Você está na página 1de 12

1.

0 PENDAHULUAN

Persegi ajaib atau bujur sangkar ajaib merupakan susunan bilangan-bilangan dalam suatu
persegi atau bujur sangkar. Bilangan-bilangan penyusunnya memiliki hubungan atau sifat
tertentu. Keajaiban atau kekhususan utamanya adalah bahawa dalam susunan tersebut
jumlah bilangan sebaris sama untuk semua baris yang ada, dan sama juga dengan jumlah
bilangan lajur untuk semua lajur, serta sama juga dengan jumlah bilangan pepenjuru untuk
kedua arah pepenjurunya. Menurut sejarahnya, persegi ajaib telah dikenal sejak sebelum
Kaisar Yu (2200 s.M.) di China, yang disebut lo-shu seperti yang di bawah ini.

Lingkaran hitam melambangkan bilangan genap (perempuan; yin) manakala lingkaran biasa
(putih), bilangan ganjil (laki-laki; yang). Jika dinyatakan dengan angka-angka yang
menyatakan banyak lingkarannya, maka diperoleh angka-angka yang tersusun dalam sebuah
persegi. Bilangan yang dilambangkannya mempunyi sifat istimewa seperti disebutkan di atas.
Jumlah bilangan pada setiap baris, setiap lajur, dan setiap pepenjuru sama, iaitu 15.
Keistimewaan persegi ajaib 3 x 3 berikut mencirikan sifat tertentu yang dikenal sebagai
tetapan persegi ajaib.

Beberapa istilah petak ajaib yang didapati:

1. Normal Magic Square: adalah persegi yang dibentuk dengan menempatkan angka 1
hingga n2. dan tidak ada bilangan yang sama. Contoh: petak ajaib 3x3 yang diisi
dengan angka 1 hingga 9.

2. Semi Magic Square: semi petak ajaib hanya mengharuskan angka pada baris dan lajur
berjumlah sama, namun pepenjuru tidak perlu sama.

1
3. Trivia Magic Square: Jika petak ajaib berbentuk 1x1 atau semua angka pada petak
diisi dengan angka yang sama semuanya, maka petak ajaib itu adalah trivial.

4. Associative Magic Square: adalah petak ajaib di mana petak di tengahnya adalah
median dari bilangan-bilangan yang diisi. Misalnya, untuk persegi 5x5 bagian
tengahnya diisi dengan 13, maka disebut associative magic square.

5. Pan Magic Square: Adalah petak ajaib yang lebih ampuh, kerana selain semua lajur
dan barisnya sama, penjumlahan semua pepenjurunya selalu sama.

Contoh:

6. Concentric Magic Square: merupakan petak ajaib nxn dengan n adalah ganjil dan n5
dan setiap persegi di dalamnya juga petak ajaib.

Perhatikan bahawa persegi 3x3 di dalamnya adalah petak ajaib dengan jumlah 39.

7. Multiplicative Magic Square: jika petak ajaib menggunakan operasi penjumlahan,


maka multiplicative magic square menggunakan operasi perkalian. Perkalian setiap
baris, jalur, dan pepenjurunya adalah sama.

Magic Square (petak ajaib) adalah permainan yang bertujuan untuk memecahkan masalah
yang berhubungan dengan penjumlahan bilangan nombor bulat. Ianya merupakan persegi
dengan petak-petak yang berukuran n x n , dimana setiap petak diisi dengan nombor-nombor
bulat sehingga jumlah setiap baris, kolom dan diagonalnya adalah sama. Jumlah yang sama

2
dari semua bilangan pada setiap baris, kolom dan diagonal disebut sebagai konstant ajaib
daripada petak ajaib.

Pola petak ajaib adalah cara penyusunan nombor-nombor untuk membentuk petak
ajaib berdasar urutan Barisan Bilangan Aritmatik. Secara umumnya, petak ajaib yang sering
kita lihat hanya pada petak yang berukuran ganjil ( 2n + 1 ) yang menggunakan kaedah dan
aturan yang tetap. Petak ajaib lebih dikenali sebagai permainan dalam matematik yang dapat
meningkatkan kemampuan berfikir, meningkatkan ketelitian pelajar dalam menjumlahkan
nombor bulat dan meningkatkan minat pelajar dalam belajar matematik. Selain itu, petak ajaib
ini banyak diaplikasikan dalam pembelajaran matematik untuk pendidikan awal kanak-kanak
di mana petak ajaib merupakan gabungan sifir 1 sehingga 10.

3
2.0 KAEDAH MEMBINA PETAK AJAIB

2.1 KAEDAH SIAMESE METHOD/ de la Loubere

Tempatkan bilangan 1 pada petak tengah atas. Isikan bilangan-bilangan selanjutnya secara
berurutan secara pepenjuru ke kanan atas. Bila posisi berikutnya tidak pada bidang
permainan, maka masukkan bilangan pada petak paling hujung pada lajur atau baris yang
berlawanan.

Oleh kerana bilangan 1 sudah mengisi pepenjuru berikutnya, maka bilangan 4 diletakkan
pada petak terdekatdi bawah bilangan 3. Seterusnya, teruskan mengisi mengikut pepenjuru
ke kanan atas iaitu untuk bilangan 5 dan 6. Seterusnya pula, letakkan 7,8 dan 9 mengikut
tanda anak panah.

4
Siamese method memiliki persamaan yang sangat mirip dengan kaedah piramid. Berikut
adalah gambaran kaedah piramid.

Konstruks 3x3 dengan kaedah piramid.

Konstruks 5x5 dengan kaedah piramid.


Perhatikan bahawa konstruks piramid dan Siamese sebenarnya serupa. Siamese perlu
mengubah permulaan konstruks untuk angka 1 jika hasilnya seperti kaedah piramid.

5
2.2 KAEDAH DOUBLY EVEN/ LOZENGE
Kaedah ini hanya dapat dibahagi 4, contohnya 4x4, 8x8 atau 12x12.

Kaedahnya adalah dengan hanya menuliskan angka secara berturutan. Kemudian beberapa
petal direfleksikan terhadap titik pusat.

Contoh 4x4:

Tuliskan 1 hingga 16.

Buat tanda silang seperti dalam gambar di atas, kemudian refleksikan setiap petak tersebut.
Telitikan bagaimana 1,4,6,7,10,11,13 dan 16 boleh berpindah kedudukan.

Contoh 8x8:

Tulis 1 hingga 64 berturut.

6
Bahagikan kotak tersebut kepada 4 bahagian seperti gambar di bawah. Kemudiannya, pada
setiap kotak tersebut, buat tanda silang seperti yang terlihat pada gambar di bawah, kemudian
putarkan setiap petak tersebut. Perhatikan bagaimana 1, 4, 5, 8, ..., 64 dipindahkan.

Contoh 12x12:

Langkah sama digunakan seperti dalam 4x4 dan 8x8. Ikut setiap langkah dengan betul maka
petak ajaib 12x12 dapat dibentuk.

Kelemahan kaedah Lozenge ini adalah kita susah untuk menentukan pola putarannya
terutama untuk membina persegi-persegi besar. Tidak ada aturan khusus yang menentukan
polanya. Lebih-lebih lagi, kita dapat menentukan polanya lebih daripada 1 jenis. Terdapat
banyak sekali pola yang dapat dibentuk. Jadi kita memerlukan kaedah try and error untuk
membinanya.

7
2.3 KAEDAH CONWAY LUX

Kaedah ini berlaku bagi petak (4m + 2 ) , contohnya 6,10, 14 dan seterusnya. Kaedah ini
menggunakan prinsip Siamese yang diubah. Perhatikan sekumpulan anak panah di bawah.
Perhatikan urutannya. Urutannya mirip tulisan L, U dan X.

Pertama sekali adalah bahagikan petak menjadi sekumpukan petak 2x2. Seterusnya, dari
petak-petak itu, berikan beberapa tanda di mana:

a. (n+1) baris pertama adalah L.


b. 1 baris berikutnya adalah U.
c. (n-1) baris terakhir adalah X.

Tukarkan U yang di tengah dengan petak L di atasnya. Kerjakan dengan kaedah Siamese
yang umum. Angka 1 dimulai dengan petak diatas.

Contoh : 10x10

Bahagikan 10x10 menjadi sekumpulan petak 2x2 di mana:

a. m+1 baris pertama adalah L.


b. 1 baris berikutnya adalah U
c. m-1 baris berikutnya adalah X

tukarkan U di tengah dengan petak di atasnya. Proses ini menghasilkan :

8
Seterusnya ,gunakan kaedah Siamese untuk 5x5. Perhatikan aturan LUX di tiap petak:

Hasilnya :

9
2.4 KAEDAH STRACHEY

Kaedah ini hanya boleh digunakan bagi persegi 4n + 2 contohnya 6x6, 10x10 dan seterusnya.
Kaedah ini juga menggunakan kaedah Siamese yang dimodifikasikan.

Cara cara membina petak ajaib menggunakan kaedah ini.

Contohnya 10 x 10:

Bahagikan persegi kepada 4 bahagian ABCD dengan urutan di bawah:

Dengan kaedah Siamese, isikan :

a. 1 s/d 25 di A
b. 26 s/d 50 di B
c. 51 s/d 75 di C .
d. 76 s/d 100 di D

Hasilnya:

10
Tukarkan n kolom pertama daripada A dengan n kolom pertama daripada D.

Tukarkan (n-1) kolom terakhir dari B dengan (n-1) kolom terakhir dari C.

Peringatan: n = 2 kerana 4n +2 = 10

Tukarkan petak barisan tengah paling kiri di A dengan sel yang sesuai di D. Tukar petak yang
tepat di tengah-tengah A dengan sel yang sesuai di D.

11
12

Você também pode gostar