Você está na página 1de 16

Minda Pengarang: Gaya hidup sihat, diet seimbang cegah

obesiti

bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
GAYA hidup, trend pemakanan, sikap dan pengaruh persekitaran sekarang mendorong gejala
berat badan atau obesiti yang semakin ketara. Obesiti memberi kesan negatif kepada kesihatan
tubuh. Ia dikaitkan dengan pakej penyakit kronik, iaitu darah tinggi, kencing manis, sakit buah
pinggang dan jantung selain menjejaskan sistem reproduksi.

Jumlah penduduk yang mengalami obesiti juga semakin meningkat. Jika gejala ini tidak
dibendung, struktur masyarakat akan semakin lemah kerana sebahagian besar komponen muda
mengalami obesiti sekali gus tidak aktif kerana berpenyakit.

Obesiti mesti ditangani segera sebelum majoriti rakyat negara ini mengalaminya. Justeru, perlu ada
tindakan bersepadu agensi dan kementerian untuk memberi panduan kepada rakyat mengenai disiplin
pemakanan serta keperluan melakukan aktiviti riadah untuk mengekalkan berat badan ideal.
Memandangkan pemakanan adalah asas kehidupan yang sihat, proses mendidik rakyat mengenainya
mesti membabitkan sistem pendidikan di semua peringkat. Kementerian Kesihatan mesti mempelopori
tindakan ini. Perlu ada segmen pemakanan dalam mata pelajaran yang difikirkan sesuai di sekolah.

Kemudian, kementerian menggembleng pelbagai media massa, multimedia dan media sosial
untuk menyebarkan panduan pemakanan seimbang kepada orang ramai. Program menggalakkan
senaman, mengutamakan diet seimbang dan kempen menurunkan berat badan mesti
disemarakkan. Ilmu keibubapaan juga perlu diserapkan dengan galakan dan fakta kebaikan
menyediakan sendiri makanan untuk keluarga di rumah. Perlu juga disebarkan silibus mengenai
diet dan penyediaan makanan secara sihat untuk dijadikan panduan. Menangani obesiti
memerlukan panduan dan dorongan pakar. Obesiti sangat kompleks dan hanya panduan pakar
mampu menghuraikan permasalahan itu.

Apabila Kementerian Kesihatan menyebut ada kira-kira 300 pakar pemakanan akan ditempatkan
di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat untuk memberi kaunseling berhubung obesiti, ia
adalah tindakan yang benar-benar serius mahu menangani gejala berkenaan. Kesungguhan
kerajaan melihat rakyat sihat turut dibuktikan dengan penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia
(Mcom), Sabtu lalu. Majlis itu dianggotai 13 anggota persatuan yang akan membantu kerajaan
menangani masalah obesiti sambil menyebarkan penerangan dan maklumat serta meningkatkan
kesedaran umum mengenai gaya hidup sihat termasuk aspek pemakanan.

Kemahiran memberi kaunseling mengenai obesiti dan gaya hidup sihat juga mesti disebarkan
kepada lebih ramai individu termasuk guru, persatuan, kelab, badan bukan kerajaan mahupun
organisasi pekerjaan supaya penyampaiannya lebih menyeluruh. Susulan lain hasil penubuhan
Mcom ialah keperluan mewujudkan garis panduan dalam industri makanan dan minuman yang
selama ini ada produknya menyumbang kepada obesiti. Jelas, obesiti ada kaitan dengan pelbagai
perkara dan semua ini perlu ditangani dengan bijak tetapi tegas dan berhemah.

http://bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Gayahidupsihat_dietseimbangcegahobesiti/Ar
ticle/

Cegah kanser dengan gaya hidup sihat

2010/08/14

PELANGGAN Courts Malaysia (Courts) kini berpeluang menjayakan kempen kesedaran


bertemakan Harapan Untuk Anak-Anak Kita.

Ia bertujuan memupuk kesedaran bahawa kanser boleh dicegah jika mengamalkan gaya hidup
sihat.

Menurut Pengarah Negara Courts, Chris Yong, kerjasama Court dengan Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia (NCSM) selari perniagaan syarikat itu yang tertumpu kepada kelengkapan
kediaman.

Memberikan keselesaan dan menitik beratkan aspek keselamatan penting supaya keluarga anda
atau kanak-kanak membesar dalam suasana sihat serta gembira, katanya.

Kempen berkenaan membabitkan paparan koleksi gambar pesakit kanser bersama keluarga yang
dirakam jurugambar Kid Chan.

Pelanggan Courts berpeluang melihat koleksi gambar ini di 50 gedung kami seluruh negara
menerusi peti derma, poskad, poster dan bendera kecil.

Ia bertujuan meraih RM1 juta untuk membantu membiayai lebih banyak aktiviti NCSM
termasuk peringkat kedua kempen merangkumi program penyebaran maklumat di sekolah,
katanya.

Pembabitan Courts dalam kempen itu sebagai tanggungjawab sosial korporat selain -
meningkatkan kesedaran masyarakat.
Bagi memeriahkan kempen itu, acara jalan kaki akan diadakan bulan depan di Lembah Klang,
Johor Bahru (Oktober), Ipoh, Perak (November), Kuantan, Pahang dan Sarawak pada Disember.

Courts Price Promise 2010 akan diperkenalkan dengan pelbagai tawaran belian perkakasan
elektrik dan ganjaran menarik, khususnya diskaun serta harga rendah bagi menggalakkan
pelanggan berbelanja secara berhemah. Bagi anda yang tercari-cari konsep penataan sesuai untuk
bilik tidur, Sleep Clinic menyediakan pakar perunding tilam dengan pilihan tilam terbaik selari
dekorasi di kediaman anda. Semua tilam dan kelengkapan tidur ditawarkan bersifat praktikal dan
tahan lasak.

Sebarang maklumat lanjut layari laman web, www.cancer.org.my atau www.courts.com.my.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cegahkanserdengangayahidupsihat/Article

Gaya Hidup Sihat

Islam sebagaimana yang difahami merupakan satu gaya hidup yang


lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan
ajarannya. Oleh yang demikian, umat Islam sudah semestinyalah tidak
akan teraba-raba dalam mengharungi alam yang fana ini dalam keadaan
yang tidak pasti atau dalam keraguan. Ini termasuklah isu yang
berkaitan dengan seksualiti yang merupakan aspek kehidupan yang amat
peribadi bagi seseorang individu itu. Islam sentiasa cuba memberi
panduan untuk mereka agar tidak timbul rasa bersalah di kemudian
hari.

Remaja pula merupakan satu kelompok masyarakat yang amat besar


nilainya bagi umat Islam. Mereka adalah bakal pemimpin dan pendakwah
yang akan meneruskan kesinambungan masyarakat dan tamadun bangsa
mereka. Sebagai pemimpin dan pembela di masa yang akan datang, mereka
itu wajar dibela dan dipelihara sebaik mungkin. Di samping
menyediakan suasana yang mampu meningkatkan potensi perkembangan dan
kecemerlangan diri mereka, para remaja juga hendaklah dididik dan
ditunjuk ajar tentang pelbagai perkara yang baik. Mereka juga
hendaklah diasuh untuk sentiasa meningkatkan keupayaan diri sendiri
dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan maklumat
yang baik serta kemahiran-kemahiran tertentu.

Era globalisasi kini telah mendedahkan para remaja dengan pelbagai


gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar. Cabaran dan
dugaan yang luas ini adalah tidak terhad, termasuklah aktiviti
kehidupan peribadi mereka yang berkait dengan aktiviti seksualiti. Ini
merupakan satu isu kerana para remaja pada era ini lebih terdedah
dengan implikasi berkaitan aktiviti seksual. Pada asasnya, aktiviti
seksual remaja kini berlaku akibat daripada aktiviti gaya hidup
bersosial yang terlalu bebas dan tiada had. Kajian klinikal di
Amerika mendapati bahawa golongan remaja dan belia yang berusia
antara 17 dan 30 tahun adalah golongan yang paling ramai dijangkiti
pelbagai penyakit jangkitan seks. Trend ini dijangka akan berterusan
memandangkan remaja adalah golongan yang paling aktif dan seterusnya
menjadikan mereka sebagai golongan yang paling berisiko tinggi
dijangkiti penyakit kelamin. Selagi perubahan gaya hidup sihat tidak
diamalkan, para remaja akan terus menjadi kumpulan utama dijangkiti
pelbagai penyakit jangkitan seks dan juga kumpulan teramai yang
menyebarkan penyakit jangkitan seks dalam masyarakat.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan


kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Trend semasa menunjukkan
bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan
gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan jangkitan oleh
bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh aktiviti gaya hidup
yang tidak sihat ini. Sebagai contohnya, penyalahgunaan dadah boleh
menyebarkan HIV yang mengakibatkan AIDS. Ketagihan alkohol pula boleh
menyebabkan penyakit kongenital, sindrom otak organik dan lain-lain.
Perlakuan seks bebas boleh menyebabkan jangkitan penyakit kelamin
seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia, herpes dan sebagainya,
termasuklah AIDS. Gaya pemakanan yang tidak seimbang pula boleh
menyebabkan penyakit kardiovaskular, obesity, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya.

Di seluruh dunia, amalan gaya hidup seks bebas dan tidak sihat telah
menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks seperti yang
telah disebutkan di atas. Dan kini, insiden ini amat ketara pula di
kalangan remaja. Menurut anggaran WHO atau World Health Organization,
setiap tahun, setiap seorang daripada 20 orang remaja akan dijangkiti
penyakit kelamin. Dan daripada 333 juta kes baru penyakit jangkitan
kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia berusia bawah 25
tahun. Jangkitan syphilis akan meningkat ke tahap tertinggi bagi
golongan berusia antara 15 dan 30 tahun berbanding kumpulan umur
lain. Setiap tahun, purata lebih daripada separuh kes baru HIV adalah
di kalangan belia berusia antara 15 dan 24 tahun. Di Amerika,
terdapat 2 kes baru jangkitan HIV dalam tempoh satu jam, manakala di
Malaysia terdapat 13 jangkitan baru setiap hari, sebagaimana menurut
Kementerian Kesihatan (BH, Mei 17, 1999).

Trend ini akan berterusan dan akan menjadi bertambah buruk melainkan
amalan gaya hidup sihat menjadi teras kehidupan. Islam sememangnya
sudah menyediakan garis panduan tersendiri sebagai asas kepada amalan
gaya hidup yang sihat ini terutamanya dalam mencegah penyakit
jangkitan kelamin. Dalam al Quran, surah Al Isra', ayat 32 bermaksud

`dan janganlah kamu hampiri zina, kerana ia adalah seburuk-buruk


perbuatan, yang membawa kepada kejahatan'.

Daripada ayat ini, dengan tegas Allah memerintahkan umat Islam supaya
menjauhkan diri daripada perzinaan, apatah lagi melakukannya. Ayat
ini juga melarang manusia mendekati sebarang punca yang boleh membawa
kepada terjadinya zina. Mereka ditegah sama sekali melibatkan diri
dengan perkara-perkara yang mencetuskan zina seperti menonton filem
atau membaca majalah lucah, bercerita tentang sesuatu yang lucah,
menjual atau membeli barangan berunsur kelucahan, bercampur gaul
dengan bebas antara lelaki dan perempuan, memberi isyarat berunsur
seks dan sebagainya. Semua faktor ini mendorong kepada perlakuan seks
yang tidak sihat. Lebih baiklah menjauhi semua perkara ini sebelum
terjadinya perzinaan.

Pendekatan yang diberikan oleh Islam ini lebih bersifat


behavioristic dan praktikal serta menjurus kepada kaedah pencegahan.
Ia menuntut agar umat manusia tidak membiarkan diri mereka terjebak
ke kancah perzinaan dan kemaksiatan yang jika terjadi akan membawa
kepada pelbagai implikasi buruk yang mungkin akan melibatkan
perbelanjaan, usaha dan tenaga yang banyak bagi tujuan rawatan dan
perubatan. Malah, kadang kala nyawa pula yang akan menjadi
pertaruhannya.

Remaja pula sebagai satu kelompok yang kurang matang (walaupun waras)
sering gagal menilai implikasi tersebut. Apa yang terlintas di
fikiran mereka hanyalah keseronokan tanpa menilai risiko dan kerugian
yang akan dialami kemudian. Berfikirlah, apakah mereka sekadar ingin
menikmati keseronokan yang sementara sifatnya tetapi akhirnya
terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan, kesihatan dan
mungkin nyawa. Amalkanlah gaya hidup sihat sebagaimana yang telah
diajar oleh Islam.

http://seronoknye.blogspot.com/2008/02/gaya-hidup-sihat.html

06:13AM 19
September

2 komen

Kaitan Psikologi Dan Obesiti


BERAT badan berlebihan dan obesiti! Mungkin subjek ini membosankan bagi sesetengah pihak kerana sering
diutarakan melalui media cetak dan elektronik. Namun, isu berat badan bukan hanya melibatkan kesihatan
fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada psikologi dan kesihatan mental.

Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit gila atau masalah otak tetapi
lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi
sosial.

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu
dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang besar badannya bersekolah,
pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-
kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada
masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai kajian untuk
mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara. Sebagai
kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.

l Kajian awal, kajian tempatan

Pesyarah Kanan Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng menjelaskan selalunya wujud diskriminasi dan prasangka orang yang gemuk atau
berat badan berlebihan pemalas, kurang kawalan diri atau kurang personaliti.

Diskriminasi juga bermula dari usia muda. Pandangan negatif ini boleh menyebabkan individu dengan berat
badan berlebihan atau obes berisiko mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah.

Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan peningkatan masalah psikologi (seperti keyakinan diri) dengan
Indeks Jisim Badan (BMI), katanya.

Untuk melihat jika berat badan, BMI dan saiz pinggang seseorang memberi kesan psikologi, Dr. Ng menyusun
satu kajian awal untuk melihat kaitannya dengan tahap keyakinan diri dan juga kepuasan hidup.

Kajian sebegini dikatakan belum pernah dijalankan di Malaysia. Kajian serupa di negara-negara lain pula
mendapati peningkatan BMI bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit seperti kanser, diabetes dan tekanan
darah tinggi malahan menyebabkan penurunan tahap keyakinan diri dan juga kepuasan hidup.

Menurut Dr. Ng, kajian ini dapat melihat kualiti hidup secara umum di mana secara psikologi, adakah seseorang
itu bahagia dengan hidupnya atau tidak.
Kajian luar sebelum ini menunjukkan kaitan BMI yang tinggi dengan masalah psikologi. Ini dapat difahami
melalui kemungkinan seseorang individu itu lebih mudah menghadapi kemurungan jika mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah.

Jika menunjukkan hasil serupa dengan kajian lain, implikasi kajian ini dapat menekankan pentingnya
pengawalan berat badan yang sihat untuk menjalani hidup lebih bahagia, ujarnya.

Kajian tersebut dimulakan pada awal 2008 selama dua minggu di kawasan bandar. Sebanyak 322 peserta dipilih
secara rawak di pusat membeli belah sekitar kawasan Lembah Klang untuk sesi temuramah dan soal jawab.
Peserta yang dipilih juga terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan normal atau lebih sahaja, tanpa
mengira saiz atau bentuk badan dan antara umur 25 hingga 40 tahun.

Pecahan etnik peserta juga sekata antara Melayu, Cina dan India tetapi sebahagian besarnya merangkumi
golongan wanita (65 peratus).

* Kesan saiz pinggang

Hasil kajian berkenaan menunjukkan purata berat badan 67.8 kilogram, purata ukur lilit pinggang 31.1 inci dan
purata BMI 25.08.

Bagaimanapun, Dr. Ng menegaskan penemuan utama kajian ini adalah kaitan antara saiz ukur lilit pinggang
dengan tahap kepuasan hidup.

Tahap kepuasan hidup boleh diterjemahkan sebagai tahap kegembiraan atau kebahagiaan hidup. Kajian ini
menunjukkan individu yang mempunyai pinggang yang lebih ramping mempunyai kepuasan hidup lebih tinggi
atau lebih gembira dengan hidup mereka, jelasnya.

Namun, beliau menekankan pinggang yang ramping bukan bererti kurus tetapi lebih kepada saiz pinggang yang
normal dan sihat.

Tambahnya, kaitan kurus sebagai sihat juga kurang tepat kerana individu dengan berat badan terlalu rendah
juga menghadapi pelbagai risiko penyakit.

Dr. Ng menyatakan hasil kajian ini juga jelas menunjukkan individu dengan berat badan berlebihan atau obes
boleh meningkatkan tahap kesihatan badan dari segi fizikal, mental (psikologi) dan perspektif sosial dengan
mengikuti program menurunkan berat badan.

Peningkatan di dalam kepuasan hidup dan keyakinan diri akan membawa kepada tahap perhubungan yang lebih
baik, kepuasan dalam perhubungan sedia ada dan menghargai diri sendiri.

Purata BMI peserta berada dalam kategori berat badan berlebihan (25.08). Ini mengunjurkan berat badan
masyarakat bandar (lelaki dan wanita) semakin meningkat, mungkin disebabkan kurang pergerakan (berjalan)
dan lebih banyak pilihan makanan.

Memandangkan kepuasan hidup meningkat selari dengan penurunan saiz pinggang, mungkin sudah sampai
masanya kita mengawal berat badan ukur lilit pinggang, katanya.

* Luar jangkaan

Walaupun kaitan rapat ukur lilit pinggang dan tahap kepuasan hidup sama seperti yang dijangkakan, seperti
kajian-kajian serupa di luar negara, hubungkait melibatkan ukur lilit pinggang, BMI dan keyakinan diri didapati
berbeza dengan kajian lain.

Dr. Ng memaklumkan ukur lilit pinggang tidak mempunyai kaitan rapat dengan tahap keyakinan diri penduduk
negara ini, berbanding tahap kepuasan hidup.

Kebiasaannya, keyakinan diri yang tinggi seiring dengan tahap kepuasan hidup yang tinggi, tetapi ini tidak
ditonjolkan maklumat dari kajian tempatan itu.

Mengapa saiz pinggang kurang kesannya terhadap keyakinan diri? Mungkin rakyat Malaysia sudah menerima
ukur lilit pinggang yang besar sebagai sesuatu perkara yang biasa dan tidak memberi kesan kepada kehidupan
seharian, ujarnya.

Dr. Ng mempersoalkan jika benar saiz pinggang yang besar sudah diterima sebagai perkara biasa, mungkin
semakin ramai yang tidak serius dalam menjaga berat badan dan saiz pinggang yang sihat.

Penerimaan saiz pinggang besar sebagai sesuatu yang biasa bukanlah sesuatu yang bagus. Jika diambil mudah,
individu dengan berat badan berlebihan akan hilang tumpuan pada kepentingan berat badan dan saiz pinggang
yang sihat. Ini boleh membawa kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang obes dan menghidapi penyakit
berkaitan obesiti seperti diabetes, masalah jantung, darah tinggi dan masalah sendi.

Mengikut Dr. Ng, perkara ini juga tidak boleh lagi dianggap sebagai hal aku, orang lain jangan peduli.

Kesan obesiti lebih mendalam termasuk kepada ekonomi dan negara. Kerajaan mungkin terpaksa menanggung
subsidi perubatan yang lebih tinggi jika kes penyakit berkaitan obesiti meningkat dengan mendadak.

Jika kita lebih sihat, semakin kuranglah cuti sakit dari kerja dan dapat meningkatkan produktiviti negara,
katanya.

Di samping itu, kajian tersebut menunjukkan BMI juga tidak menunjukkan kaitan rapat dengan kedua-dua tahap
keyakinan diri dan kepuasan hidup di kalangan rakyat Malaysia, berbeza dengan apa yang dijangkakan sebelum
ini.

Persepsi penduduk negara ini menghabiskan masa dengan makan juga mungkin boleh disangkal hasil peratusan
tinggi peserta yang sedar ertinya makan untuk hidup. Namun, hampir satu pertiga (29.5 peratus) peserta
mengakui mereka hidup untuk makan.

Menurut Dr. Ng, dari segi peningkatan saiz pinggang pula, golongan lelaki didapati mempunyai saiz pinggang
lebih besar berbanding wanita tetapi saiz ini tidak banyak bertambah dengan peningkatan usia. Lelaki juga
secara umumnya lebih berat dan tinggi berbanding wanita.

Bagi golongan wanita, berat badan mereka dilihat semakin meningkat dengan usia. Ini mungkin kerana wanita
bermula dengan saiz badan lebih kecil sekitar usia 21 hingga 30 tahun.

Saiz badan wanita yang kecil akan semakin meningkat terutamanya sekitar umur 36 hingga 40 tahun. Lelaki
yang bermula dengan saiz badan yang besar mungkin dapat mengekalkan saiz hampir sama dan tidak
menunjukkan banyak perbezaan dengan usia, jelasnya.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai kurang menumpukan kepada rupa fizikal luaran sahaja dan lebih
menumpukan kepada mengekalkan tahap kesihatan badan dengan menjaga berat badan dan ukur lilit pinggang.

Perkara utama yang perlu ditekankan adalah saiz pinggang lebih kecil akan memberikan kepuasan hidup yang
lebih tinggi, iaitu lebih banyak kegembiraan dalam hidup. Pinggang lebih kecil juga memudahkan pergerakan
badan.

Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan cergas, dapatkan badan sihat dan jangan lupa untuk makan sayur, tegas Dr.
Ng.

Jika anda sihat, pasti anda akan kelihatan lebih menawan, ceria dan berseri setiap hari.

http://www.anakku.my/artikel.php?ar=6

You are here: Home / Artikel / Sihat Cergas Antara Tuntutan Biologi Dan Hakiki

Sihat Cergas Antara Tuntutan Biologi Dan Hakiki

Posted by admin on April 11, 2009 Leave a Comment

Bila ada soalan yang bertanyakan tentang pemakanan sihat, pemakanan seimbang, cara betul
bersenam, pantang larang bersenam, kaedah senaman yang sesuai mengikut usia, faktor-faktor
yang menyebabkan penyakit-penyakit maut, persoalan tentang stress dan lain-lain, sebenarnya
ini adalah masalah RANTING dari kontek sebenar untuk sihat-cergas. Bagi menghuraikan topik
pemakanan sahaja, memerlukan penghuraian yang panjang, begitu juga dengan tajuk-tajuk
perbincangan GAYA HIDUP AKTIF yang lain. Skil kemahiran sihat-cergas ini ada maqam atau
mazhab-mazhab tertentu. Terdapat modul serta fasa-fasa khusus malah berbeza mengikut
keperluan individu, tahap kecergasan seseorang, juga perbezaan dan resam sesuatu bangsa atau
anutan agama seseorang.
Sebagai contoh, di Malaysia, kaum Cina didapati lima (5) kali lebih cenderung untuk
mengamalkan aktiviti aktif berbanding orang Melayu dan India. Lihat sahaja pada hari Sabtu dan
Ahad, mereka dari pelbagai peringkat usia memenuhi taman rekreasi untuk melakukan Taichi,
Qiqong, jogging. Kelab-kelab sukan, kelas aerobic, Yoga tumbuh seperti cendawan selepas hujan
malah ada persatuan Buddha yang MEWAJIBKAN ahlinya menyertai kelab-kelab sukan ini.
Juga sudah diketahui umum, bangsa Cina ini sudah lama maju kehadapan di dalam bidang
pencegahan penyakit dengan penemuan pelbagai kaedah rawatan.

Begitu juga dari sudut pandangan Islam terhadap ilmu dan amalan gaya hidup aktif ini yang
terlepas pandang keperluannya, apalagi semakin meningkat usia. Selain memiliki keselesaan
kebendaaan, emosi yang mantap, dan pemikiran yang positif setiap individu muslim mesti
memiliki tahap kesihatan dan kecergasan. Sebaliknya boleh dibilang dengan jari lelaki dan
wanita muslim yang peka dan beramal dengan hidup cergas ini.

Sekiranya kita cenderung membincangkan atau sekadar memahami RANTING sihat-cergas


seperti diatas, yang pasti buahnya tetap tidak berkualiti selagi masalah AKAR UMBI tidak
diselesaikan.

Persoalan ranting sihat-cergas ini HANYA TERTUMPU KEPADA TUNTUTAN BIOLOGI


BADAN MANUSIA SEMATA-MATA. Iaitu sekadar untuk memiliki bentuk badan yang cantik,
tidak cepat letih, kelihatan bertenaga, kelihatan muda, bebas dari penyakit-penyakit bahaya atau
sekadar memenuhi minat, punca rezeki dengan bersukan serta kerana keseronokan.

Tentunya akar umbi terhadap isu sihat-cergas ini BUKAN SEKADAR TUNTUTAN BIOLOGI
TADI TETAPI UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MENJAGA ORGAN-ORGAN SELURUH
BADAN YANG ALLAH AMANAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENJAGANYA DAN
DEMI MEMENUHI TUNTUTAN SEORANG MUSLIM YANG SEIMBANG.
Sebagai contoh untuk menjaga amanah organ-organ badan iaitu menjaga fungsi jantung yang
pada keadaan normal sepatutnya berdenyut 70-80 kali seminit dan jantung yang lebih sihat (atlit)
berdenyut antara 40-50 kali seminit. Tetapi sekiranya denyutan jantung melebihi 90 kali seminit,
bermakna individu ini tidak menjaga aktiviti jantungnya dengan malas beriadah (penulis biasa
menggunakan istilah JANTUNG ROMANTIK). Begitu juga menjaga amanah supaya tekanan
darah sentiasa pada bacaan 100-120 per 70-80 mmHg, di mana apabila tekanan darah lebih
tinggi kerana tidak bersenam atau berbadan besar atau tidak menjaga pemakanan malah seawal
usia 30an sudah mdapat tekanan darah tinggi ini. Kita juga sepatutnya menjaga amanah jumlah
sel-sel lemak yang seharusnya di isi di dalam tisu adipose supaya tidak melebihi had (sepatutnya
selepas usia 40an, berat badan jangan melebih 8 kg dari berat ideal, jika anda masih tidak tahu
berapakah berat ideal anda, ini masalah besar!!) Tidak ketinggalan menjaga amanah kemampuan
otot, tulang dan sendi-sendi supaya mampu menampung beban kerja dan fleksibiliti pada tahap
usia tertentu. Ramai yang sudah mengalami sakit sendi, sakit tulang belakang pada usia muda
kerana lebihan berat badan malah tidak mampu berdiri lama!

Penulis gemar mengambil istilah ini iaitu supaya berbeza dan luar biasa di dalam banyak perkara
. Di dalam konteks sihat-cergas ini biarlah berbeza dengan orang lain, dengan orang Melayu
walaupun kita tidak sebaik bangsa Tionghua tadi! Atau mungkin kita tidak berbeza dan tidak luar
biasa kerana kita juga tidak biasa istiqamah beriadah? Orang lain mungkin aktif kerana alasan-
alasan ranting tadi seperti untuk slim, kelihatan muda, penampilan diri tetapi kita sepatutnya
lebih aktif dari mereka dengan ILMU DAN KEFAHAMAN Islam yang kita ada.

Sihat-Cergas adalah hak individu dan hanya kita sendiri yang arif tentang tahap sihat-cergas diri
masing-masing. Orang lain hanya boleh menilai mata kasar atau boleh menjalani ujian perubatan
dan ujian kecergasan. Sama juga keadaannya dengan soal ibadah fardu yang lain, walaupun solat
berjemaah tetapi hakikatnya amalan individu untuk ikhlas dan khusyuk berkomunikasi dengan
Allah. Walaupun hak individu tetapi pasangan kita (isteri/suami), anak-anak ada hak terhadap
tahap sihat-cergas kita.

Secara khususnya, mari kita bincangkan sihat-cergas ini dari sudut seorang lelaki atau seorang
perempuan dewasa, juga dari sudut seorang lelaki selepas usia 35 tahun, seorang wanita selepas
usia 40 tahun, dari sudut seorang suami, seorang isteri, seorang bapa, seorang ibu, seorang
pekerja atau dari sudut anda sebagai majikan. (golongan usia pertengahan ini didapati golongan
yang semakin jauh serta layu untuk aktif beriadah dan semakin berisiko mendapat penyakit).

AKAR UMBI sihat-cergas ini juga sepatutnya memenuhi segala lafaz janji yang telah kita buat
didalam solat harian iaitu Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, HIDUPKU dan MATIKU untuk
Allah SWT pentadbir sekelian alam dimana paling tidak 17 kali kita lapazkannya dalam sehari
dan ditambah pementeraian janji sebagai seorang muslim!!

Begitu juga saranan Nabi SAW yang mahukan dan memberitahu bahawa muslim yang kuat itu
lebih baik dari yang lemah.

KEHIDUPAN yang bagaimana ingin kita sembahkan kepada Allah sedangkan tuntutan ASASI
BIOLOGI BADAN tidak kita penuhi? Dan KEMATIAN yang bagaimana berakhirnya kehidupan
kita, adakah kerana sakit jantung, tekanan darah yang teruk, kencing manis atau lain-lain
penyakit akibat kegemukan dan amalan hidup pasif ?

Walaupun ada tiga pendorong utama kita untuk mencapai tahap berbeza dan luar biasa dari orang
lain untuk sihat-cergas, tetapi cerminlah dan tanyakan pada diri sendiri, adakah kita sudah
memenuhi ketiga-tiga tuntutan ini? Orang lain lebih aktif dan istiqamah mengamalkan gaya
hidup sihat-cergas, sedangkan kita MASIH DITAKUK LAMA DAN SELESA DENGAN GAYA
HIDUP PASIF.

Statistik menunjukkan dari 9 % rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sihat-cergas ini. Dan
dari 100 orang rakyat Malaysia yang aktif ini, hanya 15 orang menjadi amalan orang-orang
Melayu Islam. Penulis yakin sebahagian besar orang Melayu Muslim khasnya TIDAK
TERGOLONG dalam golongan yang mengamalkan budaya aktif ini.

Dari pengalaman penulis sebelum ini mengendalikan beberapa kursus Total Wellness , penulis
sudah biasa mendengar pelbagai alasan yang diberikan oleh orang-orang Melayu ini.

Sebahagian besar dari kita seolah-olah tiada di dalam diari kehidupan untuk mengaktifkan diri
bersukan atau berekreasi. Namun begitu tahniah kepada mereka yang sangat peka dengan
pemakanan harian dan takziah kepada mereka yang menempah awal penyakit kerana tidak
prihatin terhadap jumlah dan jenis makanan yang masuk kedalam perut.

KITA SEDIA MAKLUM, KEPADA MENGHAMPIRI DAN SELEPAS USIA 40 TAHUN,


TAHAP KESIHATAN MERUPAKAN TOPIK UTAMA PERBINCANGAN SELAIN SOAL
KERJAYA DAN WANG RINGGIT YANG TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA BAGI
SESETENGAH ORANG! Dan lebih malang lagi bagi yang masih muda dan gagal
membudayakan gaya hidup sihat ini supaya mudah menjadi amalan apabila usia semakin
meningkat serta LEBIH TIDAK PATUT anda yang masih muda tetapi memiliki lebihan berat
badan!

Penulis ada menyebut didalam buku Bio-Mekanik SOLAT, meja bulat berkaki tiga kaitan
gaya hidup sihat dengan Solat. Tentunya kaki itu ialah Ruhi, Akal dan Fizikal. Dan boleh
ditambah kaki keempat iaitu emosi. Manakala kaki kepada Fizikal pula ialah : Pemakanan,
Kerehatan dan Senaman (rekreasi).

Perbincangan permasalahan gaya hidup pasif ini satu topik besar, malah mungkin boleh
menyakitkan hati. Besar harapan untuk hati boleh tersentuh untuk menjadi muslim yang
luarbiasa dan berbeza dari orang lain sehingga mampu mengamalkan gaya hidup cergas ini
sebagai amalan diri dan amalan keluarga.

RAMAI DARI KITA MENGAKUI KEWAJIBAN MEMENUHI TUNTUTAN JASADI DAN


MENGAKUI KELEMAHAN YANG ADA. DAN JIKA ADA YANG BERUSAHA MEMBINA
AZAM BARU, INGIN BERUBAH, BIASANYA BERSIFAT SEMANGAT YANG
SEMENTARA. PUNCA UTAMA KEGAGALAN INI IALAH KERANA PERKARA AKAR
UMBI TADI TIDAK DISELESAIKAN. WALAUPUN UNTUK MEMILIKI SIHAT-CERGAS
INI BERSIFAT INDIVIDU TETAPI DENGAN SISTEM BERJAMAAH INI SEPATUTNYA
MELANCARKAN ATUR PROGRAM WALAUPUN SEORANG DAIE TIDAK PERLU
MENUNGGU ARAHAN UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF INI.

Namun begitu, ada berita baik iaitu tiada istilah terlambat untuk kembali mengamalkan hidup
sihat cergas ini. Tapi persoalannya bila ingin dimulakan? Usia fisiologi kita semakin
MENINGKAT setelah separuh masa berlalu dan kudrat semakin kurang. Jangan sekali-kali
memberi alasan seperti mana alasan popular orang lain iaitu tiada masa, malas atau tiada bakat!,
sepatutnya kita merasa malu jika memberi alasan yang sama. Sebahagian kita yang belum diuji
dengan menghidapi penyakit-yakit tertentu dan mungkin memiliki bentuk badan yang baik,
tetapi masih ada PENYAKIT MALAS UNTUK MENGAMALKAN HIDUP AKTIF. MALAH
MUNGKIN TIDAK TERLINTAS PUN UNTUK KEMBALI CERGAS, WALAUPUN TAHU
BADAN MULA BERMASALAH.

Paling tidak kita SANGAT TELITI dengan bahan yang masuk dalam perut kita, sebagai mana
kita TELITI UNTUK MELAHIRKAN HATI YANG KHUSYUK DAN IKHLAS.

Ingatlah, kita mengamalkan hidup gaya sihat bukan hanya kerana tidak mahu menyusahkan
orang yang kita sayang semata-mata sekiranya kita sakit atau wafat awal, tetapi kerana kasih kita
terhadap diri sendiri dengan memenuhi tuntutan badan kita untuk mampu semaksima hampir
kepada Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW yang jelas mengajar supaya memenuhi tuntutan
ruhi, akal,emosi dan jasad. Tidak bermakna sekiranya kita beradap baik di hadapan Allah dan
pada orang lain sedangkan kita tidak beradap di hadapan makanan.

Penulis tidak terkejut jika sebahagian dari kita membaca artikel ini sebagai bahan bacaan biasa
dan tidak tercetus pada minda untuk berubah untuk membudayakan hidup sihat-cergas ini
sebagai amalan diri sendiri atau mungkin boleh merancang sesuatu untuk berubah atau mungkin
berubah tetapi hanya pada jangka masa tertentu dan anda kembali pada keadaan kehidupan pasif
semula. Keadaan ini juga dialami oleh orang kebanyakan tetapi kita ini bukan orang kebanyakan!
Bukan mudah untuk merubah sikap seseorang kerana perubahan itu datangnya dari diri kita
sendiri.

http://www.ismaaustralia.com/sihat-cergas-antara-tuntutan-biologi-dan-hakiki

10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress!


Ditulis oleh Admin Kekal Sihat
Wednesday, 23 April 2008
Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan
obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.

Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, kebebasan dan kenikmatan hidup
datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap
kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk
anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.
Berhenti merokok.
Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah
pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang
kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan
dan menjimatkan wang anda.

Tarik nafas dalam-dalam.


Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman,
meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

Jaga gigi anda.


Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan
diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM setiap hari membantu mengimbangi
mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya
memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Minum, minum dan minum air!


Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia
mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk
memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan
mengekalkan kecantikan kulit.
Bersarapan!
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan
dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme
memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

Pilih makanan yang sihat


Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng
dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Gunakan tangga
Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan
dengan berjalan selama 50 minit sehari.

Selingkan senaman semasa bekerja


Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu
boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga
membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Senaman bangkit tidur


Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap
hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

Berjalan
Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah
menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang.
Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada
tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang
optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti
jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan
sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan
ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!
http://www.kekalsihat.com/artikel/gaya-hidup/10-amalan-ke-arah-hidup-sihat-kurang-stress.html

Saya mahu tulang yang sihat


Minumlah susu setiap hari. Jangan sesekali anda melupakan khasiatnya. Susu sangat baik untuk
tulang dan gigi. Bagi yang takut gemuk, menidakkan pengambilan susu dalam menu harian
bukanlah tindakan yang baik. Kalsium adalah mineral yang paling penting untuk kesihatan
tulang. Bgai wanita, kandungan kalsium yang diperlukan untuk tempoh sehari ialah di antara
1000 hingga 1500mg.

Zat lain yang tidak kurang pentingnya bagi tulang ialah vitamin D. Vitamin ini berfungsi
membantu menyerap kalsium dan fosforus melalui usus. Vitamin D
penting semasa proses tumbesaran tulang dan gigi selain daripada
mengekalkan fungsi sistem saraf dan jantung.
Vitamin D ini sangat unik kerana mampu bertindak sebagai hormon yang mengawal penyerapan
kalsium daripada usus dan mengawal paras kalsium serta fosforus dalam tulang selain daripada
bertindak sebagai vitamin. Vitamin D boleh diperoleh daripada minyak ikan, hati, gandum,
jagung dan kacang soya. Sinaran cahaya matahari pun mempunyai vitamin D.

Bagi yang takut gemuk untuk mendapatkan kalsium dalam susu, pilihlah yang rendah lemak.
Setidaknya ambillah makanan lain yang turut mempunyai kalsium seperti keju dan yogourt.
Akan tetapi, pengambilan makanan berkalsium yang rendah lemak sahaja tidak mencukupi untuk
kesihatan tulang. Anda juga perlu bersenam.

Dengan bersenam terutamanya pada waktu awal pagi anda akan dapat banyak manfaatnya.
Selain daripada menguatkan tulang, menambahkan stamina, anda sekali gus berpeluang
mendapat vitamin D secara terus daripada sinaran matahari pagi.

Bukan sahaja pengambilan minuman ringan perlu dikurangkan tetapi juga minuman berkafein.
Ini kerana kandungan kafein yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan
kalsium. Jadi untuk memastikan anda sentiasa cukup kalsium, pilihlah minuman yang lebih
sesuai untuk tulang. Jika bosan dengan susu atau soya, gantilah dengan jus buah-buahan.

Você também pode gostar