Você está na página 1de 3

Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pada peringkatr awalnya ia sering digunakan dalam bidang bahasa


terutama bagi mengajar seseorang cara sebuutan yang betul dan sebagainya.
Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti
pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jug bidang ilmu dan dengan
kecanggihan teknologi moden< audio semakin penting sebagai satu elemen dalam
proses pengajaran dan pembelajaran>

Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan.
Antaranya ialah:

1. Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca.


2. Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak suka
atau tidak tahui membaca.
3. Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana membolehkan
mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.
4. Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan bahan
bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki .
5. Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam proses
pembelajaran.
6. Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar.
7. Menyediakan elemen motivasi kepada pelajarn.

Kelebihan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran menerusi penggunaan


bahan audio. Di antaranya aialh

1. Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca.


2. Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses
penyuntingan.
3. Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.
4. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.
5. Mudah dipadam dan digunakan semula.
6. Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan
mengikut kadar masa tertentu.
7. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman
pelajar.

Kelemahan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Di samping pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi audio, ianya juga
mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya

1. Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada pita audio.
2. Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajar
semasa proses pengajkaran.
3. Sekiranya pita aidio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa.
kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.
4. Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.

RENUNGAN

1. Terangkan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk memainkan


bahan rakaman audio.
2. Bagaimanakah rakaman audio dapat dihasilkan dan huraikan format fail
yang kerapkali digunakan.

Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu gambaran
kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui terhadap apa yang
dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang pada rakaman
tersebut. Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera
padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan
semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset
audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh
dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio boleh dimainkan melalui
perisian pemain media (media player). Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital
mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang
dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan
(compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail
Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang
menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang
kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti
tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain
mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke
dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.

Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada kaset
audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun (audio mixer) boleh
digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital
melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing
software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. yang sedia
ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada
open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian
komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, mampu mengadun dan
menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta
menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows Rakaman dan penyuntingan
audio boleh dilakukan melalui perisian Audacity
1. Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses
penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran?
2. Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
Perancangan dan penyediaan rakaman.

1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran


2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar
yang sesuai.
3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang
akan dimainkan nanti
4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan
format penghasilan audio
5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
6. Membuat rakaman dan penyuntingan
7. Ujilari hasil rakaman
8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio,
kaset atau fail klip audio
10. Penggunaan bahan audio
11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

Você também pode gostar