Você está na página 1de 5

PENGGUNAAN KAEDAH F&W UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENULIS PASANGAN HURUF b dan d, m dan w, udan n DALAM


KALANGAN MURID KELAS PEMULIHAN TAHUN EMPAT

YAMUNA A/P NADARAJAN


TUAN HAJI OMAR BIN ZAKARIA
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
yamuna5086@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis pasangan huruf b dan d, huruf m
dan w, dan huruf u dan n dalam kalangan murid pemulihan dengan menggunakan kaedah
F&W. Kajian ini melibatkan dua orang murid pemulihan Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah
Batu Pahat. Peserta kajian dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Intervensi yang dipilih untuk
dilaksanakan dalam kajian ialah kaedah F&W. Sebelum sesi intervensi, peserta kajian diberi
ujian pra untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis pasangan
huruf b dan d, huruf m dan w, dan huruf u dan n. Dapatan kajian ujian pasca menunjukkan
peserta kajian dapat menguasai kemahiran menulis pasangan huruf b dan d, huruf m dan w,
huruf u dan n. Peningkatan murid dalam kemahiran menulis pasangan huruf b dan d, huruf m
dan w, huruf u dan n menunjukkan keberkesanan kaedah F&W kalangan murid pemulihan.

Kata kunci : kemahiran, pemulihan, intervensi, ujian, keberkesanan

ABSTRACT
This study was conducted to improve the skills to write a couple of letters b and d, the letters
m and w, and the letters u and n among the pupils of remedial education using the kaedah
F&W. The study involved two pupils of remedial education from Year 4 in a particular school
in Batu Pahat. Participants were chosen based on the diagnostic tests. Interventions selected
to be implemented in the study is the kaedah F&W. Before the intervention session, the
participants were given a pre-test to determine the level of writing skills of the pupils of pairs b
and d, the letters m and w, and the letters u and n. Referring to the post-test results,the
findings indicate the participants are able to master the skills to write the couple of letters b
and d, the letters m and w, the letters u and n. Improved writing skills among pupils of pairs b
and d, the letters m and w, the letters u and n shows the effectiveness of the method of
kaedah F&W among pupils of remedial education.

Key words : skill, remedial, intervention, test, effectiveness

PENGENALAN
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1984). Dalam kajian ini, pengkaji mendapati segelintir daripada
murid-murid mengalami masalah dari segi kemahiran menulis. Murid-murid tersebut
dapat mengeja perkataan apabila ditanya tetapi menghadapi kesukaran semasa
menulis. Pengumpulan data awal kajian tindakan ini melibatkan temu bual,
pemerhatian, analisis hasil kerja dan ujian pra tindakan.

1
FOKUS KAJIAN
Hasil daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam
kelas pemulihan, pengkaji mendapati bahawa beberapa murid-murid yang
mempunyai masalah dalam menulis beberapa huruf. Antara huruf-huruf yang
menjadi permasalahan kepada peserta kajian A dan B adalah pasangan huruf b dan
d, huruf m dan w, dan huruf u dan n. Murid-murid ini bukanlah mempunyai masalah
dari aspek pengecaman dan menyebut huruf kerana apabila ditunjukkan huruf-huruf
tersebut, murid dapat menyebutnya dengan baik tetapi apabila diminta untuk
menulis, murid tersebut tidak dapat melaksanakannya dengan betul. Masalah ini
dikatakan sebagai masalah disgrafia iaitu kesukaran dalam kemahiran menulis.
Fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran murid dalam menulis pasangan
huruf b dan d, huruf m dan w, dan huruf u dan n.

OBJEKTIF KAJIAN
i. Menghuraikan cara murid meningkatkan kemahiran menulis pasangan huruf b dan d,
m dan w, dan u dan n dengan menggunakan kaedah F&W.
ii. Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam meningkatkan
kemahiran menulis pasangan huruf b dan d, m dan w, dan u dan n dengan kaedah
F&W.

SOALAN KAJIAN
i. Bagaimanakah murid meningkatkan kemahiran menulis pasangan huruf b
dan d, m dan w, dan u dan n dengan menggunakan kaedah F&W ?
ii. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi meningkatkan
kemahiran menulis kumpulan huruf b dan d, m dan w, dan u dan n dengan
menggunakan kaedah F&W ?

PESERTA KAJIAN
Ujian diagnostik ini dijalankan bagi semua murid pemulihan Tahun 4. Berdasarkan
skor ujian diagnostik, pengkaji telah memilih peserta kajian bagai kajian tindakan ini.
Terdapat dua murid yang mendapat skor 0 dan ini murid-murid inilah dipilih sebagai
peserta kajian. Kedua-dua peserta kajian yang dipilih mengalami kesukaran dari segi
kemahiran menulis untuk menjawab soalan ujian pra iaitu ujian sebelum tindakan
yang dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Keputusan ujian pra
menunjukkan bahawa peserta kajian mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.
Murid-murid tersebut dapat mengeja perkataan dengan betul tetapi menulisnya
dengan salah.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Menurut Kartini Abdul Mutalib (2012), model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila
masalah atau isu kajian telah dikenalpasti dan memerlukan pengesahan supaya
perancangan yang tepat dapat digunakan. Pengkaji memilih intervensi kaedah F&W
sebagai tindakan kajian. Teori yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Teori
Scaffolding yang diperkenalkan oleh Vygotsky (1978).

Pada permulaan intervensi, pengkaji menyatakan fungsi setiap bahan yang terdapat
dalam fail tindakan kepada peserta kajian. Seterusnya, pengkaji menerangkan cara
menggunakan bahagian-bahagian huruf dengan membuat demonstrasi. Pengkaji
telah meminta peserta kajian untuk mencantumkan bahagian-bahagian huruf yang
disebutkan. Peserta diminta untuk mencantumkan ketiga-tiga pasangan huruf.
Selepas mencantumkan, pengkaji meminta peserta kajian menulis huruf yang
2
disebutkan. Bimbingan telah diberi oleh pengkaji kepada peserta kajian sepanjang
proses pelaksanaan tindakan. Bimbingan dikurangkan apabila peserta kajian dapat
mencantumkan bahagian-bahagian huruf dengan betul.

Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen kajian untuk mengumpul data.
Instrumen kajian yang telah digunakan oleh pengkaji ialah ujian, pemerhatian dan
senarai semak. Bagi penganalisisan data, hasil pencapaian ujian pra dan ujian pasca
dianalisis dengan melihat perbezaan antara kedua-dua ujian ini. Perbezaan markah
ujian pra dan ujian pasca dianalisis dalam bentuk carta garis. Bagi pemerhatian, data
bagi setiap kriteria dan aspek yang diperhatikan direkodkan dalam jadual. Pengkaji
melakukan teknik triangulasi iaitu triangulasi kaedah, masa dan sumber dalam
penyelidikan tindakan pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Bil Ujian pra Ujian pasca


Skor Peratus Skor Peratus
Peserta kajian A 0/15 0% 15/15 100%
Peserta kajian B 0/15 0% 15/15 100%

Jadual 1 Keputusan ujian pra dan ujian pasca

Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca. Selepas intervensi dijalankan,
kedua-dua peserta kajian telah mencapai skor 15/15 iaitu 100% dalam ujian pasca
yang dijalankan. Ini menunjukkan peserta kajian A dan B dapat menulis pasangan
huruf b dan d, huruf m dan w, dan huruf u dan n setelah sesi intervensi dijalankan
menggunakan kaedah F&W.

Pengkaji telah merekod tingkah laku yang mencerminkan murid berdasarkan kepada
aspek-aspek yang ingin diperhatikan ke dalam borang senarai semak.

TEMA / ITEM
1) Minat 2) Penglibatan 3) Masalah
disiplin
Menjawab soalan yang ditanya
Seronok belajar menggunakan

semasa proses pengajaran dan

semasa proses pengajaran dan


pengajaran dan pembelajaran

PESERTA
Bercakap dengan rakan lain
sepenuhnya semasa proses

Melibatkan diri secara aktif

Meniru murid lain semasa

KAJIAN
kaedah cantuman huruf

Memberikan tumpuan

menjawab soalan
dengan sukarela
pembelajaran

pembelajaran
b)

b)

b)
a)

a)

a)

Peserta / / / /
kajian A
Peserta / / / / /
kajian B

3
Jadual 2 Analisis pemerhatian selepas tindakan

Jadual 2 menunjukkan analisis pemerhatian selepas tindakan. Analisis menunjukkan


bahawa kedua-dua peserta kajian seronok belajar, memberikan tumpuan
sepenuhnya, melibatkan diri secara aktif, menjawab soalan secara sukarela. Bagi
kriteria masalah disiplin, analisis menunjukkan peserta kajian B bercakap dengan
rakan lain semasa pelaksanaan tindakan tetapi peserta kajian A tidak melayannya.

Selain itu, sebagai seorang bakal guru pengkaji dapat menambahbaik amalan
pedagogi semasa melaksanakan kajian tindakan ini terutamanya dalam bidang
pemulihan dan juga dalam masalah kemahiran menulis pasangan huruf b dan d,
huruf m dan w, dan huruf u dan n yang dikatakan sebagai disgrafia. Pengkaji juga
dapat menambahbaik amalan pedagogi melalui modelling dengan membuat
demonstrasi sebelum melaksanakan tindakan. Selain itu, teknik pengulangan yang
dilakukan oleh pengkaji juga dapat menambahbaik amalan pedagogi guru dimana
pengkaji melaksanakan pengulangan semasa pelaksanaan tindakan. Kaedah belajar
melalui bermain dan peneguhan semasa proses pelaksanaan tindakan juga
membantu pengkaji menambahbaik amalan pedagogi. Di samping itu, sebagai warga
pendidik pengkaji dapat mengatasi masalah peserta kajian A dan B dengan mencipta
satu intervensi iaitu kaedah cantuman bahagian huruf. Kesimpulannya, bahan
intervensi yang dihasilkan iaitu kaedah F&W dapat membantu peserta kajian dalam
menguasai kemahiran menulis pasangan huruf b dan d, huruf m dan w, dan huruf u
dan n.

REFLEKSI
Pengkaji telah dapat mempelajari langkah-langkah menjalankan tindakan di sekolah
dan memahami cara untuk mengumpul data dan menganalisis data berdasarkan
instrumen-instrumen pengumpulan data yang digunakan untuk menyempurnakan
kajian tindakan ini. Kemahiran bersosial dan komunikasi pengkaji juga telah dapat
ditingkatkan secara tidak langsung melalui perkongsian pendapat dan pandangan
daripada pensyarah dan rakan-rakan mengenai kajian tindakan yang dijalankan.
Melalui kajian tindakan ini juga, keinsafan pengkaji terhadap profesionalisme guru
dapat dipertingkatkan. Pengkaji mendapati bahawa peranan guru sebagai seorang
pendidik yang berwibawa mestilah sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

4
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Salah satu cadangan penambahbaikan ialah meneruskan kajian tindakan ini dengan
bilangan peserta kajian yang lebih tinggi. Penambahan bilangan peserta kajian perlu
dilaksanakan supaya hasil dapatan kajian lebih jitu dan dapat memanfaatkan
keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. Selain itu, pengkaji ingin
melanjutkan kajian ini dengan mengintegrasikan kaedah F&W menggunakan
komputer dalam intervensi bagi menulis pasangan huruf b dan d, huruf m dan w, dan
huruf u dan n. Seterusnya, pengkaji mencadangkan penambahbaikan ke atas
instrumen pengumpulan data bagi tindakan kajian yang dilaksanakan. Secara
keseluruhannya, guru sebagai pengamal ilmu dan kemahiran perlu sentiasa
berusaha mempertingkatkan pencapaian murid dalam setiap tajuk yang diajar.
Pengkaji juga mencadangkan para tenaga pengajar sewajarnya menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk membantu murid-murid
menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

Kartini Abdul Mutalib. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk PISMP dan
DPLI. Ipoh: IPGK Ipoh.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1984). Buku Panduan Program Pemulihan KBSR,


Tahap Satu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Vygotsky (1978). Play and its role in the mental development of the child. Soviet
Psychology

Você também pode gostar