Você está na página 1de 8

PENGENALAN

Kerjasama serantau merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyekat
peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas
Perang Dunia Kedua. Malah, pertubuhan kerjasama serantau selepas Perang Dunia Kedua
bermula dengan pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam suasana Perang
Dingin. Walaubagaimanapun, wujudnya beberapa jenis kerjasama serantau yang
berkembang pada era Perang Dingin iaitu alliance, alignment, non-alignment dan regionalism
ataupun dikenali sebagai kerjasama serantau. Dalam erti kata yang lain, kerjasama serantau
adalah konsep politik antarabangsa yang melibatkan kerjasama ataupun alignment antara
negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama
serantau tidak melibatkan kerjasama dalam bidang keketenteraan sebaliknya kerjasama yang
lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik antarabangsa iaitu
mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau.

Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast Asia Treaty
Organization (SEATO) yang ditubuhkan atas usaha AS. SEATO dianggotai oleh Thailand dan
Filipina. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia
Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. Selepas tahun 1960 an,
kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia
(MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) pada tahun 1967. Jika kita perhatikan,
penubuhan ASA adalah disertai dengan Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. Malah,
tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan
menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk perundingan serta ingin menjadikan ASA
sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana blok kuasa.

Sungguhpun begitu, ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi hasrat yang tersirat
menunjukkan arah politik dan keselamatan. Hal ini jelas dilihat, dengan keadaan ekonomi
yang lebih terjamin akan mengurangkan berkembangnya pengaruh fahaman komunis.
Selepas kegagalan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara Asia
Tenggara, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi menggantikan ASA. Tujuan penubuhan
MAPHILINDO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara melalui
hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara melalui konsep penyatuan rumpun
Melayu. Walaubagaimanapun, penubuhan MAPHILINDO yang sebenarnya adalah untuk
menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia yang di cadangkan oleh Tunku Abdul
Rahman dan memelihara hubungan baik Malaysia dengan Filipina dan Indonesia yang
terjejas oleh idea pembentukan Malaysia. Perundingan yang kerap di semua peringkat
diadakan di antara ketiga-tiga negara berdasarkan persetujuan memelihara perhubungan
persaudaraan.

Namun begitu, MAPHILINDO mengalami nasib yang sama dengan ASA apabila Indonesia
melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia pada 17 September 1963 sehingga gagal
mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. Selepas berakhirnya
Konfrontasi, ASEAN telah ditubuhkan semasa Deklarasi Bangkok 1967 yang telah membuka
lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia Tenggara. Malah, matlamat penubuhan
ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan perkembangan
budaya serantau. Peryertaan dalam ASEAN diperluaskan kepada negara Asia Tenggara yang
lain seperti Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984 dan Vietnam tahun 1995. Dengan
demikian, dapat dikatakan bahawa, ASEAN merupakan negara kerjasama serantau yang
berjaya dan berkesan dalam mewujudkan hubungan baik antara negara anggota sehinggakan
rantau Asia Tenggara menjadi aman damai dan stabil. Kejayaan ini disebabkan oleh ASEAN
mengamalkan dasar hidup bersama secara aman yakni setiap negara di rantau ini mestilah
menghormati kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara dan tidak boleh mencampuri urusan
negara ASEAN yang lain.
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASA)

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam
hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan
penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan
oleh kerajaan dan ini menyebabkon ahli-ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi
menjatuhkan kerajaan. Di negara-negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di
Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia
Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua-dua
negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga
dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis. Malaysia ingin
mengadakan kerjasama dengan negara negara jiran agar dapa tmembendung pengaruh dan
gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA.
Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara negara anggota daripada ancaman
komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada 31 Julai
1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina,
hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang digalurkan semasa
penubuhannya termasuklah:

1. Menjalankan kerjsama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan
sosial.
2. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang
sains dan teknologi di kalangan negara anggota.
3. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara
serantau.

Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama
yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan anti pemerintahan Presiden Soekarno di
Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan
Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika
Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan
Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
MALAYSIA, FILIPINA DAN INDONESIA (MAPHILINDO)

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina dan
Indonesia. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan
persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-
Indonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut
adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia
sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah
kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara
mereka. Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah
mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa
kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara ini telah mencapai kata sepakat
memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang
cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada
tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah. Hasilnya, majoriti rakyat di kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan
menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang
berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia.
Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

KEKUATAN ASA DAN MAPHILINDO

1. Kerjasama Dalam Pendidikan

Melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara ini, setiap negara dapat bertukar-
tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan. Ini dapat dilihat melalui program-program yang
dilakukan oleh ASA ketika ianya masih berfungsi. Antara program yang dilakukan adalah
pertukaran tenaga pengajar antara ahli anggota. Pertukaran tenaga pengajar di antara
universiti contohnya, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dengan Universiti
Filipina pada tahun 1965. ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan
penyelidikan untuk kepentingan bersama dan mepertingkatkan pengajian tentang Asia
Tenggara. Disebabkan ASA telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu, namun, kerjasama
dalam pendidikan ini tidak terhenti disini. Malah, dalam ASEAN juga, negara ahli ligat
melakukan kerjasama dalam pendidikan sehingga tertubuhnya Southeast Asian Ministers Of
Education Organization (SEAMEO). SEAMEO ditubuhkan pada bukan November 1965 di
Bangkok dan piagamnya ditandatangani pada Februari 1968. Selain itu, Indonesia juga
pernah menghantar 17 orang pensyarah bagi sesi pertama UKM yang dibuka pada 1970.
Selain dapat mengeratkan perhubungan antara negara, ianya dapat menambahkan input-
input yang berguna terutamanya dalam pendidikan. Peri pentingnya sumbangan Indonesia
dalam perlaksanaan UKM dan dasar pelajaran kebangsaan dinyatakan oleh dua tokoh
nasionalis melayu, iaitu Datuk Professor Zainal Abidin Wahid dan Datuk Abdul Rahman
Yaakub. Kerjasama ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta persefahaman dan
membantu pendidik agar mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan
kemasyarakatan di negara masing-masing.

2. Kerjasama Dalam Kebudayaan

Kerjasama dalam kebudayaan dimulai dalam penubuhan ASA. Disebabkan negara anggota
ASA merupakan negara yang hampir sama ataupun serumpun, maka, kerjasama dalam
bidang kebudayaan penting supaya negara anggota dapat memahami kebudayaan masing-
masing dan secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan tahap kepercayaan antara
negara anggota. Kerjasama dalm kebudayaan ini diteruskan dalam SEAMEO. Walaupun
SEAMEO merupakan pertubuhan yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, namun,
tujuan utama penubuhannya adalah menggalakkan kerjasama dalam kalangan Negara Asia
Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

3. Penyelesaian Konflik di Asia Tenggara Secara Aman

Permasalahan isu ini diselesaikan tanpa melibatkan peperangan tetapi diselesaikan melalui
meja rundingan. Malah, negara yang berhak dalam menyelesaikan masalah ini adalah satu-
satunya negara yang ditubuhkan dalam menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan
Filipina terhadap cadangan pembentukan Malaysia. Negara yang dimaksudkan ialah
MAPHILINDO yang ditubuhkan oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia pada Julai 1963. Melalui
MAPHILINDO, ketiga-tiga negara bersetuju untuk duduk semeja bagi berbincang dan mencari
jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik pembentukan Malaysia. Hasilnya, ketiga-tiga
negara sepakat untuk menyelesaikan masalah ini secara aman dengan bantuan PBB dengan
meminta PBB menjalankan pungutan suara penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
pembentukan Malaysia.
KELEMAHAN ASA DAN MAPHILINDO

1. Tidak Mampu Mewujudkan Perpaduan.

Walaupun kerjasama serantau ini adalah berdasarkan rumpun yang sama, namun, ianya
masih tidak mampu untuk mewujudkan perpaduan antara negara anggota. Contohnya, ketika
berlakunya konfrontasi Indonesia dan Malaysia, walaupun terdapatnya pertubuhan ASA yang
menjadi tunjang kepada kerjasama serantau pada ketika itu, ianya tidak menjadi halangan
bagi Indonesia untuk menjalankan penentangan kepada rancangan penubuhan Malaysia.
Begitu juga tuntutan Filipina terhadap Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, walaupun matlamat
kerjasama ini adalah untuk mewujudkan perpaduan antara negara anggota, namun,
kepincangan perpaduan yang berlaku menunjukkan kerjasama ini adalah di atas nama
perpaduan semata-mata dan program-program penyemaian perpaduan adalah pada tahap
yang terlalu sedikit.

2. Gagal Untuk Mewujudkan Kesepakatan Dalam Kalangan Anggota

Kegagalan ini dilihat dalam penubuhan ASA. Ini kerana, walaupun matlamatnya adalah untuk
mewujudkan keamanan, namun, kesepakatan antara negara angggota adalah kurang. Ini
ditunjukkan dengan konfrontasi Indonesia Malaysia.
1. Tidak Mampu
Mewujudkan
Perpaduan.

KELEMAHAN ASA DAN


MAPHILINDO

2. Gagal Untuk
Mewujudkan
Kesepakatan
Dalam Kalangan
Anggota
1. Kerjasama Dalam
Pendidikan

KEKUATAN ASA DAN


MAPHILINDO
2. Kerjasama Dalam
Kebudayaan

3. Penyelesaian Konflik di Asia


Tenggara Secara Aman

Você também pode gostar