Você está na página 1de 4

Sistem Monarki

Perkataan Monarki berasal dai bahasa Yunani iaitu monos yang


bermaksud satu dan arhein yang bermaksud pemerintah. Sistem Monarki
merupakan sebuah sistem beraja. Pemerintahan sistem Monarki ini dipimpin
oleh seorang pemerintah yang berasaskan keturunan. Namun demikian, bagi
pihak yang menyokong sistem monarki, mereka berpendapat bahawa sistem
monarki ini lebih efektif dan baik bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan di
sesebuah negara.

Sistem monarki merupakan sistem pemerintahan yang tertua di dunia.


Pada zaman Tamadun Yunani, tamadun ini pada awalnya mengamalkan sistem
Monarki yang diketuai oleh Raja. Raja pula dibantu oleh Konsul yang terdiri
daripada golongan bijak pandai.
SISTEM OLIGARKI
Sistem oligarki merupakan satu sistem pemerintahan yang dikuasai atau
dipimpin oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa. Golongan berkuasa
yang dibenarkan untuk memimpin melalui sistem ini ialah golongan yang
mempunyai kekayaan, berpendidikan tinggi dan menguasai golongan tentera.

Perkataan oligarki ini berasal dari bahasa Yunani iaitu oligoi yang
bermaksud beberapa atau segelintir dan arche yang bermaksud memerintah.
Pada zaman Tamadun Yunani, sistem oligarki ini merupakan sistem kedua yang
diamalkan selepas sistem monarki.
SISTEM ARISTOKRASI
Sistem aristokrasi merupakan satu sistem di mana pemerintah di sesebuah
negara tersebut dikuasai oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan ini
mempunyai status sosial, kekayaan dan pengaruh politik yang besar di dalam
sesebuah negara. Berdasarkan konsep aristokrasi, konsep ini menekankan
bahawa rakyat biasa tidak dibenarkan untuk memerintah negara.

Hal ini demikian kerana, kekuasaan sesebuah negara itu bukan berada di
tangan rakyat biasa. Pada zaman tamadun Yunani, sistem aristokrasi ini
merupakan sistem yang ketiga diamalkan selepas sistem monarki dan oligarki.
SISTEM TIRANI
Sistem Tirani merupakan satu sistem pemerintahan yang dikuasai oleh
golongan yang zalim dan menindas rakyat. Menurut Aristoteles, pemerintah
sistem ini dilihat sebagai individu yang berusaha mewujudkan kepentingan
dirinya sendiri dan tidak mengendahkan kepentingan dan kesejahteraan
masyarakat. Sistem Tirani ini merupakan sistem keempat yang digunakan pada
zaman Tamadun Yunani.

SISTEM DEMOKRASI
Sistem demokrasi merupakan satu sistem di mana pemerintah sesebuah
negara tersebut dipilih oleh rakyat melalui pengundian. Perkataan demokrasi ini
berasal daripada dua perkataan iaitu demos yang bermaksud rakyat dan
kratos/cratein yang bermaksud pemerintahan.

Di Athens, sistem demokrasi yang diamalkan merupakan demokrasi


langsung. Demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara Athens terlibat
secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan sesuatu
dasar dan peraturan yang berkaitan dengan Athens.

Você também pode gostar