Você está na página 1de 88

1

APLIKASI
PROTOKOL
DALAM PENGENDALIAN
MAJLIS RASMI DI SEKOLAH

DISAMPAIKAN OLEH :
ALIAS BIN YOOP
PENYELIA KANAN SEKOLAH RENDAH
PPD KLANG

1
1. DEFINISI MAJLIS RASMI

Suatu majlis, upacara, keramaian,


perjumpaan yang diadakan di
sekolah atau pejabat dengan
diperakukan oleh kerajaan, jabatan
atau organisasi. Ia dijalankan dengan
dengan lancar, elok, bersih dan
tersusun dari segi tugas, susun atur,

2
program, pertuturan, pakaian dan
sebagainya.

DEFINISI PROTOKOL

Berasal daripada bahasa Yunani yang


menggabungkan dua kata dasar protos yang
bermaksud yang pertama dan koll bererti
pelekat. Ini bermakna protokol itu pada
asalnya membawa makna pelekat yang
pertama atau tanda taraf atau status.

3
Secara ringkasnya, protokol berkaitan dengan
peraturan dalam penganugerahan darjah
kebesaran, susunan keutamaan, panggilan
hormat, jemputan, tempat duduk dan
sebagainya.

DEFINISI ETIKET

Menurut beberapa pendapat, etiket ialah;

a. Peraturan pergaulan / budi bahasa


b. Hukum-hukum adab tertib
c. Ketetapan dalam tingkah laku sosial
d. Kesopanan dan bertimbang rasa
4
e. Peraturan / cara melakukan sesuatu

Kesimpulannya, etiket ialah peraturanperaturan


yang berkaitan dengan citarasa, kesesuaian, adab
tertib, penampilan, kesopanan dan sebagainya
semasa menghadiri sebarang majlis sama ada
majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

5
PENUBUHAN JAWATANKUASA PROTOKOL
PERINGKAT SEKOLAH

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

- Guru Panitia Agama Islam


- Guru Panitia Bahasa Melayu
- Guru Panitia Bahasa Inggeris
- Penyelaras Badan Beruniform
` - Penyelaras Sukan Dan Permainan
- Penyelaras Kelab Dan Persatuan -
Juruacara Rasmi Sekolah
- Pengurus Pentas/Guru Kemahiran
Hidup.
6
MAJLIS RASMI
DAN FORMAL

7
8
9
MAJLIS TIDAK RASMI
DAN FORMAL

10
Contoh :

Mesyuarat Agung PIBG


Pelancaran Kempen Menabung di
Maybank

11
MAJLIS RASMI
DAN TIDAK FORMAL

12
Contoh :

Jamuan Hari Guru


Hari Kantin

13
MAJLIS TIDAK RASMI
DAN
TIDAK FORMAL

14
Contoh :

Majlis oleh pihak swasta atau NGO


- Sambutan Hari Keluarga
- Persembahan Aneka Ragam

15
PEKELILING MAJLIS RASMI

Majlis-majlis rasmi di sekolah ialah


Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah, Hari Ibubapa, Hari Terbuka,
Hari Sukan dan Hari Perasmian
Sekolah.

KEBERANGKATAN DYMM SULTAN / TYT


SPI Bil.14/1988 bertarikh 18.7.1988 : Keberangkatan DYMM Sultan / Raja / TYT
Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah
16
1. MENGUNDANG ORANG KENAMAAN

Semua sekolah / institusi pendidikan yang ingin


mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke
upacara pembukaan dan perasmian sekolah sahaja
dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan
daripada Kementerian Pelajaran. Undangan untuk
upacara lain adalah mengikut peraturan yang sedia ada.
Undangan kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Pengarah Bahagian dan pegawai
tinggi kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui
Pengarah Pelajaran Negeri.

SPI Bil.9/1991 bertarikh 12.9.1991


17
Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan ke
Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan

18
19
ATUR CARA MAJLIS
Atur cara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis
dari mula hingga akhir.
Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah
malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan
ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis
yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat
hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika
dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih
awal daripada 2.30 petang.
Cara membuat aturcara majlis ialah dengan
menyenaraikan dahulu acaranya mengikut urutannya.
Selepas itu letak masa akhirnya dan kemudian dari
waktu akhir membawa ke waktu permulaan. Sebelum itu
hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.

20
21
PAKAIAN KE PEJABAT / SEKOLAH

a. Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/1985


( Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pegawai dan
Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan )
Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah dan lainlain
pegawai perkhidmatan pelajaran adalah sentiasa menjadi
tumpuan pemerhatian pelajar-pelajar dan masyarakat, baik di
dalam atau di luar sekolah / maktab / pejabat serta mempunyai
pengaruh ke atas pendidikan pelajar-pelajar, termasuk
menyemai akhlak dan nilai hidup yang baik. Untuk mencapai
matlamat ini, guru-guru dan lain-lain pegawai pelajaran
sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila
bertugas di dalam atau di luar sekolah / maktab / pejabat. Oleh
yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih,
pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru /
pensyarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan
22
perkhidmatan pendidikan adalah penting. Pakaian seumpama
ini adalah melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.

23
PAKAIAN

PENDAHULUAN

Pakaian adalah perhiasan diri dan merupakan cermin hati yang


dapat memperlihatkan personaliti dan penampilan imej
keperibadian seseorang.

Pakaian seseorang dapat mencerminkan;


a. Kedudukan ekonomi
b. Tahap pendidikan
c. Tahap kedudukan sosial
d. Kerjaya
e. Moral / tahap boleh dipercayai
f. Imej diri
g. Kehebatan dan kecemerlangan masa hadapan

Perkara yang perlu diberi perhatian kepada pakaian ialah dari segi
: fesyen, warna, jenis kain dan jenis pakaian, umur dan bentuk
badan.

24
25
KESESUAIAN PAKAIAN MENGHADIRI MAJLIS

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk


kepada tahap atau taraf majlis tersebut.
Tahap atau kategori majlis adalah seperti
berikut :

Majlis penuh istiadat


Majlis formal
Majlis separa formal
Majlis tidak formal

26
27
28
KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

a. Elakkan pakaian berkilat / berkilau pada waktu siang.


b. Elakkan memakai pakaian satu warna sahaja
(sepasang / sedondon)
c. Elakkan memakai pakaian berwarna-warni melebihi empat
warna
d. Menggunakan alat-alat hiasan tambahan yang
bersesuaian dan tidak keterlaluan.
e. Penggunaan pewangi yang berbau lembut di siang hari
dan pewangi yang kuat baunya di sebelah malam.
Elakkan penggunaan lebih daripada satu pewangi pada
satu masa.
f. Pemilihan warna / saiz beg tangan dan warna / bentuk
kasut hendaklah disesuaikan dengan fesyen dan warna
pakaian serta majlis yang dihadiri.

29
31
Kesesuaian pakaian bagi pelbagai majlis adalah seperti berikut :
MAJLIS WANITA LELAKI

(a) Jamuan Makan Baju Kurung Baju Kebangsaan


Malam Formal Baju Kebaya Lounge Suit
Labuh

(b) Jamuan Makan Baju Melayu Baju Batik Lengan Panjang


Malam Tidak Moden
Formal
(c) Jamuan Makan Baju Kebaya Baju Batik Lengan Panjang
Tengahari Rasmi Baju Kurung Lounge Suit
Pakaian Kerja

(d) Jamuan Makan Baju Melayu Baju Batik Lengan Panjang


Tengahari Tidak Moden
Rasmi 27
32
PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN
Bagi setiap majlis, hendaklah disediakan
dalam lima bentuk, iaitu :

Ringkasan senarai,
Senarai nama,
Senarai mengikut keutamaan,
Senarai jawapan kehadiran,
Senarai hadir.

33
Senarai kedua ialah Senarai Nama yang akan
menyenaraikan nama tetamu mengikut kategori. Jika
dalam kategori tetamu kehormat, ada empat orang, maka
nama keempat-empat orang tamu kehormat tersebut
hendaklah dicatatkan dalam senarai beserta butir-butir lain
yang lengkap, seperti:
(a) Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran
yang disandang (jika ada PJK, PPN, AMN, SMS dsb), (b)
Nama isteri,
(c) Jawatan atau pangkat,
(d) Alamat pejabat lengkap, (e)
Nombor telefon pejabat,
(f ) Alamat rumah lengkap,
(g) Nombor telefon rumah,
(h) Nama Setiausaha Sulit dan nombor telefon.

34
Senarai ketiga ialah Senarai Mengikut Susunan
Keutamaan, iaitu senarai tetamu dari Senarai Nama
disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini
hendaklah mengikut panduan Susunan Keutamaan
Persekutuan atau Negeri, atau mana-mana agensi
yang berkenaan. Semasa menyediakan senarai ini,
memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan
ditulis, misalnya :
Dato Abdul Ghafar Bin Mahmud (KPPM),
Tuan Abdullah Bin Mad Yunus (Pengarah Pelajaran Negeri),
Hajah Kamariah Binti Salim (Pegawai Pelajaran Daerah).

35
1

4
7

5 6

36
PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUTAN
Kad Jemputan hendaklah mengandungi butiran berikut:
6.6.1 Nama majlis,
6.6.2 Pihak penganjur,
6.6.3 Logo agensi,
6.6.4 Tempat majlis,
6.6.5 Ruang nama jemputan,
6.6.6 Tarikh majlis diadakan,
6.6.7 Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir,
6.6.8 Masa ketibaan tetamu,
6.6.9 Panduan pakaian,
6.6.10 Nama dan nombor telefon rujukan,
6.6.11 Atur cara majlis,
6.6.12 Pelan ke tempat majlis,

37
6.6.13 Kad jawapan (mengikut keperluan),
6.6.14 Pelekat kereta (jika perlu)

38
39
AHLI JAWATANKUASA
AJK Jemputan * AJK Keceriaan & Kebersihan
AJK Disiplin * AJK Seranta
AJK Peralatan * AJK Santapan / Jamuan
AJK Pameran * AJK Persiapan Pentas
AJK Persembahan * AJK Persiapan Dewan
AJK Buku Atur Cara * AJK Persiapan Tempat
Jamuan
AJK Keselamatan & Lalulintas * AJK Persiapan Bilik Rehat
AJK Persiapan Khemah * AJK Kecemasan
AJK Hadiah & Cenderamata * AJK Siaraya
AJK Majlis Perasmian * AJK Sambutan
AJK Protokol * AJK Plaque Perasmian
AJK Fotografi & Rakaman * AJK Laluan DiRaja / MB /
Menteri
AJK Penyediaan Teks Ucapan, * Pengacara Majlis

40
Teks Doa & Teks Pengacara Majlis * Pembaca Doa

41
42
PELAN LAKAR PERJALANAN MAJLIS
P.Jaga

P1
P8

P3
P2 P4
P8

TAPAK PERASMIAN

P5
P6
MAKMAL
PADANG
MAKMAL SAINS
P7 KOMPUTER PERMAINAN

BILIK DARJAH
43
PELAN LAKAR PENTAS
Susunan utama atas pentas;

LATAR BELAKANG
BARISAN BENDERA PENTAS BARISAN BENDERA

MEJA HADIAH

4 2 1 3 5

MEJA

2
1 RUANG BERI
HADIAH

LALUAN PENERIMA HADIAH

44
PERSIAPAN DEWAN
Penatar layar hendaklah mengandungi perkara-perkara yang perlu
sahaja, iaitu logo, nama majlis, tarikh, tempat dan perasmi.Tempat duduk
tetamu di atas pentas (kerusi tetamu, meja kopi, air mineral dan gelas,
jambangan bunga, meja hadiah / sijil, rostrum, troli, permaidani, penatar
layar, kipas angin, lampu dan siar raya);
Di bawah pentas (kerusi tetamu, pentas nasyid, koir, pentas kumpulan
muzik, tempat pemberita, kipas angin, lampu, permaidani (jika perlu),
rostrum juruacara, pembaca doa, pendeklamasi puisi, kain hiasan pentas,
hiasan bunga atau pokok hidup).
Rostrum dan mikrofon untuk juruacara, pengerusi pelaksana dan
perasmi yang berucap. Kedudukan tetamu khas
Kedudukan juruacara
Dulang, troli hadiah dan alas
Ruang persembahan (multimedia, koir / nasyid / sajak / gamelan ).

45
46
KEDUDUKAN PENANDA DI LANTAI PENTAS
48
49
c. Susunan Bagi Tiga Tempat Duduk

2 1 3

d. Susunan Bagi Lima Tempat Duduk

4 2 1 3 5

50
f. Susunan Tempat Duduk Melibatkan Tetamu
Kehormat Bersama Isteri

5 3 1 2 4 6

(S) (S) (S) (I) (I) (I)

51
SUSUNAN BENDERA
Pengibaran bagi semua bendera negeri adalah
mengikut keutamaan negeri-negeri. Susunan
keutamaan negeri pula mengikut susunan
keutamaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri. Pada
masa ini, susunan keutamaan bendera-bendera
adalah seperti berikut ;
1.
Malaysia 10. Terengganu
2.
Kedah 11. Sarawak
3.
Pahang
12. Pulau Pinang
4.
Perak
13. Melaka
52
5.
Perlis
6.
Selangor 14. Sabah
7.
Negeri Sembilan 15. W/P Kuala Lumpur /
8.
Johor Labuan / Putrajaya
9.
Kelantan 16. Sekolah /Agensi

53
54
55
6. PENGIBARAN BENDERA

PENGIBARAN DUA BENDERA

Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di sebelah kanan dan diikuti


bendera negeri sebelah kiri bendera Malaysia

Bendera Bendera
Malaysia Negeri

56
PENGIBARAN TIGA BENDERA

Pengibaran bendera Malaysia hendaklah dipasang di tengah -


tengah antara bendera negeri dan agensi.Bendera negeri berasa
di sebelah kanan bendera Malaysia dan bendera agensi di sebelah
kiri bendera Malaysia.

Bendera Negeri Bendera Bendera Agensi/Sekolah


Malaysia

57
58
PENGIBARAN BENDERA SEBARIS BERPUSAT DI
TENGAH (PROGRAM DI NEGERI SELANGOR)

14 12 10 8 6 4 2 1 3 5 7 9 11 13 15

1. Malaysia 6. Perlis 11. Melaka


2. SELANGOR 7. Terengganu 12. Sabah
3. Kedah 8. Negeri Sembilan 13. Sarawak
4. Pahang 9. Johor 14. Pulau Pinang
5. Perak 10. Kelantan 15. W/Persekutuan

59
6.10 SUSUNAN GAMBAR RASMI
Pihak sekolah hendaklah memahami protokol menggantung gambar pemerintah dan
pemimpin di premis sekolah, seperti di dalam dewan, di bilik mesyuarat dan di tempat-tempat lain.

6.10.1 Gambar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM
Raja Permaisuri Agong

DYMM DYMM
Yang DiPertuan Raja Permaisuri
Agong Agong

Gambar DYMM dan Pemerintah Negeri

3 1 2 4

Perdana DYMM Yang DYMM Raja Sultan Sultanah Menteri


Menteri DiPertuan Agong Permaisuri Agong Negeri Negeri Besar
6.10 SUSUNAN GAMBAR RASMI
Pihak sekolah hendaklah memahami protokol menggantung gambar pemerintah dan
pemimpin di premis sekolah, seperti di dalam dewan, di bilik mesyuarat dan di tempat-tempat lain.

6.10.1 Susunan gambar di Negeri Selangor

3 1 2 4

Perdana DYMM DYMM DYMM Sultan Timb.


Menteri Yang Dipertuan Raja Permaisuri Selangor Perdana Menteri
Agong Agong

Gambar Pegawai Kanan

2 1 3

TIMB. PENGARAH PPD


PENGARAH
62
63
64
PENGACARA MAJLIS YANG BAIK
a. Mempunyai suara yang baik dan lunak didengar
b. Fasih dalam penyebutan bahasa serta terang dan jelas
sebutannya / tidak pelat. Kelajuan penyebutannya
sederhana
d. Cergas dan cepat dalam pergerakannya
e. Tidak gugup / gagap dalam percakapannya
f. Tidak mempunyai darah gemuruh
g. Tidak panik jika berhadapan dengan pelbagai situasi
h. Tahu menggunakan budibicara
i. Sentiasa bersifat sabar
j. Tidak mempunyai perawakan yang serious / sombong
h. Mempunyai pengetahuan asas mengenai adat istiadat
dan protokol dalam majlis-majlis rasmi
CONTOH TEKS JURUACARA

Nama Majlis : Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia


Tempat : Dewan Besar,SMK Tinggi Klang
65
Tarikh : 26 Jun 2011
Hari : Khamis
Cue (0830)
Semua hadirin mengambil tempat.
Pengumuman (ANN).
Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis akan bermula
sebentar lagi.
Cue (0835)
Menerima isyarat apabila tamu kehormat tiba. Semua hadirin berdiri.
Pengumuman (ANN).
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia,
diiringi oleh Pengarah Pelajaran Selangor dan Timbalan Pengarah
Pelajaran Selangor.
Cue (0840)
Nyanyian Lagu Negaraku - Setelah Tetamu Kehormat duduk, semua
hadirin duduk.
Pengumuman (ANN).
YAB Tan Sri Muhyidin b. Haji Mohd Yasin Timb.
Perdana Menteri, Malaysia merangkap Menteri
66
Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia, Tuan
Haji Mahmod Bin Karim,
Timbalan Pengarah Pelajaran,Jabatan Pelajaran Selangor, Ketua-
Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Selangor,
Pegawai-Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah,
Seluruh Negeri Selangor,
Para Pengetua, Para Guru Besar, guru-guru dan para
tetamu yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan


hidayahNya, maka dapat kita hadir dalam Majlis Perhimpunan Guru
1Malaysia yang berlangsung di SMK Tinggi Klang.

Bagi memberkati majlis, dijemput Al-Fadhil Ustaz Fadhil Bin Fadli


untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
BUKU ATUR CARA

67
Buku atur cara ialah sebuah buku maklumat yang amat penting
bagi majlis rasmi. Penerbitan buku ini perlu diuruskan dengan
baik dan sempurna. Segala butiran yang akan dimuatkan di dalam
buku ini perlu dirancang oleh satu jawatankuasa, disemak dan
diluluskan oleh pengerusi pengelola.
Peranan buku atur cara sangat penting dalam majlis rasmi, seperti
majlis konvokesyen, majlis graduasi, pertandingan kemahiran
kokurikulum, perasmian sekolah, perkhemahan dan seminar yang
dirasmikan oleh orang kenamaan.
Buku atur cara juga digunakan semasa majlis peringkat dalaman
yang dirasmikan oleh orang kenamaan tempatan

68
Kandungan Buku Atur Cara :
Kata alu-aluan (Perasmi, Pengerusi Pengelola,
Pengerusi Pelaksana);
Senarai jawatankuasa (Pengelola, Pelaksana
dan Ahli Jawatankuasa Kecil);
Senarai peserta;
Atur cara majlis pembukaan dan penutupan;
Penghargaan;
Iklan (jika ada).

69
AHLI JAWATANKUASA INDUK

- AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


- AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
- AHLI JAWATANKUASA KECIL

70
71
73
PENYEDIAAN ATUR CARA PENTADBIRAN
Atur cara pentadbiran ialah atur cara majlis yang ditulis secara terperinci
dengan tujuan:

Sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut;


Sebagai panduan kepada semua pegawai dan petugas yang terlibat dalam
majlis tersebut;
Untuk menentukan majlis berjalan dengan lancar dan mengikut lunas- lunas
protokol yang diterima; Untuk mengawal masa;
Untuk menjadi panduan masa akan datang; Sebagai
rekod.
Atur cara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut :

Masa;
Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci;

Pegawai yang bertanggungjawab.


Atur cara pentadbiran ialah dokumen yang sangat penting sebagai garis
panduan terperinci terhadap semua tindakan yang perlu dilakukan oleh
seseorang yang terlibat bagi sesuatu acara. Selain atur cara pentadbiran,
senarai semak hendaklah juga disediakan untuk membantu juruacara
mengendalikan majlis dengan lancar.

74
75
PERANAN PENYAMBUT TETAMU
Yang berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam
majlis:
Maklumat
Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat
keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan
keraian tersebut diadakan.
Atur Cara Keraian yang Berkenaan
Penyambut tetamu mestilah mengetahui atur cara keraian
yang berkenaan terutamanya waktu yang ditetapkan bagi
tetamu sampai dan balik.
Susunan Tempat Duduk
Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya
supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang
berkenaan.
76
Kawasan yang Diperuntukkan
Penyambut tetamu hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang
diperuntukkan baginya.

Tempat-tempat Penting
Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting, seperti bilik
menunggu, pintu masuk, pintu keluar, tempat jamuan dan tandas.

Senarai Tetamu yang Dijemput


Penyambut tetamu mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu
yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut.

Senarai Tamu Khas


Selain senarai kesemua tamu yang dijemput, senarai tamu khas yang akan
disambut hendaklah juga diketahui dengan terperinci.
Pakaian Penyambut Tetamu
Penyambut tetamu hendaklah memakai pakaian yang
sesuai dan lengkap mengikut keraian yang sedang

77
dijalankan. Pakaian mencolok mata bagi perempuan
adalah tidak sesuai.
Cara Menyambut Tetamu
Tetamu hendaklah disambut dengan hormat, diberikan
buku atur cara serta ditunjukkan tempat duduk secara
hormat.
Mengenali Tetamu
Seboleh-bolehnya penyambut tetamu hendaklah
mengenali tetamu yang disambut. Jika tetamu tidak
dikenali, penyambut tetamu hendaklah bertanya dengan
cara hormat.
Ketibaan Penyambut Tetamu
Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada
masa tetamu dijangka tiba. Penyambut tetamu hendaklah
78
melaporkan diri kepada pegawai bertugas dan mengambil
senarai tetamu. Beliau hendaklah mengenal pasti tempat duduk
tetamu kehormat yang di bawah kawalannya.

Pertanyaan dan Teguran


Jika ada apa-apa pertanyaan, perlu dijawab dengan sopan.
Sebarang teguran daripada tetamu, hendaklah diterima secara
terbuka dan diambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar
dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut tetamu
sendiri kurang pasti.

Kesulitan
Sebarang kesulitan atau masalah hendaklah segera dirujuk kepada
pegawai bertugas.

Mudah Senyum
Penyambut tetamu hendaklah kaya dengan senyuman.
79
SAMBUTAN DI DALAM DEWAN
a. Penyambut tetamu di dewan
b. Pengiring ke pentas utama
c. Pengiring ke tempat duduk bawah pentas
d. Penyampai buku atur cara untuk Tetamu Kehormat
e. Penyampai buku atur cara untuk jemputan khas
f. Persiapan di atas pentas;
` Back Drop (nyatakan majlis, nama perasmi, tarikh,
masa dan tempat diadakan)
` Kerusi Tetamu Kehormat dan meja
` Alas kerusi dan meja
` Gelas, air mineral dan penutup gelas
` Taging kerusi utama
` 2 buah rostrum yang beralas, bunga, air & gelas
` Susunan bendera negeri (jika ada)
` Meja hadiah, hadiah, tray dan alas
` Hiasan pentas (bunga, lampu dll)
` Karpet

80
81
82
83
84
85
KESIMPULAN

Pengurusan Majlis Rasmi merupakan suatu pengurusan yang berkait rapat


dengan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan persiapan dan
persediaan awal, keperluan-keperluan yang berkaitan dan juga cara
pengendalian sesuatu majlis itu. Kejayaan dari segi persiapan,
perancangan dan pengelolaan akan menjadikan majlis berkenaan
berjalan lancar dan teratur.

Manakala Protokol pula merupakan tatasusila dan tatacara bagi sesuatu


Majlis Rasmi itu dapat dijalankan dengan lebih kemas mengikuti segala
peraturan, susunan, adab tertib, kesesuaian dan dijalankan dengan
penuh kesopanan.

Sebagai pemimpin di sekolah atau organisasi maka pengetahuan kepada


Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol ini amat perlu kerana ia dapat
membantu dalam menentukan kelancaran perjalanan majlis itu.
Diharapkan dengan maklumat yang serba ringkas ini dapat dijadikan
panduan kepada pihak pengurusan sekolah atau organisasi dalam
merancang dan seterusnya mengendalikan majlis rasmi di sekolah.

Disediakan oleh,
86
ALIAS BIN YOOP,
PENYELIA KANAN SEKOLAH RENDAH. PPD
KLANG.

87
Sekian,
Terima kasih.

88

Você também pode gostar