Você está na página 1de 10

1.

0 PENGENALAN

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira
kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa
Sanskrit , iaitu Budaya Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari
cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud
kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh. Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara
hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi
hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Kamus Dewan (2007) mendefinisikan perkataan budaya sebagai tamadun,


peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya
juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup
yang diamalkan kebanyakan orang sama ada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu .

Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah
laku yang boleh diwarisi serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling seperti
yang dikatakan oleh Mohd Taib Osman (1988). E.B. Tylor (1984) pula menjelaskan bahawa
budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.
Manakala L.A. White (1987) memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi
fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung
kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon,2010:4-5).

Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah yang
disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan dididik
untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat
juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Dalam konteks Malaysia, para
pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki beragam latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya.

1
2.0 LAPORAN TEMUBUAL

Kepelbagaian sosiobudaya dapat dibahagikan kepada 4 iaitu struktur masyarakat,


kepercayaan, bahasa dan adat resam. Jadi, saya dan 2 orang lagi rakan telah menemu bual
Cg Narmi berkaitan kesan-kesan kepelbagaian sosiobudaya dari empat aspek yang telah
dinyatakan tadi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam bilik darjah.

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. Muhamad Irfan bin Mahpod S05A-1206-0530
2. Muhammad Zakwan bin Md Daud S05A-1206-0532
3. Muhammad Afnan bin Sabudin S05A-1206-0554

Jadual 1: Senarai Penemu Bual.

Awalnya, sesi temu bual telah dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai latar
belakang Cg Narmi. Kemudian, Cg Narmi memulakan bicara beliau dengan menyatakan
bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan
pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikan negara kita
berbanding negara lain. Maka, beliau berpendapat pendidikan mesti dijadikan wahana
utama bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam negara Malaysia. Kefahaman
mengenai kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pendidikan, diharap dapat menyemai
perasaan saling menghormati, bekerjasama dan bertoleransi antara satu kaum dengan
kaum yang lain.

Pertamanya dari aspek struktur masyarakat, Cg Narmi menyatakan bahawa


kebanyakan murid yang mempunyai latar belakang ibu bapa yang berpelajaran dan
berpendapatan tinggi atau sederhana, maka murid-murid tersebut akan lebih bersedia untuk
belajar dan pencapaian mereka juga adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-
murid yang ibu bapa mereka kurang mendapat pendidikan dan berpendapatan rendah.
Perkara ini juga dipersetujui oleh Berns (1993) yang menyatakan bahawa faktor pendapatan
menjadi menghalang kepada ibu bapa untuk menyediakan keperluan dan kemudahan
kepada anak-anak untuk belajar. Ibu bapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak
dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Hal ini akan
mempengaruhi pencapaian akademik anak. Maka menurut Cg Narmi, seseorang guru itu
mesti mengajar semua murid tanpa perasaan pilih kasih dan mewujudkan komunikasi antara
guru dengan murid yang didasari nilai kasih-sayang. Murid yang lemah perlu diberikan
motivasi dan diberikan bimbingan yang lebih agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

2
Keduanya, dari segi kepercayaan dan agama pula, Cg Narmi menegaskan bahawa
dalam sesi pengajaran, seseorang guru itu mestilah tidak menyentuh hal-hal yang berkaitan
sensitiviti sesuatu agama. Lebih-lebih lagi murid yang terdapat di dalam sesuatu kelas itu
terdiri daripada mereka yang menganuti pelbagai kepercayaan dan agama. Sebagai
contohnya, Cg Narmi menyatakan beliau pernah mengajar di SK Sungai Bakap yang
terdapat murid beragama hindu. Jadi, contoh-contoh pengajaran yang berkaitan dengan
lembu mestilah dielakkan. Hal ini adalah kerana bagi kepercayaan masyarakat hindu, lembu
adalah tuhan mereka. Jadi, guru perlu cakna terhadap hal-hal sebegitu bagi mengelakkan
berlakunya perselisihan antara guru dengan murid atau ibu bapa murid tersebut apabila
tindakan guru yang dianggap tidak menghormati agama hindu diceritakan oleh murid di
rumah. Menurut Bayles (2009) dalam Yasmin Ahmad (2014) adalah penting bagi seseorang
guru untuk mempunyai sensitiviti kepelbagaian budaya dan kompetensi budaya yang tinggi
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar
tanpa mengira perbezaan latar belakang murid yang pelbagai etnik.

Ketiganya, dari aspek bahasa pula, Cg Narmi mengatakan bahawa masalah akan
timbul apabila murid yang ingin diajar tersebut tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda mereka. Maka akan terdapat kesukaran dalam komunikasi antara guru
dengan murid. Hal ini seterusnya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Maka, Cg Narmi mencadangkan gaya kepimpinan demokratik dengan
melayan idea dan cadangan murid secara terbuka patut diamalkan. Hal ini menurut beliau
adalah bagi mewujudkan interaksi dua hala dan hubungan yang mesra antara guru dengan
murid. Tindakan ini akan menyebabkan murid memberi perhatian kepada pengajaran guru di
dalam kelas. Cg Narmi juga tidak menggalakkan amalan kepimpinan autokratik yang hanya
suka memberi arahan yang mesti dipatuhi tanpa tolak ansur. Jika tidak, murid yang
sememangnya tidak mahir berbahasa Melayu akan terus mendiamkan diri.

Akhirnya, dari aspek adat resam masyarakat, Cg Narmi menjelaskan bahawa setelah
hampir setengah abad negara kita mencapai kemerdekaan, kebanyakkan murid-murid dapat
memahami dan menerima adat resam bangsa yang berlainan dari mereka. Maka, tidak
wujud kesukaran yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Malah Cg
Narmi amat mencadangkan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua kaum dijalankan.
Hal ini adalah bagi mewujudkan perasaan saling bekerjasama dan kepercayaan yang
hasilnya nanti akan membina satu masyarakat yang saling menghormati antara satu sama
lain. Seterusnya, perpecahan dan pergaduhan akan dapat dihindari. Kefahaman mengenai
budaya etnik lain adalah sangat penting dan kefahaman ini boleh membantu untuk
mengekalkan kestabilan dalam masyarakat (Abd Rahim Hamdan, Mohd Najib Ghafar & Anis
Ayuni Che Ghani, 2010).

3
3.0 ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Ketaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk


mengembangkan potensi dirinya. Menurut Noriati Rashid (2011), ketaksamaan peluang
pendidikan ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan
antara anggota atau kelompok etnik dengan kumpulan etnik yang lain daripada pelbagai
aspek seperti kemudahan,peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya.

Perkara yang ingin saya bincangkan ialah berkaitan dengan ketaksamaan peluang
pendidikan bagi murid Orang Asli di Malaysia. Orang asli merujuk kepada msayarakat yang
kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Doris et al. (2012) menjelaskan kumpulan
minoriti ini masih jauh ketinggalan dan mempunyai kadar keciciran dalam pendidikan yang
tinggi dalam semua peringkat pendidikan bermula dari prasekolah hinggalah ke institusi
pengajian tinggi. Kajian menunjukkan hampir 50 peratus murid orang Asli berhenti sekolah
selepas tahun enam (Fatan Hamamah, 2008), sebanyak 39.1 peratus pelajar orang Asli
yang tamat darjah enam tetapi tidak mendaftar tingkatan satu (JHEOA, 2008) dan hanya 30
peratus murid Orang Asli menamatkan pendidikan sekolah menengah, iaitu kurang separuh
daripada purata kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Kadar keciciran
pelajar Orang Asli lebih tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah berbanding
sekolah rendah (Zainal Abidin, 2008). Masalah keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan
murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka
supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti
yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam
semula jadi.

4
3.1 CARA MENGATASI ISU YANG TIMBUL

Cara Mengatasi Masalah Ketidakadilan Peluang Pendidikan Dalam


Kalangan Orang Asli

Faktor tenaga pengajar

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat

Penambahbaikan kemudahan asas serta infrastruktur

Menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh


meningkatkan pencapaian akademik semua pelajar

Perkara utama yang perlu ditekankan dalam mengatasi masalah ketaksamaan


peluang pendidikan yang wujud ini ialah faktor tenaga pengajar. Suruhanjaya Hak Asas
Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menggariskan masalah yang dihadapi oleh murid
orang Asli. Antaranya ialah Penempatan guru besar dan guru-guru yang kurang komited dan
motivasi serta terlalu ramai guru baru yang tidak berpengalaman. Hal Ini menyebabkan
ramai murid belum menguasai kemahiran 2M (SUHAKAM, 2010). Pihak kerajaan khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya mengambil inisiatif menempatkan guru-
guru di kawasan pedalaman yang berkebolehan atau telah diberi latihan khusus pedagogi
serta sukarela untuk mengajar murid-murid Orang Asli. Majoriti guru-guru yang dihantar ke
kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di
sana dan terpaksa akur dengan arahan daripada pihak atasan KPM. Tanpa ada minat serta
kepakaran, pasti tidak ada usaha yang lebih daripada guru-guru tersebut.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin
ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan elaun yang lebih dari guru biasa. Ini
akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif. Guru yang betul- betul berminat
dan mempunyai sedikit pengalaman akan lebih positif dalam menghadapi budaya orang asli
ini yang agak ketinggalan dari segi pemodenan. Slavin (1994 dlm Bisset, 2009)
menerangkan terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang
berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesesuian tahap pengajaran, insentif dan masa di
peruntukan untuk pengajaran.

5
Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu memikirkan cara untuk meningkatkan
taraf sosio-ekonomi masyarakat. Kajian yang dilakukan oleh Santha Kumar a/l Payani
Yanai (2001) bertajuk Masalah Keciciran Pendidikan di Kalangan Anak-Anak Orang Asli di
Melaka menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah keciciran pendidikan dalam
kalangan anak-anak Orang Asli adalah berdasarkan ekonomi, sosial dan persekitaran
budaya. Oleh itu, usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan masyarakat Orang Asli perlu
dilaksanakan dengan lebih efision dan sistematik. Pihak kerajaan melalui Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah harus merencana pelbagai program dan dasar bagi
membangun dan memajukan kawasan sasaran terutamanya perkampungan Orang Asli.

Selain daripada itu, bantuan kewangan dan sokongan moral melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri
dan lain-lain agensi yang berkaitan dalam menyokong penglibatan mereka di dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi saraan hidup baru perlu diberikan. Hal Ini termasuklah
menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden,
perniagaan dan lain-lain. Apabila taraf sosioekonomi masyarakat orang asli berjaya
ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah
tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga mereka.

Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-


pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi mendekatkan
mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Hal Ini sekaligus menanam keinginan
pelajar-pelajar orang asli untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan seperti
penganjuran bengkel kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan lain-lain yang difikirkan
sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran, sekolah dan NGO pelajar.

Di samping itu, penambahbaikan kemudahan asas serta infrastruktur untuk


sekolah- sekolah orang asli sebenarnya mampu untuk mengurangkan jurang pendidikan
dengan sekolah- sekolah di bandar khususnya. Masyarakat orang Asli didapati masih
ketinggalan dari segi menikmati kemudahan dan pembangunan infrastrutur (William-Hunt,
1998 dalam Ibrahim & Khairul, 2007). Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara
tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini
juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi ke sekolah
untuk memajukan diri mereka sendiri. Pengerusi Persatuan Orang Asli, Datuk Ishak
Muhammad menyatakan punca yang menyebabkan murid tidak meneruskan pengajian ke
Tingkatan 1 adalah disebabkan oleh bosan dan malas (Nicholas, 2006).

Infrastruktur seperti pusat sumber sekolah juga sepatutnya harus diwujudkan dan
diperkemaskan sistemnya di setiap sekolah orang asli. Sekolah- sekolah di kawasan bandar

6
lebih teratur dan tersusun operasinya yang mana terdapat pelbagai bahan rujukan
pembelajaran yang mudah diperolehi berbanding sekolah di kawasan orang asli yang
mempunyai pusat sumber yang usang dan bahan pembelajaran rosak dan sedikit.
Kesannya pelajar hanya dapat menerima maklumat yang minimal sahaja. Jika segala
kemudahan infrastruktur berjaya disediakan, hal ini pasti dapat meningkatkan kualiti
pendidikan masyarakat orang asli. Bukan itu sahaja, kemudahan ini juga dapat
memudahkan para guru untuk melaksanakan tugasan dan secara tidak langsung
meningkatkan motivasi para guru untuk mengajar.

Akhir sekali, peranan sebagai seorang guru itu sendiri perlulah lebih kreatif dalam
menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh meningkatkan pencapaian
akademik semua pelajar. Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd
Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November 2010
menegaskan, Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta
situasi murid sekarang. Tambah beliau lagi Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk
melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing
dalam abad penuh cabaran ini. Kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti
dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar.

Berdasarkan penyataan di atas ini jelas menekankan bahawa seorang guru itu
mestilah pandai mengadaptasi persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah supaya murid-
murid yang terdiri daripada orang asli khususnya dapat merapatkan jurang pendidikan
dengan murid di sekolah bandar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Semasa mengajar pula, guru-guru akan menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik
supaya jelas dan mudah difahami, dan menggunakan bahasa yang mudah. Dapatan ini
sama dengan pendapat (Kallison 1986, Maye & Galline 1994, Land 1987dlm Siow Heng
Loke et.al., 2005). Jika seseorang guru itu mengendalikan kelas mereka supaya lebih
selaras dengan budaya, keperluan dan stail atau cara pembelajaran murid, maka
penerimaan murid terhadap pengajarannya akan lebih mudah. Hal ini selari dengan
pendapat Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam Bernama (2009) "Mengapa
masyarakat Orang Asli tidak begitu berjaya di sekolah adalah kerana mereka tidak berada
pada taraf yang sama dengan masyarakat setempat yang. Oleh itu persekitaran
pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif perlu diwujudkan bagi membolehkan murid
orang Asli menerima pelajaran yang sempurna (Bernama, 2009).

7
4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA
DALAM BILIK DARJAH

Pada pandangan saya, untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya dan bahasa yang
wujud dalam iklim bilik darjah di sekolah ialah dengan memastikan penglibatan semua murid
dalam setiap aktiviti yang mesra budaya yang dirancang oleh guru mahupun pihak sekolah.
Kesemua aktiviti yang dijalankan sekolah tersebut mestilah yang dapat membantu
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dan seterusnya dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah.

Penglibatan semua murid dan guru tanpa mengira kaum dalam setiap aktiviti seperti
sambutan perayaan setiap kaum yang diraikan setiap tahun tanpa mengira sama ada warga
sekolah yang majoriti atau minoriti memperlihatkan satu bentuk perpaduan dan keadilan. Ini
sejurusnya mendorong guru untuk merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai di mana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata berpeluang untuk belajar
dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai yang telah dirancang oleh guru.
Murid-murid yang berasal daripada latar belakang atau budaya yang pelbagai pula akan
belajar untuk belajar bersama dan hidup bersatu padu dalam komuniti kecil dalam bilik
darjah masing-masing. Secaramtidak langsung, mereka akan faham tentang budaya setiap
murid tanpa mengambil kira hak untuk berada dalam kelas tersebut dalam memperoleh
ilmu.

Saya berpendapat bahawa kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya
ini memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Sememangnya, aktiviti sekolah yang
dijalankan ini berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid.
Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak
langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Satu daripadanya ialah menerusi
penggunaan bahasa dalam setiap aktiviti. Pengukuhan penggunaan bahasa standard juga
merupakan salah satu implikasi aktiviti mesra budaya diwujudkan dalam bilik darjah. Malah
kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid juga dapat ditingkatkan. Murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan dialek bahasa di dalam kelas dapat dikawal bagi memastikan proses
pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga akan diberi
perhatian oleh murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.
Penggunaan perbendaharaan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai
kematangan sosial. Di sini, murid akan faham tentang penggunaan bahasa standard yang
mampu difahami oleh semua agar penglibatan mereka di dalam aktiviti pembelajaran dapat
dioptimumkan dan lebih berkesan.

8
Di samping itu, saya merasakan bahawa perayaan-perayaan kaum yang disambut
secara bersama di peringkat kelas mahupun sekolah dapat membantu dalam mewujudkan
kelas yang kondusif di mana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan
sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman
saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 2 di Sekolah
Kebangsaan Pekan, Kudat, Sabah di mana terdapat 3 budaya (kaum) dalam kelas yang
saya ajar. Sebagai contoh, sebutan apa khabar, orang Melayu menyebut apa khabar,
orang Cina menyebut ni hao ma dan orang India menyebut vanakem. Ini akan
menambahkan lagi suasana kemesraan dalam sesebuah bilik darjah. Dengan itu, bilik
darjah menjadi mesra budaya kerana aktiviti-aktiviti mesra budaya sekolah telah
mengurangkan stereotaip dan prasangka dalam kalangan guru dan murid. Hal ini kerana
kini, masih ada guru atau murid yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid atau
kawan rakan sekelas mereka disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka.
Bilik darjah yang dipenuhi dengan aktiviti- aktiviti mesra budaya dapat memberi peluang
kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan
peluang mereka mengecapi kejayaan. Persekitaran yang mesra budaya ini dapat
meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam
kalangan murid.

Walaupun aktiviti mesra budaya mempunyai banyak kesan positif , namun wujud
juga kesan negatif akibat daripada aktiviti yang berbentuk mesra budaya ini. Antara kesan
negatifnya ialah murid akan cuba meniru apa yang sepatutnya tidak ditiru. Contohnya
seperti murid berbangsa cina mengajak murid berbangsa melayu untuk memegang anjing.
Dalam konteks ini, guru perlu memantau pergaulan anak-anak murid agar tidak melakukan
perkara-perkara yang melanggar adat serta hukum agama masing-masing. Caranya ialah
dengan menjelaskan secara terperinci larangan setiap kaum masing-masing.

9
5.0 KESIMPULAN

John Dewey (1952, dipetik daripada Choong Lean Keow, 2008 : 154) menyatakan bahawa
Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai
norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan
kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada
dalam masyarakat kini agar dapat menuju ke arah pembentukan semula masyarakat yang
lebih baik.

Petikan di atas yang dinyatakan oleh seorang tokoh pendidikan barat, John Dewey
menunjukkan seorang guru mempunyai tanggungjawab bagi menggalakkan generasi baru
berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam konteks
kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka
guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk murid-murid daripada pelbagai
etnik dan latar belakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Selain itu, ketaksamarataan peluang pendidikan yang wujud di sekolah bandar dan
luar bandar ini bukanlah isu baru di Negara kita kerana ia bermula sejak zaman penjajahan
British lagi. Tumpuan penjajah kepada sekolah sekolah bandar telah mengakibatkan
senario ini berlaku dan mengakibatkan sekola-sekolah di luar bandar ketinggalan
berbanding sekolah bandar. Dengan itu, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk mengatasi permasalahan ketaksamaan peluang pendidikan diantara
murid luar bandar dan bandar. Hal ini kerana setiap anak adalah berpotensi untuk berjaya,
cuma kejayaan proses itu bergantung kepada pendidikan yang diterima olehnya. Setiap
anak adalah permata kepada negara.

10

Você também pode gostar