Você está na página 1de 5

CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM ANTARA KAUM DI MALAYSIA.

Isu perpaduan kaum merupakan satu isu yang tidak asing lagi dalam kalangan
masyarakat Malaysia dan perkara ini memerlukan usaha-usaha yang berterusan. Langkah-
langkah yang jitu dan proaktif perlu diambil dan tidak boleh dianggap remeh kerana perkara
ini boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan Negara. Sebagai warganegara, langkah-
langkah mewujudkan perpaduan antara kaum mestilah dipikul dan dijunjung bersama-sama
oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnahnya perpaduan dalam
kalangan masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif dan kesan buruk akan menimpa
masyarakat khususnya dan Negara secara amnya. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha
perlu diambil bagi memupuk dan menyemai perpaduan agar terus subur dalam kehidupan
masyarakat sekaligus untuk mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.
Aktiviti gotong-royong merupakan salah satu saluran, inisiatif dan peluang kepada
masyarakat di kawasan-kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu
sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai
dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang
boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan,
tanah perkuburan dan sebagainya. Aktiviti gotong-royong ini dapat meringankan dan
memudahkan kerja yang sukar dilakukan bak kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing.

Selain itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan
perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama oleh semua kaum. Amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran
serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh
diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan
sambutan perayaan sesuatu kaum, perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan
kepercayaan kaum lain secara tidak langsung akan wujud. Di samping itu, budaya ini dapat
mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.
Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu
menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa,
ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu
perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan
permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permainan bola keranjang, ping
pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola
keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja
dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki
dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan
dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa,
akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat
mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu
lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai
kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai
aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari
Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan
yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya.
Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri
sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi
duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-
lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.
Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah
demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan
kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini
dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek
kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2
April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-
etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.
Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta
formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima
iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan TunAbdullah Ahmad Badawi

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'.
Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari
1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang
demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di
negara ini. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan
tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
hormoni antara kaum di negara ini. Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan,
rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan
tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak
sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan


semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat
diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru
hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek
sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut,
guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan
mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek
kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat
perpaduan di peringkat sekolah.

Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat


kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami
peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah
tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang
dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri mereka. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah
menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat
diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan
mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan
perpaduan. Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-
royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan
hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin
kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi
antara jiran tetangga berlainan bangsa.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh
dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau
tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita
wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini. Dalam nada
yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini
yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku selama-lamanya.

HARAPAN SUPAYA PERPADUAN KAUM SENTIASA UTUH

Perpaduan dan keharmonian yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di Malaysia amat
dicemburui banyak pihak luar.Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat
Malaysia untuk terus memelihara keharmonian antara individu dan masyarakat berlainan
agama yang menjadi tunjang kepada kemakmuran yang telah lama wujud.Membina negara
Malaysia yang merdeka dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
bukanlah satu tugas yang mudah. Maka, saya ingin mengemukakan beberapa harapan agar
Malaysia kekal harmoni.

Pertama sekali, setiap kaum perlulah saling hormat menghormati antara satu sama
lain. segala-galanya terletak kepada perasaan saling hormat menghormati dan menerima
antara satu sama lain yang menjadi kunci utama untuk mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara harmoni dan pesat membangun. Apabila wujudnya toleransi antara setiap
kaum, maka mereka akan saling hormat menghormati sama ada dari segi bahasa,
pemakaian ataupun cara hidup. Maka tidak wujud perasaan iri hati atau cemburu antara
satu kaum dengan kaum yang lain kerana kita adalah satu kaum yang sama. Iaitu kaum
Malaysia. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan perlulah persatu
padu memastikan keamanan ini terus dinikmati dengan bersikap saling hormat
menghormatii.

Selain itu, kesederhanaan dalam amalan agama merupakan benteng paling utuh
dalam menjaga hubungan sesama rakyat Malaysia sekali gus membendung amalan
ekstremisme dalam mana-mana agama.Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita harus terus
bersikap sederhana dalam mengamalkan kepercayaan agama, selain menerima setiap
perbezaan dengan hati terbuka ke arah menyuburkan semangat perpaduan sejak sekian
lama.Marilah kita bersama-sama menghormati antara satu sama lain lantaran di dalam
sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, menghormati perbezaan agama menjadi
prasyarat untuk kehidupan yang lebih harmoni. Sama ada kita sedar atau tidak,
keharmonian hubungan antara kaum dan agama adalah nikmat paling berharga yang
dianugerahkan Tuhan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertuah ini.

Pada masa yang sama, adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya masih
ada rakyat yang mempunyai tanggapan bahawa tanggungjawab mewujudkan dan
mengekalkan perpaduan antara kaum hanya dipikul oleh kerajaan semata-mata. Sedangkan
semangat muhibah yang wujud di kalangan rakyat Malaysia perlu sentiasa dipelihara dan
diamalkan. Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita berkongsi masa depan dan hala tuju yang
sama. Selain itu, semangat saling memahami membolehkan rakyat menikmati bersama
segala kemajuan dan pembangunan yang dikecapi selama ini. Sehubungan itu kerajaan dan
rakyat secara keseluruhannya perlu bekerjasama bagi mengekal serta memperkukuhkan
perpaduan negara.

Você também pode gostar