Você está na página 1de 2

KISAH 1 IBLIS MENGGODA PARA SAHABAT

Daripada apa yang diterangkan di dalam buku Iblis menggoda manusia di bahagian kisah 1
iaitu iblis menggoda manusia, penulis menceritakan kesungguhan iblis menggoda manusia dari
zaman para sahabat. Menceritakan tentang kesukaran iblis menghasut para sahabat nabi kerana
mereka sentiasa berdamping dan bersama para nabi. Begitu juga terjadi pada zaman golongan
tabiin dimana godaan iblis laknatullah tidak berhasil keatas mereka sedangkan iblis menyangka
golongan tersebut mudah digoda kerana ketiadaan para nabi pada zaman tersebut. Merujuk
kepada penulis, ditunjukkan kehebatan pembacaan istighfar. Walaupun iblis berhasil menggoda
para tabiin, tetapi Allah mengampuni dosa mereka bahkan menggantikannya dengan kebaikan
dengan hanya membaca istighfar pada waktu malam. Disebabkan itu, iblis sangat menantikan
suatu kaum dimana mereka sangat mudah digoda iblis dan Allah hanya mengampunkan
keburukan mereka dengan kebaikan apabila mereka mahu bertaubat. Iblis akan menggoda
mereka dengan kesenangan di dunia dan menghiasi mereka dengan bidah sehingga mereka
menganggap bidah itu manis.

KISAH 20 NUJUM MEMBERITAHU TENTANG ANAK BERTUAH

Daripada apa yang diterangkan di dalam buku Iblis menggoda manusia di bahagian kisah ke
20 iaitu anak bertuah yang dimaksudkan didalam kisah ini merupakan kelahiran Nabi Musa a.s
dimana pada waktu itu merupakan zaman pemerintahan Firaun. Kisah ini menceritakan
bagaimana Firaun menyembelih bayi-bayi lelaki kerana dikatakan oleh nujum bahawa akan
lahir seorang anak lelaki dari kalangan Bani Israil yang akan meruntuhkan kerajaan Firaun.
Kisah ini menunjukkan kekuasaan Allah dimana Nabi Musa merupakan satu-satunya bayi
lelaki yang hidup dan dibesarkan oleh isteri raja Firaun sendiri dan beliau telah melenyapkan
kebatilan firaun setelah menjadi rasul. Menceritakan juga kedegilan dan keingkaran orang
israil ini yang sangat dahsyat sehingga dilaknat Allah menjadi kera.

KISAH 22 MANUSIA DAN PENGALAMAN KETIKA NYAWA KELUAR DARI


TUBUH

Daripada apa yang diterangkan didalam buku iblis menggoda manusia di bahagian kisah ke
22 iaitu memperihalkan tentang kematian manusia dari dibangkitkn dari kubur hingga manusia
dihimpunkan di padang mahsyar sebelum dicampakkan kedalam syurga atau neraka.
Menceritakan bahawa setiap manusia akan dihitungkan segala amalan yang dilakukan didunia.
Maka oleh itu, digambarkan betapa gembiranya orang-orang mukmin terutama para syahid
memasuki syurga. Manakala bagi orang kafir, mereka akan mendapat balasan yang setimpal
dengan apa yang mereka kerjakan di dunia. Inilah yang dikatakan sebagai hari pembalasan.

1
2

Você também pode gostar