Você está na página 1de 12

TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN KANAK-

KANAK SLOWLEARNER (SL) DENGAN KANAK-KANAK NORMAL


Siti Rabiatul Adawiyah Binti Mahasan
Encik Muhamad Hafiz Bin Ismail

PENGENALAN

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka
masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan
pelbagai halangan. Mereka mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya secara efektif
dengan masyarakat (AKTA OKU, 2008). OKU juga boleh dikategorikan kepada beberapa
bahagian iaitu orang kurang upaya penglihatan, orang kurang upaya pendengaran, orang kurang
upaya anggota, Celebral Palsy, masalah pembelajaran seperti Autisme, lembam (slowlearner)
dan Sindrom Down. Oleh yang demikian, lembam (slowlearner) merupakan salah satu daripada
kategori OKU (Akta OKU, 2008).

Menurut Haywood & Getchell (2005), perkembangan motor adalah satu proses yang
berlaku sepanjang hayat seperti perubahan yang berlaku dalam keupayaan pergerakan seseorang
sama ada untuk bergerak pada sesuatu masa dan keperluan tertentu. Kemahiran motor pula
adalah kebolehan seseorang untuk mengeluarkan sesuatu corak atau unsur perlakuan yang
berhubung dengan persekitaran tertentu (Arasoo, 1989).

Kemahiran motor terbahagi kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus
(Magill, 2001). Haliza Hamzah, Joy dan Rafidah Kastawi (2008) berkata, kemahiran motor kasar
adalah kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot besar atau kasar yang melibatkan banyak
anggota seperti lengan, kaki, paha dan sebagainya serta dapat membina koordinasi antara mata
dan tangan atau mata dengan kaki.

Pada kebiasaannya, tahap perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak SL
ini akan dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan mental mereka. Menurut Mohd Sharani Ahmad
(2006), kemahiran motor kasar bagi kanak-kanak adalah kawalan pada tingkah laku yang
memerlukan banyak penggunaan otot bagi membolehkan kanak-kanak tersebut memberikan
tindakan dan bergerak balas dengan persekitarannya. Oleh yang demikian, perkembangan
kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan
peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak serta banyak dipengaruhi oleh latihan,
peniruan, genetik, perkembangan otak dan budaya.

Banyak istilah yang diguna pakai bagi golongan kanak-kanak lembam iaitu kanak kanak
bermasalah pembelajaran atau Learning Disability (LD) atau slowlearner (SL). Kanak-
kanak slowlearner (SL) adalah kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan
(Jamila, 2005). Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk kita menyediakan garis pemisah yang
jelas pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak di antara kanak-kanak normal dan kanak-
kanak SL kerana permasalahan yang dialami oleh mereka tidak begitu ketara dan ia dikesan
hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan.

Kajian yang lepas daripada Kaplan et al (1998), Sugden dan Wann (1987) menunjukkan
50% kanak-kanak masalah pembelajaran ada berhubung rapat dengan masalah Developmental
Coordination Disorder (DCD). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah dan masalah
pembelajaran menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah sedangkan ia
bertanggungjawab untuk mengintegrasikan maklumat daripada deria motor (Weber et .al, 2000).

Menurut Jongmanns et. al (2003) pula, kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan
Developmental Coordination Disorder (DCD) dan Learning Disabilities (LD) adalah kanak-
kanak yang lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan motor. Seperti yang
diketahui, bahagian hadapan otak manusia berfungsi untuk memproses maklumat. Namun
begitu, jika sebarang kerosakkan berlaku di bahagian tersebut ia akan menyebabkan sebahagian
persepsi motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib, 2000).
Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan DCD dan LD juga memerlukan masa
untuk memproses sesuatu maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.

Oleh yang demikian, dari segi kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran ini
dapat dicapai oleh kanak-kanak SL tetapi dalam kadar yang lambat dan mereka memerlukan
jangka masa yang panjang untuk melaksanakannya. Kanak-kanak SL ini juga harus diberikan
latihan dan perhatian yang cukup dari aspek tahap kemahiran perkembangan motor supaya
kemahiran ini dapat membantu serta meningkatkan prestasi kemahiran motor mereka sama ada
kemahiran motor kasar mahupun kemahiran motor halus (Mohamad Bin Aman dan Kasim Bin
Abd. Majid, 2003).

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap prestasi kemahiran motor kasar kanak-
kanak slowlearner (SL), mengenal pasti tahap prestasi kemahiran motor kasar bagi kanak-kanak
normal dan membandingkan tahap prestasi kemahiran motor kasar antara kanak-kanak
slowlearner (SL) dengan kanak-kanak normal berumur 8 hingga 11 tahun dengan menggunakan
instrumen ujian McCarron Assessment of Neuromuscular Development (MAND).

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Kemahiran motor ialah asas kepada tingkah laku manusia dan ia membantu kanak-kanak
untuk mempelajari kemahiran baru dalam bidang-bidang lain (Haywood, Brooks & Burns, 1986;
Larkin & Rose, 2005). Penguasaan kemahiran motor yang tidak lengkap pada peringkat awal
juga boleh mempengaruhi dan memberi kesan negatif dalam kehidupan pada masa akan datang
terutamanya pada kecekapan dalam aktiviti fizikal dan motor (Gallhue & Ozmun, 2006).
Kecacatan pada motor turut menghalang kanak-kanak untuk membangun dalam bidang-bidang
lain seperti kognisi dan interaksi sosial (Gregory, Payne & Isaacs, 2005).

Gallhue dan Ozmun (2006) mengklasifikasikan kemahiran pergerakan asas kepada tiga
kategori mengikut fungsinya iaitu kestabilan, pergerakan dan manipulasi objek. Keadaan satu
kaki berdiri dan berjalan di atas garis hadapan adalah kemahiran kestabilan yang mengekalkan
keadaan keseimbangan statik dan dinamik. Kemahiran seperti berlari dan melompat pula adalah
kemahiran pergerakan yang membolehkan kanak-kanak bergerak dari satu titik ke titik yang lain
(Loovis & Butterfield, 2000). Manipulasi objek pula adalah kemahiran motor yang digunakan
atau menerima daya daripada objek (Butterfield & Loovis, 1994; Goodway & Branta, 2003).
Perkembangan motor kasar banyak merujuk kepada kebolehan kanak-kanak
menggunakan otot-otot besar termasuklah otot-otot di bahagian leher, badan, lengan dan kaki.
Mereka ini sewajarnya dilatih supaya berkebolehan dalam menggerakkan semua bahagian kaki
dan tangan secara bebas dan aktif (Haliza Hamzah et. al, 2008). Oleh itu, bagi kanak-kanak SL
yang mengalami kesukaran dalam pergerakan dan pemprosesan maklumat harus mengatasi dan
memperbaiki kelemahan tersebut. Menurut Razhiyah (2008), perkembangan kemahiran motor
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi
mata dan tangan kanak-kanak. Perkembangan motor kasar adalah penting kerana jika tidak
mengikut tahap yang sepatutnya ia boleh menjejaskan pergerakan lain bagi kanak-kanak.

Thelen (2000) dalam Gallhue dan Ozmun (2006) telah menyatakan kawalan motor
muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan, anggota
badan dan bahagian lain badan. Ini menerangkan bahawa pergerakan antara badan berkait rapat
dengan sistem saraf yang membawa maklumat. Kawalan motor daripada saraf pula akan
mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan sesuatu pergerakan. Menurut Valli (2009),
kawalan pergerakan tercapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu
dihasilkan oleh sistem biologi tubuh.

Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual
kanak-kanak SL berada pada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian
saringan kecerdasan. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian,
mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Kanak-kanak
lembam juga mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk
menyiapkan kerja dan sukar membuat tugasan yang berturutan.

Selain itu, menurut Mohd Sharani Ahmad (2004), masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak SL adalah berkaitan dengan masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, cara berfikir, membaca, mengeja dan bermatematik.
Hardman Drew dan Egan (2005) juga menyatakan bahawa masalah dalam penguasaan ini
disebabkan oleh sistem saraf terutamanya otak yang tidak berfungsi dengan baik. Oleh yang
demikian, kanak-kanak tidak dapat memberikan masa tindak balas yang serentak dengan daya
pemikiran mereka. Mereka juga susah untuk mengenalpasti sesuatu perkara dan memerlukan
sokongan serta mengambil masa yang lama untuk mentakrif perkara tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Kajian yang dijalankan oleh penyelidik berbentuk kajian tinjauan. Manakala kaedah yang
digunakan pula ialah kaedah ujian menggunakan instrumen McCarron Assessment of
Neuromuscular Development (MAND) yang telah direka di Texas oleh pakar-pakar terkenal
(McCarron, 1997) telah digunakan untuk mengkaji tahap kemahiran motor kasar bagi kanak-
kanak SL dan kanak-kanak normal yang dikategorikan sebagai Tugasan Motor Kasar.

Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah di sekitar daerah Johor Bharu iaitu Sekolah Kanak-
Kanak Istimewa Johor Bharu, Sekolah Kebangsaan Desa Skudai dan Sekolah Kebangsaan Sri
Skudai

Peserta
Seramai 32 orang subjek yang terdiri daripada 19 orang kanak-kanak normal dan 13
orang kanak-kanak slowlearner (SL) yang berusia di antara lapan hingga sebelas tahun terlibat
dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah McCarron Assessment of
Neuromuscular Development (MAND) melibatkan lima item ujian kemahiran motor kasar iaitu
Kekuatan Genggaman Tangan, Jari-Hidung-Jari, Lompatan, Jalan Tumit-Hujung Jari dan
Imbangan Satu kaki.
Jadual 1: Ujian Kemahiran Motor Kasar McCarron Assessment of Neuromuscular Development
(MAND)

Ujian Motor Kasar Tujuan


Kekuatan Genggaman Tangan Mengukur kekuatan genggaman.
Jari-Hidung-Jari Mengukur tahap konsentrasi dan
koordinasi.
Lompatan Mengukur penyelerasan ekstensi otot kaki,
abdomen dan lengan.
Jalan Tumit-Hujung Jari Mengukur tahap pergerakan otot dan
keseimbangan kaki.
Imbangan Satu Kaki Mengukur tahap keseimbangan badan
terhadap tarikan graviti.

KEPUTUSAN

Analisis data dibincangkan secara deskriptif dan juga inferensi. Bagi analisis inferensi, pengkaji
menggunakan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar (Independent Samples t-Test). Ujian-T Sampel
Tidak Bersandar (Independent Samples t-Test) digunakan untuk membandingkan lima item ujian
kemahiran motor kasar bagi dua kumpulan subjek yang berbeza iaitu kanak-kanak normal
dengan kanak-kanak slowlearner (SL).
Jadual 2: Maklumat Deskriptif Mengenai Umur, Kategori, Tinggi Dan Berat Subjek

Normal Slowlearner (SL) Keseluruhan


(n=19) (n=13) (n=32)
Pembolehubah
Min (M) SD Min (M) SD Min (M) SD

Umur 9.53 1.17 9.15 1.14 9.38 1.16

Tinggi (cm) 131.16 4.94 120.69 8.26 126.91 8.24

Berat (kg) 30.84 4.61 28.23 10.48 29.78 7.52


(Nota SD= Sisihan Piawai)

Jadual 2 menunjukkan maklumat deskriptif berkenaan umur, tinggi dan berat badan
subjek. Analisis menunjukkan min bagi umur keseluruhan subjek adalah 9.38 (SD= 1.16) dengan
subjek kanak-kanak normal berumur (M= 9.53, SD = 1.17) manakala subjek kanak-kanak
slowlearner (SL) pula (M= 9.15, SD = 1.14). Subjek kanak-kanak normal menunjukkan
ketinggian dan berat badan yang lebih tinggi berbanding subjek kanak-kanak slowlearner (SL)
dengan min ketinggian subjek normal adalah 131.16 (SD= 4.94) dan subjek slowlearner (SL)
pula ialah 120.69 (SD = 8.26). Min berat badan bagi subjek normal ialah 30.84 (SD = 4.61)
manakala subjek slowlearner (SL) pula ialah 28.23 (SD = 10.48).
Keputusan Ujian Prestasi Kemahiran Motor Kasar Bagi Lima Item Ujian
100 89.69
80
60.89
Purata Skor

58.43
60 50.7

40 25.16 32.73 30.26 Normal


24.31 22.38
20 14.46 Slowlearner (SL)

Ujian Kemahiran Motor Kasar

Rajah 1 Keputusan Ujian Prestasi Kemahiran Motor Kasar Bagi Lima Item Kemahiran
Motor

Rajah 1 menunjukkan keputusan ujian prestasi kemahiran motor kasar kelima-lima item
ujian bagi kanak-kanak normal adalah tinggi dan bagus berbanding kanak-kanak slowlearner
(SL).

Jadual 3: Perbandingan Motor Kasar Di Antara Kanak-Kanak Normal Dengan Kanak-Kanak


Slowlearner (SL)
Ujian Normal (MIN) Slowleaner (SL) Nilai p
[MIN]
Kekuatan Genggaman
Tangan 25.16 24.31 *0.745
Jari-Hidung-Jari
60.89 22.38 0.000
Lompatan 58.43 32.73 0.000
Jalan Tumit-Hujung
Jari 30.26 14.46 0.000

Imbangan Satu Kaki 89.69 50.70 0.000


Nilai p lebih daripada nilai 0.050 adalah tidak signifikan. Hipotesis Nul (Ho) bagi Ujian
Jari-Hidung-Jari, Ujian Lompatan, Ujian Jalan Tumit-Hujung Jari dan Ujian Imbangan Satu Kaki
telah ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan pada aras 0.05 manakala Hipotesis Nul
(Ho) bagi Ujian Kekuatan Genggaman Tangan pula diterima kerana tidak terdapat perbezaan
yang signifikan pada aras 0.05.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Melalui hasil dapatan kajian, bilangan keseluruhan subjek adalah 32 orang iaitu kanak-
kanak normal menunjukkan bilangan yang lebih besar seramai 19 orang manakala subjek kanak-
kanak slowlearner (SL) pula adalah 13 orang. Bagi keputusan min skor lima item ujian MAND
kanak-kanak normal memperolehi min skor yang tinggi berbanding kanak-kanak SL. Bagi
keputusan perbandingan lima item ujian MAND mengggunakan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
pula Hipotesis Nul (Ho) Ujian Kekuatan Genggaman Tangan diterima kerana keputusan
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian tersebut. Sebaliknya, bagi
Hipotesis Nul (Ho) Ujian Jari-Hidung-Jari, Ujian Lompatan, Ujian Jalan Tumit-Hujung Jari dan
Ujian Imbangan Satu Kaki pula ditolak kerana keputusan menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan terhadap ujian tersebut.

Purata skor kemahiran motor kasar kanak-kanak normal adalah lebih tinggi. Menurut
Mohd Sharani Ahmad (2006), kemahiran motor kasar kanak-kanak adalah kawalan tingkah laku
dan ransangan dengan persekitaran. Perkembangan motor banyak bergantung kepada
perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dengan tangan atau
kaki. Penyelidik mendapati tahap kemahiran motor kasar kanak-kanak normal lebih bagus
daripada kanak-kanak SL kerana mereka dapat memberikan tumpuan yang lebih bagus dalam
semua aktiviti dan mempunyai perkembangan otak, sensorimotor serta deria yang sangat baik
berbanding kanak-kanak SL. Semasa ujian dilaksanakan juga, tindak balas kanak-kanak normal
dengan persekitaran juga bagus kerana mereka berupaya memberikan fokus yang tinggi tanpa
menghiraukan gangguan sekeliling daripada rakan-rakan.
Selain itu, purata skor kemahiran motor kasar bagi kanak-kanak slowlearner (SL) pula
adalah lebih rendah kecuali bagi ujian kekuatan genggaman tangan kerana kanak-kanak SL
adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan motor (Jongmanns ,Smits-
Engelsman & Schoemaker, 2003). Messe (2001) berkata, mereka juga mempunyai masalah
dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat dalam ingatan, sukar
mengingati turutan proses dan laksana tugasan berturutan. Kanak-kanak SL ini juga mempunyai
daya ransangan dan daya pengamatan yang lemah atau rendah (Jamilia, 2005). Semasa
melakukan ujian, penyelidik melihat kanak-kanak SL kurang memberikan tumpuan dan fokus
terhadap aktiviti yang dilaksanakan, mempunyai masalah sosial-emosi iaitu suka mengganggu
rakan-rakan lain, dan sukar memahami arahan penyelidik.

Menurut Noor Yasmin (2012), dari segi fizikal, kanak-kanak SL adalah seperti kanak-
kanak normal tetapi berbeza dari segi kemahiran berfikir dan bertindak. Oleh yang demikian,
penyelidik merasakan kekuatan genggaman tangan kanak-kanak SL tiada perbezaan kerana
mereka melakukan aktiviti yang lebih kurang sama dengan kanak-kanak normal. Messe (2001)
pula berkata, keupayaan intelektual kanak-kanak slowlearner (SL) berada di tahap yang
sederhana kerana daya tumpuan kanak-kanak SL sangat lemah. Penyelidik mendapati ketika
kanak-kanak slowlearner (SL) menjalani ujian tersebut, mereka banyak memerlu dan
menggunakan daya tumpuan serta konsentrasi yang tinggi, koordinasi mata, keseimbangan tubuh
badan, dan pergerakan otot.

Oleh sebab itu, mereka sukar menerima dan memahami arahan dan pengkaji perlu
memberi arahan secara berulang kali supaya ia mudah difahami. Kanak-kanak SL juga
mempunyai daya ingatan atau memori jangkamasa yang pendek berbanding kanak-kanak
normal. Ini adalah kerana melalui pemerhatian pengkaji semasa ujian MAND dijalankan ke atas
subjek kanak-kanak SL, mereka dapat menerima arahan yang telah diberikan setelah diulang-
ulang. Walaubagaimanapun, apabila aktiviti tersebut dilaksanakan, mereka dapat melakukan
aktiviti tersebut mengikut arahan pada jangkamasa sekejap sahaja dan seterusnya lupa dengan
arahan yang telah diberikan. Sebagai contoh, pengkaji melihat kanak-kanak SL banyak
mempunyai masalah dalam Ujian Jari-Hidung-Jari dan Ujian Jalan Tumit-Hujung Jari kerana
ketika melalui ujian ini mereka perlu melakukan pergerakan motor kasar secara berturutan.
RUJUKAN

AKTA ORANG KURANG UPAYA. (2008). Dewan Negara 2008, Undang-Undang Malaysia
Akta 685. Kuala Lumpur: Percetakan Naskinal Malaysia Berhad.
Gallhue, L. D. dan Ozmun, T. J. (2006). Understanding Motor Development Infants,
Children, Adolescents, Adults. 5th Ed. New York: Mc Graw Hill Companies.
Gregory, V., Payne, & Isaacs, L. D. (2005). Human Motor Development: A Lifespan
Approach 8th Edition: Mc Graw Hill Companies
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak Untuk
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Haywood, K. M., & Getchell, N. (2005). Lifespan Motor Development. 4th ed. Champaign,
IL: Human Kinetics
Jamila K.A. Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn.Bhd.
Jongmanns, M.J., Smits-Engelsman, B.C.M., & Schoemaker, M. M. (2003). Consequences
of comorbidity of developmental coordination disorders and learning disabilities foe
severity and pattern of perpectual-motor dysfunction. Journal of Learning Disabilities,
36: 528-537.
Messe. (2001). HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Universiti Terbuka Malaysia.
Mohamad Bin Aman, Kasim Bin Abd. Majid. (2003). Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohad Anizu & Ernie Suliana. (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Motor Kasar
Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement Assessment
Battery for Chidren (MABC). Projek Sarjana Muda, UTM: Tidak Diterbitkan
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn.Bhd.
Habib, M. (2000). The Neurological Basic Of Developmental Dyslexia: Journal Of Neurology,
123, 2373-2399. Cognitive Neurology Laboratory.Department of Neurology: Canada.
Valli A/P Subramaniam. (2009). Prestasi Kemahiran Motor Kanak-Kanak Spastik
Menggunakan McCarron Assessment of Neuromuscular Development (MAND).Projek
Sarjana Muda, UTM: Tidak Diterbitkan.

Você também pode gostar