Você está na página 1de 13

TEKS MC FOR HARI ANUGERAH

ACARA TEKS

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang kepada semua.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

KATA ALU- Yang Berbahagia En. Suhaimi bin Mat zain, Yang Dipertua PIBG
ALUAN Sekolah Kebangsaan Mak Lagam, Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad
bin Awang, Guru Besar SK Mak Lagam ,Yang Dihormati, Pn Dorotty
(Abe Li ) Looi, PK 1, Pn Minah binti Awang, PK HEM, En Ismail Atan, PK
Kokurikulum, En Yahya Husin, PK Petang, barisan guru yang disegani,
para ibu bapa seterusnya anak-anak didik yang dirahmati Allah
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan


limpah kurniaNYA dapatlah kita berkumpul bersama-sama dalam
majlis tahunan sekolah iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid-
murid kali yang ke-13 bagi sesi 2014.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Majlis pada hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah buat anak-
anak didik yang telah berusaha dengan gigih demi melakarkan
kejayaan buat ayahanda dan bonda tercinta. Sesungguhnya kejayaan
ini adalah hadiah yang sungguh bermakna buat kami, warga pendidik
SK Mak Lagam.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ustaz Khalid bin Muda bagi memimpin bacaan
BACAAN DOA doa sebagai pembuka majlis. Dengan segala hormat dipersilakan.

( YUS ) Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khalid atas bacaan doa sebentar
tadi. Mudah-mudahan majlis kita akan diberkati Allah.
Bagi meneruskan agenda majlis kita pada hari ini, majlis ingin
mempersilakan Ayahanda Guru Besar; Tuan Haji Mohammed bin
Awang untuk menyampaikan kata-kata azimat beliau pada majlis yang
berbahagia ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN BY
GURU BESAR Terima kasih diucapkan kepada ayahanda atas ucapan yang sungguh
bermakna itu tadi. Moga-moga ianya dapat menyuntik semangat anak-
( YUS ) anak didik untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En Suhaimi bin Mat Zin


selaku Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Mak
Lagam bagi sesi 2014. Sebelum itu, terimalah serangkap pantun dari
saya.
UCAPAN
PERASMIAN Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
( Abe Li ) Duhai tuan yang baik budi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Suhaimi bin Mat Zin
atas kesudian beliau untuk memberi ucapan dan sekaligus
merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Mak Lagam
2014. Terima kasih daun keladi, moga-moga tuan diberkati.

Majlis telah pun dirasmikan dengan sempurnanya oleh En Suhaimi bin


Mat Zin, YDP PIBG sebentar tadi. Sekarang majlis akan diserikan lagi
dengan persembahan pertama daripada murid-murid Sekolah
Kebangsaan Mak Lagam.
PERSEMBAHAN :
1 Untuk makluman semua, kita akan dihiburkan dengan persembahan
Medley Lagu medley lagu rakyat Terengganu daripada murid-murid tahun 4 Arif
Rakyat sebagai pembuka tirai. Tanpa melengahkan masa lagi, dipersilakan.
Terengganu
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 4 Arif atas
(Yus ) persembahan pembukaan yang cukup menghiburkan itu tadi.

PENYAMPAIAN Kini, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan oleh semua;


HADIAH penyampaian hadiah sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SK Mak
KECEMERLANGA Lagam untuk kali ke-13 bagi sesi 2014. Bagi menyempurnakan majlis
N AKADEMIK penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
( Pra Sekolah ) En Yahya Husin; PK Petang untuk tampil ke pentas. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Bagi kategori Pra Sekolah, dipersilakan adik ________________ ke pentas.


( Abe Li )
Penyampian sijil Murid-murid Pra Sekolah
( rujuk senarai penerima )

Sekarang kita beralih pula ke kategori Anugerah Linus tahun 1 dan 2.

Murid-murid Anugerah Linus

PENYAMPIAN ( rujuk senarai penerima )


HADIAH
KECEMERLANGA
N AKADEMIK Bagi kategori LINUS tahun satu, dipersilakan adik ____________________,
( LINUS ) seterusnya dijemput adik ____________________________,

( Yus) *ulang untuk Tahun 2 .

Seterusnya, kita beralih kepada kategori penerima anugerah


pemulihan terbaik.

Bagi kategori pemulihan terbaik tahun 1, dipersilakan adik


______________ , seterusnya dijemput adik _______________

Murid-murid Anugerah Pemulihan Terbaik

( rujuk senarai penerima )


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Yahya Husin, GPK
Petang atas kesudian beliau untuk memyampaikan hadiah kepada
murid-murid sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Majlis diserikan lagi dengan persembahan yang kedua pada hari ini
2: iaitu persembahan daripada murid-murid tahun 5 dengan tajuknya:
The Gummy The Gummy Bears. Dengan segala hormat dipersilakan.
Bears
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 5 atas
(Abe Li ) persembahan mereka itu tadi
Upacara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan kategori
Anugerah NILAM 2014 kepada murid-murid yang telah banyak
membaca sepanjang tahun 2014. Seramai 18 orang murid telah
terpilih untuk menerima hadiah Anugerah NILAM. Bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan En. Ismail Atan, PK Ko-kurikulum untuk
PENYAMPAIAN tampil ke pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
HADIAH
ANUGERAH Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan adik
NILAM __________________________ untuk menerima hadiah saguhati yang berupa
2014 sebuah kamus.

( Yus )

Seterusnya dipersilakan adik ______________________________selaku


pembaca kelima untuk menerima hadiah yang tidak kurang hebatnya
iaitu _____________________.

** ulang penerima keempat hingga kedua.

Manakala tokoh NILAM pada tahun 2014 disandang oleh adik


_________________________ untuk menerima hadiah ekslusif ini.
Dipersilakan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima tokoh
NILAM 2014 dan diharapkan agar murid-murid yang lain dapat
meneruskan budaya membaca sepanjang zaman.

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat sekalian,


CENDERAHATI Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada
PESERTA peserta pertandingan hafazan Al-Quran yang dianjurkan
PERTANDINGAN ______________________________. Peserta hafazan dikehendaki menghafal
HAFAZAN AL- surah
QURAN _________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
( Abe Li ) _________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Tanpa melengahkan masa dipersilakan adik ___________________ dari


kelas ____________________

Seterusnya dipersilakan adik ___________________________

Peserta hafazan Al-Quran


( rujuk senarai penerima )
Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kategori terbaik
keseluruhan murid-murid tahap 1 yang telah berjaya mendapat
pertama sehingga ke tempat ketiga.

PENYAMPAIAN ***Majlis penyampaian dimulakan dengan penerima hadiah daripada


HADIAH kelas 1 Arif. ( hanya dibaca untuk kelas 1 Arif sahaja )
KECEMERLANGA
N AKADEMIK Tempat pertama disandang oleh adik, ______________________________,
( Tahap 1 ) Manakala tempat kedua pula jatuh kepada adik ___________________,
Dan tempat ketiga disandang oleh adik __________________________,

(Yus ) Penerima hadiah yang seterusnya adalah murid-murid dari kelas


_____________________
*( ulang bagi kelas dan tahun berikutnya)

Murid-murid Cemerlang Akademik- Tahap 1


( rujuk senarai penerima )

Seterusnya, Majlis Hari Anugerah dimeriahkan lagi dengan cabutan


bertuah. Sesi cabutan bertuah akan dicabut oleh GPK Kokurikulum, En
CABUTAN Ismail Atan. Untuk makluman semua, En Ismail akan mencabut 5
BERTUAH 1 nombor bertuah pertama. Dipersilakan.

( Yus ) Based on the lucky draw

Sekalung penghargaan diucapkan kepada En Ismail Atan kerana telah


sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

Majlis penyampaian hadiah berehat seketika dan akan dimeriahkan


lagi dengan persembahan daripada murid-murid Pra Sekolah. Majlis
dengan sukacitanya memjemput murid-murid Pra Sekolah untuk
PERSEMBAHAN membuat persembahan. Dipersilakan.
3:
Pra Sekolah Terima kasih diucapkan kepada adik-adik pra sekolah itu tadi. Diharap
para hadirin telahpun terhibur dengan persembahan itu tadi. Untuk
( ABE LI ) makluman semua, persembahan itu tadi telah dibimbing oleh Pn
Hasfaizan dan Pn Wan Norliza.

Baiklah, seterusnya kita beralih pula pada acara penyampaian hadiah


bagi kategori terbaik keseluruhan murid-murid tahap 2 yang telah
berjaya mendapat pertama sehingga ke tempat ketiga. Dengan itu,
PENYAMPAIAN majlis menjemput Pn Doroty Looi; PK 1, untuk menyempurnakan
HADIAH majlis penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
KECEMERLANGA
N AKADEMIK
( Tahap 2 ) *Majlis penyampaian dimulakan dengan penerima hadiah daripada
kelas 4 Arif. ( hanya dibaca untuk kelas 4 Arif sahaja )

( yus ) Tempat pertama disandang oleh adik ______________________________,


Manakala tempat kedua pula jatuh kepada adik ___________________,
Dan tempat ketiga disandang oleh adik __________________________,

Penerima hadiah yang seterusnya adalah murid-murid dari kelas


_____________________ ( ulang bagi kelas dan tahun berikutnya)

Murid-murid Cemerlang Akademik- Tahap 2


( rujuk senarai penerima )

PERSEMBAHAN Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari murid tahun 3 dengan
4: tajuknya Thank you teacher. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Thank You
Teacher
( Abe Li ) Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun tiga atas
persembahan yang menarik itu tadi.
Baiklah, seterusnya kita beralih kepada penyampaian sijil kepada
pengawas sekolah yang telah banyak membantu para guru bagi
PENGHARGAAN melicinkan perjalanan sekolah. Dengan itu, majlis menjemput Pn
KEPIMPINAN Minah binti Awang, PK HEM bagi menyempurnakan penyampaian sijil
SEKOLAH kepada pengawas sekolah.

(Abe Li ) Penyampaian sijil pengawas, Pengawas Sekolah, pengawas


NILAM, dan PRS
( rujuk senarai penerima )

Seterusnya, upacara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan


penyampaian kepada ketua dan penolong ketua kelas mengikut tahun
PENYAMPAIAN masing-masing. Bagi kelas 1 Arif, dijemput adik _______________ untuk ke
CENDERAHATI pentas
KETUA DAN
PENOLONG *Ulang untuk semua tahun

( YUS ) Sijil Penghargaan Ketua & Penolong


( rujuk senarai penerima )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pn


Minah binti Awang, PK HEM atas kesudian beliau menyampaikan
cenderahati itu tadi.

PERSEMBAHAN Majlis dihiburkan lagi dengan persembahan dari murid tahun satu
5: bijak dengan lagunya yang bertajuk Guruku Tersayang. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
GURUKU
TERSAYANG Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun satu bijak.
(ABE LI )

Sekarang, kita beralih pula kepada anugerah bagi kategori Kehadiran


Penuh Ke Sekolah. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kehadiran ke
sekolah yang tertinggi dipungut sepanjang tahun ini. Pemilihan yang
dibuat merangkumi murid-murid tahap 1 dan 2.

PENYAMPAIAN
HADIAH Penerima pertama bagi anugerah kehadiran penuh disandang oleh
KEHADIRAN adik _____________dari kelas _______________. Seterusnya ________________
PENUH KE
SEKOLAH
Anugerah kehadiran penuh
( YUS ) ( rujuk senarai penerima )

PERSEMBAHAN Sebelum tirai dilabuhkan, terimalah persembahan terakhir dari murid


6: tahun 6 ARIF SK Mak Lagam. Majlis dengan segala hormatnya
NILAI ILMUMU mempersilakan.

( Yus )
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun enam Arif atas
persembahan yang sangat bermakna itu tadi. Untuk makluman semua,
persembahan itu tadi telah dibimbing oleh Pn. Nur Afiqah Samsudin.

Seterusnya, Majlis Hari Anugerah dimeriahkan lagi dengan cabutan


bertuah. Sesi cabutan bertuah akan dicabut oleh GPK HEM, Pn Minah
Awang. Untuk makluman semua, Pn Minah akan mencabut 5 nombor
CABUTAN bertuah kedua. Dipersilakan.
BERTUAH 2
Based on the lucky draw
(abe li )

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn Minah Awang kerana


telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.
Seterusnya saya umumkan penerima hadiah bagi m/pelajaran terbaik
tahun 4;
PENYAMPAIAN
HADIAH *Penerima hadiah bagi m/pelajaran Bahasa Melayu PEMAHAMAN
MATAPELAJARA ialah adik ______________ dari kelas _______________. Manakala penerima
N TERBAIK hadiah bagi m/pelajaran Bahasa Melayu PENULISAN adalah adik
( Tahap 2) _________ dari kelas ______________________

Anugerah m/pelajaran terbaik


( abe li )
( rujuk senarai penerima )

Seterusnya, Majlis Hari Anugerah dimeriahkan lagi dengan cabutan


bertuah. Sesi cabutan bertuah akan dicabut oleh PK 1 Pn. Dorothy.
CABUTAN Untuk makluman semua, Pn Dorothy akan mencabut 5 nombor
BERTUAH 3 bertuah kedua. Dipersilakan.

( yus) Based on the lucky draw

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn Nor Jamnah kerana telah


sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah


Khas Sahsiah Cemerlang. Bagi kategori ini, murid-murid dinilai
berdasarkan keperibadian dan akhlak mulia yang telah ditonjolkan
sepanjang masa di sekolah.

Tanpa melengahkan masa lagi majlis dengan sukacitanya menjemput


ANUGERAH ayahanda, Tuan Haji Mohammed bin Awang untuk menyampaikan
CEMERLANG cenderahati kepada murid yang telah berjaya. Dengan segala
SAHSIAH 2014 hormatnya dipersilakan.
( TAHAP 1&2 )
Anugerah sahsiah cemerlang murid lelaki tahap 1 telah disandang oleh
( abe li ) adik _______________________ dari kelas 3 _____________. Manakala anugerah
sahsiah cemerlang murid perempuan pula disandang oleh adik
_________________________ juga dari kelas 3_______________. Manakala
Anugerah sahsiah cemerlang tahap 2 telah disandang oleh adik
_________________ dari kelas 6 ___________. Manakala Anugerah Sahsiah
Cemerlang murid perempuan tahap 2 pula disandang oleh adik
___________________ juga dari kelas 6 __________.

Hadirin hadirat sekalian,


Majlis penyampian hadiah diteruskan lagi bagi kategori Cemerlang Ko-
Akademik bagi tahun 2014. Bagi kategori ini, 2 orang calon iaitu
seorang murid lelaki dan perempuan telah dinilai dari aspek
CEMERLANG KO- pencapaian ko-akademik yang cemerlang serta konsisten sepanjang
AKADEMIK tahun 2014.

( yus) Majlis penyampaian dimulakan dengan penerima hadiah


kecermerlangan ko-akademik bagi murid lelaki. Majlis sukacitanya
mempersilakan adik __________________________ dari kelas 6 ___________.
Seterusnya penerima anugerah kecemerlangan ko-akademik bagi
murid perempuan disandang oleh adik ___________________________ dari
kelas _________.

Majlis penyampaian hadiah diteruskan pula dengan kategori anugerah


CEMERLANG KO- kecemerlangan kokurikulum bagi tahun 2014. Bagi kategori ini, 2
KURIKULUM orang murid telah dipilih berdasarkan penglibatan yang aktif dalam
aktiviti kokurikulum yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah
mahupun pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman sepanjang
( abe li ) tahun 2014.

Majlis penyampaian dimulakan dengan penerima hadiah


kecermerlangan ko-kurikulum bagi murid lelaki. Majlis sukacitanya
mempersilakan adik __________________________ dari kelas 6 ___________.
Seterusnya penerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum bagi
murid perempuan disandang oleh adik _______________________________ dari
kelas 6 ____________.

Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kategori pelajar


PELAJAR harapan sukan dan permaian. Kategori ini diadakan bertujuan untuk
HARAPAN mengiktiraf bakat-bakat istimewa murid-murid SK Mak Lagam yang
SUKAN DAN berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang sukan dan permainan.
PERMAINAN
( Olahraga )
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Olahragawan SK Mak
( yus ) Lagam adik __________________________________ dari kelas
_____________________. Manakala gelaran olahragawati pula disandang
oleh adik ______________________dari kelas 6 ___________.

Tahniah dan syabas buat penerima hadiah itu tadi.

Seterusnya, Majlis Hari Anugerah dimeriahkan lagi dengan cabutan


bertuah. Sesi cabutan bertuah akan dicabut oleh ___________________ .
Untuk makluman semua, ____________________akan mencabut 5 nombor
CABUTAN bertuah kedua. Dipersilakan.
BERTUAH 4
Based on the lucky draw
(abe li )

Sekalung penghargaan diucapkan kepada


__________________________kerana telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah
kepada pemenang.

PERSEMBAHAN Kita berehat sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan yang
7: seterusnya. Tanpa melengahkan masa majlis mempersilakan murid-
SKETSA DAN murid tahun 2 tampil membuat persembahan sketsa dan lagu.
LAGU Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 2 atas


persembahan itu tadi.
(abe li )
Baiklah. Majlis diteruskan lagi dengan anugerah Tokoh Murid.
Pemilihan dibuat dalam kalangan murid tahun 6 berdasarkan
beberapa Kriteria seperti kecemerlangan akademik, akhlak dan
sahsiah, penglibatan dalam program sekolah dan juga keaktifan dalam
bidang kokurikulum.

TOKOH MURID Bagi anugerah tokoh murid SK Mak Lagam bagi sesi 2014, saya
bacakan dahulu serba sedikit latar belakang beliau.
(yus )
Biodata tokoh murid

Begitulah serba sedikit, latar belakang tokoh murid SK Mak Lagam


bagi sesi 2014.

Anugerah tokoh murid bagi sesi 2014 telah disandang oleh adik
___________________.

Majlis mengucapkan tahniah kepada adik ____________________ atas


penganugerahan tokoh murid sebentar tadi.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis ingin


PENYAMPAIAN menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan buat En
CENDERAHATI Suhaimi. . Dipersilakan.

(abe li ) Jutaan penghargaan buat En Suhaimi Mat Zain dan Tn Haji Mohammad
bin Awang atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.
Kini tibalah masa untuk kami melabuhkan tirai. Bagi pihak SK Mak
PENUTUP Lagam, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Suhaimi
di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa bersama-sama dengan
( yus ) warga guru, ibu bapa serta anak-anak yang dikasihi bagi memeriahkan
lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid-murid kali ke-13. terima
kasih daun keladi, moga-moga jumpa lagi .

Saya dan rakan setugas memohon maaf sekiranya terdapat sebarang


kesilapan sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sebelum saya
mengakhiri majlis ini, terimalah serangkap pantun dari saya;

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t


BIODATA TOKOH

Tokoh murid ini dilahirkan pada 9 Mac 2002, di Hospital Sultanah Nur
Zahirah, Kuala Terengganu. Anak sulong daripada 2 orang adik beradik.
Beliau mendapat mendidikan awal di
_________________________________________________________________ dan memulakan
persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Mak Lagam. Ibunya, Pn.
Yusnita Yusof merupakan pendorong utama beliau untuk Berjaya.
Tokoh murid ini meminati mata pelajaran _________________________________ ini
bercita-cita untuk menjadi seorang doctor pakar mata. Di masa
lapangnya, beliau gemar membaca. Beliau telah menyertai beberapa
aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti perkhemahan
unit beruniform, pertandingan smart English, pertandingan pidato
bahasa inggeris anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman( program
3K ) dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Di
sekolah, beliau menjawat jawatan pengawas sekolah.

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idolanya. Impian beliau adalah


untuk membantu keluarga terutama ibunya dan ingin menjadi manusia
yang berguna di dunia dan akhirat. Sesuai dengan pegangan hidupnya,
hidup bersusah payah di dunia tapi senang lenang di akhirat
TENTAFIT PROGRAM

BIL AGENDA PENYAMPAI STATUS


ANUGERAH
1 Ucapan aluan MC
Bacaan doa Ustaz Khalid
Ucapan Tn. Guru Besar TN. Hj Mohamed Awang
Ucapan perasmian YDP PIBG
Persembahan murid tahun 4
Penyampaian hadiah Pra sekolah Cg yahya
Penyampaian hadiah LINUS & PEMULIHAN
Persembahan murid tahun 5
Anugerah NILAM Cg Ismail
Hadiah hafazan Al-Quran
Anugerah kecemerlangan akademik tahap
1
Persembahan Pra
Penyampaian sijil pengawas Cg Minah
Anugerah kehadiran penuh
Cenderahati ketua & penolong kelas
Persembahan murid tahun 3
Anugerah kecemerlangan akademik tahap Cg Dorothy
2
Persembahan murid tahun 1
Penyampaian Anugerah Khas :
Cemerlang Sahsiah GB
Cemerlang ko akademik
Olahragawan & olahragawati
Persembahan murid tahun 2
Tokoh murid YDP
Persembahan murid tahun 6

Você também pode gostar