Você está na página 1de 13

PROGRAM IFTAR JAMAIE

2017/1438H
SK BANDAR EASTER
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

ISI KANDUNGAN

KERTAS KERJA PERMOHONAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Surat permohonan rasmi 3-4

2 Lampiran kertas kerja projek 5-13

2
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

SURAT
PERMOHONAN

3
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

SK BANDAR EASTER
Felda Bukit Easter,
81907 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim. No. Tel: 07-8926462

Ruj. Kami : JBA3047/600-2/6(2)


Tarikh : 11 JUN 2017

Kepada,

PEJABAT AGAMA DAERAH KOTA TINGGI


ARAS 5 BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
JALAN TUN HABAB 81900 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TAKZIM

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK PROGRAM IFTAR JAMAI BERSAMA ANAK-ANAK


YATIM SK BANDAR EASTER

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

3. Untuk makluman pihak tuan, SK Bandar Easter akan mengadakan program iftar jamaii
bersama dengan anak yatim SK Bandar Easter. Tujuan program ini diadakan adalah meraikan mereka
menyambut bulan ramadhan dengan berbuka bersama-sama di sekolah dan memberi sedikit
sumbangan untuk mereka.

2. Masalah yang dihadapi adalah daripada segi kewangan. Kos untuk menjayakan program tersebut
adalah sebanyak RM1081.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU LAPAN PULUH SATU
SAHAJA).

4. Bersama dengan surat ini dilampirkan kertas kerja program untuk rujukan pihak tuan.

5. Peruntukan tersebut boleh disalurkan ke nombor akaun BANK ISLAM 01069010021871 atas
nama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK BANDAR EASTER atau hubungi terus
En Mohd Sobirin bin Mohd Azehar selaku Penyelaras Program Iftar Jamai Bersama Anak-anak
Yatim SK Bandar Easter di talian 0199704629.

7. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat bersama-sama membantu pihak sekolah dalam
menjayakan program yang penuh keberkatan ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

4
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

KERTAS KERJA
PERMOHONAN

5
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

1.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat islam seluruhnya
bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikankan-
Nya. Amalan - amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-quran. tazkirah,
iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan
khususnya dalam bulan ramadhan.

Sabda Rasulullah : Wahai segenap manusia, telah datang kepada


kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu
malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di
siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai
sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan
itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan
bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan
bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-
Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang
berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu
neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa
tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut. (HR Khuzaimah)

Bulan ramadan penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci
ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana
semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya
langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan
jika dilakukan dengan ikhlas.

Rentetan itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Unit


KWAMP SK Bandar Easter telah merancang satu program iftar Jamaie yang
bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta meraikan
anak-anak yatim SK Bandar Easter yang kehilangan ibu bapa. Program ini juga
bertujuan bagi memperingati malam Nuzul Al Quran. Selain itu, program ini juga
bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka yang ingin beramal
jariah dengan memberi sumbangan demi kelancaran program ini. Diharapkan
program ini dapat meraih keredaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan

6
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

akan mendapat ganjaran pahala daripadaNya serta dapat memberikan penghayatan


dan pengajaran dalam menghayati ramadan.

2.0 RASIONAL

Memberi galakan kepada murid murid untuk terus berpuasa serta memberi ruang
dan peluang kepada warga SKBE untuk melakukan amal jariah di dalam bulan
Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini serta mengeratkan silaturrahim dan
penyatuan hati di kalangan warga SKBE.

3.0 MATLAMAT

1. Sebagai memenuhi keperluan umat islam yang ingin meraih seberapa banyak
pahala dan ganjaran,
2. Menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang
yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka
yang ingin berbuat demikian.
3. Memperingati malam Nuzul Al Quran dan menghayatinya.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan penyatuan hati antara warga SKBE.

4.0 OBJEKTIF

1. Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin melakukan amal
jariah di dalam bulan Ramadan.
2. Merapatkan ukhwah antara guru guru SK Bandar Easter.
3. Memanfaatkan bulan Ramadan dengan menghidupkan malamnya dengan
menunaikan solat sunat tarawih.
4. Meraikan anak-anak yatim SK Bandar Easter agar mereka tidak keseorangan
dalam menyambut Ramadhan yang mulia.

5.0 SASARAN

1. Guru dan Staf SKBE


2. Semua murid anak yatim SKBE.

7
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 20 Jun 2017 bersamaan 25 Ramadhan 1438H


Hari : Selasa
Tempat : Surau & Kantin SK Bandar Easter

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


( lhat lampiran A)

8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari / Tarikh Masa Aktiviti


Khamis 10.00-12.00 Rewang memasak bubur lambuk
(20/6/2017) tengah hari

- Pendaftaran
6.30 petang - Ketibaan para guru, staf skolah dan murid
anak yatim

6.45 petang Bacaan zikir

7.13 malam Berbuka puasa - makanan ringan (Kantin


SKBE)

7.20 malam solat Magrib berjemaah

7.30 malam Makan malam - makanan berat


- Ceramah Nuzul Al Quran
8.00 malam

8.28 malam solat Isyak berjemaah

8.45 malam solat tarawih berjemaah

9.30 malam Moreh & bersurai

8
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Makanan Ringan Guru / staf (50 x RM2.00) 100.00
(kurma/ kuih muih) Murid ( 21 x RM2.00) 42.00
AJK PIBG (12 x RM2.00) 24.00
Makanan Berat Guru / staf (50 x RM5.00) 250.00
2
Murid (21 x RM5.00) 105.00
AJK PIBG (12 x RM5.00) 60.00
500.00
Bubur lambuk

Jumlah 1081.00
RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU LAPAN PULUH SATU SAHAJA

11.0 PENUTUP

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh keberkatan ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan
bantuan kearah menjayakan program ini dan memperoleh keberkatan dan rahmat
daripada Allah SWT.

9
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM IFTAR JAMAIE 2017

PENGERUSI : PN. NGATINA BT SENEN

( GURU BESAR SK BANDAR EASTER )

NAIB PENGERUSI : EN. MAHHADI BIN MAJID ( GPK 1 PENTADBIRAN )

TN. HJ. ISMADI BIN MOHAMAD ( GPK 2 - HEM )

EN ZAINUDDIN BIN NOH - ( GPK 3 KOKU )

PENYELARAS : EN MOHD SOBIRIN BIN MOHD AZEHAR

SETIAUSAHA 1 : CIK RINDA BT HAMIN

BENDAHARI : PN HAIRAYU BT HARON

AHLI JAWATANKUASA :

BIL JAWATANKUASA TUGASAN CATATAN


1. PENDAFTARAN
1. Memastikan kehadiran
1. PN SITI HAJAR BT BAHALLUDIN murid dan guru diambil.
2. PN DALILA BT SUKAR 2. Melaporkan kehadiran
murid dan guru kepada
penyelaras.
2. BROSUR
1. Membuat brosur untuk
1.EN KHAIRUL IZURI BIN KASMURI diberikan kepada para
jemputan.
3. KEROHANIAN
1.Memastikan murid
1.EN MOHD SOBIRIN BIN MOHD berada dalam keadaan
AZEHAR terkawal semasa berada
di dalam dewan.

4. KAWALAN MURID / KESELAMATAN


1.Memastikan
1. EN AZEZE BIN AHMAD keselamatan dan
2.EN ASYRAF BIN ISMAIL pergerakan murid
3. EN MOHAMAD HALIM BIN ISA semasa bergerak ke
4. CIK FARAHAIN BT ABD MALEK kantin

2.Mengawal
keadaan murid di
kantin.

10
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

MAKANAN & MINUMAN


5. 1.Memastikan makanan
1. PN SITI KHAMISAH BT MD TAHA dan minuman tersedia
2. PN. SALMAH BT AHMAD mengikut masa yang
3. PN. JASMINARTI BT ABDUL LATIF ditetapkan.
4. CIK NUR FATIN NABILA BT M.
NAZIR 2.Memastikan
5. PN. RADHIAH BT LOKMAN penyediaan makanan
6. PN. ROSLIANA BT RIBON dan minuman mencukupi
sepanjang program

6. PA SISTEM 1.Menyediakan PA
sistem semasa program
1.EN MOHD AZMI BIN ABU
2. Memastikan
kelengkapan PA lancar
sentiasa terjaga

7. IMAM & BILAL


1.Membimbing bacaan
1. UST ZAKARIA BIN LAGIMAN yasin dan zikir.
2. EN MOHD SOBIRIN BIN MOHD
AZEHAR 2.Menjadi imam bagi
setiap solat fardhu dan
solat sunat tarawih.

8. PERAKAM

1. CIK KAVITHAA A/P SENGALRAYAN 1.Mengambil gambar


MUNISAMY setiap sesi yang
2. PN. NOOR HUDA BT ABD. NASIR dijalankan./media dll

9. DOKUMENTASI & LAPORAN


1.Menulis laporan
1. PN. NOORHANA BT ARAN bertulis
2. PN. JUWITA BT AKAL ALI 2.Memaparkan gambar-
gambar aktiviti

11
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

10 KEBERSIHAN
. 1.Memastikan tempat
1. PN. SALMAH BT AYA program sentiasa berada
2. CIK SHAHIRA BT AZMI dalam keadaan kemas
3. PN. SITI NOR HUDA BT MISNI dan bersih.
4. EN MOHD SOBIRIN BIN MOHD 2.Memastikan tempat
AZEHAR program di tinggalkan
dalam keadaan bersih

11 PENGERUSI MAJLIS
1.Menguruskan
1. EN. AFANDI BIN SALAM perjalanan majlis

2.Memastikan majlis
berjalan dengan lancar.

12 PERALATAN & REWANG

1. EN AFANDI BIN SALAM 1. Meminjam peralatan


2. EN AZMI BIN ABU memasak daripada
3. EN ASYRAF BIN ISMAIL masjid
4. EN MOHD SAIFUL BIN SALMAN
2. Membeli barang-
barang memasak

3. Memasak bubur
lambuk dan
mengagihkannya kepada
semua murid

12
TEMPAT 1.SURAU
- Menyusun semula
1. EN. MOHD YUSOF BIN KASMON sejadah setelah
2. EN. MOHD ZAINOWAWI B. IZANI digunakan.
3. AJK PIBG - Mengemas surau
sebelum atau selepas
majlis/solat.

2.KANTIN
- Memastikan tempat
sentiasa berada dalam
keadaan bersih.
- Membersih dan
mengemas tempat
setelah selesai majlis.

12
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017

DISEDIAKAN OLEH,

...

(MOHD SOBIRIN BIN MOHD AZEHAR)

DISEMAK OLEH,

DISAHKAN OLEH,

13

Você também pode gostar