Você está na página 1de 3

Aset Bukan Semasa dan Aset Semasa

Aset Bukan Semasa dimiliki/dibeli oleh perniagaan untuk tujuan penggunaan berterusan. Aset Ketara merupakan aset
yang mempunyai kewujudan secara fizikal. Aset Tak Ketara pula ialah aset yang tidak wujud secara fizikal seperti
muhibah. Aset Semasa merupakan aset yang akan berubah bentuk dan rupa seperti direalis (jual), digunakan atau dijual
dalam kitaran operasi yang normal (normal operating cycle) perniagaan atau aset yang dimilik untuk tujuan diniagakan
seperti inventori dan akaun belum terima.

Perbelanjaan modal merupakan sebahagian perbelanjaan untuk memiliki aset bukan semasa. Perbelanjaan hasil pula ialah
perbelanjaan yang dilibatkan untuk tujuan perdagangan (niaga) atau untuk mengekalkan aset bukan semasa.
Perbezaan Perbelanjaan modal dengan Perbelanjaan Hasil
Perbelanjaan modal Perbelanjaan hasil
Perbelanjaan yang dilibatkan untuk memiliki aset bukan Perbelanjaan yang dilibatkan untuk tujuan perniagaan. Ini
semasa atau penambahbaikan aset bukan semasa termasuk belanja yang dikelaskan dalam belanja pemasaran
dan pengedaran, belanja pentadbiran dan belanja kewangan.
Perbelanjaan modal disusutnilaikan atau dilunaskan sebagai Perbelanjaan yang dilibatkan untuk mengekalkan kapasiti
belanja hasil dalam penyata pendapatan penjanaan hasil semasa daripada aset bukan semasa
Perbelanjaan modal merupakan perbelanjaan yang akan Perbelanjaan hasil merupakan perbelanjaan semasa untuk
menjanakan manfaat jangka masa panjang seperti menjanakan hasil tempoh semasa seperti gaji, elektrik
bangunan, mesin dan peralatan

Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah bangunan bernilai RM300,000. Kerja pengubahsuaian dilakukan untuk
memperbesar ruang bangunan tersebut dengan kos RM100,000. Bangunan ini memerlukan kerja-kerja membaiki tingkap,
menggilap lantai dan membaiki bumbung yang berkos RM2,000.
Belanja modal =

Belanja hasil =

Kepentingan mengasingkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan hasil


Perbelanjaan hasil merupakan pembelian barang niaga atau perkhidmatan seperti berikut:
(a) digunakan dalam tempoh perakaunan semasa; maka, belanja atau kos ini akan dianggap sebagai perbelanjaan tempoh
semasa dalam penyata pendapatan
(b) dijadikan sebagai aset semasa pada akhir tempoh apabila aset ini belum digunakan; maka, perbelanjaan ini tidak
dimasukkan dalam penyata pendapatan seperti insurans prabayar (bayar dahulu), inventori
Perbelanjaan modal dilibatkan untuk tujuan penambahbaikan aset bukan semasa yang akan membawa manfaat ekonomi
kepada perniagaan lebih daripada satu tempoh perakaunan dan bukan untuk tujuan dijual semula dalam operasi biasa
perniagaan. Maka, kos yang dilibatkan akan disusutnilaikan atau dilunaskan mengikut tempoh manfaat ekonomi diperoleh
selaras dengan prinsip pemadanan.
Latihan: Kenal pastikan urus niaga berikut sebagai perbelanjaan modal atau perbelanjaan hasil

Urus niaga Jenis Perbelanjaan


1. Pembelian bangunan pejabat
2. Susut nilai tahunan ke atas bangunan pejabat
3. Yuran guaman yang dilibatkan dalam pembelian bangunan di atas
4. Kos yang dilibatkan untuk meningkatkan kapasiti penyimpan maklumat dalam
komputer
5. Kos pembaikan komputer dan penyelenggaran
6. Kos pembelian loji baharu diimport daripada Jerman
7. Duti import yang dikenakan oleh Jabatan Kastam Malaysia berkaitan dengan
pemilikan loji baharu di atas.
8. Kos pengangkutan yang dilibatkan dalam penghantaran loji baharu kepada premis
pengeluaran
9. Kos pemasangan loji baharu
10. Belanja upah pekerja operator

Pendapatan modal dan Pendapatan hasil


Pendapatan modal ialah hasil yang diperoleh daripada jualan aset bukan tujuan perdagangan seperti perolehan daripada
jualan aset bukan semasa termasuk jualan pelaburan bukan semasa. Laba/ untung atau rugi daripada pelupusan direkodkan
dalam penyata pendapatan tahun semasa. Contohnya, perniagaan melupuskan aset bukan semasa yang tidak diperlukan
lagi seperti kenderaan dan mesin.
Pendapatan hasil merupakan hasil yang diperoleh daripada sumber-sumber:
(i) Jualan aset tujuan perdagangan seperti barang niaga dalam inventori
(ii) Faedah dan dividen yang diterima daripada pelaburan

Latihan: Kenal pastikan urus niaga berikut sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil

Urus niaga Jenis Pendapatan


1. Pendapatan yang diperoleh daripada jualan bangunan pejabat
2.Hasil daripada jualan kad kredit
3.Hasil komisen diperoleh oleh syarikat hartanah
IAS16 Hartanah, Loji dan Peralatan
IAS merangkumi definisi berkaitan dengan pemilikan aset bukan semasa.
HLP merupakan aset ketara yang wujud dari segi fizikal untuk tujuan penggunaan dalam proses pengeluaran, pembekalan
barang niaga atau perkhidmatan, disewakan atau urusan pentadbiran dalam sesebuah perniagaan.
Kos merupakan jumlah tunai atau tunai setara yang dibayar untuk tujuan pemilikan aset atau semasa pembinaan.
Nilai Saksama merupakan nilai yang akan diterima daripada jualan aset atau pemindahan pemilikan dalam urus niaga di
antara pembeli dengan penjual.
Nilai Pembawa merupakan jumlah yang dinel pasti selepas menolak jumlah nilai susut nilai terkumpul dan impairment
loss (nilai kerugian dijangkakan)

Você também pode gostar