Você está na página 1de 18

PROGRAM

PENGSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA

PROPOSAL KAJIAN

TAJUK KAJIAN:
IMPAKS PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
DI LUAR BANDAR

NORZAMAN BIN ABU HASSAN


1121525
ABSTRAK :

Penggunaan internet yang semakin meluas bukan sahaja menguntungkan pelbagai pihak sebaliknya
mendatangkan kesan negatif yang melibatkan pelbagai lapisan dari awal remaja hinggalah ke
golongan dewasa. Pelbagai kajian yang dilakukan untuk melihat tahap ketagihan, punca dan kesan
dilakukan untuk mengenal pasti apakah wujud ketagihan internet yang digembar-gemburkan oleh
pelbagai pihak. Kajian ditumpukan kepada ketagihan media social yang kini menjadi kegilaan
pelbagai lapisan masyarakat sehingga mewujudkan impaks negative seperti penyebaran maklumat-
maklumat yang tidak mempunyai kesahihan, penyebaran soalan-soalan UPSR yang mendatangkan
kesan negatif bukan sahaja kepada pelajar-pelajar sebaliknya kepada kewangan dan kredibiliti guru
dan juga lembaga peperiksaan. Ketagihan ini juga akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah,
pelecehan terhadap kaum, pelecehan terhadap maruah dan keperibadian seseorang, penyebaran
maklumat yang kurang tepat malah hingga perlecehan terhadap institusi beraja dan juga
pemerintahan kerajaan. Secara keseluruhannya, biarpun tahap ketagihan media social amat rendah di
kalangan pelajar sekolah namun ianya wujud dan bakal mencetuskan fenomena di luar jangkaan
suatu masa kelak. Pelajar dewasa ini berada dalam era teknologi canggih dan mereka terdedah
dengan ini pelbagai impaks negatif yang bakal mencernakan satu keperibadian buruk dan tidak
terkawal. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana keterlibatan pelajar awal remaja terutama
sekolah rendah dalam ketagihan media sosial

Kata kunci: ketagihan, internet, media social, remaja, impaks

1.0 PENGENALAN

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung
tanpa sempadan dan batasan. Dasar langit terbuka membawa dunia ke dalam diri individu
dengan ketukan hujung jari pada peranti yang digunakan. Ledakan teknologi maklumat kini
membawa perubahan besar dalam diri individu serta membawa impaks yang besar kepada
masyarakat dan negara. Penggunaan telefon pintar kini memudahkan internet diakses di mana
sahaja selagi isyarat telekomunikasi boleh dicapai berbanding dahulu menggunakan computer
sebagai peranti. Ini menjadi penyumbang kepada penggunaan internet yang lebih meluas.
Peluasan perkhidmatan internet tanpa wayar juga menyumbang kepada penggunaan.
Seperti yang kita maklum, antara yang menjadi kegilaan dalam melayari internet adalah media
social dan antara yang menjadi pilihan adalah Facebook, Tweeter, Whatapps, WChat dan
pelbagai lagi. Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29
tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia
internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari.

Kadar penggunaan harga internet yang semakin menurun dari tahun ke tahun membawa kepada
peningkatan pengguna yang drastic. Internet boleh dilanggan serendah RM3.00 sehari dan para
pelajar sanggup menabung untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Berdasarkan statistik Majlis
Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di
Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling
popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan
Salian, 2010).

Pelajar sekolah lebih tertarik kepada permainan, chatting, memuat turun klip video lagu dan
sebagainya. Cyber caf, kawasan internet tanpa wayar menjadi pusat untuk mereka melepak sambil
mendapatkan perkhidmatan internet. Dan fenomena terbaru yang dapat dikesan adalah berlaku
kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan. Ini jelas kita lihat sekali lalu di restoran-restoran. Ahli
keluarga terlau terlibat dengan aktiviti melayari internet dari berbual dengan ahli keluarga pada
waktu makan. Dan tidak dinafikan berlakunya kemalangan maut yang berpunca dari penggunaan
telefon bimbit dan melayari internet sewaktu memandu.

Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone,
ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet
juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada
2012.

Latar Belakang Kajian

Kajian ini akan menumpukan kepada 3 bahagian iaitu punca remaja tertarik dengan kecanggihan
permainan dari internet, media social dan pelbagai perkara yang ditawarkan di internet. Kajian
terhadap media social yang diminati dari aspek sebab, keistemewaan serta peringkat ketiga pula
adalah untuk melihat impaks terhadap penggunaan yang terlampau oleh golongan remaja.

Berdasarkan kajian terdahulu yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Mulmedia dan Komunikasi
Malaysia menyatakan bahawa 41.7 peratus daripada golongan belia adalah mereka yang terlalu
taksub dengan penggunaan internet. Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan
itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya
tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

Dalam dunia tanpa sempadan, peranan media dalam menyebar dan menyampaikan
maklumat dan pendidikan kepada masyarakat menjadi semakin penting. Boleh dikatakan bahawa
setiap rumah dari berbagai lapisan masyarakat boleh mempunyai kemudahan audio-video seperti
radio, televisyen, vcd/dvd dan komputer. Kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Telekom
Malaysia, Jaring, TMNet dan pelbagai penyedia rangkaian komunikasi telah menambahkan
peranan media, khususnya media elektronik, di dalam masyarakat. Internet kini telah menjadi
salah satu sumber utama maklumat dan jumlah penggunanya juga semakin meningkat dengan
adanya pelbagai kemudahan internet yang ditawarkan seperti cyber caf dan pre-paid internet,
serta didokong oleh harga komputer yang agak murah dan mudah diperolehi di negara kita.

Kini dengan harga serendah RM 100.00, pelajar-pelajar mampu memiliki telefon yang
mampu digunakan untuk melayari internet dan menjadi penagih kepada pelbagai program social
seperti What Apps, We Chat, Telegram dan sebagainya. Dunia semakin sempit dengan wujudnya
pelbagai laman social ini. Namun begitu, kemudahan internet ini pada masa masih tidak dapat
lagi mengantikan peranan media massa yang telah lama bertapak dan terus ampuh wujud iaitu
televisyen, radio dan media cetak. Malah jika perhatikan jumlah siaran televisyen, radio dan juga
jenis majalah-majalah semakin bertambah jika dibanding dengan kedudukannya dalam tempoh
sepuluh tahun lalu.

Dalam membincangkan pengaruh media terhadap perkembangan akhlak pelajar, kita


perlu melihat beberapa kajian dan juga perbincangan yang telah dijalankan oleh ramai tokoh
pendidikan di luar dan dalam negara tentang isu ini. Kebanjiran VCD, DVD, satelit tv dan
pelbagai program dan rancangan televisyen dalam pasaran di serata negara-negara Islam telah
menimbulkan pelbagai masalah di kalangan generasi muda Islam mereka. Larking (1996) telah
membincangkan bagaimana media massa, khususunya televisyen, telah mempengaruhi
perkembangan kehidupan seorang pelajar. Pada padangan beliau:
Along with the home video, television can lull the viewer into a passive reception on ideas under
the guise of being entertained.

Malah, fungsi semulajadi dan matlamat televisyen untuk memberi hiburan menyebabkan
program-program yang dijalankan perlu berbentuk hiburan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Larking (1996): Televisions task is to entertain and even when it is seeking to inform, it must
be done in an entertaining manner. Selain itu, menurut beliau, televisyen boleh menjadi
modern day idolatry di dalam rumah dan menjadi ancaman kepada pegangan agama jika
penggunaan secara melampau dan tidak dikawal. Larking juga menegaskan bahawa
penyalahgunaan televisyen boleh memberi kesan negatif kepada generasi muda kerana ia boleh
menyimpangkan mereka daripada realiti kehidupan yang sebenar dan dan menjadi hamba
kepada televisyen. Menurut beliau:

television image promises to insulate our lives from reality by entertaining us. The
television image can rob young people of their time, and bring them into bondage to itself.

Jika melihat kenyataan Larking secara sambil lalu memang tidak dapat dinafikan bahawa
rangkaian social tidak dapat menandingi kehebatan televisyen dan radio. Tetapi fenomena yang
berlaku sejak akhir-akhir ini amat meragukan kenyataan Larking. Remaja kini lebih menyukai
rangkaian social yang lebih menjurus ke arah penglibatan individu berbanding televiyen yang
lebih memperlihatkan rekayasa penulis mahu penerbit.

Satu kajian dijalankan di England dan Wales yang melibatkan 20,968 pelajar tahun
sembilan dan sepuluh menunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara menonton
televisyen dengan perkembangan sosio-psikologi remaja (Francis 1997). Pelajar yang
dikategorikan sebagai ketagih menonton televisyen menghadapi berbagai masalah sosio-
psikologi yang lebih seperti kesedaran diri yang rendah, kerisauan dalam hubungan, kurang
menerima perhatian dari keluarga, kurang berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap
keyakinan agama dan lebih percaya kepada perkata tahyul dan masalah dalam gejala sex dan
keganasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini
menunjukkan media khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak
langsung dalam perkembangan diri dan akhlak remaja. Selain itu soft pornography juga telah
dipromosikan secara meluas tidak langsung melalui program-program hiburan, tarian, nyanyian
mengasyikkan yang ditayangkan dalam beberapa saluran televisyen seperti RTM2,, TV8, TV9,
Mega TV dan MTV.

Kehadiran media social menambah keparahan kepada keruntuhan akhlak remaja dan
menambah perangkaan kepada pelbagai kejadian jenayah dan sebagainya. Penyebaran pelbagai
bentuk bahan berbaur lucah kini seolah-olah menjadi satu trend. Kebanggaan golongan remaja
untuk memperlihatkan kehebatan mereka membuatkan mereka lupa bahawa perbuatan yang
dilakukan itu menjuruskan mereka ke kancah jenayah siber dan criminal.

Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti pengaruh media elektronik
terhadap keruntuhan akhlak pelajar. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah
seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti impaks penggunaan laman social terhadap pelajar di luar bandar
2. Untuk melihat sejauh mana hubungan media elektronik dalam menyumbang kepada
keruntuhan akhlak dan merosot hubungan social antara pelajar dengan ibubapa dan rakan sebaya
3. Untuk mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap masalah akhlak di kalangan
Pelajar dan sejauh mana perkara ini memburukkan fenomena masa kini

Kepentingan Kajian
Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh
seluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa
kepentingan iaitu :

1. Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian


Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi
rancangan yang akan di tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama
bagi golongan remaja.
2. Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak
ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak
mereka.
3. Kajian ini juga diharap dapat membantu pihak bertanggung jawab mencari cara mengatasi
impaks negatif hasil dari ketagihan penggunaan internet yang semakin melampaui batasnya..

Faktor Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar

Kajian yang dilakukan mendapati bahawa remaja di negara kita cenderung menggunakan
atau menyertai sesuatu rangkaian social seperti Facebook, Tweeter, Whap Apss dan sebagainya
kerana mempunyai perasaan memiliki ( sense of belonging) yang kuat (Jens Olav Bjornson,
dalam Adham Shadan (2010. Menurut Ketua Penyelidikan Pasaran dan Pandangan Pelanggan
TRICAP, Sheena Lim (dalam Adham Shadan. 2010), terdapat kesedaran yang semakin
meningkat terhadap penggunaan blog di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut data yang
diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S)
blogger.com tercatat tempat kelima tertinggi antara 100 laman yang paling populari dilayari oleh
pengguna Internet di Malaysia.

Menurut Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA, Rozinah Jamaludin (2007), pelajar


sekolah sering terlibat dalam isu ketagihan Internet. Hal ini disebabkan oleh tiada disiplin diri
dalam diri pelajar. Pengurusan masa yang tidak teratur dan tiada kawalan daripada keluarga atau
orang lain yang lebih dewasa merupakan faktor remaja terlibat dalam kegiatan Internet yang
berlebihan.
Di samping itu, factor ekonomi keluarga waktu kini memperlihatkan tahap kemampuan
setiap keluarga memungkin pemilikan computer peribadi, Ipad dan sebagainya yang
disambungkan dengan rangkaian internet.

Penggunaan bahasa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar sekolah untuk
mengakses Internet. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan terdapat 2 per 3 daripada
17 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia juga
digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15
peratus daripada pengguna Internet Singapura. Pengguna Internet di Brunei juga turut
menambahkan kepada statistik penggunaan Bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna
Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna Internet
(Irfan Khairi 2010).

Peraturan Penggunaan Alat Komunikasi Di Sekolah

Secara dasarnya tidak ada ketetapan yang dibuat untuk melarang penggunaan alat komunikasi di
sekolah-sekolah dikeluarkan oelah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia setakat waktu ini.
Namun satu ketetapan yang diambil melarang penggunaan telefon sewaktu sessi Pengajaran dan
Pembelajaran berlangsung kerana perkara tersebut boleh mendatangkan gangguan kepada sesi
PDP. Terdapat beberapa sekolah yang menggunakan Persatuan Ibu dan Guru sebagai platform
untuk membolehkan penggunaan, membawa dan menyimpan alat komunikasi diperbolehkan atas
dasar kemudahan perhubungan untuk ibubapa dengan anak-anak mereka sewaktu kecemasan dan
sebagainya. Setakat masa kini, perkara tersebut tidak menjadi halangan.

Namun yang menjadi masalah terpencil dengan penggunaan, penyimpanan dan kebenaran
membawa alat komunikasi ini adalah meningkatnya kes kehilangan atau kecurian alat,
penghantaran maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara
ibubapa, pihak luar dengan pihak sekolah serta berlakunya perbuatan merakam adegan-adegan
buli, seks dan sebagainya. Walaupun kes-kes tersebut terpencil tetapi harus dipandang serius
oleh pihak yang terlibat. Tidak dinafikan bahawa remaja yang berada di sekolah kadang kala
memiliki naluri ingin memiliki, ingin mencuba dan ingin menjadi tumpuan (hot spot) terhadap
apa yang mereka lakukan. Tahap pemikiran mereka tidak berfungsi secara tinbal balik. Mereka
hanya berfikir secara selorong tanpa mengkaji kesan buruk dan baik perbuatan mereka. Justru itu
terdapat beberapa sekolah yang menentang atau mengharamkan sama sekali penggunaan alat
komunikasi di sekolah.

Impaks Penggunaan Laman Media Sosial Di Sekolah/Di kalangan Pelajar

a. Saya suka memetik tulisan yang dinyatakan oleh Larking (1996):


Televisions task is to entertain and even when it is seeking to inform, it must be done
in an entertaining manner.
Selain itu, menurut beliau, televisyen boleh menjadi modern day idolatry di dalam rumah
dan menjadi ancaman kepada pegangan agama jika penggunaan secara melampau dan tidak
dikawal. Larking juga menegaskan bahawa penyalahgunaan televisyen boleh memberi kesan
negatif kepada generasi muda kerana ia boleh menyimpangkan mereka daripada realiti
kehidupan yang sebenar dan dan menjadi hamba kepada televisyen. Menurut beliau:

television image promises to insulate our lives from reality by entertaining us. The
television image can rob young people of their time, and bring them into bondage to itself.

Walaupun Larking menulis tentang peranan televisyen, sayugia diingatkan juga bahawa alat
komunikasi waktu kini mempunyai fungsi melebihi fungsi televisyen. Jika televisyen hanya
mampu berinteraksi secara sehala, alat komunikasi dan media social mempunyai pelbagai fungsi
yang lebih canggih.

Jelas kepada kita remaja yang mempunyai sifat ingin mencuba. Tidak pelik jika melihat jumlah
penggunaan laman blog yang dikendalikan oleh beberapa pihak seperti blogger.com mengalami
peningkatan penggunaan yang mendadak. Menurut Ketua Penyelidikan Pasaran dan
Pandangan Pelanggan TRICAP, Sheena Lim (dalam Adham Shadan. 2010), terdapat
kesedaran yang semakin meningkat terhadap penggunaan blog di kalangan rakyat Malaysia.

Pelajar seawal usia 13 tahun telah mempunyai blog sendiri yang digunakan untuk berkongsi
kisah peribadi atau pengalaman mereka. Malangnya, terdapat remaja yang lebih mahir
menggunakan perisian menjadikan bahan-bahan lucah sebagai bahan pengisian dalam blog dan
mempunyai jutaan peminat. Bermula dari sinilah, berlakunya kes rogol, cabul, buli dan
sebagainya.

b.Penggunaan internet amnya dan media social mencuri masa pelajar tanpa di sedari oleh
mereka. Menurut Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA, Rozinah Jamaludin (2007), pelajar
sekolah sering terlibat dalam isu ketagihan Internet. Hal ini disebabkan oleh tiada disiplin
diri dalam diri pelajar. Pengurusan masa yang tidak teratur dan tiada kawalan daripada keluarga
atau orang lain yang lebih dewasa merupakan faktor remaja terlibat dalam kegiatan Internet yang
berlebihan.
Impaks yang boleh kita lihat, penurunan kualiti pelajar dalam usaha menumpukan perhatian
kepada pelajaran berbanding media social. Mereka lebih tertarik menjawab pertanyaan-
pertanyaan, menyertai perbualan di media social berbanding menyiapkan diri untuk akademik.
Dan sewaktu perkara ini melarat dan menyebabkan pelajar dihukum atau didenda di sekolah,
impaks negative muncul dan menambah kekeruhan masalah. Ibubapa tanpa usul periksa
menyalahkan pihak sekolah kerana kegagalan anak mereka tanpa menyelami permasalahan.
Kebimbangan (anxiety) ibubapa terhadap kegagalan anak mereka dalam akademik lebih penting
dari menyelami punca masalah yang menyebabkan berlakunya kegagalan.

b.Penyebaran video lucah di kalangan pelajar kini menular hingga ke peringkat pelajar sekolah.
Sedar atau tidak negara kita digegarkan dengan penyebaran video-video lucah yang pelakunya
adalah rakyat negara mereka. Jika pada peringkat awal, penggambaran dilakukan secara
sembunyi atau rahsia. Hanya pihak lelaki yang mengetahui apa yang dilakukan. Namun akhir-
akhir ini, kedua-dua pelaku berasa bangga merakam adegan seks yang dilakukan dan kemudian
dimuat naik ke laman media social seterusnya menjadi viral dengan jutaan peminat (follower).
Malangnya terdapat setengah-setengah pihak yang mengaut keuntungan dengan menjadikan
video-video ini sebagai bahan jualan dalam bentuk kompilasi vcd atau dvd dan dijual secara
meluas.

c.Pengetahuan tentang seks menjadi semakin canggih di kalangan pelajar sekolah terutama di
peringkat sekolah menengah. Tidak hairan jika hari ini jumlah peningkatan kes pembuangan bayi
mendadak berlaku. Dari pelajar sekolah hinggalah ke peringkat university mahupun kolej.
Malangnya, mangsa yang didakwa adalah golongan wanita manakala pelaku lelakinya mungkis
bebas dan bersikap lepas tangan. Jumah peningkatan anak tidak sah taraf juga menjadi semakin
menaik dan penyumbang terbesarnya adalah golongan pelajar yang terpengaruh dengan apa yang
mereka tonton di media massa.

Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008 mencatatkan lebih
257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata 2,500
kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Pecahan kes
kelahiran luar nikah mengikut negeri antara tahun 2000 hingga 2008 menunjukkan 70,430 anak
luar nikah didaftarkan. Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Ini
diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108) berbanding
Sarawak (617) manakala Terengganu 574 orang saja. Pendaftaran mengikut etnik pula
menunjukkan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak paling tinggi iaitu 20,949 orang bayi,
India 19,581 dan Cina 18,111. Pecahan mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085 Hindu,
17,236 Buddha dan Kristian 3,395 orang (Portal berita UKM, Jun 2010).

Pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia menyatakan bahawa:


Punca peningkatan jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi
disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam internet boleh dicapai dan
mudah untuk disebarkan (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010)

Beberapa respoden yang ditemui menyatakan mereka memeperolehi pelbagai bahan berbentuk
lucah dari beberapa sumber antaranya:

Sebaliknya responden A pula menyatakan bahawa rakan sebaya juga sering bercerita dan bertukar
pandangan mengenai aktiviti seks yang menyebabkan responden ingin tahu perkara tersebut.
Manakala bagi responden B dan responden C pula adalah seperti berikut:

... ada juga kadang main tukar CD dengan kawan ... kawan beli CD seks dan tukar-tukar dengan
saya.

Sejak umur 12 tahun, saya mula kenal kawan-kawan... keluar bersama ... mereka ajak tengok
video semua...mula masuk menengah lah ... duduk asrama ... ramai kawan bercerita benda tu lah.
Sebahagian responden juga menggunakan laman sesawang untuk akses gambar porno dan lain-lain
bahan lucah. Kebanyakan remaja leka bersembang (chatting) di laman facebook, twiter, myspace dan
sebagainya mengenai hubungan seksual dan bahan lucah. Menurut responden B bahawa:

... dapat dari internet ... akak buka kedai komputer...lepas tu saya selalu pergi dan search benda
tu lah.

d.Kewujudan rangkaian World Wide Web membolehkan organisasi atau individu memaparkan
pelbagai bahan sama ada berbentuk positif mahupun negative. Namun ia bergantung kepada cara
dan bentuk penggunaan yang dilakukan.

Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang
maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan
membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Contohnya, pengeboman di bandar
Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui Internet (Meyer, 1999).

Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial
terutamanya jenayah. Che Wan Badrul Alias (2010), menyatakan laman web seks dan ponografi
kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang
kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang 2009. Rangkaian Internet boleh juga
menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Merujuk kepada pengalaman Singapura,
pada tahun 1999, lima gadis dan seorang wanita telah dirogol oleh kawan yang mereka kenali
melalui Internet atau telefon.

Masalah ini tidak berakhir di hadapan computer, telefon atau sebagainya. Sebaliknya
pelbagai perkara yang tidak kita jangkakan menjadi Viral di laman-laman seperti UTube dan
sebagai. Yang menariknya, penyebaran bahan seperti buli oleh pelajar senior diperlihatkan tidak
dilakukan sepenuhnya. Sebaliknya hanya sebahagian video yang disebarkan oleh pihak tidak
bertanggung jawab.
Menurut kajian yang djalankan oleh Johari Hassan & Raja Shahrina Raja Abdul Rashid
Dalam kajian bertajuk Ketagihan Penggunaan Internet Di Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan
4 Di Bandaraya Johor Bahru beliau menyenaraikan dapatan beliau seperti berikut:
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Meneliti impaks penggunaan media social yang tidak terkawal kabanyakan bermula dengan
masalah perhubungan dengan ibu bapa di mana remaja lebih banyak bergaul dan menghabiskan
masa bersama kawan-kawan berbanding ibu bapa. Lingkungan umur remaja ialah 13 hingga 17
tahun terlibat dalam hamil luar nikah. Pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka terlibat
dalam hamil luar nikah. Rakan sebaya juga dijadikan tempat mengadu dan menghilangkan
tekanan menggantikan ibu bapa. Persekitaran tempat tinggal remaja juga menyebabkan mereka
mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Hampir semua responden tinggal di kawasan
flat perumahan PPR. Dari aspek gaya keibubapaan mendapati bahawa kurang pengawasan,
kurang kawalan, aktiviti harian anak-anak amat bebas dan kurang mendidik anak dalam aspek
keagamaan. Bahkan kesibukan ibu bapa dalam mengejar harta dunia, kurang komunikasi dengan
anak-anak dan jarang berada di rumah serta kurang sokongan sosial merupakan antara punca
kehamilan luar nikah.

Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui kajian ini untuk membantu pihak yang
berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar nikah semakin berleluasa dalam kalangan
remaja adalah seperti berikut:

i. Peranan ibu bapa Ibubapa adalah segalanya dalam sesebuah keluarga. Ketegasan dalam
mendidik anak-anak bermula di rumah bukan di sekolah. Pihak sekolah terutama guru hanya
mampu memberikan sejumlah masa seperti yang ditetapkan oleh Akta Pendidikan. Ibubapalah
seharusnya menjadi benteng pertama untuk membantu mengatasi masalah ini. Pemantauan yang
kerap harus dilakukan bukan sekadar pemantauan berkala

ii. Peranan remaja pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting punca remaja terlibat
dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya merupakan rujukan
utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Remaja kini lebih
banyak berbincang mengenai permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan dengan ibu bapa.
Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian bersama ibu bapa kerana
lompang generasi. Peruntukan masa kualiti bersama keluarga juga amat kurang kerana remaja
kini lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Remaja
perempuan sering merujuk rakan sebaya untuk mendapatkan pandangan dan bimbingan bagi
penyelesaian masalah. Kesilapan dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke
arah perkara-perkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat
membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka pendedahan awal
mengenai pemilihan rakan sebaya yang baik dan pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya
remaja adalah amat penting bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual.

iii. Peranan komuniti - pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti setempat. Komuniti
tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana ambil tahu mengenai anak jiran adalah
amat penting dalam meningkatkan sokongan sosial dalam membina generasi remaja yang sihat
dan sejahtera. Konsep ambil tahu anak jiran bukan semata-mata menjaga tepi kain orang tetapi
masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terlibat dalam
aktiviti salah laku seksual. Jika komuniti bandar dan luar bandar dapat mengamalkan konsep
ambil tahu anak jiran dalam aspek positif , maka pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan
dan dicegah lebih awal. Komuniti setempat perlu mereka program kejiranan remaja yang selamat
terutama dalam masyarakat bandar dan pinggir bandar.

iv. Peranan Guru - guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan segera berkaitan masalah
salah laku seksual dalam kalangan remaja. Kementerian kesihatan dalam memberi penerangan
tentang impak hamil luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, bagaimana
boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah laku seks. Kerjasama dengan JAKIM
boleh memberi penerangan daripada aspek agama dan sebagainya.

v. Peranan Kementerian - JKMM perlu mengkaji semula Taman Seri Puteri Cheras agar
perancangan program mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan remaja masa kini.
Program keusahawanan dan pendidikan kemahiran perlu diterapkan bagi membantu remaja yang
telah tamat tempoh dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.

vi. Peranan Media - lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja dalam
menangani masalah krisis remaja dengan cara yang lebih berkesan. Dalam masyarakat yang
sederhana status sosioekonomi, media massa elektronik atau cetak memainkan peranan penting
dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang berterusan dalam media ini
Sumber Rujukan

Hashim, K. Mohd Fahmi Mohd Syed & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor, 2008. Keruntuhan
Ahlak dan Gejal Sosial dalam Keluarga: Isu dan Cabaran. Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai,
Johor.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2001. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000. Jabatan
Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Laporan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, 2010.


Portal berita UKM, Jun 2010.
Alan, T. (1995). The Bullying Problem. How To Deal With Difficult Children. Channel
Island: The Guernsey Press Co Ltd, Guernsey

Samsudin A. Rahim. (1997). Ketembusan Media Di Kalangan Remaja. Kajian Kes di Lembah
Kelang. International Center for Media Studies (dalam penulisan awal).

Você também pode gostar