Você está na página 1de 4

Apabila disebut sahaja mengenai kebudayaan, sudah pasti ramai di antara kita

yang membuat pengertian dan mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti


teater,makanan, tarian tradisional dan muzik. Ya, secara umumnya itulah kebudayaan,
namun pengertian yang disebut sebentar tadi hanyalah salah satu daripada cabang
yang terdapat di dalam kebudayaan. Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan
merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan
tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui
proses pembelajaran. Jika kita lihat dari perspektif sosiologi pula, kebudayaan
membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli di
dalam sesbuah masyarakat seperti kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-
undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

..kebudayaan merupakan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,


kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Jika disebut malam kebudayaan pula, apakah yang bermain di kotak pemikiran
kita ?. Secara umumnya, malam kebudayaan merupakan malam di mana aktiviti-aktiviti
yang diadakan berkaitan dengan cabang kebudayaan seperti lakonan, tarian,
persembahan muzikal dan pelbagai lagi. Contoh terbaik yang dapat kita lihat ialah
melalui malam kebudayaan yang diadakan pada setiap program perkhemahan. Malam
kebudayaan merupakan suatu aktiviti yang harus dijalankan semasa program
perkhemahan diadakan dan kebiasaannya diadakan pada malam terakhir
perkhemahan. Walaupun pelbagai nama diberi seperti Malam Ikatan Bersaudara,
Malam Tautan Kasih dan pelbagai lagi, namun konsepnya adalah sama. Sebelum
malam kebudayaan, peserta perkhemahan akan diberikan tugasan oleh fesilitator atau
pegawai bertugas. Kebiasaannya tugasan yang diberikan akan berkaitan dengan
kebudayaan seperti lakonan, tarian, nyanyian dan sebagainya. Walaupun malam
kebudayaan dikatakan malam untuk bersuka-ria dan bergembira, namun terdapat
objektif dan nilai-nilai murni yang ingin diketengahkan dan ditanam di dalam diri setiap
peserta.
OBJEKTIF MALAM PERKHEMAHAN

1. Melahirkan peserta yang kreatif dan imaginatif.


2. Melahirkan peserta yang mampu membuat keputusan pada masa yang singkat.
3. Melahirkan peserta yang mampu bekerjasama dengan jantina yang berbeza
tanpa mengabaikan had pergaualan.
4. Melahirkan peserta yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
5. Melahirkan pemimpin
6. Memupuk semangat menghormati antara satu sama lain.
7. Memupuk semangat bekerjasama antara peserta.
8. Mampu bekerjasama dengan peserta yang berlainan kaum.

NILAI-NILAI MURNI

1. Bekerjasama.
2. Menghormati.
3. Bertolak-ansur.
4. Bantu-membantu.

Objektif dan nilai-nilai murni yang ditunjukkan di atas amat penting untuk
diterapkan di dalam diri setiap peserta. Ini adalah kerana, semasa perkhemahan,
peserta-peserta yang hadir kebiasaannya terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan
bangsa. Bagi mengelakkan pemandangan yang menyakitkan mata seperti suka
berkelompok mengikut kaum, tidak bertegur sapa, dan suka membangga-
banggakan kaum masing-masing, maka aktiviti-aktiviti termasuklah malam
kebudayaan diwujudlkan bagi menghapuskan sikap yang negatif tersebut.
Setelah kita lihat objektif serta nilai yang diterapkan, sekarang kita akan lihat pula
aktiviti serta tugasan yang diberikan kepada peserta untuk menjayakan malam
kebudayaan tersebut. Antara tugasan yang diberikan ialah persediaan tempat,
pengacara majlis, penyediaan hadiah dan sebagainya. Melalui tugasan seperti inilah
juga objektif dan nilai diterapkan.

Semasa malam kebudayaan, persembahan yang akan dilakukan perlulah


berkaitan dengan kebudayaan seperti lakonan, tarian, muzik dan sebagainya. di sini
akan diterangkan dengan lebih mendalam setiap persembahan yang dapat dilakukan.

Lakonan dan pementasan teater merupakan salah satu daripada cabang


kebudayaan di mana individu akan memegang watak tersendiri yang berbeza dengan
individu yang lain . Ianya bertujuan untuk mengembirakan hati penonton dan juga
pelakon itu sendiri dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang
sebenar. Jika kita lihat dengan lebih mendalam, lakonan dan teater itu sendiri terbahagi
kepada dua cabang iaitu tradsional dan moden. Di dalam lakonan dan pementasan
teater tradisional, watak dan jalan cerita telah pun ditetapkan dan tidak diubah
walaupun berlaku peredaran zaman seperti Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong dan
Menora. Pementasan berbentuk tradisional amat jarang dipersembahkan semasa
malam kebudayaan setiap perkhemahan. Ini adalah kerana untuk mementaskan
lakonan tersebut, ianya memerlukan latihan yang rapi. Selain memerlukan latihan yang
rapi, berkemungkinan besar juga sesuatu pementasan itu mempunyai pantang-
larangnya tersendiri. Dikhuatiri jika mana-mana peserta melakukan mana-mana
persembahan teater tradisional tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya, ia akan
mendatangkan perkara yang tidak diingini seperti dirasuk atau sebagainya.Lakonadn
dan teater moden pula merupakan persembahan dimana jalan cerita dan watak
diwujudkan sendiri dan boleh berubah mengikut peredaran serta kesesuaian zaman
serta tidak terikat pada mana-mana pantang atau peraturan dan lebih bersifat free
action.
Selain daripada lakonan, nyanyian juga merupakan persembahan yang kerap
dipilih oleh peserta untuk memenuhi malam kebudayaan. Nyanyian boleh
dipersembahkan samada secara solo mahupun berkumpulan. Jika kita lihat pada
definisi, nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyi atau mengeluarkan suara dalam
bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi.
Nyanyian juga boleh dilakukan dengan iringan alat muzik, bertepuk tangan dan apa
sahaja yang boleh menghasilkan melodi dan rentak. Lagu atau muzik yang
dipersembahkan oleh peserta perkhemahan kebiasaannya berbentuk patriotik. Ini
adalah bagi memberi motivasi kepada para peserta secara langsung mahupun
sebaliknya.

Tarian juga merupakan salah satu daripada aktiviti kebudayaan yang boleh
dipersembahkan semasa berlangsungnya malam kebudayaan. Tarian merupakan
pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara solo,
berpasangan atau berkumpulan dan turut juga terbahagi kepada dua kategori iaitu
tradisional atau moden. Tarian tradisional kebiasaannya dipersembahkan secara
berkumpulan seperti Zapin, Joget Pahang, Tarian Lilin dan sebagainya. Tarian moden
seperti Tango, Salsa, Ballet dan sebagainya biasanya ditarikan secara berpasangan
ataupun solo.

Você também pode gostar