPK Kalau di sekolah saya, apa yang baik buat cikgu

cikgu..depa akan laksanakan...bukan senang kita nak Faedah relatif

dapat maklumat dan nak buat banyak perkara..tapi

bila kita buat PLC...setidaknya..cikgu cikgu akan

ada maklumat baru. Pengetua sentiasa merancang

yang terbaik untuk cikgu cikgunya..Beliau seorang

yang memandang ke hadapan..Beliau tahu apa yang

terbaik untuk sekolah...cikgu cikgu dan

pelajar..jadi tak timbul pun sebarang isu berkaitan

hal ni.
G2 Di sekolah saya, kami bukan tak suka tapi bila buat
tu time dah waktu petang..dah penat..dulu mana ada Faedah relatif

kursus..habis sekolah terus balik..esok pagi mai

balik...la ni..kerja tak habis habis...


Penemuramah Adakah tuan tuan fikir PLC sesuai atau serasi

untuk dilaksanakan di sekolah tuan? keserasian


G1 Sesuai..zaman la ni..semua orang nak maju..banyak

perubahan berlaku...kita nak tau..kita nak share...tak keserasian

jadi masalah untuk kita buat PLC ni...saya tak tau la

kalau ada orang lain yang tak berapa suka sebab

bebanan kerja kita la ni...


G2 Ish....saya tak pastila puan.. keserasian
GPK Ya..semua orang dapat manfaat..sesuai..sebab kita

perlukan ilmu untuk mengatasi sebarang perubahan. keserasian

Dalam dunia pendidikan kita ni..banyak perubahan

yang berlaku dan adakalanya drastik....jadi saya

berpendapat ia sesuai dilaksanakan.


Penemuramah Sejauh mana pula tuan tuan dapati keserasian atau

kesesuaian tersebut dapat mendorong cikgu cikgu keserasian

di sekolah tuan melaksanakan PLC?


G2 Ooooooh...bila perkara tersebut dapat dilaksanakan

bersama...tengok jugak..kalau perkara tu ada kaitan keserasian

dengan cara kita mengajaq..hal dalam kelas..ok

gak..tapi kalau luaq dari hal mengajaq ni..rasa

macam tak sesuai..


GPK Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan tugas

tugas kita..jadi ia dapat memudahkan tugas kita keserasian

kan....sesuai PLC ni dijalankan..sebab tu Pengetua

saya dah masukkan dalam buku perancangan

tahunan sekolah awal awal lagi....banyak kerja


macam mana pun kena mai jugak ..arahan kan.
G1 Ya...saya setuju...apa yang kita buat..PLC ni..banyak

bersangkut-paut dengan tugas sebagai guru..nak keserasian

selesaikan isu yang timbul dalam bilik darjah..nak

update diri cikgu cikgu...jadi saya rasa

sesuailah...
Penemuramah Maknanya ada di kalangan guru guru yang rasa

sesuai..kalau ada kaitan dengan bidang tugas kejelasan

mereka..dan ada juga yang kata tak sesuai..bila

waktu selepas sekolah...waktu banyak tugas..Kalau

begitu..bagaimana hasil daripada perlaksanaan PLC

ini dapat tuan tuan amati dan sampaikan kepada

orang lain?
GPK Setakat ni...PLC ni sudah mula dilaksanakan secara

berleluasa di semua sekolah. Saya sendiri pernah kejelasan

melaksanakan PLC di sekolah sekolah lain untuk

program I Think. Program ni kan baru..jadi

banyak perkara yang kita nak cikgu cikgu tahu...


G1 Saya tak pasti sekolah mana yang buat PLC..sekolah

mana yang tak buat.. kejelasan


G2 Pada pendapat saya..bila ada sekolah yang dah kejelasan

laksanakan mesti ada hasilnya kan..ada impak..yang

tak buat tu..kurangla sikit nampak hasilnya..betui

tak?
Penemuramah Kalau begitu...sejauh mana hebahan secara kejelasan

komunikasi ini mendorong kita dalam melaksanakan

PLC di sekolah?
G1 Maksud puan....adakah hebahan tersebut dapat

membantu?
Penemuramah Ya...
G2 Tak pasti pulak...kalau kita buat PLC kat sekolah

kita..kita je la yang tau..kalaupi sekolah orang kejelasan

lain..kita jarang Tanya..buat tak PLC? Betul tak?


GPK Macam di sekolah saya, kami dah ada ruang untuk

mengadakan PLC..jadi kebiasaaannya, guru guru kejelasan

yang mengikuti kursus, taklimat di luar akan diminta

untuk membuat PLC di sekolah semula. Jika

maklumat tersebut menarik, bermanfaat dan mudah

dilaksanakan pasti ramai yang akan mengikutinya.

Tapi ada jugakla segelintir guru yang susah nak

terlibat sama...
G2 Saling berinteraksi antara guru guru juga boleh

membantu....Baik secara formal atau tidak... kejelasan


Penemuramah Bila dah ada yang buat..maknanya ada keputusan

semua..semua bersetuju nak laksanakan keputusan

PLC.Macam mana sekolah cikgu..semua setuju?


GPK Kalau di sekolah saya, memang Guru Besaq yang

putuskan nak buat PLC..jadi semua cikgu kena keputusan

patuh arahan dia...


G1 Kalau ada yang tak setuju?Depa pi tak? Ke depa tak

join?..sekolah saya, depa tanya dulu..kalau perlu

baru semua buat...


G2 Sekolah saya pulak...ikut GPK 1 la...kalau perkara

tu perlu bagitau..dia suruhla buat.Guru Besaq ikut keputusan

ja...
Penemuramah Kalau begitu..bagaimana pendapat tuan tuan jika

saya katakan bahawa dengan berlakunya

perlaksanaan PLC ini di peringkat guru, PPD malah


JPN ia mendorong untuk terus melaksanakannya di

sekolah?
GPK Di peringkat atasan, depa kena sampaikan pada

kita..peringkat sekolah ni..pentadbir kena mainkan keputusan

peranan..cikgu cikgu dah sibuk dengan tugas

mengajaq..GPKla yang kena pikiaq...kadang

kadang tak sempat jugak, Puan Siti...


G2 Seseorang guru yang melihat orang lain Pandangan

melaksanakan PLC di sekolah mereka, belum tentu negatif

cikgu tersebut ingin atau terikut untuk melaksanakan

PLC di sekolah mereka sendiri. Bergantung kepada

keinginan dan motivasi cikgu tu juga...ada yang

suka nak share dengan kawan kawan yang

lain..tapi ada juga individu individu tertentu yang

menganggap bahawa PLC ini tidak wajib dan tidak

perlu pening pening kepala nak fikir..nak

rancang..nak uruskan...kalau rasa nak buat ..buat..tak

nak..depa buat tak tau je.....


G1 Ketelusan ....dapat dilihat..diamati seharusnya Pandangan

mendorong kita melaksanakan PLC di sekolah. Ciri negatif

ini akan membantu kita menilai PLC tersebut.

Tetapi ialah...kadang kadang banyak faktor yang

mempengaruhi kecenderungan guru tersebut untuk

melaksanakan atau tidak..mungkin situasi berada

dalam zon selesa tu dah sebati dengan keadaan

mereka sekarang..jadi apa apa bentuk

pembaharuan atau inovasi dalam pendidikan ada


yang sukar untuk diterima dan dilaksanakan. Dalam

hal macam ni..saya berpendapat pentadbir perlu

memainkan peranan dan usaha untuk mengadakan

PLC tersebut di sekolah.


Penemuramah Adakah ini bermakna kita

perlu cuba dulu PLC ni di percubaan

sekolah?..maksud saya ada

tempoh percubaan untuk

perlaksanaannya?
G2 Saya rasa nak cuba..boleh..di sekolah masing

masing cikgu cikgu boleh cuba dulu..lepas tu buat percubaan

penilaian...
GPK Saya rasa takde masalah..sebab cikgu cikgu yang

mendapat input telah melalui proses PLC tersebut di

peringkat JPN, PPD atau mana mana institusi

yang anjurkan sesuatu kursus tersebut. Secara tak

lansung cikgu yang menghadirinya dapat merasai

pengalaman dan praktikkan semula pengalaman

tersebut bersama rakan di sekolah pula..


G1 Betul tu cikgu...boleh cuba laksanakan kalau tak

pernah...tapi boleh cuba cuba ke?bukan kena percubaan

laksanakan ke?
Penemuramah PLC ni boleh dilaksanakan secara kecil kecilan

dulu, cikgu. Bila dah ramai yang faham konsep percubaan

PLC ni baru kita boleh buat secara besar

besaran...Sejauh mana tuan tuan dapati tempoh

percubaan ini dapat membantu guru guru di

sekolah tuan tuan menerima PLC ini sebagai satu


inovasi?
G2 Saya rasa kalau dalam tempoh percubaan tersebut ia

mendatangkan banyak masalah, cikgu cikgu

takkan nak terus laksanakan..pasti ada

bantahan..tapi saya tengok...cikgu cikgu ok

je....sebab depa tak faham konsep PLC lagi

kot..depa tau dengaq ja...


G2 Betul tu....kalau mula mula kita laksanakan PLC

dah banyak masalah..kekangan..isu yang timbul..tak

taula masa esok pulak..


GPK Perlaksanaan PLC ini mudah...dah ada garis

panduan yang diberikan...manfaatnya juga bagus Kemudahan

untuk perkembangan minda guru...bukan senang penggunaan

nak dapat ilmu..kita share la sama sama kalau

ada..
Penemuramah Adakah tuan tuan percaya PLC ini mudah

dilaksanakan?
G PK Ya..mudah..kerana Pengetua dan pentadbir selalu

membimbing kami..Kita juga kena ingat bahawa Kemudahan

cikgu cikgu tak suka program program yang penggunaan

rumit..
G1 Kalau baru nak mula laksanakan memang akan ada

masalah...tapi kalau yang dah mula laksanakan PLC

ni saya fikir dah ok kot..(sambil ketawa)


Guru 2 Saya rasa nak laksanakan ni kena faham konsep

PLC dulu.. Kemudahan

penggunaan
Penemuramah Sifat mudah dilaksanakan ini adakah ia mendorong

guru menerima PLC ini sebagai satu inovasi atau


menolak inovasi tersebut?Bagaimana pendapat tuan

tuan?
G2 Kalau sesuatu perkara tersebut

mudah...mendatangkan kebaikan..saya percaya Kemudahan

cikgu cikgu akan menerima PLC ini sebagai penggunaan

inovasi latihan dengan baik.


G1 Saya setuju....
GPK Betul tu, cikgu. Rasa mudah itu akan mendorong

cikgu cikgu kita explore lagi maklumat yang Kemudahan

ingin dikongsi bersama...Faedah dan input akan penggunaan

lebih banyak dan berkesan kepada semua.


Penemuramah Saya rasa itu sahaja yang saya nak Tanya kat tuan

tuan semua..Terima kasih kerana bekerjasama

dengan saya menjawab soalan soalan tadi.


G2 La..habis dah ka? (tersenyum)..

Ingatkan banyak lagi soalan...sama sama Puan

Siti..
G1 Sama sama Puan Siti. Semoga jawapan tadi dapat

bantu Puan Siti ya.


GPK Sama sama...
6.Dapatan Kajian Kualitatif

Dari aspek kualitatif, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap penerimaan

inovasi berbentuk latihan kepada guru guru sekolah rendah di daerah Seberang Perai

Utara, Pulau Pinang. Pendekatan kualitatif dalam kajian ini menggunakan kaedah temu

bual separa berstruktur. Temu bual telah dijalankan bagi memperoleh maklumat

berkaitan hal tersebut di beberapa buah sekolah yang telah terpilih. Pemilihan sekolah

sekolah ini sebagai unit analisis kajian adalah berpandukan kepada agregat min tertinggi

( Sekolah A )dan aggregate min terendah ( Sekolah B dan C). Bagi setiap sekolah,

responden terdiri daripada guru penolong biasa. GPK merupakan responden Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah A. Manakala G1 dan G2 mewakili 2 orang

responden guru dari sekolah B dan C. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian

kualitatif ini terdiri daripada tiga orang sahaja.

Penerangan lanjut adalah seperti dalam Jadual berikut.

Jadual 1:
Senarai Sekolah dan Responden Temu Bual Separa Berstruktur

Sekolah GPK HEM Guru


Sekolah A GPK
Sekolah B G1
Sekolah C G2

7. Tahap penerimaan inovasi latihan guru

Latihan dalamperkhidmatan diperlukan apabila terdapat jurang di antara kompetensi,

kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dimiliki oleh guru dengan apa yang

dijangkakan daripada mereka. Jurang tersebut dapat dirapatkan melalui latihan dalam

perkhidmatan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6, Tahun 2005). Latihan dalam

perkhidmatan ini dapat menambahbaik pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku guru-

guru berkaitan tugas mereka (Sparks.D & Horsely, 1989).

Walaupun pelbagai latihan dalam perkhidmatan disediakan setelah dibuat

analisis keperluan latihan, namun persoalannya adakah ia diterima baik oleh guru-guru.

Kajian untuk mengenalpasti penerimaan latihan dalam perkhidmatan yang kurang baik

daripada guru-guru ini penting kerana sekiranya penerimaan latihan yang kurang baik

daripada guru-guru akan merugikan warga guru itu sendiri bahkan akan menghalang

pencapaian matlamat latihan yang ditetapkan.


Penerimaan guru guru terhadap perlaksanaan PLC ini adalah diukur

berdasarkan ciri ciri penerimaan yang diperkenalkan oleh Rogers (1983) iaitu

kesukarelaan, keserasian, keputusan,mudah guna, kejelasan, mudah cuba dan

perbandingan relatif.

Berdasarkan penjelasan responden di ketiga tiga buah sekolah, dapatan

menunjukkan bahawa masih terdapat guru guru yang tahu dan faham konsep

perlaksanaan PLC ini dan begitu juga sebaliknya.

GPK Kalau di sekolah saya PLC la...Guru Besaq memang suruh buat..ada ja topik nak
bincang..

Terdapat juga pendapat guru yang mengatakan bahawa PLC ini tidak begitu penting

dilaksanakan.

G1 Kursus? Ikutla..kalau ada cikgu yang kena pi...balik tu dia kena bagitau la kat

cikgu cikgu lain....tapi sat gi ada gak yang tak buat...bila tak buat..lupa habih

la..

G2 Ya..betui.Sekolah saya ada gak kursus ldp..tapi tak selalu la....cikgu cikgu

sibuk..tak sempat nak ligan...

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh kedua dua orang guru tersebut

didapati bahawa perlaksanaan PLC ini bukanlah satu kemestian yang perlu

dilaksanakan. Perlaksanaannya adalah kerana dituntut oleh pihak pentadbir atau atas

sebab sesuatu perkara yang perlu disampaikan dengan kadar segera. Menurut kajian,
didapati guru-guru lebih komited jika diberi latihan mengenai amalan dan tingkah laku

seharian mereka dalam bilik darjah (Little, J.W.,1999). Kandungan yang akan dipelajari

mempengaruhi kesediaan guru-guru dalam penglibatan latihan dalam perkhidmatan.

Bagi memastikan perlaksanaan inovasi berlaku, Rogers(1983) telah

menyenaraikan ciri ciri penerimaan bagi melihat keberkesanan perlaksanaan sesuatu

inovasi tersebut. Ciri pertama yang akan dibincangkan ialah ciri kesukarelaan. Ciri ini

bermaksud iaitu sejauhmana penerima inovasi menerima dan melaksanakan inovasi

tanpa paksaan. Sesuatu inovasi tersebut akan mudah diterima apabila ia dapat

dilakukan secara rela dan tidak dipaksa. Ciri kesukarelaan sangat memainkan peranan

kerana ia akan memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Meskipun sesuatu perkara tersebut telah dipersetujui untuk dilaksanakan tetapi ciri

kesukarelaan akan menjadikan perlaksanaan sesuatu perkara itu berlaku dengan cara

lebih baik daripada apa yang disangkakan. Berdasarkan temu bual yang telah

dijalankan, responden telah memberikan beberapa pendapat yang berbeza. Menurut

mereka:

GPK :Tapi ...kalau tengok cikgu cikgu sekolah saya...ok je...mereka suka untuk

mengadakan PLC.

G1 :Kalau cikgu cikgu di sekolah saya pulak, kami suka nak laksanakan PLC ni

sebab boleh share macam macam.

G2 :Ketua Panitia dah susun panitia mana yang buat PLC ..tak paksa pun..tapi

penting untuk semua.


Jelas dalam temu bual tersebut menunjukkan bahawa cikgu cikgu suka untuk

melaksanakan PLC kerana mereka mendapat kebaikan daripada aktiviti tersebut.

G1 :bila ada banyak perkara yang kita nak tau..kita jadi sanggup dok sama sama.

tak payah nak paksa pun tapi semua nak belajaq...nak tau...tapi kadang

kadangla...kalau tak sibuk takpa...ni..kalau tengah kalut banyak kerja..macam

tak terbuat jugak...

Jelas sekali bahawa guru- guru mahu melaksanakan inovasi tersebut kerana

mereka dapat manfaat daripada inovasi tersebut. Oleh itu, mereka melakukannya secara

sukarela kerana manfaat yang diperoleh.

Sesuatu perlaksanaan inovasi tersebut juga akan boleh diterima pakai oleh

seseorang individu tersebut apabila mereka dapati ada manfaatnya berbanding keadaan

sebelumnya. Guru guru telah dapat membuat perbezaan antara sebelum perlaksanaan

inovasi dan selepas adanya perlaksanaan inovasi. Hal ini dapat dilihat menerusi temu

bual tersebut:

GPK :dapat memberi input baru kepada cikgu- cikgu sekolah saya. Cikgu cikgu

seperti segar dan bersemangat bila ada perkara baru yang disampaikan......

sama share idea.

G1: berkongsi idea........... share .Dulu payah nak dapat info..nak kena pi kursus

jauh- jauh..la ni..kursus kat sekolah ja..


G2 :Perkongsian info ni bagus..sebab tu PLC ni bagus dilaksanakan di

sekolah....dulu kena pi kursus 3 atau 4 hari...kadang kadang seminggu..baru

balik bagitau kawan kat sekolah..la ni sat ja..sehari boleh dapat banyak

maklumat

Keberkesanan PLC juga dapat dilihat apabila perlaksanaannya serasi dengan keadaan

semasa bagi mereka yang melaksanakan. Guru guru mendapati bahawa perlaksanaan

inovasi PLC tersebut membantu dan memudahkan urusan mereka dan ini akan

menyebabkan inovasi tersebut dapat diterima pakai oleh semua. Hal ini dipersetujui

melalui:

G1 :Sesuai..zaman la ni..semua orang nak maju..banyak perubahan berlaku......

bersangkut-paut dengan tugas sebagai guru......... nak update diri cikgu

cikgu.

G2 :sesuai..sebab kita perlukan ilmu untuk mengatasi sebarang perubahan

GPK :adalah berkaitan tugas tugas kita..jadi ia dapat memudahkan tugas kita

Latihan dalam perkhidmatan juga dinilai dari aspek kandungan yang disampaikan

kepada guru-guru kerana kandungan adalah segala bentuk pengetahuan yang ingin

dipindahkan kepada guru-guru. Ini kerana kandungan yang sesuai akan meningkatkan

motivasi guru-guru (Birman,& Desimone, 2000).


GPK :Saya sendiri pernah melaksanakan PLC di sekolah sekolah lain untuk

program I Think.

G1 : Saya tak pasti sekolah mana yang buat PLC..sekolah mana yang tak buat..

GPK :kami dah ada ruang untuk mengadakan PLC..jadi kebiasaaannya, guru

guru yang mengikuti kursus, taklimat di luar akan diminta untuk membuat

PLC di sekolah semula. Jika maklumat tersebut menarik, bermanfaat dan

mudah dilaksanakan

Kejelasan di sini bermaksud perlaksanaan dan manfaatnya dapat dilihat dengan

jelas. Inovasi latihan di sekolah seperti PLC ini akan mudah diterima dan dilaksanakan

apabila guru guru faham dan dapat melihat faedah dan perlaksanaannya. Dapatan

temu bual jelas menunjukkan bahawa terdapat sekolah yang dapat melihat perlaksanaan

PLC ini dilaksanakan. Juga, terdapat sekolah yang tidak kelihatanperlaksanaan PLC di

sekolah mereka.

Ciri penerimaan keputusan juga akan menentukan keberkesanan perlaksanaan

inovasi PLC ini di sekolah. Keputusan untuk menerima atau menolak sesuatu inovasi

itu akan mempengaruhi kemenjadian inovasi yang hendak dilakukan. Hasil penelitian

Rogers (1963) mendapati terdapat banyak jurang dalam kajian tentang proses menerima

pakai inovasi. Semasa peringkat awal penyelidikan mengenai proses resapan dan

menerima pakai inovasi, kajian lebih memberi tumpuan kepada proses menerima pakai

peringkat individu. Namun kini disedari bahawa sesuatu inovasi itu diterima di

peringkat organisasi dahulu dan bukannya oleh individu.


Hal ini kerana proses keputusan inovasi merujuk kepada bagaimana sesebuah

organisasi itu memperoleh pengetahuan tentang sesuatu inovasi dan seterusnya berusaha

mencari maklumat dan membentuk minat kepada inovasi itu. Kemudian bagaimana

organisasi itu membuat keputusan sama ada menerima pakai atau menolak inovasi itu.

Proses membuat keputusan ini menunjukkan penerimaan organisasi itu terhadap sesuatu

inovasi dan bukannya diputuskan oleh seseorang individu yang tahu mengenai inovasi

itu. Proses resapan inovasi akan berlaku apabila inovasi itu dilaksanakan dan

mengesahkan sama ada proses menerima pakai ini berjaya atau sebaliknya. Dapatan

temu bual tersebut menunjukan bahawa keputusan untuk melaksanakan PLC sangat

mempengaruhi perlaksanaan PLC tersebut :

GPK : Guru Besaq yang putuskan nak buat PLC

G1 : depa tanya dulu..kalau perlu baru semua buat...

G2 : ...ikut GPK 1 la...kalau perkara tu perlu bagitau..dia suruhla buat.Guru Besaq

ikut ja...

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keputusan untuk melaksanakan inovasi

tersebut datang dari atas ke bawah. Dengan cara ini keputusan tersebut akan lebih

dipercayai dan dipatuhi oleh semua guru. Guru guru member pendapat bahawa untuk

melaksanakan inovasi PLC ini harus dimulakan dari kumpulan pentadbir kerana mereka

berpendapat bahawa ia lebih selaras dan arahan tersebut mudah dipatuhi oleh guru

guru lain. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa perlaksanaan inovasi bagi

guru guru di daerah ini masih tidak berada pada tahap yang kurang

memberansangkan. Guru guru tidak beranggapan bahawa perlaksanaan inovasi PLC

ini adalah sebenarnya ruang untuk guru guru berkongsi maklumat sesama rakan dan
berkongsi idea untuk memantapkan ilmu dan kemahiran agar dapat diaplikasikan dalam

bidang tugas masing masing. Hasil temu bual tersebut jelas menunjukkan bahawa

keputusan untuk perlaksanaan harus datang dari kumpulan pentadbir kerana kumpulan

pentadbir merupakan mereka yang perlu tahu dan faham dulu konsep PLC ini sebelum

disampaikan kepada para guru. Setelah beberapa cirri inovasi yang perlu ada dalam

menerima sesuatu inovasi tidak dipatuhi, jelas menunjukkan bahawa perlaksanaan

inovasi PLC ini hanya diwujudkan atas dasar ia adalah satu arahan dari atas yang perlu

dilaksanakan.

Keadaan ini lebih nyata apabila ada guru yang berpendapat bahawa:

G2 :Seseorang guru yang melihat orang lain melaksanakan PLC di sekolah mereka,

belum tentu cikgu tersebut ingin atau terikut untuk melaksanakan PLC di

sekolah mereka sendiri. ............................ tapi ada juga individu individu

tertentu yang menganggap bahawa PLC ini tidak wajib dan tidak perlu pening

pening kepala nak fikir..nak rancang..nak uruskan...kalau rasa nak buat

..buat..tak nak..depa buat tak tau je.....

G2 :saya berpendapat pentadbir perlu memainkan peranan dan usaha untuk

mengadakan PLC tersebut di sekolah

Kenyataan tersebut selari dengan pandangan yang telah dinyatakan oleh

Demetriadis et al. (2003) iaitu terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penerimaan

atau penolakan latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada guru. Antaranya,

tingkah laku pengurus sekolah yang menyokong segala usaha penambahbaikan guru,
minat guru, pengetahuan tersedia ada guru-guru, keberadaan sumber-sumber serta

keyakinan diri guru-guru itu sendiri.

G2 : Saya rasa nak cuba..boleh..di sekolah masing masing cikgu cikgu boleh

cuba dulu..lepas tu buat penilaian...

G1 : Betul tu cikgu...boleh cuba laksanakan kalau tak pernah

GPK : Secara tak lansung cikgu yang menghadirinya dapat merasai pengalaman

dan praktikkan semula pengalaman tersebut bersama rakan di sekolah pula..

Dapatan temu bual juga mendapati bahawa perlaksanaan inovasi ini mudah diguna

pakai dan diterima jika ia boleh dicuba terlebih dahulu. Ciri penerimaan seterusnya

ialah sesuatu inovasi tersebut harus bersifat mudah untuk dicuba. Ini berkemungkinan

disebabkan perlaksanaannya dianggap sebagai perkara baru dan perlu dicuba dahulu

bagi melihat apa yang dapat mereka perolehi hasil daripada perlaksanaaninovasi

tersebut. Kaedah cuba dahulu ini adakalanya dapat mengurangkan kos kos sampingan

yang tidak dijangkakan. Guru guru memerlukan masa untuk mengadaptasi sesuatu

yang baru dalam bidang tugas mereka. Apabila mereka dapat mencubanya, melihat

manfaat yang dapat mereka peroleh serta mudah untuk dilaksanakan maka sudah pasti

mereka akan mudah mengadaptasi inovasi PLC ini sebagai satu bentuk latihan kepada

mereka walaupun mereka sudah berpengalaman dalam bidang tugas mereka sendiri.
GPK : Perlaksanaan PLC ini mudah.......................... Pengetua dan pentadbir selalu

membimbing kami................. Rasa mudah itu akan mendorong cikgu cikgu

kita explore lagi maklumat yang ingin dikongsi

G2 : Kalau sesuatu perkara tersebut mudah...mendatangkan kebaikan..saya

percaya cikgu cikgu akan menerima PLC ini sebagai inovasi latihan dengan

baik.

Ciri mudah guna juga merupakan satu cirri penerimaan yang sangat penting. Ini

adalah kerana sesuatu perkara barutersebut bukan sahaja mengambil masa untuk

diadaptasi tetapi sukar diterima pakai sekiranya ia memerlukan jangka masa yang lama

untuk difahami.

Demetriadis et al. (2003) juga membincangkan bahawa bila sekolah berfungsi

sebagai tempat untuk adaptasi kepada perubahan yang dikehendaki maka proses

penerimaan-adaptasi akan berlaku dengan mudah. Kandungan latihan dalam

perkhidmatan yang kompeten dengan kurikulum yang sedia ada maka penerimaan

latihan dalam perkhidmatan berlaku dengan mudah.

8. Dapatan dan rumusan kajian

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, dapatlah kita rumuskan bahawa

penerimaan guru guru masih berada di tahap sederhana. Penerimaan tersebut juga

adalah berlandaskan ciri ciri penerimaan yang telah diperkenalkan oleh Rogers ( 2003,

Third Edition, The Diffussion of Innovations). Ciri ciri tersebut ialah kesukarelaan,

faedah relatif, keserasian, kejelasan, keputusan, mudah cuba dan mudah guna.
Berdasarkan temu bual tersebut, tahap ciri kesukarelaan berada pada tahap

sederhana dan PLC tersebut dilaksanakan kerana ia sudah dijadikan sebagai satu

program wajib yang mesti dihadiri oleh guru guru. Pentadbir sekolah telah member

arahan untuk melaksanakan PLC tersebut atau apa apa jua kursus dalam bentuk

latihan dalaman di peringkat sekolah. Ternyata bahawa ciri kesukarelaan tersebut

belum dapat mempengaruhi para guru untuk melaksanakan PLC di sekolah.

Namun begitu, para guru dapat menerima PLC tersebut berdasarkan ciri yang

seterusnya iaitu perbandingan relatif. Guru guru berminat untuk melaksanakan PLC

kerana ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada guru itu sendiri. Para guru

dapat melihat perbandingan keadaan sebelum PLC diperkenalkan dengan keadaan

selepas PLC dilaksanakan. Ternyata para guru bersetuju bahawa PLC ini menambah

dan berkongsi idea serta praktis yang bersesuaian dengan bidang tugas mereka sebagai

guru.

Terdapat perbezaan pandangan di antara responden tersebut apabila ditanya

mengenai ciri keserasian dalam penerimaan inovasi. Dua orang daripada guru tersebut

berpendapat bahawa ia sesuai kerana relevan dengan kehendak dan keperluan sebagai

seorang pendidik hari ini. Namun, pendapat seorang guru lagi agak keliru kerana beliau

tidak pasti adakah inovasi tersebut serasi atau sesuai dilaksanakan di sekolah beliau.

Ciri kejelasan ini dapat dilihat apabila dapata temu bual tersebut ada guru yang

menyatakan bahawa sekolah beliau telah menyediakan ruang dan peluang untuk

diadakan PLC dan masa untuk perlaksanaannya. Dengan cara ini, PLC akan dilihat

sebagai satu latihan yang dapat membantu membangunkan para guru khususnya dalam

bidang tugas mereka. Walau bagaimana pun terdapat juga responden yang menyatakan

ketidakpastian pendapat beliau bahawa PLC ini dilihat dilaksanakan di sekolah beliau.
Majoriti responden menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan PLC ini

adalah dari pihak atasan iaitu pihak pentadbir dan arahan tersebut diturunkan kepada

guru guru. Keputusan untuk melaksanakan PLC ini telah difikirkan baik oleh

pentadbir sebelum ia diwajibkan kepada para guru.

Konsep boleh cuba atau percubaan masih kurang difahami oleh guru guru.

Keraguan untuk melaksanakan PLC ini jelas dinayatakan dalam temu bual tersebut.

Guru guru tidak mendapat kepastian sama ada PLC tersebut boleh dilaksanakan dalam

tempoh percubaan atau dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh JPN atau PPD.

Arahan untuk melaksanakan PLC ini tidak turun ke sekolah dengan sebaiknya. Pihak

sekolah sendiri berpendapat bahawa PLC ini hanya satu bentuk perbincangan tentang

isu isu semasa dan bukannya inovasi dalam bentul latihan dalaman kepada para guru.

Perlaksanaan PLC yang mudah akan menarik minat para guru untuk

melaksanakannya. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa guru guru tidak suka

kerja kerja sampingan lain sekiranya tidak berkaitan dengan bidang tugas mereka.

Kekangan masa dan bebanan tugas mempengaruhi para guru untuk menerima PLC ini

dilaksanakan di sekolah.

Kesimpulannya kajian ini melihat penerimaan guru-guru terhadap latihan dalam

perkhidmatan yang disediakan kepada mereka dan melihat aspek-aspek kesesuaian

latihan dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan ini dibuat bagi meningkatkan

keupayaan guru-guru agar bersedia menerima perubahan demi penambahbaikan diri

dari segi pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam pengamalan bilik darjah. Guru-

guru yang mengambil bahagian dalam kajian ini berharap agar latihan dalam

perkhidmatan yang dijalankan lebih sesuai dalam meningkatkan profesionalisme

mereka.

Você também pode gostar