Você está na página 1de 3

ANDA WAJIB TAHU PERIBAHASA INI

1.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Contoh ayat : Setiap ahli mesyuarat kampung bersetuju dengan cadangan ketua kampung untuk
membina surau di kampung itu bak kata pepatah, "bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.

2.

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Contoh ayat : Walaupun Amin pernah bergelar banduan, namun ibu bapanya masih menerimanya
kerana Amin tetap darah daging mereka.

3.

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Contoh ayat : Komuniti madani kini perlu menerapkan nilai-nilai murni seperti bantu-membantu
dalam hidup bermasyarakat bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

4.

Maksud : Sombong

Contoh ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka meninggi diri sehingga
dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5.

Maksud : Tidak jujur.

Contoh ayat: Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang mepercayai kata-
katanya walaupun dia bercakap benar.

6.

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Contoh ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan pemurah kerana
sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7.

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Contoh ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali sedikit sebanyak
merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika menentang pasukan Singapura malam
tadi.

8.

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Contoh ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam mengerjakan sesuatu tugas
walaupun berat seperti kata peribahasa, bara yang digenggam biar sampai jadi arang.
9.

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Contoh ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya menyebabkan hatinya bagai
kaca terhempas ke batu.

10.

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Contoh ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil bak kata
orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

11.

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

Contoh ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah melonjakkan nama
Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

12.

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

Ayat contoh : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh
rakan-rakannya.

13.

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Contoh ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020, setiap pihak perlu
bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

14.

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Ayat contoh : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar seorang guru sudah
terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15.

Maksud : Lekas pandai.

Ayat contoh : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana penerangan yang dibuat
oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.

16.

Maksud : Tidak sombong

Ayat contoh : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra menyebabkan dia terkenal
dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17.

Maksud : Pemurah.

Ayat contoh : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin malah rezeki
yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah.
18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Ayat contoh : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan sering
menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

ayat contoh : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis
dijual.

Você também pode gostar