Você está na página 1de 2

KAI1023

ANALISIS KOKURIKULUM PRASEKOLAH

(E171KK7)

TUGASAN KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK T/TANGAN

NAMA PENSYARAH:
DR ABDUL HALIM BIN MASNAN
ABSTRAK

Taman Asuhan kanak-kanak dikenali sebagai TASKA merupakan mana-mana premis yang
menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun lebih daripada
satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.Program ini memberi perkhidmatan
kepada masyarakat luar bandar,bandar dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan
rendah dan miskin.TASKA menggunapakai kurikulum permata dalam melaksanakan program
pendidikan awal kanak-kanak.Tujuan TASKA adalah untuk mendidik kanak-kanak agar
mereka mampu bersosial dan berinteraksi diantara satu sama lain sama ada dengan kawan-
kawannya atau dengan orang dewasa disekelilingnya
Kurikulum Permata(KP)merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur budaya dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini.Kurikulum Permata telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek
perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak
dibawah umur 5 tahun.TASKA dan Kurikulum permata mempunyai konsep yang tersendiri
dalam pendidikan awal kanak-kanak.

PENGENALAN TASKA

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-kanak di
antara umur 0 hingga 4 tahun.TASKA menggunapakai kurikulum bersepadu dalam
melaksanakan Program Pendididikan Awal Kanak-kanak.Bagi cara pengajaran,TASKA telah
menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikanBELAJAR MELALUI
BERMAIN(Learning through play) bagi merangsang perkembangan personaliti dan
minda kanak-kanak.TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu
untuk bersosial dan berinteraksi diantara satu sama lain sama ada dengan kawan-kawannya
atau dengan orang dewasa disekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi.TASKA juga ingin
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah membina generasi cemerlang
di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

Você também pode gostar