Você está na página 1de 2

Jurang penyelidikan

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak kongsi serba sedikit maklumat berkenaan jurang
penyelidikan. Maklumat ini sebenarnya saya tulis berdasarkan apa yg saya fahami dari kuliah yang
diberikan oleh Dr. Mohd Awang Idris.

Jurang penyelidikan atau yang biasanya dikenali sebagai 'Research gap' adalah perbezaan diantara apa
yang telah sedia diketahui dan apa yang masih belum diketahui. Jurang penyelidikan bukanlah
semestinya bermaksud sesuatu yang langsung tidak dipernah dikaji oleh orang lain. Ia boleh jadi sesuatu
yang telah dikaji tetapi kajian yang ingin dibuat akan dijalankan dengan lebih meluas atau lebih
mendalam dan terperinci.

Jurang penyelidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu jurang dari segi teori, empirikal (kaedah
pengumpulan data & analisis statitistik) dan praktikal. Jurang dari segi teori boleh diisi dengan membuat
kajian yang boleh menambahbaik teori yang sediaada. Mungkin kita boleh menambah beberapa
pembolehubah yang baru, contohnya. menambah pembolehubah tidak bersandar yang baru. Kita juga
boleh masukkan 'mediating variable' dan juga 'moderating variable' yang baru. Ini membolehkan kita
menjelaskan sesebuah teori itu dengan lebih baik lagi. Yang terbaik adalah sekiranya kita boleh
mencabar teori yang terkini dan terbaik dan membina satu teori yang lebih baik. Bagaimana kita boleh
membina teori yang lebih baik? Kita perlulah mengetahui kajian yang dibuat oleh semua pengkaji atau
penyelidik tersohor dalam bidang kita dan menguasai semua teori yang berkaitan dalam bidang kita. Kaji
apakah kelemahan teori-teori yang terkini dan terbaik dan melihat teori-teori ini dari pelbagai perspektif
yang berbeza. Disinilah pentingnya keupayaan kita untuk mengalisis secara kritis.

Contohnya dalam kajian 'job demand'. Kajian terdahulu melihat 'job demand' dari segi perspektif negatif
sahaja iaitu bebanan kerja yang tinggi akan menyebabkan peningkatan tekanan kerja. Namun bila
difikirkan adakalanya bebanan kerja juga boleh memberi hasil yang positif kepada pekerja contohnya
meningkatkan 'self esteem' pekerja. Bila seseorang pekerja diberikan tugasan yang lebih ia mungkin
secara tidak langsung bermakna majikan mengakui pekerja tersebut mampu, berkebolehan dan lebih
dipercayai untuk melakukan tugasan tersebut. Jadi pengkaji boleh melihat sesuatu isu itu dari pelbagai
sudut yang berbeza.

Gap dari segi empirikal pula ialah bagaimana kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian kita
boleh menambahbaik kaedah penyelidikan yang sediaada. Kita boleh mulakan dengan menyatakan
kelemahan-kelemahan kaedah-kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam kajian-kajian
terdahulu seperti mendapatkan maklumat dari satu sumber sahaja, menggunakan satu kaedah
pengumpulan data sahaja, kajian yang dibuat diperingkat individu sahaja dan kajian yang dibuat secara
'cross sectional' sahaja. Seperti yang diterangkan oleh Podsakoff et. al (2012) dalam artikelnya yang
bertajuk "Sources of Method Bias in Social Science Research and Recommendations on How to Control
It' kelemahan kaedah-kaedah ini ialah ia boleh menyebabkan 'common method variance (bias)' yang
menyebabkan hasil kajian kita menjadi kurang valid. Untuk menutup gap dari segi method ini kita
mungkin boleh menggunapakai kaedah penyelidikan yang lebih baik, contohnya kita cuba dapatkan data
dari pelbagai sumber, menggunakan kaedah pengumpulan data yang perlbagai, mengkaji sesuatu di
pelbagai peringkat kumpulan atau membuat kajian secara 'longitudinal'

Kemudian kita juga boleh menggunakan alat statistik yang lebih baik. Contohnya, mungkin kita boleh
menggunakan AMOS atau PLS atau HLM atau mungkin juga Mplus. Walaubagaimanapun, pengunaan
alat menganalisa ini hendaklah bersesuaian dengan jenis data dan analisis yang kita lakukan.

Jurang praktikal pula adalah bagaimana hasil penyelidikan kita boleh dipraktikkan dan boleh memberi
sumbangan kepada masyarakat, organisasi dan sebagainya. Contohnya, melalui kajian, kita boleh
membangunkan satu produk atau sistem yang baru dan lebih baik dari produk atau sistem yang
terdahulu. .

Satu lagi perkara yang penting ialah jika kita hendak mencari jurang penyelidikan sebaik-baiknya biarlah
gap itu bersifat global. Bagaimana mahu mendapatkan gap yang global? Kita perlulah mencari
kelompongan atau kekurangan kajian-kajian yang telah diterbitkan didalam jurnal-jurnal yang hebat
didalam bidang kita. Gap yang jelas dan bersifat global beserta kaedah pengumpulan dan analisis data
yang lebih baik serta gaya penulisan yang mantap akan menghasilkan satu penyelidikan dan penulisan
yang hebat dan lebih mudah diterbitkan di jurnal-jurnal yang tersohor yang bertaraf Q1 dan Q2.

Ini hanyalah satu perkongsian maklumat untuk mereka yang baru mahu mengenali penyelidikan seperti
saya. Sekiranya ada sebarang kesilapan maklumat mohon rakan-rakan dapat betulkan saya. Maaf juga
atas segala kesilapan tatabahasa saya. Terima kasih. :-)

Você também pode gostar