Você está na página 1de 2

Antara langkah pencegahan murid-murid mengalami dehidrasi yang akan kami jalankan

adalah:-

1. Kami akan memayung peserta di lorong masing-masing sebelum memulakan acara.

2. Water Break akan diadakan selang 3 acara tanpa mengira tahap umur.

3. Murid-murid akan direhatkan dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk selepas setiap

acara.(Bilik Pemulihan dan Surau Sekolah)

4. Pakaian sukan murid-murid kami diperbuat daripada material kain kapas yang mempunyai

aliran pengudaraan yang baik.

5. Kami akan menyediakan minuman isotonik kepada semua peserta kerana ia boleh

menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

6. Penyediaan 5 Water Station di kawasan sekolah yang akan dipantau setiap masa untuk

penambahan air minuman.

7. Perasmian pembukaan dan penutup serta penyampaian hadiah akan diadakan di dewan

terbukakantin sekolah.

8. Perbarisan kawad dimansuhkan daripada tentatif program sukan tahun ini.

9. Kami akan mewujudkan Ahli Jawatankuasa Khas untuk memantau pemberian air kepada

semua murid mengikut masa yang telah ditetapkan.(kekerapan 15 minit sekali untuk peserta

menunggu)

10. Kami akan meminta khidmat bantu kecemasan daripada pihak Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia untuk menyediakan booth pemeriksaan kesihatan percuma dan

Ambulans ketika sukan sekolah kami berlangsung.

11. Ibu bapa murid-murid telah bersetuju dan telah menandatangani borang pelepasan aktiviti

untuk program ini.


Allah berfirman :~




Tidak ada suatu musibah (kesusahan, mala petaka atau bala bencana) pun yang
menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan sesiapa yang beriman kepada
Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk pada hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan segala sesuatu.

[Surah At-Taghaabun / 64 : 11]

Você também pode gostar