Você está na página 1de 1

ON THE NATURE OF TEACHING AND ASSESSING MATHEMATICAL POWER AND

MATHEMATICAL THINKING

Mathematical power merupakan keupayaan murid berfikir dan menyelesaikan sesuatu tanpa
bergantung kepada guru. Ia juga merupaka satu proses membantu murid mengurangkan
kebergantungan terhadap guru.

Mathematical thinking pula melibatkan keupayaan murid untuk mengenalpasti corak,


memahami masalah umum, mengenalpasti kesalahan dan menghasilkan strategi alternatif.
Terdapat tujuh kriteria bagi Mathematical thinking. Yang pertama, semua matematik yang murid
lakukan harus memberi pemahaman terhadap individu. Ini bermakna murid berupaya
menjelaskan strategi dan pemikiran murid supaya dapat difahami oleh orang lain.

Kriteria kedua adalah murid harus menggunakan apa yang murid tahu untuk
mengelakkan diri daripada menghadapi rintangan semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan ini, murid harus belajar untuk menjawab atau menyelesaikan masalah yang telah murid
hadapi.

Kriteria ketiga adalah murid harus berupaya mengenalpasti kesalahan. Murid dapat
belajar sesuatu dengan baik sekiranya murid sanggup berfikir masalah yang telah difokuskan.
Yang keempat adalah mengurangkan cara membilang semasa murid membuat pengiraan.
Dengan makna lain, murid dapat membuat pengiraan dengan membuat penggambaran tentang
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Kriteria kelima adalah kaedah membuat pengiraan dengan menggunakan pensel dan
kertas dapat dikurangkan. Dengan ini, kami harus meneroka dan menggunakan strategi yang
pelbagai untuk menyelesaikan suatu masalah.

Sekiranya strategi yang murid guna tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, murid
dikehendaki mencari jalan penyelesaian yang lain bukannya menyerah. Kriteria ini
memfokuskan kepada bagaimana seseorang individu belajar untuk berfikir secara bersendirian.

Kriteria terakhir adalah murid harus mengembangkan masalah situasi tersebut dengan
memberikan situasi tambahan atau soalan tambahan. Dengan ini, murid dapat menyelesaikan
pelbagai masalah walaupun situasi masalah telah berubah.

Você também pode gostar