Você está na página 1de 1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Isu Yang Difokuskan :


Pengajaran hari ini diadakan untuk tahun 4 Bestari bagi Tajuk menyukat isipadu
cecair dengan menggunakan alat penyukat isi padu cecair tidak piawai. Murid-murid diajar
kemahiran menyukat isipadu air dengan menggunakan beberapa alat penyukat isipadu
seperti sudu,cawan, mangkuk dan botol. Murid berasa seronok dengan dengan aktiviti hand
on di kelas dan menunjukkan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan :

Kebisingan dan disiplin murid telah dapat ditangani semasa melakukan aktiviti.
Murid murid dapat mengikut dan mendengar arahan guru dengan betul. Aktiviti
eksperimen dapat dijalankan dalam keadaan terkawal, selamat dan bersih.

Kelemahan :

Murid masuk ke kelas 5 minit lambat dan ini akan menyebabkan aktiviti
pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan masa yang dirancang sebelum ini. Murid-murid
kurang yakin dan kurang berani untuk tampil ke hadapan untuk melakukan aktiviti.
Beberapa murid kurang faham dengan soalan-soalan yang diberi dalam lembaran kerja
pada fasa penutup. Masa yang diperuntukan untuk fasa aplikasi tidak mencukupi.

Cadangan penambahbaikan :

Saya perlu menjelaskan peraturan kelas sebelum menjalankan pengajaran dan


pembelajaran. Saya juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang menarik dan meningkat
keyakinan diri. Selepas memberi latihan atau soalan dalam lembaran kerja , saya perlu
menjelaskannya kepada murid-murid agar mereka memahami soalannya untuk menjawap.

Você também pode gostar