Você está na página 1de 21

Kisah 1.

~ Ajar mama sembahyang... ~

Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku menanda buku latihan Matematik tahun 1. Pemilik
buku ni murid perempuan kecil molek,anak sulung. Bertudung,cantik sekali. Tapi murid agak
pendiam,cakap pun perlahan saja. Seakan berbisik.
Aku perasan ada beberapa soalan yang murid ni tak sempat jawab. Padahal aku bagi kerja rumah
sikit je pun.
"Kenapa tak siap ni? Senang je kan soalan ni?" Soalku lembut.
"Tak sempat la cikgu. Balik rumah dah malam,mandi,makan pastu dah tidur". Jawab murid tu
jujur.
"Waktu pagi kan ada. Kenapa tak siapkan waktu pagi je?" Aku masih memancing jawapan.
"Pagi saya pergi sekolah agama. Habis sekolah agama terus ke transit dan datang ke sekolah ni
pulak," balas murid.
"Tak penat ke pergi sekolah agama lagi,pastu sekolah ni pulak? Patutlah tak sempat siap,lain kali
cuba siapkan semasa awak baru sampai kat sekolah," saranku.
"Penat tu memang penat cikgu. Tapi mama saya suruh pergi sekolah agama. Suruh pandai
mengaji iqra', suruh belajar sembahyang. Nanti saya balik rumah, saya ajar mama sembahyang
dan mengaji pula cikgu," lancar jawapan murid tersebut walau perlahan.
Saat ni aku tersentak. Terkejut pun ada. Tidak pernah ku jangka anak seawal umur 7 tahun
dihantar ke sekolah agama supaya belajar sembahyang dan mengaji agar mamanya dapat
menumpang ilmu fardu ain.
Aku tidak bertanya lanjut. Tidak bertanya tentang papanya, tidak bertanya tentang gaya hidup
mereka. Aku bukan pengorek rahsia. Murid itu secara tak sengaja bercerita hal yang tidak
sepatutnya dia bagitahu. Namun aku respek mamanya, ajar anak bertudung litup dari tahun
1,hantar ke sekolah agama agar tidak menyesal sepertinya.
Benarlah,hidayah itu milik Allah. Adakala hidayah Allah terus ke sasaran. Tepat dan cepat.
Adakala hidayah tu Allah lencongkan seketika bila lihat hambanya lalai. Bila ada titik keinsafan
dan kesedaran, baru Allah kurniakan hidayahNya.
Rasanya mamanya dah pandai solat dan mengaji sekarang. Lagi pun asas fardu ain macam solat
dan mengaji senang je nak pelajari melalui youtube dan google. Berlambak bahan,cari je.
Lagipun anak sulung yang solehah setia membantu, pasti lagi cepat belajar.
Tahniah kakak, kakak anak solehah. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa jasa mama dan papa,cikgu
doakan kakak berjaya dunia akhirat. Doakan cikgu juga tau. :)
#MFS
Kisah 2.

~ Cuaca panas,air,murid dan aku. ~


Cuaca memang panas sekarang. Jadi bila masuk kelas,pasti ada murid angkat tangan minta izin
untuk minum air bagi menghilangkan dahaga. Perangai budak sekolah rendah ni,bila sorang
minta izin, lepas tu berduyun pakat angkat tangan nak minta izin juga.
Penat nak menjawab sorang demi sorang weh. Last-last aku bagi arahan "Siapa nak minum,
boleh minum sekarang. Cikgu bagi masa 3 minit untuk minum."
Tengok budak teguk air musim panas ni, dahaga la pulak aku rasa. Sorang murid lelaki perasan
aku perhatikan mereka minum.
"Cikgu tak haus ke? Nah,minum la air saya" katanya.
"Bak sini sini air awak. Terima kasih" balasku sambil tersenyum. Orang dahaga disua air,takkan
nak tolak kan?
Bila nampak aku minum air kawan mereka, bersusun datang depan bawak botol masing-masing.
"Cikgu, nah minum air saya pula."
Haha. Nak tergelak aku. Tapi rezeki takkan nak tolak kan? Budak,selamanya tetap budak. Jujur
dan ikhlas. Gembira mereka lihat aku minum air mereka walau hanya seteguk.
Hari tu tak payah makan nasi kat kantin. Kembung dengan air budak je. Dah macam-macam
jenis air bercampur dalam perut. Nasib tak sakit perut je. Huhu..
#MFS
Kisah 3

~ Sekelas jadi kucing. Haha... ~


Aku nak ajar tajuk baru, "Panjang" kat kelas tahun 3. Saje nak pekena murid,untuk set induksi,
aku bagitahu satu cerita.
"Awak nak dengar cerita tak?" Tanya aku.
"Nak cikgu,!!! Bergema kelas dengan sahutan semua murid. Mereka memang minat dengar aku
bercerita.
"Tapi cikgu kurang semangat la nak bercerita pada hari ni. Tapi demi awak semua, cikgu
gagahkan juga. Tapi bila cikgu berdiam diri,maknanya cikgu penat. Awak kena jerit 'Ya cikgu'
kuat-kuat baru cikgu bersemangat dan sambung cerita. Boleh?" Aku memberikan syarat kepada
murid.
"Boleh cikgu. Senang je syarat tu," sahut budak-budak.
"Dulu, cikgu ada seekor kucing," aku pun berdiam diri.
"Ya cikgu!!!" Lantang murid menjerit bila nampak aku buat muka penat.
"Kucing cikgu ni sangat comel. Pada suatu hari, kucing ini melangkah pergi. Mula-mula
selangkah. Kemudian dua langkah," aku membungkam lagi.
"Ya cikgu!!!" Jerit murid bagi menaikkan semangat aku.
" Kemudian selangkah lagi. Kemudian dah semeter jauhnya dari cikgu. Langkah demi
langkah,akhirnya dah 100 meter jauh dari cikgu," aku berdiam diri,memancing murid menjerit
lagi.
"Ya cikgu!!!" Jerit murid tanda faham aku memerlukan semangat mereka.
"Bila dah 1 kilometer kucing tersebut melangkah, kucing itu hilang dari pandangan. Cikgu rasa
sangat sedih lalu cikgu memanggil 'kucing-kucing.... Ooo kucing'," ujarku dengan suara sedih
kemudian mendiamkan diri lagi.
"Ya cikgu!!!" Sahut murid.
"Kucing-kucing... Ooo kucing" ulangku lagi dengan sedih dan diam lagi.
"Ya cikgu!!!" tanpa penat murid beri sokongan.
"Wah, ramainya kucing cikgu" kataku kemudian gelak besar. Murid yang cepat tangkap terus
berkata "jahat la cikgu ni. Main-main pulak kata kita ni kucing dia".
Murid yang masih terpinga-pinga tak faham dengan jujurnya bertanya "sambunglah lagi cikgu".
Makin kuat aku gelak. Kawan yang dah faham terus bagitahu yang aku sebenarnya mainkan
mereka. Pastu sekelas datang serang aku,marah-marah manja.
"Ok lah. Hari ni kita belajar tajuk 'Panjang'." Ujarku selepas penat gelakkan anak didik yang
jujur terkena dengan aku.
Comel sangat tengok anak-anak yang jujur menjadi kucing. Korang yang besar-besar jangan
main-main dengan aku. Sekelas pernah aku tukar menjadi kucing tau. Eh,korang nak dengar
cerita pasal kambing aku tak? Syaratnya kena jawab "Ya,cikgu" dengan semangat. Boleh?
Kehkehkeh
#MFS
Kisah 4

~ Hantu betul...~

Kena relief waktu seni hari ni. Hajat nak suruh budak-budak melukis tema "dasar lautan". Tapi
masuk je kelas tu,ramai la pulak tak ada kertas lukisan dan pensil warna. Aku bercadang nak
buat pertandikan quiz lelaki lawan perempuan je. Tapi semua murid minta aku bercerita. Nak
dengar cerita hantu katanya.
Aku pun layan je lah,lagipun terkawal sikit kelas kalau bercerita ni. Murid pakat bagi tumpuan
nak dengar,maka kelas akan sunyi sepi macam tanah perkuburan la. Aku duduk di kerusi depan
kelas,murid-murid pakat keliling aku. Siap duduk bersila atas lantai tak tahan tu semata-mata nak
dengar cerita.
Tengah khuyuk aku menggoreng cerita, tiba-tiba hidungku terbau bau busuk yang teramat.
"Hoi, siapa pulak lepas kentut bau macam bangkai ni?" Jerkahku terus bangun dan keluar ke
koridor mengambil udara segar. Melantun betul baunya.
Budak-budak yang berkumpul tadi abih bertempiaran lari sambil menutup hidung. Suasana tanah
perkuburan kelas aku terus bertukar menjadi suasana di pasar. Minta sangat nak dengar cerita
hantu, last-last mereka yang jadi hantu. Hantu betul. Terkena aku.
#MFS
Kisah 5

~ Tektik menge'pau' budak-budak ~

Mengepau duit kawan merupakan salah satu masalah setiap tahun kat sekolah rendah. Pergi la
sekolah mana pun,masalah ni pasti ada. Saban minggu mesti ada je aduan dari murid atau parent
duit anak mereka kena minta dengan kawan.
Selasa lepas baru settlekan satu kes pau tahun 2. Jumlah terkumpul yang di pau dari kawannya
mencecah rm33. Sehari pau orang tu singgit,orang ni singgit,lama-lama banyak la. Mak ayah dia
dah ganti dah lepas aku maklumkan anak mereka minta duit kawan sampai rm33. Yang aku
pelik,pengepau ni bukan badan besar dan nakal.
Jadi budak ni cukup mudah. Fikirannya yang mudah-mudah saja. Tektik mengepau pun mudah.
Bila aku tanya mangsa, kenapa bagi duit kat dia. Aku dah selalu sangat pesan, kalau kawan
minta duit,jangan bagi, sebaliknya bagitahu cikgu. Mangsa jawab "kalau tak bagi duit dia tak nak
kawan saya".
Hok aloh. Sebab tak nak hilang kawan sanggup bagi duit. Tinggi sungguh semangat setia kawan
budak-budak ni. Si mangsa tu bawa duit rm2 je sehari. Tukang pau bawa rm4.
Agak-agak kalau aku minta duit dengan korang dengan alasan yang sama, korang bagi ke tak?
#MFS
Kisah 6

~ Rajin sungguh mereka ni ~

Mengajar kelas aras bawah,ground floor. Kena pula mengajar waktu rehat murid tahun 1.
Beginilah kebiasaannya. Murid tahun 1 yang dah siap makan pakat datang menumpang ilmu
yang aku sampaikan.
Awal-awal dulu,setiap kali murid berkerumun luar kelas nak tengok aku mengajar,aku hambat
pergi kantin. Tapi bila fikirkan balik,kenapa perlu halau mereka sedangkan mereka tak
mengganggu. Selagimana tak buat bising dan tak mengganggu,aku biar saja mereka turut sama
belajar. Walau berdiri dari luar kelas.
Aku cuma pesan dua perkara,
"Yang mana belum makan, pergi makan dulu,nak datang tengok cikgu mengajar,lepas perut
kenyang"
"Siapa yang buat bising atau ganggu abang dan kakak awak belajar,memang cikgu tak bagi
datang dah".
Mereka boleh terima syarat aku,maka disitulah mereka. Menumpang belajar ilmu yang tak
mampu mereka hadam lagi. Huhu
Yang tak tahan,soalan aku ajukan kat murid Tahun 3,mereka yang kat luar kelas turut
mengangkat tangan sama. Acah-acah nak jawab juga. Tapi takpe,semangat untuk belajar itu ada.
Korang yang dah tua-tua ni malu sikit kat budak darjah 1. Rajin belajar meskipun waktu rehat.
Kita waktu kerja pun main, tak malu sungguh.
#MFS
Kisah 7

~ Aku dirotan murid.. ~

Masuk kelas 3 Murni macam biasa, nak ajar tajuk baru,Pecahan. Kelas jam 2:10-3:10, waktu
mentari tengah terik. Dengan fenomena el nino pulak,memang berpeluh-peluh la. Dah la kelas
tingkat 3, belum sampai ke kelas dah basah dah baju dengan peluh.
Masuk je kelas, aku mengeluh, "panaskan hari ni? Berpeluh-peluh dah cikgu".
Seorang murid menyahut
"Kalau cikgu panas, itu tandanya cikgu banyak dosa," bersahaja je jawab murid itu.
Terkesima. Terdiam tanpa sepatah kata. Jarang murid cakap apa-apa aku hanya terdiam. Terasa
bagai dirotan. Bukan kat tangan,bukan kat punggung, tapi kat muka. Bukan sekali, bagai dirotan
berkali-kali. Pedih tidak terkira. Padu!
Allah taala hantar budak je tegur aku. Suka sangat salahkan cuaca,jarang tengok salah sendiri.
Lepas ni aku janji pada diri taknak mengeluh lagi. Cukuplah, nanti dirotan lagi.
#MFS
Kisah 8

~ Agaknya mereka lupa ~

Stok air kat dewan habis, maka aku tolak la troli nak ambil stok baru. Tak ajak pun budak-budak
tu. Tapi bilamana mereka nampak aku menolak troli, semua pakat nak mengikut. Yang baru
keluar tandas pun turut sama mengikut.
Salah sorang murid memberi idea kepada kawannya, "kalau kita naik troli ni mesti best kan?".
Maka bermula la episod memujuk. Dan, aku tewas lagi.
Sampai tengah jalan, aku jerit dengan cemas, "eh, cikgu disiplin. Cepat turun! Nanti kena
marah," ujarku. Berterabur budak tu turun sampai ada yang tergolek-golek.
Aku gelak sakan melihat gelagat murid. Mata budak melilau mencari kelibat cikgu disiplin. Bila
mereka pasti aku saja je pekena mereka, semua pakat marah aku. Kemudian mereka naik lagi.
Aku pula teruskan tugas menolak mereka. Layan je la budak-budak ni. Dah nak naik sangat kan?
Takut benar budak-budak bila aku sebut nama cikgu disiplin. Mereka lupa agaknya, aku ni pun
guru disiplin. Berani pulak dengan aku. Hmmm...
#MFS
Kisah 9

~ Antara markah dan mama ~

Hari ni masih dalam mood menanda kertas. Maka aku usung la kertas peperiksaan ke kelas 3
Wawasan pula. Seperti biasa,murid berkenaan dipanggil,dibebel dan ditunjukkan markah yang
mereka dapat.
Reaksi murid paling banyak aku dapat ialah seperti berikut :-
"Yes. Dapat markah lebih 90. Mak aku janji nak beli hadiah."
" Nasib baik aku dapat A, kalau tak mati kena balun dengan umi aku."
"Ala, tak dapat A. Sepanjang cuti ni ibu aku tak bagi main gadjet la."
"Mati la aku. Rendah keputusan Maths aku ni. Balik rumah mesti kena tibai/marah dengan mama
ni."
Nampak tak persamaan disitu? Semua murid mention nama ibu/umi/mama mereka bila dapat
tahu result. Kenapa tiada seorang pun mention papa/abi/walid/ayah ni?
Samada ayah mereka tidak ambil kisah tentang keputusan anak mereka atau ayah mereka ambil
kisah, tapi tidak segarang ibu mereka.
Kaum adam ni biasa lebih 'cool' bila dapat tahu result anak tak tinggi mana. Jauh beza dengan
kaum ibu. Singa di rumah. Bukan setakat anak yang takut, kadang-kadang suami pun takut.
Tambah-tambah kalau emosi mereka tak stabil. Seram!
#MFS
Kisah 10

~ Cerita kertas periksa budak ~

Hari ni, aku menanda kertas periksa. Kertas 2 Matematik, kelas 3 Lazim. Aku akan panggil
murid berkenaan untuk lihat kertas mereka semasa aku tanda. Agar mereka dapat lihat kat mana
mereka buat salah. Senang sikit aku nak bebel kalau orangnya ada kat sebelah.
Murid lain pakat keliling,nak tengok sama aku tanda kertas rakan mereka. Satu demi satu kena
panggil. Sampai giliran sorang murid ni, dia ada buat salah soalan senang. Soalan tambah je pun.
Maka kena bebel lah dengan aku sama macam murid lain.
"Awak ni,soalan tambah pun boleh salah. Cuai la ni. Siap cepat tak nak semak semula!"
Marahku pada murid tersebut. Murid tu tunduk je sambil sengih-sengih. Tiba-tiba sorang budak
menyampuk,
"Alah, macam cikgu kecik-kecik dulu tak pernah buat salah soalan tambah," sinis dia perli aku.
Padu. Pedih. Tercabar. Tapi aku buat-buat cool sambil mencari ayat helah bela diri.
"Dulu cikgu dah pernah buat silap macam awak buat sekarang ni. Sebab tu cikgu marah awak.
Supaya awak tak buat salah macam cikgu. Cikgu nak awak jadi lebih bijak dari cikgu," jawabku
setelah dapat idea.
Masa tu,intonasi suara dah lembut dan slow dah. Tak marah-marah dah. Nak marah apa lagi, aku
yang kena perli ni. Nasib baik dapat jawab je. Hmmm,berani sungguh budak-budak zaman
sekarang ni. Cikgu pun kena perli.
#MFS
Kisah 11

~ Mati Terbakar ~

Hari ni ada latihan kebakaran. Murid tahun 2 dan 3 tak kalut sangat, sebab dah ada pengalaman
dari tahun-tahun lepas. Yang kalut ribut ni murid tahun 1. Terpinga-pinga mereka dengar loceng
yang panjang dan tiba-tiba semua diarah keluar kelas, beratur dan pergi ke tempat yang
ditetapkan.
Aku handle tapak perhimpunan lama, tempat berkumpulnya murid blok A dan B. Kelas pertama
sampai, kelas tahun 1. Kelas ni dekat je dengan tapak perhimpunan ni. Dua orang
murid perempuan terus menuju arahku. Ingat nak minta izin ke tandas tadi, rupanya ada soalan
ingin di tanya.
" Cikgu, kenapa hari ni loceng panjang sangat? Kenapa semua orang berkumpul di sini?" Tanya
murid tu ingin tahu.
"Oh, ini latihan kebakaran. Bila dengar loceng panjang macam tu,semua kena turun cepat-cepat,"
aku cuba menjelaskan sebaik mungkin.
"Oh, gitu. Murid semua dah turun dah cikgu. Tu, yang tekan loceng tu belum turun. Kalau betul
berlaku kebakaran, mesti orang tekan loceng tu mati dulu, kan cikgu?" Soal murid lagi.
" Orang yang tekan loceng tu rela bahayakan nyawa dia tekan loceng tau tak. Supaya nyawa
awak semua selamat, nyawa dia terancam pun dia masih tekan loceng," jawabku setelah lama
berfikir.
Payah jugak nak jawab soalan budak zaman sekarang ni. Panjang sangat akalnya, nasib baik aku
pun jenis kaki auta. Sempat fikir jawapan. Kalau kena kat korang, berpeluh jugak nak jawab
kan?
#MFS
Kisah 12

~ Aku dibuli murid ~

Masuk kelas 3 Murni, lepas bagi salam dan duduk, aku perhati 4-5 orang ni asyik bermain lagi.
Aku perhati dari jauh je. Oh,mereka main lawan osom. Tangan kanan bersalam, tangan kiri
osom. Siapa kalah kena tampar kat belakang tapak tangan.
Aku panggil mereka yang tengah ralit bermain, " meh sini yang dok main tu. Cikgu dah masuk
pun awak masih main lagi yer!" Kataku dengan tegas. Mereka semua patuh datang ke depan
walau riak wajah masing-masing dah pucat, takut aku hukum.
"Meh lawan cikgu pulak. Cikgu nak main jugak," kataku sambil tersengih-sengih. Hilang terus
pucat diwajah,berganti dengan ceria dan senyuman. Sekelas pakat kerumun tengok murid vs
cikgu. Semua pakat nak ambil bahagian. Masa aku menang, aku tampar slow je la, tapi bila
mereka menang, bersungguh mereka tampar tangan aku. Amboih! Balas dendam nampak!
Terkadang, kita tidak boleh terlalu 'strict' dengan budak-budak ni. Sesekali layan minat murid ni
penting sebenarnya. Luang masa 5 minit layan murid, 55 minit lagi murid akan setia melayan
dan mendengar celoteh kita dalam pengajaran.
Habis merah tangan aku dan bengkak. Nak sangat main. Kalah teruk aku. Padan muka aku.

#MFS
Kisah 13

~ Jangan tipu ~

Masuk kelas, baru je bagi salam dan minta murid duduk, tiba-tiba murid perempuan dihujung
sana datang ke meja kawan dia,sebelah meja guru. Aku perhati sahaja tanpa kata apa-apa.
"Awak, awak ambil warna merah kita kan? Mana? Pulangkan cepat," ujar murid tu.
"Mana ada awak, tadi kita kan warna kat meja awak, kita dah letak semula kat situ dah," balas
kawannya sedikit sedih.
"Awak, awak jangan tipu tau. Nanti berdosa. Nanti masuk 'mereka'," balas murid tu lagi.
Saat ini,aku tidak lagi mampu jadi pemerhati. Tak tahan nak bertanya, lalu aku menyampuk,
"Kalau tipu nanti jadi apa?" Soalku ingin kepastian dari murid.
"Kalau tipu nanti masuk 'mereka' la cikgu!" Keras dan yakin jawapan murid tu.
'Mereka' pun 'mereka' la nak.
#MFS
Kisah 14

~ Hah, kan dah kena ~

Kelas dah mula riuh. Petanda murid bosan tak tahu nak buat apa. Kertas soalan
seterusnya,lambat lagi. Nak harap murid baca buku dan ulangkaji tanpa dipaksa? Hanya mampu
berharap je la.
Tak boleh jadi ni, suruh diam hanya berkesan 5 saat je. Pastu bising balik. Otakku berputar ligat
mencari idea mengenakan murid. Tiba-tiba teringat tektik sahabat baik aku dulu kenakan murid
dia. Tektik ni aku belajar 10 tahun lepas, kat sekolah orang asli. Rasanya berkesan juga kat
sekolah bandar pun.
"Ok murid-murid, kita main satu aktiviti nak tak?" Soalku pada budak 3 Murni.
"Yeay!!! Nak cikgu," hampir serentak semua murid menjawab.
"Ok, semua murid angkat tangan kanan dan kiri lurus-lurus, tundukkan kepala, pusing kepala ke
kanan, tarik nafas 3 kali dalam-dalam," lancar aku memberi arahan. Murid mengikut tanpa soal
macam biasa.
"Sekarang, pusing kepala ke kiri pula, tarik nafas dalam-dalam 3 kali juga," aku memberi arahan
lagi. Seperti tadi,murid menurut dengan patuh. Tiada yang terkecuali. Nak main katakan,semua
ikut je la.
Kemudian aku gelak. Makin lama makin kuat. Murid kehairanan pastu bertanya,
"Cikgu,kita main apa ni? Kenapa cikgu gelak?"
"Korang ni pengotor betul la, ketiak sendiri pun korang cium, mesti melantun baunya kan?"
Terangkan lepas penat gelak.
"Jahat la cikgu ni. Patut tadi bau masam-masam," jawab murid sambil marah-marah manja. Aku
sambung gelak lagi.
Seronok betul pekena budak-budak ni. Korang yang baca ni pun mesti ada ikut arahan aku pastu
cium ketiak sendiri kan. Jangan tipu,tak baik.. Haha
#MFS
Kisah 15

~ Bila tahu kena berlagak, baru budak kagum ~

Hari ni exam Bahasa Arab. Kena jaga kelas 3 Teguh. Dah siap bagi soalan kat murid, awal-awal
aku pesan, "ini periksa. Tak boleh meniru dan cikgu pun tak boleh bagitahu jawapan." Padahal
aku risau budak tanya nanti aku tak tahu nak jawab. Aku bukan reti sangat Arab ni.
Tak dan 3 minit aku edar kertas, dah ada murid angkat tangan nak tanya soalan.
"Cikgu, Al-Asom tu apa cikgu?" Soal murid tu. Ah sudah. Baru je pesan jangan tanya dah tanya.
"Mana cikgu tengok," aku mencuba nasib. Mana la tau perkataan tu aku tahu.
: _____________________
Nah ambik, Al-Asom dibacanya. Dengan berlagak aku berkata, "kamu ni dah berapa lama dah
belajar Arab, Ismun pun baca Asom. Dah la tak tahu maksud Ismun. Ismun tu nama awak la,"
bebelku penuh lagak.
Mentang-mentang perkataan tu aku tahu, terus berlagak dengan budak-budak. Cuba diorang
tanya perkataan yang aku tak tahu, terus aku jawab,
"Mana boleh bertanya. Inikan peperiksaan. Itulah awak, kat rumah tak nak belajar. Datang exam
mula tak tahu nak buat apa!"
Nampak tak tektik mengelak nak jawab apa yang kita tak tahu? Kalau tahu kena jawab dengan
berlagak, baru murid kagum, "wah,hebatnya cikgu!"
#MFS
Kisah 16

~ Bagi kelas sebelah dengki ~

Sebelum rehat,waktu free. Murid takde paper nak jawab. Kira macam aktiviti bebas la. Aku
suruh murid ulangkaji, tapi tak dan 10 minit, kelas mula riuh. Dah ada yang datang ke depan
minta aku bercerita,buat kuiz dan main teka teki.
Aku tadah telinga,kelas sebelah sunyi betul. Macam tanah perkuburan. Mesti cikgunya garang
tak bagi murid bergerak. Tak pun cikgunya bagi aktiviti melukis atau mewarna kot. Tiba-tiba
terlintas idea jahat kat kepala aku.
Aku suruh semua murid duduk tempat. Lepas tu suruh mereka bagi tepukan gemuruh. Murid
menurut tanpa soal. Lepastu aku suruh jerit "Horrey" dan "Yeay" kuat-kuat. Kemudian tepuk
lagi. Ada seorang murid bertanya
"Kenapa cikgu suruh kami buat semua ni?"
"Saja je, cikgu nak bagi kelas sebelah dengki. Nanti mesti mereka tertanya-tanya apa yang kelas
kita buat sampai riuh gini. Kalau ada orang tanya, cakap 'rahsia' tau," balasku sambil tersenyum
jahat.
Seperti dijangka,waktu murid beratur nak rehat, ada dah murid kelas sebelah tanya murid kelas
aku "korang main apa meriah sangat tadi?" Soalnya ingin tahu. "Rahsia," balas budakku sambil
tersenyum.
Kalau korang berada kat kelas sebelah pun mesti dengki kan? Jangan bohong la.. Haha
#MFS
Kisah 17

~ Haru ~

Lepas rehat tadi,dapat relief tahun 1 lagi. Masa tu exam Bahasa Malaysia Penulisan. Maka
seperti biasa, aku bantu murid baca dan fahamkan kehendak soalan. Masuk soalan D, soalan
susun ayat menjadi ayat yang betul.
" 'abang.' 'leher' 'tali' 'Ini,' ayat ni salah. Kamu kena susun biar jadi ayat yang betul," terang aku
satu persatu.
"Cikgu, saya tiada abang," sahut seorang murid.
"Ya,cikgu tahu kamu tak ada abang. Tapi kamu kena susun ayat tu jadi ayat yang betul,"
jawabku menahan sabar.
"Cikgu,cikgu! Saya ada dua orang abang!" Jerit seorang murid dari belakang.
"Saya pun ada cikgu," sambung kawannya.
"Cikgu,sayalah abang," sahut lagi seorang.
Tiba-tiba seorang murid perempuan datang depan,cuit tangan aku. Ingan nak minta izin pergi
tandas. Perlahan je dia cakap, "cikgu, abang saya dah besar. Dah kerja pun," katanya tanpa rasa
bersalah.
Masa tu aku tengah pertimbangkan,nak bertukar menjadi Incridible Hulk atau Raksasa yang
kejam. Last-last aku bertukar menjadi Cikgu Fadli jugak.
"Ok,semua murid tutup kertas soalan. Jom,cikgu bagi masa 5 minit ceritakan tentang abang
kamu," ujarku sambil tersenyum.
Maka murid pun pakat cerita la perihal abang masing-masing dengan gembira. Pastu kami
sambung jawab soalan. Win-win situation kan? Murid gembira aku pun enjoy dengar cerita
mereka. :)
#MFS
Kisah 18

~ Baki kredit ~

Seorang sahabat guru bercerita.


Setiap sebulan atau dua,dia akan topupkan henpon ayahnya rm50. Senang orang tua tu nak call
anak or sesiapa. Henpon ayahnya,henpon biasa je. Ala, nokia yang harga rm60 tu,tapi bateri
tahan hampir seminggu. Bukan macam henpon kita,harga beribu,bateri tak sampai sehari.
Pada suatu hari, beliau balik kampung. Ambik henpon ayahnya dan check baki. Nak tau kot-kot
dah nazak dah baki kreditnya. Sekali check baki,kau tau ada berapa belen? Seribu lebih!
Rupanya adik beradik beliau yang lain pun selalu topupkan henpon ayah kesayangan mereka.
Tapi orang tua tu guna sekali sekala je,kadang tak habih rm10 sebulan pun.
Kalau korang pun jenis selalu topupkan henpon mak ayah korang, balik nanti cer check belen
mereka. Kot-kot dah sampai beribu jugak. Tapi kalau henpon korang pun minta mak ayah
topupkan, mohon meninggal.
#MFS
Kisah 19

~ Luar negara. ~

Tadi sambil-sambil murid buat kerja,murid kat depan meja guru bertanya,
"Cikgu,cikgu pernah pergi luar negara tak"
"Pernah," jawabku ringkas.
"Negara mana cikgu pernah pergi?," tanya murid tu lagi ingin tahu.
"Cikgu pernah pergi Mekah je. Lain-lain tempat cikgu tak pernah sampai lagi," jawabku.
"Bandung cikgu pernah pergi?," soalnya lagi.
"Tak,cikgu pergi Mekah je," jawabku sambil tersenyum.
"Australia pun cikgu tak pernah pergi ke?, soal murid tanpa putus asa.
"Tak, selain dari Mekah,cikgu tak pernah melancong ke mana-mana diluar negara," balasku lagi.
"Korea?," pendek soalannya,tapi menikam jiwa.
Saat ini,aku tidak tahu aku perlu menangis atau ketawa.
#MFS
Kisah 20

~ Surat cinta, cemburu dan airmata ~

Petang tadi, masuk kelas seperti biasa. Nak ajar PJK tahun 1. Hari ni nak main kat dewan sahaja,
nak main 'polis sentri'. Masuk je kelas, Farihah datang dan bagi surat ini. Katanya untuk aku.
Aku terima dengan senyuman sambil memuji cantiknya tulisan dia. Dia tersenyum girang.
Comel. Macam selalu. Kawannya Daniella melihat dari jauh. Lantas dia pun menulis juga satu
surat cinta untuk aku. Tulisannya cantik, tapi banyak salah ejaan. Budak tahun 1 katakan.
Bila dia serahkan surat cinta itu, si Farihah mula menangis. Bila ditanya mengapa, dia jawab
dalam tangisan,
" Saya tak nak Daniella bagi surat tu kat cikgu. Saya seorang je boleh."
Ah sudah. Cemburu la pulak. Tak sempat aku cakap apa-apa, dia ambil surat Daniella dari
tangan aku. Diramas-ramas kemudian buang dalam tong sampah. Wah, cemburu betul kalau
sampai tahap tu.
Daniella pula menangis bila surat cinta dia dibuang. Pulak dah. Dah dua orang pakat menangis.
Puas aku memujuk keduanya sambil nasihat kat Farihah, agar tidak lagi buat macam tu. Agar
tidak lagi cemburu.
"Cikgu sayang semua orang, bukan Farihah seorang je," ujarku sambil memujuk.
Setelah adegan pujuk memujuk selesai. Kami bergegas ke dewan. Nak main 'polis sentri' pula.
Bila diberi kumpulan, siapa polis siapa pencuri, Farihah menangis lagi. Rupanya dia tak nak
Daniella jadi polis juga.
Terpaksa la aku tukar Daniella jadi pencuri. Nasib baik Daniella bertolak ansur. Baik sangat dia
hari ni. Baru 5 minit permainan bermula, Farihah datang menangis lagi. Kawan polis dia lebih
awal tangkap Daniella, dia nak tangkap sendiri.
Maka, sekali lagi aku suruh kawan polis dia lepaskan Daniella. Suruh dia lari dan biar Farihah
yang tangkap. Baru kena dengan kehendak. Baru bermain dengan ceria dan gembira.
Bila waktu dah nak tamat, aku kumpulkan murid. Buat 'cooling down' dan suruh mereka minum
air yang dibawa. Masa tu, Violet Qaseh pula datang menangis. Air dia dah habis katanya. Aku
minta kawan dia yang ada air lebih kongsi dengan dia. Baru reda tangisan.
Fuhh. Banyak betul drama hari ini. Hari yang penuh dengan tangisan. Sampai aku pun rasa nak
menangis 'handle' kelas ni hari ni. Ada sesiapa nak pujuk? Huhu.
#MFS
Nukilan oleh :-

Mohd Fadli bin Mohamed Salleh,

Sk Taman Melawati (2),

Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

No telefon : 0139001210

Email :- xbgsx7@yahoo.com.my

Você também pode gostar