Você está na página 1de 1

AKTIVITI BADAN BERUNIFORM DAN FAEDAHNYA

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem


pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum
sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu,
badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan
sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform
adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak
cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perlu
diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub
dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya
merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan
hal ini.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform


berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebing dan pembentukan
disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang mendesak
ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut
memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi
menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform
sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.

Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan
diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku
sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya,
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak
menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat
sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum


untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para
pelajar perlu sedar akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti
perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

Você também pode gostar