Você está na página 1de 1

Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis?

Menurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan


sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi
pengalaman murid dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru
berusaha mewujudkan pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan
pengetahuan. Jonassen (1999) mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru
yang boleh menyokong proses pembelajaran konstruktivis:

Guru bertindak sebagai model peranan (role model)


Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk
memperagakan situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal
seperti demonstrasi kerja amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan
diskusi atau memainkan rakaman dialog dengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan
diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil keluar untuk
dimanfaatkan murid.

Guru berperanan sebagai jurulatih.


Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu
menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah;
menganalisis dan memantau perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-
kemahiran yang tertentu. Guru juga memandu murid melalui maklum balas serta nasihat
berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau menimbulkan pemikiran refleksi murid
terhadap apa yang telah dibelajar. Di samping itu guru berperanan sebagai jurulatih
dalam membetulkan andaian salah.

Guru berperanan sebagai perancah.


Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid
berinteraksi dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah
memerlukan guru kadang kala mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu
masalah supaya proses pembelajaran yang tergendala dapat diteruskan. Antara usaha
guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah menyesuaikan darjah
kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian alternatif.

Você também pode gostar