Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
HURAIAN ALIRAN
Dalam setiap aliran ini perlu diberikan perhatian ialah sikap dan cara penyair mengemukakan
pemikirannya. Di samping itu turut juga diperhatikan unsur-unsur puisi yang lebih diberikannya
penekanan. Hal-hal demikianlah yang akan membezakan sesuatu aliran sastera tersebut.
ALIRAN ROMANTISME
Dasar pemikiran aliran ini ialah ingin menggambarkan kenyataan hidup dengan penuh keindahan
dan tanpa cacat cela atau kekurangannya. Jika yang digambarkan itu kebahagiaan, maka kebahagiaan
tersebut penuh dengan kesempurnaan. Jika yang digambarkan itu kesedihan, maka penyairnya ingin
membaca dengan menitiskan air mata ketika mengikuti atau menghayatinya. Dengan begitu aliran
romantik sering dikaitkan dengan sifat sentimental. Unsur perasaan lebih ditonjolkan dan pertimbangan
serta pemikiran rasional sering dinomborduakan. Puisi bersifat romantik sentiasa menghidupkan
perasaan pembaca. Kecenderungan menggambarkan keindahan alam seperti bunga, tumbuhan, sungai
,laut, gunung, bulan dan seumpamanya, adalah didasarkan kepada kepantingan memperindah
kenyataan itu.
Dalam puisi Melayu moden zaman permulaan di Malaysia penyair-penyair seperti Pungguk dan Abu
Samah dapat digolongkan sebagai penyair romantik. Di Indonesia pula Muhammad Yamin zaman
permulaannya dan Amir Hamzah dalam Angkatan Pujangga Baru.
Kumpulan puisi Buah Rindu (1941) dan Nyanyi Sunyi (1937) karya Amir Hamzah, pada hakikatnya
adalah rakaman kedukaan penyair setelah kecewa untuk hidup bersama gadis pujaanya kerana
mengikut serta mematuhi adat dan terpaksa berkahwin dengan pamannya. Meskipun kemudian
kedukaan hatinya itu, terutama puisi dalam kumpulan Nyanyi Sunyi, lebih mengarah kepada renungan-
renungan bersifat keagamaan tetapi pemahaman kita terhadap sebab terhasilnya kumpulan puisi ini
dapat membantu kita mentafsir aliran serta pemikiran puisinya. Contoh puisi aliran romantik ini dapat
dilaihat daripada petikan puisi 'Kemegahan' karya Muhamman Yamin:
Dalam tahun 1950-an, di Malaysia penyair yang begitu terkenal mengikuti aliran romantik ialah Tongkat
Warrat. Puisinya, seperti 'Ke Makam Bunda', 'Gadis di Kuburan' ini adalah dia antara contohnya yang
jelas. Dalam puisi 'Ke Makam Bunda' perasaan begitu di berikan penekanan oleh penyairnya. Gambaran
alam dan kenangan penyair serba indah, suci dan mulia. Umpamanya, seperti petikan berikut:
ALIRAN REALISME
Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan kenyataan atau realiti yang
sebenarnya ada, iaitu apa yang ditemui, dilihat dan dirasakn. Dalam penggambaran atau pemerian itu,
batas-batas larangan, hal-hal yang tidak sopan dan tidak sewajarnya digambarkan, akan dihindarkan
oleh penyair atau penulisnya. Dengan ini bermakna, penyair sentiasa mempertahankan nilai-nilai
kehalusan serta kemuliaan budi.
Dalam realisme, penggambaran kejadian atau peristiwa dilaksanakan secara teliti. Namun segala
yang digambarkan itu, dikemukakan secara wajar, iaitu tidak dilebih-lebihkan dan tidak juga
dikurangkan. Jika yang digambarkan itu tokoh manusia, tidaklah diungkapkan gambaran sifat, perlakuan
atau keistimewaannya dengan tokok tambah mengikut kebebasan keinginan penyairnya. Begitu juga jika
yang digambarkan itu tentang gunung, sungai, sawah dan suasana alam lainya akan hanya berdasarkan
yang wujud sahaja. Dengan demikian, kata-kata yang semata-mata untuk memperindah tidak
digunakan.
Jika dihubungkan denagn perkembangan jiwa seseorang, maka masa dewasa merupakan masa
seseorang berfikir secara realiti. Cinta yang digambarkan dalam puisi-puisi realisme tidak disertai dengan
kata-kata yang indah-indah. Penyair akan berbicara secara objektif, iaitu setiap penyairnya tidak
menyatakan tentang baik atau buruksesuatu atau dengan kata lain tanpa penilaian daripada perasaan
dan pemikirannya. Dengan begitu, pembacalah yang akan memberi kesimpulan sendiri. Lantaran
semuanya inilah terdapat persamaan Aliran Realisme dengan Aliran Naturalisme, aliran yang dianuti
oleh Emile Zola (1840-1902).
Aliran ini mengemukakan kenyataan yang dialami oleh masyarakat atau golongan yang menderita, iaitu
buruh, petani dan nelayan. Tujuan penyuaraan atau penggambaran kenyataan ini untuk membangkitkan
kesedaran menentang golongan kapitalis. Dengan demikian, puisi-puisi yang membawa aliran realisme
sosial, pada keseluruhannya lebih cenderung berpihak kepada golongan yang menderita. Pernah juga
aliran ini wujud melalui perjuangan parti politik, terutama di negara Komunis atau penulis dan golongan
yang cenderung kepada fahaman sosialis.
Di Malaysia, puisi Melayu moden yang agak jelas membawakan aliran realisme sosial, mula
muncul dan berkembang dalam tahun 1950-an, tokoh penyairnya seperti Tongkat Warrant walaupun
bukan secara langsung terlibat dalam parti politik sosialis tetepi kecenderungan untuk memperjuangkan
golongan bawahan yang menderita adalah didorong oleh faktor-faktor lain, terutama latar keluarga dan
pengalaman hidupnya. Puisi beliau yang bertajuk 'Pak Utih dan 'Buruh' dalam antalogi Gelombang
(1961) dapat dikemukakan sebagai membawakan aliran realisme sosial. Dalam puisi 'Buruh', antaranya
disuarakan:
Pada sajak 'Pak Utih' yang dihasil oleh Tongkat Warrant dalam tahun 1954, yang lebih banyak ciri-ciri
aliran realisme, diperkembangkannya dalam tahun 1974, menjadi aliran realisme sosial atau kritik sosial
dalam tajuk 'Pak Utih (2)', antarnya:
Dinyanyikannya lagu;
timang tinggi-tinggi
Aliran ini lebih tegas dan berkesan dibawakan oleh Kassim Ahmad, seperti dalam antologi Kemarau di
Lembah (1967). Umpamanya, puisi 'Dialog', seperti petikan berikut:
tidurlah ibu
Dari contoh-contoh ini menunjukkan bahawa aliran realisme sosial, dari segi gaya bahasanya lebih
mengutamakan bahasa biasa dan mudah difahami. Di samping terdapatnya nada sinis turut juga
terdapat pernyataan sikap penyairnya yang revolusioner, seperti yang jelas terlihat pada Kassim Ahmad.
Di indonesia pula, aliran realisme sosial menemui perkembangannya yang pesat antara tahun 1962
hingga tahun 1965, iaitu ketika LEKRA (Lembaga Kebudayaan Rakyat), begitu berpengaruh dan berkuasa
dalam bidang kebudayaan dan kesenian di Indonesia.
Kepincangan-kepincangan sosial dalam masyarakat banyak diungkapkan dalam puisi. Antaranya oleh
penyair-penyair seperti Hr.Bandaharo, Taufiq Ismail dan W.S Rendra. Melalui puisinya 'kawan Separtai
Bekerja', Hr. Bandaharo, antaranya mengungkapkan penderitaan kaum buruh dan petani, demikian:
Taufiq Ismail dan W.S Rendra pula lebih banyak melukiskan penderitaan rakyat golongan bawahan
sebagai akibat daripada penyelewengan para pemimpin. Antaranya Taufiq Ismail menyuarakan melalui
puisi 'Kemis Pagi' dalam Tirani (1966) seperti berikut:
Begitulah aliran realisme sosial dalam puisi dan karya sastera umumnya. Pengungkapan atau
penyuaraan persoalannya diberikan penekanan kepada perjuangan golongan rakyat yang menderita.
Untuk menyedarkan hakikat perjuangan tersebut, cara penyampaian dengan bahasa biasa sentiasa
diutamakan. Di samping itu, aliran ini akan mudah menemui perkembangannya apabila jurang
perbezaan hak dan keadilan sosial antara golongan bawahan dengan golongan atasan bertambah luas
serta unsur-unsur penyelewengan. kepura-puraan dan kepentingan diri menjadi berleluasa pula.
ALIRAN EKSPRESIONISME
Aliran ini penyairanya tidak mengungkapkan kenyataan secara objektif melainkan secara subjektif.
Dengan demikian, sesuatu yang diekspresikan adalah gelora dan kehendak jiwanya. Jadi, setiap puisi
ynag terhasil membawakan aliran ekspresionisme, tidak mengambarkan alam atau kenyataan dan tidak
juga kesan terhadap alam atau kenyataan tetapi cetusan langsung dari jiwa penyairnya. Antara
contohnya puisi 'Aku' dalam Deru Campur Debu (1949) karya Chairil Anwar.
Puisi tersebut merupakan eksperisi jiwa penyair yang inginkan kebebasan dari semua kongkongan,
belenggu atau ikatan. Penyair tidak meniru atau menyuarakan kenyataan alam tetapi secara jelas, tegas
dan lantang menyuarakan sikap jiwanya:
Sekiranya penyair menghadapi pedih derita, tidak dihuraikannya tetapi menjadikan dirinya lebih
dinamis, bersemangat dan lebih ghairah untuk hidup.
Berlari
Walaupun dalam aliran ekspresionisme ini akan ditemui pengunaan unsur alam, tetapi unsur tersebut
menjadi landasan pengunaan unsur alam, tetapi unsur tersebut menjadi landasan ekspresi jiwa
penyairnya, seperti yang terlihat dalam petikan puisi 'Surat dari Ibu' karya Asrul Sani berikut ini:
Demikianlah aliran ekspresionisme ini lebih memberi penekanan kepada sikap penyairnya yang
dilahirkan dalam bentuk pengakuan seperti puisi 'Aku' atau dalam bentuk saranan seperti puisi 'Surat
dari Ibu' itu. Dari segi bahasa pula lebih mengutamakan pemilihan kata yang tepat serta padat untuk
menimbulkan kesesuaian dengan ekspresi jiwa penyair.
ALIRAN IMPRESIONISME
Aliran ini adalah perkembangan dari aliran realisme. Kenyataan dalam aliran impresionisme
menimbulkan kesan-kesan tertentu dari dalam diri penyair. Sesuatu yang dikemukakan pada puisi
adalah kesan penyair setelah menghayati kenyataan hidup. Objek kenyataan hidup itu boleh terbentuk
daripada manusia, benda ,peristiwa, suasana dan sebagainya. Namun demikian, kenyataan tersebut
bukan hanya digambarkan apa yang ada teteapi yang lebih penting ialah menimbulkan kesan atau
bertujuan menimbulkan maksud peribadi penyair.
Kesan-kesan yang timbul dari kenyataan hidup diolah dalam jiwa penyair dan kemudian penyair
membuat pemerian atau deskripsi tentang kesan itu pada baris-baris dan rangkap-rangkap puisinya.
Oleh itu, sifat dan maksud utama puisinya adalah untuk menjelaskan kesan yang terdapat dalam
pemikiran, perasaan dan kesedaran penyair bukan mendeskripsikan kenyataan itu secara terperinci.
Sesuai dengan sifat dan maksud tersebut maka ciri-ciri bahasa puisi aliran impresionisme ini lebih
mengutamakan pemilihan kata yang tepat, mempunyai kesatuan imej dan penyusunan yang seimbang.
Puisi Sanusi Pane seperti 'Candi Mendut', 'Teratai' dan puisi W.S. Rendra seperti 'Ciliwung yang Manis'
adalah contoh puisi aliran impresionisme. Berikut, dikemukakan puisi 'Teratai' karya Sanusi Pane:
Teratai
Puisi ini tidak mengambarkan teratai sebagai bunga secara terperinci tetapi sebagai lambang untuk
tokoh yang dikagumi oleh penyair, iaitu Ki Hajar Dewantara. Isi puisi ini pula berupa kesan penyair
terhadap tokoh tersebut. Antaranya, tentang kerendahan hati tokoh itu laksana teratai yang tumbuh di
kolam. Dirinya tidak dikenali ramai, tidak diminati dan diabaikan; tetapi gagasannya diterima secara
umum dan menjadi dasar pemikiran di peringkat dunia. Di sini, penyair menyatakan sikap atau kesan
peribadinya, iaitu dalam rangkap ketiga dan keempat, bahawa Ki Hajar Dewantara perlu meneruskan
cita-citanya walaupun tidak dikenali atau diminati, namun perjuangannya abadi dalam zaman dan
sejarah.
Di Malaysia pula, Baha Zain banyak juga menghasilkan puisi aliran ini. Antaranya puisi beliau seperti
Sketsa Anak Kecil', 'Malam Berbau Lilin' dan 'Gelombang Kenangan' yang termuat dalam Perempuan dan
Bayang-bayang (1974), iaitu antalogi puisi pertama beliau.
ALIRAN IMAJISME
Aliran ini mengutamakan pemerian kenyataan dalam magis visual penyair yang sempurna dan jelas.
Oleh itu, kata-kata dipilih secara cermat dan berkesan. Kata-kata atau bahasa yang dipilih itu adalah
kata-kata sehari-hari tanpa terikat kepada pembentukan irama. Ini menyebabkan puisi aliran tersebut
mirip kepada prosa. Tokoh penyair aliran imajis yang terkenal di Indonesia ialah Sapardi Djoko Damono
dengan antalogi puisinya seperti Dukamu Abadi (1969), Mata Pisau 91974) dan Akuarium (1974).
Manakala di Malaysia pula, aliran ini banyak ditemui pada puisi Latif Mohidin. Namun bentuk puisinya
tidak mirip kepada prosa secara jelas; imaji dalam puisinya timbul pada kekeutan bahasa, seperti yang
terlihat dalam puisinya, 'Sungai Mekong' yang terkenal itu. Berikut ini diperturunkan Bahagian 3, iaitu
bahagian akhir puisi tersebut yang termuat dalam Kembara Malam (1974):
Sungai mekong
kulihat di dasarmu
kuntum-kuntum berdarah
batu-batu luka
malam ini
dari niagara
Begitulah yang terlihat kekuatan bahasa Latif walaupun pada keseluruhannya terdiri daripada kata-kata
sehari-hari. Pemilihan dan penyususnannya seperti 'Kuntum-kuntum berdarah' dan 'batu-batu luka
adalah antara contohnya.
KESIMPULAN
Aliran kesusasteraan dapat umumnya, mempengaruhi sikap atau pandangan hidup seseorang penyair
dan sasterawan. Pengaruh ini, dapat ditemui pada tema atau pemikiran dan gaya bahasa dalam puisi
mereka. Denagn itu, 'aliran kesusasteraan' turut membantu ke arah pemahaman dan penghayatan puisi.
Namun, pemahaman latar penyair, latar zaman karyanya dihasilkan serta perkembangan sejarah
sepanjang kegiatan penghasilan puisinya, tidak sewajarnya pula diabaikan. Segala ini menunjukkan
pemahaman 'aliran kesusasteraan' akan menjanjikan keupayaan pemahaman dan penghayatan
sesebuah puisi luas, mendalam.